Macam Macam Ilmu Tentang Ayat 1000 Dinar 9764



Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Kenapa Dinamakan Ayat 1000 Dinar‎?
 Ustaz Zul  February 1, 2018  Blog, Motivasi
Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. ‎Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak seribu dinar. ‎Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi ‎yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak seribu dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.‎

Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia ‎dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus-menerus membaca ayat yang telah ‎diajarkan oleh Nabi Khidir.

Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua ‎penumpangnya mati kecuali pedagang tersebut. Apabila angin telah reda, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah ‎tangan mengucapkan syukur ke  Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎

Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri. Dia masih lagi mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‎‎seribu dinar

Apa kelebihan ayat seribu dinar ini??
KELEBIHAN AYAT SERIBU DINAR.
‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam.‎
‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
Pendapat Ulama’
Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Para ulama’ menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Walaupun terdapat perselisihan dan tentangan dari para alim ulama’ akan kelebihan dan kesahihan sumbernya, kerana tidak ada dalil dari al-Quran atau hadis.
Begitu pun beramal dengan ayat-ayat Allah tidak akan merugikan sesiapa bahkan Allah SWT akan mengurniakannya dengan kelebihan yang banyak.
Apabila diperhatikan kepada makna setiap ayat, memang tepat dan benar bahawa ayat ini amat penting untuk diamalkan oleh setiap umat Islam, agar lebih tinggi kebergantungan seseorang itu kepada Allah SWT dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan.
Ayat tersebut mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan rezeki dan kebergantungan. Hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan rezeki dan jalan keluar dari sebarang masalah dalam hidup setiap hambaNya.‎ Jika keyakinan itu disematkan dihati dan fikiran maka sudah tentu Allahlah tempat penentu kesudahan.
Semoga bermanfaat. SHARE FOR SAHAM AKHIRAT.#AlMukhlisin.Sumber: https://www.almukhlisin.my/kenapa-dinamakan-ayat-1000-dinar%E2%80%8E-2/

Kelebihan Dan Hikmat Ayat Seribu Dinar
Posted 20/10/2011 by Shafi-Q
 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهAyat 2 dan 3 surah At-Talaq atau lebih dikenali sebagai ‘Ayat 1000 Dinar’ merupakan ‎amalan yang masyhur dalam hal berkaitan rezeki dan perlindungan diri. Ramai ‎yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT mengurniakan kemurahan ‎rezeki, kemudahan dan penyelasaian masalah. Tetapi haruslah mengamalkannya secara beristiqamah.

Hikmah Ayat 1000 Dinar.Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam.‎
‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan
Sejarah Dinamakan 1000 Dinar‎Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. ‎Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. ‎Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi ‎yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.‎
Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia ‎dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah ‎diajarkan Nabi Khidir
Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua ‎penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda ‎angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah ‎tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‎‎1000 dinar.‎Pendapat Ulama’Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Para ulama’ menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Walaupun terdapat perselisihan dan tentangan dari para alim ulama’ akan kelebihan dan kesahihan sumbernya, kerana tidak ada dalil dari al-Quran atau hadis
Begitu pun beramal dengan ayat-ayat Allah tidak akan merugikan sesiapa bahkan Allah SWT akan mengurniakannya dengan kelebihan yang banyak
Apabila diperhatikan kepada makna setiap ayat, memang tepat dan benar bahawa ayat ini amat penting untuk diamalkan oleh setiap umat Islam, agar lebih tinggi kebergantungan seseorang itu kepada Allah SWT dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan
Ayat tersebut mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan rezeki dan kebergantungan. Hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan rezeki dan jalan keluar dari sebarang masalah dalam hidup setiap hambaNya.‎ Jika keyakinan itu disematkan dihati dan fikiran maka sudah tentu Allahlah tempat penentu kesudahan

Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. – (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)AmalanRamai yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat dan ketika berdepan masalah. Tidak kurang juga peniaga menggantung atau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan perniagaan bertambah maju. Walaubagaimana pun jika sekadar menampalkan ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar

Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar
Sebenarnya ayat seribu dinar adalah sebaik-baik doa untuk segala masalah. Walaupun begitu banyak doa-doa lain untuk perlindungan diri dari musibah dan ketika susah. Tetapi tidak ramai yang mampu menghafal banyak doa-doa yang khusus untuk sesuatu tujuan tersebut
Sewaktu dalam kesusahan dan dalam keadaan darurat, ada kalanya kita terlupa, apakah doa yang hendak dibaca. Yang sebaik-baiknya ayat seribu dinar yang mudah dihafal dapat dibaca. Ayat seribu dinar merangkumi kesemuanya untuk mendapatkan rezeki yang banyak, melindungi diri dari bala dan musibah serta perlindungan dari syaitan, jin dan iblis
Hikmat Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar
‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum, Insya’Allah si pesakit akan sembuh.Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudaratdari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,Baca ketika hendak tidur tiga kali,Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.Selepas mengetahui hikmat ayat ini, eloklah diamal, dihafal dan difahamkan maknanya sekali sebagai bekalan kita ketika menghadapi segala kesusahan dan kesengsaraan yang tidak kita jangkakan di masa mendatang.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
Sumber:
https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/10/20/kelebihan-dan-hikmat-ayat-seribu-dinar/

