Mahkamah Persekutuan Tangguh Keputusan Berhubung Siasatan Sprm Terhadap Hakim Nazlan



Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, yang mempengerusikan panel tujuh hakim, berkata mereka memerlukan masa untuk membincangkan perkara itu. (Bernama) – Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan keputusan berhubung dua persoalan perlembagaan iaitu sama ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai kuasa untuk menyiasat hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, yang mempengerusikan panel tujuh hakim, berkata mereka memerlukan masa untuk membincangkan perkara itu.
Turut bersidang hakim besar Sabah dan Sarawak Amar Abang Iskandar Abang Hashim serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Nallini Pathmanathan, Vernon Ong Lam Kiat, Harmindar Singh Dhaliwal, Rhodzariah Bujang dan Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang mendengar hujah kedua-dua pihak pada prosiding yang berlangsung secara dalam talian.
Tiga peguam iaitu Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, Nur Ain Mustapa dan Sreekant Pillai memohon mahkamah memutuskan dua persoalan undang-undang iaitu sama ada agensi siasatan jenayah hanya dibenarkan menyiasat hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang telah digantung tugas.
Persoalan kedua ialah sama ada pendakwa raya mempunyai bidang kuasa untuk memulakan atau menjalankan prosiding bagi kesalahan terhadap hakim yang sedang berkhidmat di ketiga-tiga mahkamah.
Peguam terbabit telah memfailkan saman terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, SPRM dan Kerajaan susulan tindakan agensi itu membuka kertas siasatan ke atas hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Ghazali selepas satu laporan dibuat berhubung dakwaan terdapat sejumlah wang yang tidak dapat dijelaskan di dalam akaun bank Mohd Nazlan iaitu lebih RM1 juta.
Mereka memohon deklarasi bahawa siasatan SPRM ke atas Nazlan adalah tidak berperlembagaan.
Nazlan adalah hakim perbicaraan yang mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas bekas perdana menteri Najib Razak bagi tujuh kesalahan rasuah membabitkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd pada 28 Julai 2020.
Pada prosiding hari ini, Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili ketiga-tiga peguam, berhujah bahawa tindakan SPRM menghebahkan siasatan terhadap Mohd Nazlan tidak pernah berlaku sebelum ini.
“Kesemua peristiwa itu boleh dianggap sebagai serangan ke atas badan kehakiman meskipun jika ia tidak disengajakan,” katanya.
Malik juga berkata para hakim akan terdedah kepada komplot memalukan agensi siasatan jenayah dan berpotensi didakwa meskipun mereka tidak melakukan kesalahan.
Beliau berkata siasatan agensi seperti SPRM, yang terletak di bawah Cabang Eksekutif, terhadap seorang hakim mahkamah atasan yang sedang berkhidmat, boleh dianggap sebagai siasatan ke atas badan kehakiman secara keseluruhan.
“Ia akan menjejaskan kebebasan kehakiman dan merosakkan keyakinan awam terhadap badan kehakiman,” katanya sambil menambah mekanisme khusus bagi menangani salah laku kehakiman yang bertujuan memastikan keyakinan awam terhadap badan kehakiman telah diperuntuk di bawah Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan.
“Mekanisme ini membabitkan pendengaran di hadapan sebuah tribunal yang diwujudkan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Jawatankuasa Etika Hakim (JEC),” katanya sambil menambah tribunal dan JEC terbabit adalah bebas daripada cabang eksekutif serta legislatif.
Malik berkata langkah memberikan kebebasan dan kuasa tanpa syarat kepada agensi siasatan jenayah untuk menyiasat para hakim akan menimbulkan tanggapan bahawa cabang Eksekutif, melalui badan terbabit, boleh mengenakan tekanan ke atas badan kehakiman bagi tujuan kolateral.
Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin, yang mewakili Azam, SPRM dan kerajaan, pula berhujah cadangan pemohon bahawa tiada siasatan serta pendakwaan jenayah boleh dilakukan sehingga atau selepas seorang hakim yang sedang berkhidmat digantung tugas adalah cacat.
Beliau berkata tiada sebarang peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghalang hakim yang sedang berkhidmat atau telah bersara daripada disiasat.
“Jika inilah hujah mereka maka seorang ahli Parlimen atau perdana menteri boleh menggunakannya untuk mempertikai sebarang siasatan terhadap mereka,” katanya.
Liew juga berkata ketua hakim negara boleh dilihat memainkan peranan sebagai penyiasat, pendakwa dan hakim jika beliau perlu memutuskan sama ada satu representasi perlu dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi pelantikan tribunal dan penggantungan seseorang hakim yang sedang berkhidmat untuk memberi laluan kepada siasatan serta pendakwaan jenayah.
Beliau menggesa mahkamah agar mengambil notis kehakiman bahawa dua bekas Ketua Hakim Negara iaitu Eusoff Chin dan Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim telah disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah ketika mereka masih berkhidmat.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/11/10/mahkamah-persekutuan-tangguh-keputusan-berhubung-siasatan-sprm-terhadap-hakim-nazlan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Najib Tak Boleh Tangguh Walau Sehari Nak Dakwa Hakim Rasuah Boleh Tangguh Entah Sampai Bila

