Maik Bantu Keluarga Pesakit Koma Empat Tahun


 Bergantung harap pada suami, itulah yang menjadi idaman sesetengah isteri dalam menguruskan rumahtangga. Namun lain yang dilalui oleh Zuraida binti Abdul Latif, 43, ibu kepada 6 anak ini di Kampung Tujoh, Tumpat apabila dialah ibu dan bapa buat anak-anaknya. Anak berusia 22, 20, 17, 14, 10 dan bongsu 4 tahun.
Kali ini MAIK Cakno Sengoti telah bergerak ke Kampung Tujoh, Tumpat bagi menyantuni dan menyelami kisah hidup keluarga Zuraida.
Zuraida diuji dengan suaminya Mat Nasir bin Salleh terlantar koma sejak 4 tahun lalu setelah terlibat kemalangan jalan raya di Kota Bharu ketika pulang dari tempat kerja. Ketika itu Zuraida sedang berpantang hari ke-10.
Dia bukan tidak mahu bekerja tetapi suaminya perlu dijaga 24 jam. Dipakaikan lampin dan diberikan susu menerusi tiub. Ubat perlu diberi mengikut waktu untuk elak sawan. Mujurlah belanja susu dan lampin dibiayai PERKESO dan terima bantuan JKM sebanyak RM500 sebulan.
Dia juga bersyukur kerana keluarga mertua dan sanak saudara membantu serta memberi sokongan. Ini menjadi kekuatan buat Zuraida.
Zuraida juga seorang ibu yang bertuah apabila dua anaknya yang bekerja sebagai pekerja pembersihan menghulurkan sedikit wang belanja untuk ibu dan adik-adik. Tapi dia juga kena berjimat. Harga serba-serbi mahal sekarang ni.
Ya Allah, hati kami tersentuh. Setianya, dia menjaga suami terlantar. Dia tidak pernah mengeluh. Tidak sesekali menganggap suaminya sebagai beban. Namun ketika mengimbau kembali, saat suaminya hanya mampu merenung matanya tanpa berkata-kata, nadanya sebak...air mata mula mengalir. Dia anggap ini adalah ujian buatnya. Tiada siapa mahu suami kita berada dalam keadaan sebegini.
Perkataaan malu yang diucapkan untuk berbual dengan kami diawal pertemuan hilang serta-merta ketika itu. Air matanya gugur. Itulah perasaan kasihnya sang isteri kepada suami. Meskipun terlantar.
Semalam, pihak kami diwakili AF. Ustaz Mohd Sidek bin Mamat, Imam Tua Masjid Ismaili Jajahan Tumpat bersama kru Unit Komunikasi Korporat MAIK telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM3,000 serta barangan dapur.
YA Allah, Ya Tuhanku. Betapa tersentuhnya hati kami. Ketika sang isteri memberitahu "abang ni ada orang MAIK mari datang melawat, ada bawa sumbangan untuk anak-anak". Secara tiba-tiba dia mengeluarkan bunyi.
Sedangkan sepanjang kami berada di rumahnya dia menyepi. Terbaring kaku. Selepas itu dia kembali senyap.
Biarpun bunyi seperti kahak terlekat tetapi kami faham itu tanda dia bersyukur dan berterima kasih kepada MAIK. Berterima kasih yang sangat bernilai maknanya buat para pembayar zakat. Betapa mulianya hati seorang sang ayah. Didikan terbaik buat anak-anaknya. Mengajar berterima kasih.
Tanda berterima kasih kerana selama empat tahun dia terlantar, dua anaknya yang masih belajar telah menerima Biasiswa Tengku Anis (BTA) di bawah tajaan MAIK. Semasa di awal kejadian kemalangan dahulu, pihak MAIK juga turut datang menziarah dan menghulurkan bantuan.
Kami doakan sumbangan ini dapat membantu mereka sekeluarga.
Terima kasih Para Pembayar Zakat, Anda Hero Asnaf
Teks dan gambar: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2023/04/fgr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wajah Anak Anak Semua Comel Bersih Tak Terbakar Ebit Lew Sempat Bantu Keluarga Mangsa

Wajah Anak Anak Semua Comel Bersih Tak Terbakar Ebit Lew Sempat Bantu Keluarga Mangsa

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 263 hits
Tak siapa menduga pada awalnya niat si ibu meninggalkan anak anak di rumah untuk keluar membeli juadah berbuka puasa akhirnya bertukar tragedi apabila rumah yang mereka diami terbakar Lebih menyedihkan apabila keempat empat anak kecil ini m...
Awal2 Kena Paksa Sekarang Tak Sangka Dah Empat Tahun Boss James Puasa

Awal2 Kena Paksa Sekarang Tak Sangka Dah Empat Tahun Boss James Puasa

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 295 hits
Siapa sangka pempengaruh media sosial berbangsa Cina Boss James rupanya sudah masuk tahun keempat berpuasa di bulan ramadan bersama sahabat muslim yang lain telah berjaya mengundang perhatian ramai Menurut laporan mStar perkara tersebut dim...
Dr M Ambil Masa 6 Tahun Anwar Hanya 3 Bulan Untuk Kenakan Musuh Politik

