Main Masak Masak Tak Jadikan Anak Lelaki Lembik Banyak Kelebihannya


Siapa kata main masak-masak hanya untuk anak perempuan? Main masak-masak bersama adik beradik yang lain terutama untuk anak lelaki tidaklah menjadi hal yang besar bahkan ada banyak kelebihannya.

Mainan masak masak untuk anak lelaki, boleh ke?
Jangan terkejut kerana jawapannya anak lelaki boleh bermain masak-masak dan permainan set dapur bahkan amat digalakkan.
Hakikatnya, pembahagian kategori mainan untuk kanak-kanak lelaki atau perempuan ini adalah taktik pengeluar mainan semata-mata, yang akhirnya melekat menjadi stigma bagi kebanyakan daripada kita.
Sejujurnya tanpa mengira jantina, setiap kanak-kanak boleh bermain sebarang permainan dan tidak seharusnya wujud diskriminasi.
Tidak dinafikan, jika berada di kedai permainan, mainan set dapur ini kebanyakannya terdapat dalam warna merah jambu – yang amat sinonim dengan kanak-kanak perempuan.
Namun terdapat juga sebilangan besar dapur mainan masak masak ini dihasilkan dengan lebih neutral, realistik dan sesuai untuk kanak-kanak lelaki serta perempuan, seperti dapur yang diperbuat daripada kayu.

Mengapa anak lelaki perlu didedahkan kepada permainan set dapur ini? Ini kerana satu fakta yang pasti, setiap individu perlu belajar untuk memasak.
Malah di kebanyakan rumah pada masa kini, ia adalah satu gambaran biasa untuk anak melihat kedua-dua ibu bapanya memasak di dapur. Bahkan terdapat ramai chef lelaki terkenal!
Jadi, tiada salahnya untuk membiasakan kanak-kanak lelaki dengan persekitaran dapur melalui permainan masak-masak ini.
Mainan masak masak, 7 manfaatnya kepada anak
Sudah tentu salah satu faedah yang tidak dapat dinafikan dengan permainan ini adalah ia dapat membuatkan si kecil ‘sibuk’ sementara anda melakukan tugasan rumah lain seperti memasak atau mengemas rumah.
Main masak-masak atau khususnya permainan set dapur kanak-kanak menawarkan kelebihan buat anak dari pelbagai aspek, antaranya:

1. Membina keyakinan diri
Permainan dapur ini sangat bagus untuk mendedahkan anak dengan kemahiran hidup dan mengembangkan kebebasan serta keyakinan diri.
Anak perlu bertanggungjawab memastikan kekemasan dapur, menyusun bahan-bahan, belajar tentang konsep asas memasak dan pemakanan sihat semasa bermain.
2. Belajar mendengar arahan dengan mainan masak masak
Semasa anda sibuk memasak di dapur, adakah si kecil turut bersama dan sentiasa bertanyakan soalan? Jika ya, ini tandanya mereka perlu diberikan set permainan dapur.
Anda akan dapat menerangkan bagaimana pentingnya untuk mengikut arahan bagi menghasilkan sesuatu makanan yang sedap – walaupun pada hakikatnya dengan set permainan dapur ini, anak tidak menghasilkan makanan sebenar.
3. Mainan masak masak dapat meningkatkan kreativiti
Role play sangat bagus untuk meningkatkan daya imaginasi dan mengembangkan kreativiti anak.
Ini kerana sememangnya kanak-kanak suka melakonkan atau meniru kembali perkara yang mereka lihat dalam kehidupan sebenar.
Permainan masak-masak ini pastinya sangat menarik untuk kanak-kanak. Mereka akan mencipta senario dapur unik sambil bermain dengan peralatan dan perkakas mainan.

