Madu Tualang Aceh Madu Tropika Berkhasiat
Apa itu Madu
Tualang?
Madu Tualang
adalah madu yang di perolehi dari pokok Tualang atau pokok-pokok tinggi di
hutan Nusantara yang mana sarangnya di bina oleh kelompok lebah jenis Apis Dorsata.Madunya
pula terhasil dari nectar bunga-bunga hutan yang misteri dan berkhasiat.Pokok
Tualang ini banyak terdapat di Kawasan Malaysia dan Indonesia.
Sifat lebah
ini adalah agresif dan tidak boleh dijinakkan. Tiada kewujudan madu tualang ternak. Keistimewaan dan khasiat
Madu Tualang ini sangat tinggi kerana nektarnya terdiri daripada berbagai jenis
bunga hutan alam nusantara (poliflora) sehingga komposisi gizi, rasa,
warna dan aromanya lebih kompleks dan unggul dibanding madu lebah yang berasal
dari lebah ternak yang bersumber dari satu jenis bunga tertentu sahaja
(monoflora).
Madu Tualang
sumbangan alam yang berharga.
Cik Sue ni kalau
bab madu seboleh akan cari madu Tualang,sebab khasiat dan originalitynya,Cik
Sue agak skeptikal sikit dengan madu biasa yang jual di pasaran sebab pernah
terkena madu yang di campur air gula.Kat rumah ni wajib ada bekalan madu sebab
Cik Sue banyak juga guna untuk rawatan kesihatan atau tambahan dalam diet dan
makanan.Jadi mestilah cari yang original serta tiada campuran gula,walaupun
tahu agak mahal sikit harganya.Faham bukan mudah nak ambil madu Tualang ni,ada
yang sampai meragut nyawa.Selalunya Cik Sue akan order atau pesan pada abah di
kampung mintak tanyakan pada kawan-kawan orang kampung atau orang asli di sekitar
kampung kami,kalau ada bekalan diorang akan simpankan.
Tapi sekarangnya memang susah nak dapat,tak
ramai dah orang yang nak cari madu Tualang ni,masyarakat orang Asli pun dah
ramai keluar bekerja di luar hutan,jadi bekalan agak susah.Baru-baru ni Cik Sue
terjumpa satu madu Tualang dalam online yang di bawa dari Aceh,setelah bertanya
pada seller ,Cik Sue terus beli sebab katanya original Madu Tualang dari Aceh.
Madu Tualang Aceh Madu ini di ambil dari hutan
tropika pergunungan tinggi di Aceh yang mana kita taun Kawasan Nusantara ni
mempunyai iklim hampir sama di antara Malaysia dan Indonesia. Madu ini mempunyai rasa paling unik dan sangat sedap serta diminati
seluruh lapisan keluarga. Sangat sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.Rasanya
tiada rasa gas yang tajam,mudah di telan dan sangat lembut kelikatannya.Cik Sue
memang akan bagi anak-anak madu yang di campur perahan lemon bila mereka batuk
atau berkahak, untuk legakan tekak
diorang.
Kekadang Mr D akan ambil bersama Habbatus Sauda
untuk masalah resdung dan selsema dia.Cik Sue pula perlukan madu untuk di
campur bersama lemon dan serbuk halia,biasa Cik Sue ambil campuran ni setiap 2
hari sekali atau pada waktu-waktu memerlukan terutama waktu badan sebu serta
perut ada masalah penghadaman.
2 minggu ambil Madu Tualang Aceh ni Cik Sue
suka sebab rasanya terbukti tiada gula campuran,manisnya tidak meleting sangat
sampai lekat di tekak,memang lembut dan sedap.Antara sebab lain :
-Madu tidak begitu cair tidak
begitu likat, sederhana kepekatannya
-Warna madu perang cerah
-Tidak bergas, tidak tajam dan
sangat smooth
-Rasa madu yang unik dan tidak
akan ditemui pada madu lain
-Keunikan madu hutan yang tiada
tandingan
-Kualiti dan gred TERBAIK !