IRSYAD AL-FATWA #273: TAFSIR AYAT SERIBU DINAR
Butiran
Dimuatnaik oleh Muhammad Afiq
Diterbitkan: 01 Disember 2018 

SoalanSalam Dato’ Seri Mufti, saya sering dengar orang sebut tentang ayat seribu dinar. Boleh terangkan kepada saya?
Jawapan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Taala, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, ahli keluarga baginda ﷺ, sahabat baginda ﷺ serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda ﷺ.
Kami bawakan di sini beberapa pandangan ulama tafsir berkaitan ayat seribu dinar ayat 2-3 dalam surah Al-Talaq. Firman Allah SWT:
وَمَن يَتَّقِ اللَّـهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا ﴿٢﴾ وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّـهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّـهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
Maksudnya: "Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Surah Al-Talaq : 2-3)
Secara umumnya, menurut ulama tafsir Imam Ahmad bin Muhammad bin Ibrahim As-Tha’labi Rahimahullahu Taala di dalam kitabnya الكشف والبيان عن تفسير القرآن menyebut bahawa surah ini merupakan ayat Madaniah, mempunyai 61 huruf, 247 kalimah dan 12 ayat. (Lihat al-Kasyf wa al-Bayan ‘an Tafsir al-Quran, 9/331)
Beliau juga menyebut di dalam kitabnya akan kelebihan membaca surah ini, daripada Abi Kaab berkata Nabi ﷺ bersabda:
من قرأ سورة يا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذا طَلَّقْتُمُ النِّساءَ مات على سنّة رسول الله صلّى الله عليه وسلّم
Maksudnya: Barangsiapa yang membaca surah يا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذا طَلَّقْتُمُ النِّساء maka seseorang itu akan meninggal dunia di atas Sunnah Nabi ﷺ. (Lihat Majma’ Al-Bayan, 10/36)
Hadis ini terdapat dalam kitab al-Amali al-Khamisiyah oleh al-Syajari. Pada sanadnya ada tokoh yang bernama Yusuf bin 'Atiyyah al-Soffar yang dikatakan pendusta hadis. Tetapi sebahagian ulama yang lain mengatakan hadis ini amat lemah kerana terdapatnya Sulaim al-Tamimi seperti yang disebut dalam kitab al-Wasit fi Tafsir al-Quran al-Majid.
Pandangan Ulama Tentang Maksud Ayat Ini
Mengenai ayat di dalam surah ini yang kami nyatakan di atas yang dikenali dikalangan masyarakat awam khususnya umat di Malaysia sebagai ayat seribu dinar. Terlebih dahulu kami jelaskan beberapa pandangan Ulama berkaitan maksud ayat ini.
Menurut Imam Al- Tobari Rahimahulahu Taala di dalam kitab Tafsir Al-Tobari (23/43-47) menyatakan daripada Masruq bin Abdillah:
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا قال: المخرج أن يعلم أن الله تبارك وتعالى لو شاء أعطاه وإن شاء منعه، (وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ قال: من حيث لا يدري
Maksudnya: (Firman Allah SWT) yang berbunyi “Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah Taala maka baginya jalan keluar”, iaitu jalan yang diketahui Allah Taala jika sekiranya ia menghendaki sesuatu maka ia akan berikan dan ia juga akan menegahnya dan firman Allah Taala yang berbunyi dan akan diberikan rezeki dari jalan yang yang tidak disangka-sangkanya : Maknanya dari jalan yang tidak diketahuinya.
Daripada Ibnu Abbas R.Anhuma:
قوله: (وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا) يقول: نجاته من كل كرب في الدنيا والآخرة
Maksudnya: (Firman Allah Taala) yang berbunyi “Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah Taala maka baginya jalan keluar”, maknanya selamat daripada setiap kesengsaran dan kesusahan di dunia dan akhirat.
Daripada Rabi’ bin Haitham Rahimahullah:
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا قال: من كلّ شيء ضاق على الناس
Maksudnya: (Firman Allah Taala) yang berbunyi “Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah Taala maka baginya jalan keluar”, maknanya jalan daripada setiap sesuatu yang sempit ke atas manusia.
Daripada Ikrimah Rahimahullah:
