Mahathir Mesti Berterus Terang Jika Masih Berpegang Pada Janji




Selepas gagal membuatkan janji peralihan kuasa terbatal dengan rancangan pembentukan Pakatan Nasional, kini muncul satu lagi usaha lain bagi tujuan yang sama.Kali ini dilaporkan suatu usaha terancang menghimpunkan Akuan Bersumpah Ahli-Ahli Parlimen telah muncul yang tujuannya adalah untuk menyokong Tun Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal.Adalah jelas usaha ini menggambarkan ketakutan mereka yang terbabit berhubung ketibaan bulan Mei di mana peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim mungkin tidak dapat dielakkan lagi.Maka, seboleh-bolehnya sebelum Mei, sesuatu yang munasabah mesti dilakukan yang boleh mendorong Tun Mahathir terpengaruh dan bersetuju memungkiri janji peralihan kuasa dengan terus berada di Putrajaya sehingga habis penggal.Dengan semua Ahli Parlimen Pas dilaporkan sudah bersetuju menandatangani Akuan Bersumpah itu, usaha sekarang ini sedang giat dilakukan terhadap Ahli-Ahli Parlimen dalam UMNO.Menurut dakwaan Lokman Noor Adam, Zahid Hamidi adalah di belakang gerakan mengumpul Akuan Bersumpah untuk Ahli-Ahli Parlimen itu.Kiranya benar, ini adalah usaha kedua Zahid Hamidi dalam waktu terdekat ini untuk bekerjasama dengan Tun Mahathir setelah rakaman audionya menzahirkan keinginan yang sama didedahkan Lokman, baru-baru ini.Dengan berdepan 87 kes mahkamah yang memungkinkannya menghuni penjara bagi tempoh yang lama, keinginan Zahid Hamidi untuk terus bekerjasama dengan Tun Mahathir tidaklah sukar difahami.Tetapi, sebagai orang perjuangan yang memegang jawatan Presiden UMNO dengan 3.7 juta ahli di belakangnya, keinginan bekerjasama dengan tujuan peribadi yang jelas di belakangnya itu tentunya saja sesuatu yang memalukan.Dilaporkan juga, turut menerima Akuan Bersumpah itu adalah Najib Razak sendiri yang hampir pasti beliau tidak akan menandatanganinya.Sejauh mana usaha mengumpul Akuan Bersumpah ini berjaya mencapai tujuan mengekalkan jawatan Tun Mahathir sehingga habis penggal masih lagi sukar dipastikan.Ini kerana, oleh kerana Tun Mahathir dipilih sebagai Perdana Menteri melalui PH, beliau sebenarnya masih terikat dengan perjanjian peralihan kuasa yang sudah dipersetujuinya melalui gabungan itu.Pihak-pihak lain, terutama pembangkang, tiada hak sama sekali untuk campurtangan, malah membatalkan perjanjian itu, sama ada melalui penubuhan Pakatan Nasional atau mewujudkan Akuan Bersumpah.Peralihan kuasa Perdana di pertengahan penggal bukan perkara asing bagi negara kita, ia telah berlaku beberapa kali sebelum ini, tetapi mengapa kali ini ia begitu ditakuti dan tidak mahu dijadikan kenyataan?Yang pasti, semua usaha ini, apalagi jika Tun Mahathir terus berdiam diri tanpa mengeluarkan apa-apa kenyataan, hanya akan menampakkan sikap tamak dan keinginannya untuk mungkir janji secara diam-diam.Untuk mempastikan tiada lagi perkara yang seumpamanya muncul selepas ini, adalah penting untuk Tun Mahathir segera berterus-terang menolak semua usaha untuk mengekalkannya sehingga tamat penggal itu.Tun Mahathir mesti kembali berpegang kepada janji awalnya sebelum ini untuk memegang jawatan Perdana Menteri selama dua tahun saja dan menyerahkan kepada Anwar menggantikannya sebelum PRU15 bagi menunjukkan dirinya sebagai pemimpin, masih ada harga diri, wibawa dan intergriti untuk diteladani.Pemimpin tanpa janji, apatah lagi terang-terang mudah memungkiri janji, tidak lebih hanya seperti kayu mati.Apakah Tun Mahathir mahu ditanggap rakyat seperti itu?Hanya satu kenyataan daripada Tun Mahathir untuk menolak dikekalkan sehingga habis penggal, sebaliknya patuh kepada janjinya sendiri, sudah cukup sebenarnya untuk menutup semua episod ini yang jika dibiarkan berterusan lebih memalukan dirinya sebagai sebagai seorang negarawan. (ShahbudinHusin 13/02/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/02/mahathir-mesti-berterus-terang-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perlu Ke Berterus Terang Status Anak Angkat

Perlu Ke Berterus Terang Status Anak Angkat

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 468 hits
K fiezz saja nak kongsi pendapat k fiezz mengenai tajuk di atas ni Perlu ke tidak berterus terang dengan anak angkat status dia yang sebenar Eh jangan buat spekulasi k fiezz mr hubby nak ambil anak angkat pulak Pernah lah hampir nak dapat a...
Pimai Pimai Mahathir Masih Pm