Hukum Najib Tak Boleh Tangguh Walau Sehari Nak Dakwa Hakim Rasuah Boleh Tangguh Entah Sampai Bila

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 186 hits
Oleh Adam Malik Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan berhubung dua persoalan perlembagaan iaitu sama ada SPRM mempunyai kuasa untuk menyiasat Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali Rakyat sendiri sebagai hakim boleh menjatuh hukuman pa...
Pru15 1 Undi Penentu 3 Keputusan

Pru15 1 Undi Penentu 3 Keputusan

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 401 hits
TINGGAL kurang tiga minggu bagi rakyat kembali ke pusat mengundi untuk menentukan mandat Lebih 21 juta layak untuk berbuat demikian Sabtu ini hari penamaan calon dan disusuli dengan pengundian sebenar pada 19 November dan di antara kedua du...
Jika Pn Bersih Apa Hasil Siasatan Terhadap Pemimpin Bersatu Dr Latif Isu Kapal Lcs

Jika Pn Bersih Apa Hasil Siasatan Terhadap Pemimpin Bersatu Dr Latif Isu Kapal Lcs

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 156 hits
Cogankata PN dalam Pilihan Raya Umum ke 15 Bersih dan Stabil perlu dibukikan dengan tindakan dan tidak wajar hanya tinggal di atas poster para calon sahaja Hal itu ditimbulkan oleh Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia Atyrah Hanim Raz...
Sprm Kesan Individu Bantu Siasatan Kes Pemalsuan Dokumen Darjah Kebesaran Melaka

Sprm Kesan Individu Bantu Siasatan Kes Pemalsuan Dokumen Darjah Kebesaran Melaka

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 187 hits
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia Melaka sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes berkaitan sindiket pemalsuan dokumen Pengesahan Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Melaka Sumber SPRM ketika dihubungi hari ini memaklu...
Tidak Istiyar Penglibatan Dalam Src Hakim Nazlan Berisiko Di Penjara Tujuh Tahun

Tidak Istiyar Penglibatan Dalam Src Hakim Nazlan Berisiko Di Penjara Tujuh Tahun

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 250 hits
Sebuah badan kemanusian Malaysian International Humanitarian Welfare Foundation telah pergi ke pejabat Peguam Negara dan menghantar satu bentuk desakan kepada Peguam Negara supaya Hakim Mohd Nazlan Ghazali didakwa atas beberapa kesalahan de...
Banyak Tempat Dah Mula Dilanda Banjir Nurul Izzah Gesa Spr Buat Keputusan Sama Ada Tangguh Atau Teruskan Pru15

Banyak Tempat Dah Mula Dilanda Banjir Nurul Izzah Gesa Spr Buat Keputusan Sama Ada Tangguh Atau Teruskan Pru15

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 457 hits
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya membuat keputusan segera sama ada PRU15 diteruskan atau ditangguhkan berikutan beberapa kawasan telah dilanda banjir Beliau berkata SPR perlu membuat keputusan penting it...
Isu Hakim Nazlan Ghazali Memorandum Kepada Peguam Negara

Isu Hakim Nazlan Ghazali Memorandum Kepada Peguam Negara

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 216 hits
Satu memorandum telah diserahkan pagi ini oleh Malaysian International Humanitarian Welfare Foundation ke Pejabat AG untuk mengambil tindakan segera ke atas salahlaku Hakim Nazlan dalam kes Dato Sri Najib Razak dan membebaskan beliau segera...
Tak Cerdik Rafizi Ni Tuan Ibrahim Cabar Rafizi Lapor Sprm Usah Cari Publisiti Murahan

Tak Cerdik Rafizi Ni Tuan Ibrahim Cabar Rafizi Lapor Sprm Usah Cari Publisiti Murahan

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 282 hits
Tuan Ibrahim cabar Rafizi lapor SPRM usah cari publisiti murahanMenteri Alam Sekitar dan Air kerajaan sementara Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man 102SharesMenteri Alam Sekitar dan Air kerajaan sementara Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menca...
Rafizi Wajib Buat Laporan Sprm

Rafizi Wajib Buat Laporan Sprm

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 217 hits
TENDER RM 2 BILLION RAKYAT SEDANG BUKA MATA TUAN IBRAHIM CABAR RAFIZI BUAT LAPORAN SPRMTuan Ibrahim Tuan Man meminta Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia jika dia mempunyai bukti m...
Kuih Raya Homemade By Nieyl

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

Growth Mindset In Startups

Karnival Ipma 2025 Tarikh Lokasi

Arenaa Batik Boutique Hotel

Narrowing Data Gaps To Ensure No Woman Or Girl Left Behind

Diva Aa Bising Pasal Pelanggan Drive Thru Mcdonald S Reaksi Nampak Pelbagai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


4 Kemungkinan Punca Letupan Paip Gas

Family Staycation Indonesia Percutian Kami Sekeluarga Ke Bandung Indonesia Buat Pertama Kali Teruja Sangat

Rakyat Malaysia Elak Sehingga 6 Juta Kalori Melalui Kempen Raya Scott

Parlay Winstrike Pialabet Sensasi Baru Menang Beruntun Di Dunia Taruhan

People First Lsh Capital Vows No Job Cuts In Kl Tower Takeover Focuses On Staff Welfare

Nothing Grows Forever