Mahathir Jelas Gagal Khaled


Wartawan Watan-Online
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menunjukkan kegagalan yang nyata dalam ‘menyelamatkan Malaysia’ selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) lalu, ujar Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin.

Beliau berkata kerajaan PH pimpinan Mahathir ternyata tidak mempunyai sebarang ‘formula magik’ untuk memajukan negara.

Malah katanya PH sendiri telah membawa sebegitu banyak masalah meruncing kepada negara akibat kegagalan pentadbiran pimpinan PH yang dilihat tidak tahu bertindak sebagai menteri dan pemimpin.

“Malangnya, setelah 9 bulan, ternyata harapan hanya tinggal harapan. Rakyat Malaysia tidak merasai perubahan yang dijanjikan. Harga barang tidak turun. Saraan hidup semakin membebankan.

“Ekonomi tidak bertumbuh dengan baik. Ringgit tidak semakin kukuh, malah jatuh. Kualiti hidup rakyat tidak lebih sejahtera. Malah, ‘the rule of laws’ yang dicanang-canangkan pun tidak kelihatan terserlah. Sebaliknya integriti badan berkaitan semakin dikecam dan dipersoal.

“Apabila Manifesto PH tidak ditunaikan, pelbagai alasan diberikan. Yang paling kerap dikitar semula adalah hutang negara begitu banyak sehingga tidak memungkinkan Kerajaan melaksanakan janjinya. Tiada naratif lain, hanya hutang.

Yang peliknya, pada masa yang sama, mereka tambah lagi hutang negara,” katanya melalui kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut, Khaled Nordin berkata PH dan Mahathir turut gagal dalam usaha menghancurkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) apabila parti tertua kaum Melayu itu mula menyedari kesalahan yang dibuat dan berusaha untuk memperbaikinya.

Katanya pemulihan dalaman UMNO-BN yang ini mula diterima sedikit demi sedikit oleh rakyat telah berhasil menangkis serangan dan fitnah PH selepas PRU-14.

“…Kemudian beliau menggambarkan pula UMNO dan BN telah hancur dan musnah. Tetapi UMNO dan BN terus hidup, sudah boleh menerima kekalahannya dan mula dibangunkan kembali dengan iltizam yang sangat jelas oleh kepimpinan baru. Malah menang pula dalam pilihanraya di Cameron Highlands.

“Susulan kemenangan tersebut, Tun Mahathir menghentam PAS kononnya PAS bekerjasama dengan ‘parti kafir’. Ternyata Tun Mahathir sangat marah kerana di sebalik kehadirannya di Cameron Highlands bersama pemimpin-pemimpin Melayu Pakatan Harapan, orang Melayu dan orang Asli terus berkeras menolak mereka,” ujar beliau.

Mengulas lanjut, Khaled berkata UMNO perlu terus berubah dan berdaya untuk membela kebajikan rakyat terutamanya hak kaum Melayu yang terhakis dengan teruk pada ketika ini.

“Orang Melayu tidak keterlaluan dalam permintaan mereka…Orang Melayu mahu hak mereka,
agama mereka dan bahasa mereka dihormati. Bangsa Melayu, walau moden dan maju bagaimana sekalipun, pasti akan terus berpegang kepada akar identitinya. Tiada kepentingan nasional atau ideologi politik yang dapat mengatasi semua ini.

“Inilah kelebihan terkuat UMNO/BN yang sebenar sebagai sebuah parti. Keseriusan BN membangun peluang ekonomi dan solusi kepada kehidupan masyarakat Malaysia adalah penentu dalam banyak perkara. BN sentiasa memastikan wujud tawaran ekonomi dan dasar pembangunan yang jelas, tersusun dan adil untuk semua. Paling penting, BN tidak mengeksploitasi Islam demi kemenangan.