4. Meningkatkan kemahiran motor halus
Anda mungkin tidak menyedarinya, tetapi sebenarnya setiap kali memasak, kemahiran motor halus sedang digunakan.
Anda perlu memotong, menapis, membasuh dan pelbagai lagi pergerakan fizikal lain, walaupun hanya untuk membuat hidangan ringkas.
Ini juga akan berlaku kepada si kecil apabila mereka berpura-pura memasak di dapur mainan – semua tindakan anak memerlukan kemahiran motor halus seperti individu dewasa.
5. Mainan masak masak dapat meningkatkan kemahiran mengecam visual
Semasa bermain masak-masak, anak akan belajar mengenal pasti pelbagai jenis makanan dan peralatan penting yang digunakan di dapur.
Ia akan membantu anda mengajar mereka mengenai makanan sihat seperti buah-buahan, sayuran dan sebagainya serta menghindari makanan ringan. Ini seterusnya akan membantu mereka untuk membesar dan memilih gaya hidup sihat.
6. Memperbaiki kemahiran bahasa dan komunikasi
Set permainan dapur ini sangat bagus dalam mengembangkan kemahiran bahasa dan komunikasi anak.
Untuk anak yang lebih kecil, mereka mungkin akan mula mempelajari nama makanan dan perkakas yang berbeza serta tindakan seperti mengacau, menggaul atau memotong.
Semakin membesar, mereka akan beralih kepada membangunkan pemikiran naratif dan penceritaan sambil menghasilkan permainan untuk dimainkan.
7. Serlahkan personaliti diri
Membiarkan anak lelaki anda bermain masak-masak atau segala jenis permainan tanpa diskriminasi jantina membolehkan mereka mengekspresikan diri dan mengembangkan keperibadian. Ini kerana bukan semua budak lelaki suka bermain bola sepak, kereta atau action figure.
Satu hari nanti, anak anda mungkin membesar menjadi pereka fesyen, pendandan rambut, tukang masak, mahupun penulis. Sementara ramai lagi yang akan menjadi saintis, jururawat, guru, arkitek ataupun jurutera.
Seorang kanak-kanak lelaki bermain dengan anak patung, hanyalah untuk berseronok dan mungkin akan belajar nilai kasih sayang pada masa yang sama.
Jadi jika anak lelaki anak lebih cenderung untuk bermain set mainan dapur, biarkan mereka. Mana tahu mungkin rezeki mereka untuk menjadi chef tersohor suatu hari nanti!
Kredit: Hello Doktor
 
The post Main Masak-Masak Tak Jadikan Anak Lelaki Lembik, Banyak Kelebihannya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/main-masak-masak-tak-jadikan-anak-lelaki-lembik-banyak-kelebihannya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Nak Belajar Baca Komik Jangan Dilarang Banyak Kelebihannya

Anak Nak Belajar Baca Komik Jangan Dilarang Banyak Kelebihannya

papar berkaitan - pada 28/11/2024 - jumlah : 149 hits
Sebagai ibu bapa tahukah anda bahawa ada banyak manfaat baca komik untuk anak Atau kalian tidak fikir begitu Anak nak baca komik mak ayah selalu larang kerana bimbang komik boleh memberi kesan yang tidak baik pada anak Komik jika kena denga...
Kelantan Keluarga Minta Polis Selamatkan Anak Kononnya Terperangkap Banjir Rupanya Sedang Main Bola Sepak

Kelantan Keluarga Minta Polis Selamatkan Anak Kononnya Terperangkap Banjir Rupanya Sedang Main Bola Sepak

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 181 hits
Nor Fazlina Abdul Rahimam hmetro com myANGGOTA Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Kelantan Pasir Mas Sebanyak 114 panggilan palsu berkaitan banjir termasuk dakwaan penemuan empat mayat antara cabaran yang dihadapi polis sepanjang berdepan...
Amyra Rosli Keguguran Tiada Rezeki Timang Anak Ketiga

Amyra Rosli Keguguran Tiada Rezeki Timang Anak Ketiga

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 93 hits
Pelakon Amyra Rosli keguguran baru baru ini dan dia bersama suaminya Amar Bahrin menganggap itu bukan rezeki mereka untuk menimang anak ketiga Menerusi satu hantaran di Instagram aktres berusia 33 tahun itu telah memuat naik foto memaparkan...
Udah Hobi Koleksi Dari Usia 1 Tahun Arrasya Anak Tasya Kamila Makin Jago Soal Kipas Angin