Pimai Pimai Mahathir Masih Pm

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 200 hits
Pi pi mai Tun masih PM AnwarWan azizahLokmanZahidHadiOtaiExamBudinronnie lewBla bla Semuanya tak sepakatTembak anginSalak bukitSembang lebihTin kosongNatoTupasal Mahathir masih PM Salahkan diri sendiri sedangkan Tun itu baling kaca pun Tak ...
Sprm Masih Tunggu Dokumen Dokumen Ini Tentang Dakwaan Rasuah Terhadap Airasia

Sprm Masih Tunggu Dokumen Dokumen Ini Tentang Dakwaan Rasuah Terhadap Airasia

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 281 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia masih menunggu maklumat daripada pihak berkuasa British sebelum meneruskan siasatan ke atas dakwaan rasuah terhadap AirAsia dan AirAsia X oleh pengilang kapal terbang Airbus Ketua Pesuruhjaya Latheefa ...
Indra Putra Masih Lagi Watak Penting Kuala Lumpur

Indra Putra Masih Lagi Watak Penting Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 487 hits
Pemain veteran Indra Putra Mahayuddin masih lagi memainkan peranan penting buat pasukan Kuala Lumpur terutamanya dengan skuad Warga Kota kini dalam misi untuk kembali ke Liga Super Menurut laporan Sinar Harian pemain itu masih lagi mahu mem...
Bangun Bang Boleh Bangun Lagi Ni Ali Puteh Berharap Abam Masih Boleh Bangun Lagi

Bangun Bang Boleh Bangun Lagi Ni Ali Puteh Berharap Abam Masih Boleh Bangun Lagi

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 666 hits
Ali puteh diuji sekali lagi dengan pemergian abang tersayang iaitu Abam Bocey dan sebelum ini Ali juga telah kehilangan anak perempuannya tiga bulan lalu Terlalu perit seseorang itu untuk melalui dugaan macam ini tambah tambah lagi orang ya...
Bank Dki Masih Punya Atm Pecahan Rp20 000 Salah Satunya Di Universitas Pamulang

Bank Dki Masih Punya Atm Pecahan Rp20 000 Salah Satunya Di Universitas Pamulang

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 245 hits
Sekretaris Perusahaan Bank DKI Herry Djufraini menyampaikan layanan penarikan uang tunai ATM pecahan Rp20 000 masih disediakan untuk mengakomodir kebutuhan masyarakat termasuk untuk usia pelajar seperti penerima Kartu Jakarta Pintar maupun ...
Masih Cari Proyektil Peluru Polisi Belum Pastikan Rutan Cipinang Ditembaki

Masih Cari Proyektil Peluru Polisi Belum Pastikan Rutan Cipinang Ditembaki

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 240 hits
Polisi masih menyisir Rumah Tahanan Cipinang Jakarta Timur setelah dugaan insiden penembakan yang mengarah ke Rutan kelas I tersebut Namun polisi belum menyimpulkan terjadinya penembakan
Masih Minim Pengawasan Indonesia Belum Siap Terapkan Ai

Masih Minim Pengawasan Indonesia Belum Siap Terapkan Ai

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 223 hits
Ekonom Institute for Development of Economics and Finance Bhima Yudistira menyebutkan Indonesia belum mampu menerapkan kecerdasan buatan atau artificial intelligence karena belum adanya aturan hukum yang jelas
Bam Ooo Bam Aku Rinduuu Achey Masih Terus Seru Abam Di Whatsapp

Bam Ooo Bam Aku Rinduuu Achey Masih Terus Seru Abam Di Whatsapp

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 561 hits
Bam Ooo Bam Aku Rinduuu Achey Masih Terus Seru Abam Di WhatsApp Ketiadaan Abam nampaknya masih lagi seakan mimpi kepada mereka mereka yang rapat dengan arwah Antara yang terkesan adalah ahli kumpulan Bocey iaitu Achey dan Fad Kumpulan Bocey...
Legoland Malaysia S Summer Carnival Is Back With A Splash For A Third Year

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media

No Formal Protests Over Malaysia S Naturalised Players Says Afc

Buat Paper Bag Sendiri Untuk Produk Event Anda Bersama Mosumart Design

Satelit Berteknologi Ai Yang Beresolusi Tinggi Kesan Pencerobohan Tanah Hutan Di Pahang Menjelang 2027

Putra Heights Gas Pipeline Fire Mca Calls For Rci Says Residents Deserve The Truth

Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Sejarah Perang Mu Tah Sebab Terjadi Jalannya Pertempuran Dan Kemenangan Kaum Muslimin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Osmanthus In Bloom Minuman Baharu Kenangan Coffee Yang Beraroma Eksklusif

Untuk Hati Yang Sedang Letih

Penerbangan Terkejut Boeing 737 Menurun 26 000 Kaki Dalam 10 Minit

Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air Luluskan 38 Projek Air Rm5 9 Bilion Di Pahang

Cafa Nations Cup 2025 Senarai Pasukan Pemain Malaysia

Dj Dave Terharu Lihat Keadaan Dharma Harun Ykat Hulur Rm1 000 Bantu Pulihkan Kesihatan