Dr M Ambil Masa 6 Tahun Anwar Hanya 3 Bulan Untuk Kenakan Musuh Politik

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 464 hits
Hidir Reduan Abdul RashidAhli parlimen PAS Awang Hashim berkata Anwar Ibrahim mengeheret seteru politiknya ke mahkamah hanya dalam tempoh tiga bulan selepas dia dilantik sebagai perdana menteri Dalam pernyataan pembelaan terhadap saman fitn...
Bantal Ni Sejak Baby Lagi Suami Tebalkan Muka Ambil Bantal Busuk Isteri Dekat Homestay 25 Tahun Jadi Peneman

Bantal Ni Sejak Baby Lagi Suami Tebalkan Muka Ambil Bantal Busuk Isteri Dekat Homestay 25 Tahun Jadi Peneman

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 356 hits
Penangan bantal busuk ini bukan biasa biasa Sehari tanpa bantal busuk ibarat setahun lamanya menunggu Gelisah dan resah Inilah yang berlaku kepada seorang wanita Maxine Marsha Suil yang tertinggal bantal busuk kesayangannya di sebuah homest...
Terpeleset Saat Mandi Bocah 5 Tahun Ditemukan Mengapung Di Sungai Musi

Terpeleset Saat Mandi Bocah 5 Tahun Ditemukan Mengapung Di Sungai Musi

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 254 hits
Warga setempat heboh dan mulai melakukan pencarian Tim SAR gabungan juga turun ke lokasi menyisiri sungai namun tidak membuahkan hasil
Setelah 19 Tahun Dalam Pasaran China Akhirnya Amazon Tutup Kedai Rupanya Ini Punca Sebenar

Setelah 19 Tahun Dalam Pasaran China Akhirnya Amazon Tutup Kedai Rupanya Ini Punca Sebenar

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 281 hits
Setelah 19 tahun dalam pasaran China akhirnya AMAZON 8216 tutup kedai 8217 rupanya ini punca sebenar Pasaran e dagang China bernilai 2 trilion pada 2022 menurut GlobalData dan negara itu juga mempunyai kelas pertengahan Yang berkembang pesa...
Semoga Kita Terus Bahagia Gary Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke 6

Semoga Kita Terus Bahagia Gary Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke 6

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 236 hits
Dalam diam rupanya Kang Gary sudah pun 6 tahun bergelar suami ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini penyanyi rap itu telah memuat naik video di saluran miliknya dengan kapsyen Kami membeli cincin pasangan untuk menyambut ulang tahun perkahwinan k...
100 Tahun Lagi Pun Ph Tidak Akan Tergugat Dengan Umno Yang Masih Mempertahan Najib Dan Zahid

100 Tahun Lagi Pun Ph Tidak Akan Tergugat Dengan Umno Yang Masih Mempertahan Najib Dan Zahid

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 332 hits
Selepas Mahathir adalah Anwar Seeloknya Muhyiddin memberi LALUAN kepada Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri Jika Anwar GAGAL mengganti Tun calon terdekat yang paling layak adalah Azmin dan Timbalan Perdana Menteri adalah Mukhriz Jika d...
Nasi Kabuli Berpuluh Tahun Nampak Resepi Baru Hari Ni Makan

Nasi Kabuli Berpuluh Tahun Nampak Resepi Baru Hari Ni Makan

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 1096 hits
Kecik kecik dulu bila terbaca menu pelik dalam buku resepi kakak mula la curious nak tahu Zaman tu kebanyakan yg share resepi dalam majalah mostly Mak Mak Datin je atau pun artis artis Khairul Aming belum lahir lagi Macam best je tengok bah...
Lirik Lagu Aku Ikhlas Melepaskanmu Shandy Pagalla

Iran President S Plane Lands In Oman Along With Three More

Mca Baffled By Pmx S Claim Of Rm20b National Debt Cut When It Has Surged 11 4 Under Madani Rule

Board Game Caf S The Analog Social Scene Redefining Pop Culture

Awie Riez Luka Chord

Revealed The Hyper Exclusive Mv Agusta Superveloce 1000 Ago

Dituduh Jumpa Bomoh Siam Sebab Tiada Job Penyanyi Wanita Buat Laporan Polis

Umdap A Figment Of Opposition S Imagination Says Umno S Asyraf


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tv Alhijrah Pilih Karnival Al Falah Madani Sebagai Pentas Sambutan Ulang Tahun Ke 15

Mengejutkan Covid 19 Kembali Ke Malaysia Kematian Pertama Pada Tahun 2025

Anak Bongsu Istimewa Rahmad Mega Meninggal Dunia

Imah Nini Coffee Kitchen Menyeruput Nostalgia Di Tengah Kota Bogor

Betul Ke Hypothyroid Penyebab Rasa Letih Melampau

Masak Guna Kuali Periuk Stainless Steel