Udah Hobi Koleksi Dari Usia 1 Tahun Arrasya Anak Tasya Kamila Makin Jago Soal Kipas Angin

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 209 hits
Saat ditanya warganet soal permasalah kipas angin mereka Arrasya bisa jawab dan kasih solusi lho Pinter banget sih
Kimberly Ryder Sah Bercerai Dari Edward Akbar Dapat Hak Asuh Anak Dan Nafkah Rp6 Juta

Kimberly Ryder Sah Bercerai Dari Edward Akbar Dapat Hak Asuh Anak Dan Nafkah Rp6 Juta

papar berkaitan - pada 1/12/2024 - jumlah : 214 hits
Saat mengajukan permohonan gugatan cerai Kimberly hanya menuntut nafkah sebesar Rp5 ribu karena tak ingin memberatkan Edward
Kedah Anak Terkilan Gagal Selamatkan Bapa Lemas Depan Mata

Kedah Anak Terkilan Gagal Selamatkan Bapa Lemas Depan Mata

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 149 hits
Adie Sufian ZulkefliMuhammad Khairul Ikhwan menunjukkan lokasi di mana bapanya Ismail Hashim lemas dibawa arus deras dalam kejadian di Sungai Kedah di Kampung Paya Parit Lateh dekat Jitra petang semalam Gambar Astro AWANIKUBANG PASU Seorang...
Kesan Buruk Mengumpat Pasangan Depan Anak Anak Yang Kita Tak Sedar

Kesan Buruk Mengumpat Pasangan Depan Anak Anak Yang Kita Tak Sedar

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 150 hits
Hubungan suami isteri bukan sekadar saling memahami tetapi juga menjadi teladan terbaik untuk anak anak Namun tanpa kita sedar kadang kala perasaan tidak puas hati terhadap pasangan terlepas dalam bentuk kata kata negatif di depan anak anak...
Ain Edruce Bakal Timang Anak Kedua Soraya Gonna Be Kakak

Ain Edruce Bakal Timang Anak Kedua Soraya Gonna Be Kakak

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 122 hits
Tahniah kepada pengacara dan pelakon Ain Edruce yang bakal menimang cahaya mata kedua apabila berkongsi momen sewaktu mengadakan majlis gender reveal di Instagram miliknya Menerusi perkongsian tersebut Ain memuat naik beberapa gambar periba...
Alhamdulillah Untuk Rezeki Ini Lepas Keguguran Ain Edruce Umum Hamil Anak Kedua

Alhamdulillah Untuk Rezeki Ini Lepas Keguguran Ain Edruce Umum Hamil Anak Kedua

papar berkaitan - pada 1/12/2024 - jumlah : 152 hits
Pelakon dan pengacara popular Ain Edruce berkongsi berita gembira dia bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi Ain atau nama lengkapnya Nurulain Edruce berkongsi berita gembira itu menerusi satu hantaran di Instagram akaunnya var cu...
Lirik Lagu Batu Belah Batu Konkrit Monoloque Ft Azlina Aziz

Malaysia Iran Agree To Strengthen Bilateral Ties

Makan Masakan Thai Di Arked Niaga Padang Besar Perlis

Drama Deejay Kampung

Siti Kasim Snubs Teo Kok Seong For His Slave Mentality By Wanting To Uphold Ketuanan Melayu

Umrah Diy Panduan Lengkap Tips Penting

Penerangan Jenis Jenis Hidung Manusia Dan Ciri Hidung Menarik

Vips Dnaa Not About Issue Of Numbers


echo '';
Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Ibu Selamat Lahirkan Bayi Hampir Lemas Dalam Kandungan Terkandas Tanah Runtuh

Sedapnya Bufet Iftar Kayangan Di Geo Resort Hotel Genting Highlands Ni

Steps To Register A Member Official Slot Win123

Nasi Lemak Tanglin Kuala Lumpur

Skop Tugas Sebenar Pembantu Penyediaan Makanan Gred N1

Pbt Suat Muslihat Bersama