-Madu Hutan Asli
-Terhasil di Pohon Tualang
-Tanpa Bahan Pengawet
-Tanpa Gula Tambahan
- Diimport Khas Daripada Aceh,
Indonesia
Khasiat dan Kebaikan Madu
Tualang Aceh Banyak khasiat Madu Tualang Aceh
ni,memandangkan ia adalah hasil hutan serta madunya berkualiti,memang terbaik
untuk kegunaan seisi keluarga.Tanpa campuran bahan-bahan asing ,bila di gunakan
dalam perawatan serta pengambilan harian ia akan jadi lebih mujarab,antara
khasiat lainnya adalah :
Mendapat manfaat pelbagai pohon
buah dan herba hutan
Kadar kandungan fruktosa yang
rendah
Lebah perlu terbang tinggi kerana
kawasan hutan berbukit
Lokasi pungutan madu dari hutan
pergunungan Aceh, Indonesia
Lebah lebih tahan lasak dan
menghasilkan madu yang lebih kuat
Khasiat lebih berbanding madu-madu
yang dipelihara di tanah rendah
Tidak masam, tidak likat dan mudah
larut
Baik untuk masalah batuk berkahak,
selesema, demam
Tidak mengakibatkan kadar gula
naik
Membantu menguatkan imuniti tubuh
anda
Menaikkan semangat dalaman tubuh
Memberi tenaga yang berpanjangan
Menghilangkan rasa letih, lemah
dan lesu
Memberi rasa ceria dan gembira
anda
Cara Pengambilan Madu Tualang
Aceh.
Banyak cara sebenarnya untuk
menggunakan madu dalam kehidupan seharian kita,untuk mendapat khasiat dan
menjaga kesihatan diri,di samping ia adalah makanan sunnah juga dalam
Islam.Penggunaan madu juga perlu mengikut masalah kesihatan yang ingin di rawat
dan selalunya di campur dengan herba atau bahan lain untuk lebih mujarab.
Bagi Cik Sue sendiri suka ambil
bersama lemon dan serbuk halia bagi masalah angin dalam badan atau masalah
penghadaman,kadangkala Cik Sue campurkan dengan lemon dan bawang untuk legakan
batuk berkahak.Antara cara lain untuk menggunakan madu ini adalah :
1. Jika untuk tingkatkan imuniti,
sila ambil dua sudu besar dibancuh ke dalam secawan air putih, di minum dua
kali sehari sebelum sarapan dan sebelum makan malam.
2. Untuk masalah letih, lemah,
lesu, sila ambil 3 sudu besar madu ini dibancuh ke dalam secawan air suam,
campurkan secubit garam bukit himalaya, kacau hingga sebati kemudian minum,
InsaAllah segar tubuh badan.
3. Jika mengalami batuk, selesema
dan demam, ambil 4 sudu besar dan campurkan sedikit perahan limau nipis dan
hirisan halia. Boleh juga dicampur sedikit daun pudina kemudian minum begitu
sahaja. InsyaAllah mujarab.
4. Boleh diberi kepada anak kecil
sebagai minuman harian mereka. Ambil satu sudu besar madu ini dicampur dengan
secawan air putih, kemudian beri minum.
Jom beli madu asli.
Bagi Cik Sue lebih berbaloi
keluar duit lebih beli madu asli atau madu tualang dari pada beli madu di
pasaran yang di campur bahan pengawet dan gula tambahan,mahal sikit tapi lebih
mujarab untuk perawatan masalah kesihatan.Risau pulak beli yang campuran gula
akan jadi masalah kesihatan lain pula nanti.
Madu Tualang Aceh Cik Sue memang
rekemen korang beli,rasa sedap,original dan boleh di gunakan seisi
keluarga,Lepas ni memang order yang ini je lah lebih senang,tak payahnak tunggu
dari kampung dah,untuk pembelian korang boleh tekan link di bawah ye.
Madu Tualang Aceh di Shopee
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sueizza.my/2024/03/madu-tualang-aceh-madu-tropika.html