Mahu Cepat Dan Banyak


 Hidup bukan tentang pencapaian, tetapi proses yang berterusan. Tiada pengakhiran, tetapi sentiasa berjalan menuju titik infiniti. Justeru, tidak perlu tergesa-gesa untuk mencapai sesuatu. Berusahalah dan nikmati setiap pencapaian sama ada kecil atau besar. 
Keinginan mahu cepat dan banyak akan bawa tekanan. Sikap tidak sabar boleh membawa kepada tidak teliti dan membuat keputusan salah. Kesannya hidup menjadi lebih tertekan dan merencatkan segala proses ke arah kebaikan yang ingin digapai.
 
Hidup ini umpama ombak yang ada naik dan turun. Antara naik dan turun berlaku secara berturut yang memberi kekuatan untuk menghempas pantai. Ia adalah proses dinamik dan berterusan.   
 
Hidup adalah tentang kita mampu tenang dilambung ombak. Kekal mengemudi kapal biarpun ombak besar.
 
Jadikan dua amalan kehidupan, satu untuk sentiasa membantu. Satu lagi, tidak melakukan apa apa kerosakan. Kalau tidak mampu menjadi batu permata, jangan jadi batu api. Kalau tidak dapat menambah, jangan pula menyebabkan sesuatu kebaikan berkurangan.
 
Kebaikan bukan bermakna apabila cepat dan banyak mencapai apa yang diingini. Kebaikan ialah apabila mampu mengekalkan apa yang telah dicapai atau meneruskan usaha dalam apa juga keadaan yang mencabar.
 
Kehidupan akan menjadi gawat dan penuh tekanan apabila ada keterdesakan impian “mahu cepat dan mahu banyak”. Itu sebenarnya bukan impian, tetapi ketamakan. Orang tamak selalu rugi. Bukan setakat tidak mencapai apa yang diingini, bahkan biasa melepaskan apa yang telah dimiliki.
 
Sifat syukur berada pada tahap tertinggi kerana tidak ramai yang mampu mencapai tahap syukur di atas semua anugerah diterima di dunia ini.
 
Allah SWT berfirman: “Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-Ku yang bersyukur.” (Surah Saba, ayat 13)
 
Sedangkan Allah SWT juga menegaskan, bagi hamba-Nya yang sentiasa bersyukur akan ditambah nikmat mereka. Sifat syukur juga membolehkan seseorang mendapat pahala besar.
 
Firman Allah SWT: “Dan (sebaliknya) Allah memberi balasan pahala kepada orang yang bersyukur (dengan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya).” (Surah Ali-Imran, ayat 144)
 
Kelebihan orang yang bersyukur dan sentiasa menghargai pemberian Allah SWT termasuk nikmat usia, kesihatan, harta benda, anak serta keluarga, akan merasa kebahagiaan hidup.
 
Oleh itu, jadilah hamba yang bersyukur kerana mengetahui segala nikmat datangnya daripada Allah SWT dan menterjemahkan rasa syukur dengan menggunakan kurniaan itu pada jalan yang diredai-Nya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2024/09/snr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rate 4 2 Terlalu Banyak Custard Berani Bagi Kieda Crepe Rating Rendah Influencer Makanan Dipuji Jujur

Rate 4 2 Terlalu Banyak Custard Berani Bagi Kieda Crepe Rating Rendah Influencer Makanan Dipuji Jujur

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 240 hits
Baru baru ini tular di platform media sosial seorang pempengaruh yang sering reviu makanan dikenali sebagai Jason dipuji ramai selepas memberi rating rendah kepada Kieda Crepe 8216 Kecewa 8217 rasa tak seperti digambarkan Melalui hantaran v...
Kamu Hinalah Banyak Mana Pun Anwar

Kamu Hinalah Banyak Mana Pun Anwar

papar berkaitan - pada 28/9/2024 - jumlah : 229 hits
bharian com myOleh September 27 2024 4 52pmAnwar ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama warga Westports hari ini NSTP ASYRAF HAMZAHKLANG Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar sikap segelintir pihak yang berterusan membuat tuduhan liar t...
Lebih Murah Tapi Lebih Banyak Manfaat Kesihatan Ini 3 Air Mineral Jenama Dari Malaysia

Lebih Murah Tapi Lebih Banyak Manfaat Kesihatan Ini 3 Air Mineral Jenama Dari Malaysia

papar berkaitan - pada 28/9/2024 - jumlah : 200 hits
Secara umum setiap air yang kita minum mungkin kelihatan serupa dan sering dirujuk sebagai air kosong atau air putih Tanpanya tubuh badan kita tidak mungkin dapat berfungsi dengan baik Tidak dapat dinafikan kebanyakan manusia di seluruh dun...
Banyak Betul Duit Dia Boleh Hidup Lama Overseas

Banyak Betul Duit Dia Boleh Hidup Lama Overseas

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 181 hits
Zainuddin OmarBanyak betul duit dia boleh hidup lama overseas Macam mana dia boleh elak dari dikesan oleh Interpol Tentu takkan lama dia duduk sesuatu negara kecuali dia pegang paspot Antigua and Barbuda Dominica Grenada St Lucia atau St Ki...
Tip Masak Ketam Telur Masin Sedap Tak Guna Banyak Bahan

Tip Masak Ketam Telur Masin Sedap Tak Guna Banyak Bahan

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 388 hits
Sedapnya Salted Egg Crab Ketam Telur Masin Andai menikmatinya di restoran harga pastinya sangat mahal Untuk lebih jimat anda boleh hasilkan sendiri di rumah Tapi tip untuk masak seafood yang sedap paling penting ialah guna ketam yang segar ...
Akhir Zaman Banyak Pendusta Agama

Akhir Zaman Banyak Pendusta Agama

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 129 hits
ISLAHRasulullah pernah memperingatkan kita tentang kemunculan pendusta agama yang akan menyesatkan umat dengan ajaran ajaran sesat Hari ini kita menyaksikan bagaimana individu individu ini memperguna agama untuk kepentingan sendiri menyalah...
Legoland Malaysia S Summer Carnival Is Back With A Splash For A Third Year

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media

No Formal Protests Over Malaysia S Naturalised Players Says Afc

Buat Paper Bag Sendiri Untuk Produk Event Anda Bersama Mosumart Design

Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Satelit Berteknologi Ai Yang Beresolusi Tinggi Kesan Pencerobohan Tanah Hutan Di Pahang Menjelang 2027

Putra Heights Gas Pipeline Fire Mca Calls For Rci Says Residents Deserve The Truth

Sejarah Perang Mu Tah Sebab Terjadi Jalannya Pertempuran Dan Kemenangan Kaum Muslimin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tkbpg 3 November Tkbpg Top 5 By Octavio

Osmanthus In Bloom Minuman Baharu Kenangan Coffee Yang Beraroma Eksklusif

Untuk Hati Yang Sedang Letih

Penerbangan Terkejut Boeing 737 Menurun 26 000 Kaki Dalam 10 Minit

Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air Luluskan 38 Projek Air Rm5 9 Bilion Di Pahang

Cafa Nations Cup 2025 Senarai Pasukan Pemain Malaysia