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا قال: من طلق كما أمره الله يجعل له مخرجًا
Maksudnya: (Firman Allah Taala) yang berbunyi “Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah Taala maka baginya jalan keluar”, maknanya barangsiapa yang menceraikan istrinya seperti mana yang telah ditetapkan dan diperintahkann Allah Taala maka bginya jalan keluar sama ada ia diberikan kemudahan untuk merujuk isterinya kembali dalam tempoh iddah ataupun memudahkn uruannyaia kembali kepada isterinya dengan mahar dan akad nikah yang baru selepas daripada berakhirnya iddah isteri (Ini bagi mereka yang menceraikan isteri talak satu dan dua)
Daripada al-Suddi Rahimahullah:
في قوله: (وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا) قال: يطلق للسُّنة، ويراجع للسُّنة؛
Maksudnya: Pada mentafsirkan (Firman Allah Taala) “Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah Taala maka baginya jalan keluar”, maknanya barangsiapa yang menceraikan isterinya secara sunnah dan merujuk isterinya juga secara sunnah.
Sebab turun ayat ini seperti dinukilkan:
زعم أن رجلا من أصحاب النبيّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم يقال له عوف الأشجعيّ، كان له ابن، وأن المشركين أسروه، فكان فيهم، فكان أبوه يأتي النبيّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم، فيشكوا إليه مكان ابنه، وحالته التي هو بها وحاجته، فكان رسول الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم يأمره بالصبر ويقول له: إن الله سيجعل له مخرجا، فلم يلبث بعد ذلك إلا يسيرًا إذا انفلت ابنه من أيدي العدوّ، فمرّ بغنم من أغنام العدوّ فاستاقها، فجاء بها إلى أبيه، وجاء معه بغنًى قد أصابه من الغنم، فنزلت هذه الآية: (وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ 
Maksudnya: Bahawa seorang lelaki daripada sahabat Rasulullah ﷺ yang bernama Auf bin Al-Asyjai’ mempunyai seorang anak lelaki dan kaum musyrikin menawan anaknya. Maka ayahnya menjumpai Rasulullah ﷺ dan mengadu hal tersebut kepada baginda ﷺ berkaitan anaknya yang ditawan musuh dan keadaan apa yang dihajatinya. Maka Rasulullah ﷺ menyurunya agar bersabar terhadap ujian yang menimpa dan Baginda ﷺ berkata kepadanya sesungguhnya Allah Taala akan memberikannya jalan keluar. Maka tidak lama selepas itu maka terlepaslah anaknya daripada tangan musuh lalu anaknya membawa beberapa ekor kambing musuh berserta harta di atasnya lalu ia bawakan kepada bapanya. Maka turunlah ayat ini.
Daripada Qatadah Rahimahullah
:يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا قال: من شُبُهَات الأمور، والكرب عند الموت (وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ) : من حيث لا يرجو ولا يؤمل
Maksudnya: Firman Allah Taala diberikan baginya jalan keluar: maknanya jalan keluar daripada segala perkara syubhat dan kesuahan ketika mati dan firman Allah Taala diberikan baginya rezeki daripada yang tidak disangka-sangka maknaya daripada sesuatu yang tidak disangka-sangkakan dan tidak diharapkan.
وقوله: (قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا) يقول تعالى ذكره: قد جعل الله لكلّ شيء من الطلاق والعدّة وغير ذلك حدًا وأجلا وقدرًا يُنتهى إليه. وبنحو الذي قلنا في ذلك قال أهل التأويل.
Firman Allah Taala maknanya sesungguhnya Allah Taala menjadikan sesuatu daripada Talak, iddah dan selain daripadanya mempunyai sesuatu had dan tempoh serta kadar pengakhirannya.
Demikianlah keterangan ulama-ulama tafsir berkaitan ayat tersebut. 
Menurut Tafsir Imam Fakhruddin Ar-Razi Rahimahullahu di dalam kitab tafsir Ar-Razi (30/562): 
Daripada Al-kalbi, beliau berkata: 
وَمَنْ يَصْبِرْ عَلَى الْمُصِيبَةِ يَجْعَلِ اللَّه لَهُ مَخْرَجًا مِنَ النَّارِ إِلَى الْجَنَّةِ، وَقَرَأَهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: مَخْرَجًا مِنْ شُبُهَاتِ الدُّنْيَا وَمِنْ غَمَرَاتِ الْمَوْتِ، وَمِنْ شَدَائِدِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: Sesiapa yang sabar di atas sesuatu musibah yang berlaku maka dijadikan Allah Taala jalan keluar daripada neraka ke syurga, dan Nabi membaca ayat ini maka maknanya jalan keluar daripada syubhat dunia dan kedahsyatan mati serta daripada kesengsaraan hari akhirat.