“Justeru, UMNO mesti tampil mengemukakan dasar alternatif kepada rakyat Malaysia dari semasa ke semasa…Kita tidak akan membiarkan rakyat Malaysia terus terpesona dengan ‘Tun Mahathir dan kenegarawanannya’,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/mahathir-jelas-gagal-khaled.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kadir Jasin Akui Mahathir Dan Kabinetnya Gagal Mentadbir Dan Mengurus Negara

Kadir Jasin Akui Mahathir Dan Kabinetnya Gagal Mentadbir Dan Mengurus Negara

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 368 hits
KENYATAAN MEDIA 1 Penulisan penasihat media kerajaan Datuk A Kadir Jasin bahawa penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi Negara penting mencerminkan ada kekurangan dalam tadbir urus ekonomi negara 2 Ia memperlihatkan kepincangan Menteri Hal Ehwal ...
Banyak Yang Salah Kaprah Pikir Tunisia Itu Surga Poligami Faktanya Jelas Bakal Bikin Mereka Kecewa

Banyak Yang Salah Kaprah Pikir Tunisia Itu Surga Poligami Faktanya Jelas Bakal Bikin Mereka Kecewa

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 377 hits
Terutama cowok cowok Indonesia yang udah kebelet pengin pindah ke sana kayaknya bakal kecewa berat kalau tahu fakta di lapangan
Insentif Tak Jelas Guru Di Wamena Ancam Boikot Ujian Nasional

Insentif Tak Jelas Guru Di Wamena Ancam Boikot Ujian Nasional

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 234 hits
Seorang guru SMA Negeri 1 Wamena Jordan Tabuni di Wamena ibu kota Kabupaten Jayawijaya Minggu mengatakan insentif mereka untuk tiga triwulan belum diterima dan tidak ada kejelasan dari pemerintah
Isu Ijazah Palsu Marzuki Bersatu Belum Dapat Gambaran Yang Jelas Menurut Sumber Viralhancing

Isu Ijazah Palsu Marzuki Bersatu Belum Dapat Gambaran Yang Jelas Menurut Sumber Viralhancing

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 351 hits
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan pihaknya belum mendapat gambaran jelas mengenai isu Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahaya yang didakwa memiliki sijil akademik palsu Tun Mahathir dalam ken...
Najib Tak Tahu Malu Selepas Curi Duit Rakyat Malaysia Tun Mahathir

Najib Tak Tahu Malu Selepas Curi Duit Rakyat Malaysia Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 450 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sengaja mahu menimbulkan persepsi dalam kalangan masyarakat kononnya beliau tidak bersalah Ahli Parlimen Pekan itu juga hanya mencari simpati bagi ...
Betul Ke Mahathir Tak Yakin Dengan Calon Ph Prk Cameron Highlands

Betul Ke Mahathir Tak Yakin Dengan Calon Ph Prk Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 379 hits
Betul Ke Mahathir Tak Yakin Dengan Calon PH PRK Cameron Highlands Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin menepis dakwaan bahawa Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak yakin dengan kemenangan calonn...
Hoaks Disebar Untuk Tujuan Politik Jelas Ganggu Ketenangan

Hoaks Disebar Untuk Tujuan Politik Jelas Ganggu Ketenangan

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 229 hits
Informasi hoaks dan narasi kebencian bertebaran di media sosial Kondisi ini jelas membahayakan karena menimbulkan polarisasi dan gesekan terlebih di tahun politik seperti sekarang ini
Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

More Action Needed To Combat Vaping By Students

The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam

Petua Nenek Tentang Aloe Vera Yang Masih Relevan Sampai Hari Ini

An Inspirational Birthday Wish That Has A Lasting Impression

Cakap Benci Rasuah Tapi Berdiam Diri Apabila Tindakan Antirasuah Diambil Pm Anwar

Kenapa Pilih Mosumart Design Untuk Semua Keperluan Cetakan Anda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pgzeus88 13 July Pgzeus88 Top 66 By Zack

Lionth 10 Lionth Top 5 By Amelie

Berdengkur Kuat Bukan Perkara Biasa

Selamat Pagi Sabtu 28 Jun 2025

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs