Majistret Bingung Macam Mana Otak Mereka Terdetik Nak Memasak Di Stesen Minyak



Selepas merdeka kita sudah melepasi 2 generasi. Baby boomers dan Generasi Y (Pengkritik Tegar). Tapi datangnya generasi Z, sel otak mereka berhubung lain macam. Dua generasi sebelum ini tidak pernah terlintas, terfikir nak memasak dalam kawasan stesen minyak. 
Tapi itulah, benda dah jadi. Korang pun dah post cara otak korang berfikir diluar jangka. Hadoiii.. Bagaimanalah nasib negara bila Gen Z ni menjadi tampuk pemerintahan. 
Berita : – KOSMO! ONLINE“Bagaimana awak semua boleh terfikir untuk memasak di stesen minyak? Awak tak fikir ke di bawah itu ada tangki minyak? Lepas itu muat naik dalam media sosial”.
Itu pertanyaan yang dilempar oleh Majistret Nadhratun Naiem Zainan kepada seorang lelaki dan tiga wanita yang dituduh melakukan aktiviti memasak mi segera menggunakan dapur gas di sebuah stesen minyak di Genting Highlands, seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini

Dalam prosiding yang berlangsung di Mahkamah Majistret Bentong hari ini tertuduh :Ejen hartanah, Nur Azira Azman, 23; Fadhli Zil Ikram Sazalin Isran (peniaga kedai makan), Nur Fatin Irdina Shahrulnizam (pegawai khidmat pelanggan) dan Nur Anis Salleh (pembantu pergigian) Masing-masing berusia 24 tahun dituduh di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Akta sama

Kesemua tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut dan meminta agar denda dapat dikurangkan kerana masing-masing perlu menanggung ibu bapa dan adik-beradik selain ia merupakan kesalahan pertama mereka

Kesemua tertuduh yang berasal dari Melaka kemudiannya dikenakan hukuman denda RM500.
Dalam prosiding tersebut tertuduh pertama, Fadhli Zil Ikram mengakui kesilapan tersebut dan memberitahu mahkamah pada awalnya mereka merancang untuk memasak di tempat lain namun sudah penuh

Justeru itu, mereka bertindak memasak di kawasan stesen minyak berkenaan dan beranggapan tempat mereka memasak itu adalah jauh dari ‘nozel’ minyak dan ia berada di laluan ke tandas

Sementara tertuduh kedua, Nur Fatin Irdina berkata, perbuatan tersebut adalah secara rawak kerana mereka telah lapar tanpa memikirkan bahaya yang timbul di kawasan stesen minyak berkenaan

Mengikut kertas pertuduhan kesemua tertuduh bersama-sama dalam mencapai niat bersama kira-kira pukul 1.30 pagi pada 12 Mei lalu  telah bertindak memasak menggunakan dapur gas di dalam kawasan sebuah stesen minyak di Genting Highlands

Perbuatan tersebut disifatkan sebagai gopoh kerana telah membahayakan keselamatan dan nyawa orang lain

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zamharir Muhammad Zuhid, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam

 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2024/05/majistret-bingung-macam-otak-mereka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagaimana Awak Boleh Terfikir Untuk Memasak Di Stesen Minyak Kemudian Muat Naik Dalam Media Sosial Majistret

Bagaimana Awak Boleh Terfikir Untuk Memasak Di Stesen Minyak Kemudian Muat Naik Dalam Media Sosial Majistret

papar berkaitan - pada 23/5/2024 - jumlah : 385 hits
Bagaimana awak semua boleh terfikir untuk memasak di stesen minyak Awak tak fikir ke di bawah itu ada tangki minyak Lepas itu muat naik dalam media sosial Itu pertanyaan yang dilempar oleh Majistret Nadhratun Naiem Zainan kepada seorang lel...
Polis Bentong Buka Kertas Siasatan Aktiviti Memasak Di Stesen Minyak Di Genting Highlands

Polis Bentong Buka Kertas Siasatan Aktiviti Memasak Di Stesen Minyak Di Genting Highlands

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 496 hits
BENTONG Polis membuka satu kertas siasatan berhubung sekumpulan pemilik kenderaan yang melakukan aktiviti memasak di kawasan stesen minyak di Genting Highlands baru baru ini Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya...
Lelaki Bengang Staf Stesen Minyak Terima Tip Netizen Tanya Kenapa Bitter Sangat

Lelaki Bengang Staf Stesen Minyak Terima Tip Netizen Tanya Kenapa Bitter Sangat

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 469 hits
Seorang lelaki meluahkan rasa bengang apabila salah seorang staf stesen minyak menerima duit tip daripada pelanggan Singapura hingga undang perhatian ramai di media sosial Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengguna di laman X lelaki i...
Masak Mi Segera Di Stesen Minyak 4 Didenda Rm500

Masak Mi Segera Di Stesen Minyak 4 Didenda Rm500

papar berkaitan - pada 21/5/2024 - jumlah : 217 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Empat individu didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Bentong hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan memasak menggunakan dapur gas di stesen minyak di Genting Highlands 12 Mei lalu Majistret Nadratun Naiem ...
Mana Tak Bangga Sekoq Tak Kena Denda Resort Yang Kena Denda Nak Jaga Hati Siapa

Mana Tak Bangga Sekoq Tak Kena Denda Resort Yang Kena Denda Nak Jaga Hati Siapa

papar berkaitan - pada 25/5/2024 - jumlah : 498 hits
Kemain lagi bangga walaun bila penganjur dikompaun Eloklah tu Cuma Cerita parti liar ni dah lama tersebar Tapi tak ada apa tindakan pun yang diambil bagi itu daripada dianjurkan Kompaun tu eloklah Tapi bukankah Kenapa tak usahakan dari awal...
Jenis Jenis Teknik Berkebun Yang Sesuai Di Malaysia

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Doa 19 Oktober 2025

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Majlis Khatam Hafazan Perdana

Happy Deepavali 2025

Bakat Amp Bplant Hasilkan Produk Kelio Inisiatif Bantu Ekonomi Keluarga Atm

Penumpang Menjerit Kabin Pesawat Terbakar Disebabkan Power Bank

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Clean Walkways In Sabah Sparks Debate On Civic Culture