Kebanyakan Ulama tafsir menyebut ayat ini dan selepasnya diturunkan kepada seorang sahabat Nabi ﷺ yang bernama Auf bin Malik Asyjai’. Anaknya telah ditawan oleh musuh maka beliau menemui Nabi ﷺ dan menceritakan keadaan anaknya yang ditawan dan mengadu kesusahan yang dihadapinya maka baginda ﷺ bersabda Bertaqwalah kepada Allah dan bersabar dab perbanyakkan ucapan لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا باللَّه maka beliau pun terus melakukannya tatkala ketika mana beliau berada di rumah lalu telah datang anaknya. Anaknya telah berjaya meloloskan diri daripada musuh dengan mambawa bersamanya unta lalu dibawakan kepada ayahnya. Telah berkata pengarang Kitab Al-Kasyaf ketika mana beliau berada di rumah anaknya tiba-tiba datang anaknya lalu mengetuk pintu rumah dan membawa bersama-samanya 100 ekor unta disebabkan musuh telah terlupa akan anaknya. Anaknya berjaya melarikan diri membawa bersama-sama dengan harta yang bernilai.
Menurut tasiran Imam Al-Qurtubi Rahimahullahu Taala di dalam kitab Jami’ Li Ahkam Al-Quran (18/160-162):
Daripada Nabi SAW:
أَنَّهُ سُئِلَ عَمَّنْ طَلَّقَ ثَلَاثًا أَوْ أَلْفًا هَلْ لَهُ مِنْ مَخْرَجٍ؟ فَتَلَاهَا
Maksudnya: Bahawa apabila ditanya siapa yang mencerai dengan talaq tiga atau seribu adakah baginya jalan keluar, lantas Nabi SAW membaca ayat ini.
Daripada Ibnu Abbas, al-Sya’bi dan al-Dahhak berkata:
هَذَا فِي الطَّلَاقِ خَاصَّةً، أَيْ مَنْ طَلَّقَ كَمَا أَمَرَهُ اللَّهُ يَكُنْ لَهُ مَخْرَجٌ فِي الرَّجْعَةِ فِي الْعِدَّةِ
Maksudnya: Ayat ini merupakan khusus untuk talak iaitu sesiapa yang menceraikan isteri seperti mana yang diperintahkan Allah Taala maka baginya jalan keluar iaitu jalan untuk merujuk isterinya kembali ketika isteri di dalam iddah.
Daripada Hussain bin Fadhl berkata:
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ فِي أَدَاءِ الْفَرَائِضِ، يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجاً من العقوبة. (وَيَرْزُقْهُ) الثواب مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ أَيْ يُبَارِكْ لَهُ فِيمَا آتَاهُ
Maksudnya: Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah pada menunaikan segala kewajipan Fardhu maka akan diberikannnya jalan keluar daripada segala balasan siksa dan diberikan rezeki iaitu pahala daripada yang tidak disangka-sangka iaitu Alah Taala akan memberkati setiap apa yang diberikan kepadanya.
Daripada Sahl bin Abdillah berkata:
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ فِي اتِّبَاعِ السُّنَّةِ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجاً مِنْ عُقُوبَةِ أَهْلِ الْبِدَعِ
Maksudnya: Barangsiapayang bertqwa kepada Allah pada mengikut sunnah Nabi SAW maka akan diberikannya jalan keluar daripada balasan siksa ahli bidaah.
Daripada umar bin Usman As-Sodafi berkata:
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ فَيَقِفُ عِنْدَ حُدُودِهِ وَيَجْتَنِبُ مَعَاصِيَهُ يُخْرِجْهُ مِنَ الْحَرَامِ إِلَى الْحَلَالِ، وَمِنَ الضِّيقِ إِلَى السَّعَةِ، وَمِنَ النَّارِ إِلَى الْجَنَّةِ. وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ مِنْ حَيْثُ لَا يَرْجُو
Maksudnya: Barangsiapa yang bertqwa kepada Allah Taala dan menjaga segala batas-batas hukumnya dan menjauhi segala perkara maksiat maka akan dikeluarkan baginya darpad yang haram kepada yang halal, daripada kesempitan kepada kesenangan, daripada neraka kepada syurga. Lalu diberikan rezeki daripada yang tidak disangka-sangka yang mana ia tidak harapkan.
Sufyan Ibn ‘Uyainah berkata:
هُوَ الْبَرَكَةُ فِي الرِّزْقِ
Maksudnya: Ia adalah keberkatan di dalam rezeki.
Ibnu Mas’ud Dan Al-Masruq telah menafsirkan ayat ini secara umum. Abu Dzar berkata Nabi ﷺ telah bersabda :
إِنِّي لَأَعْلَمُ آيَةً لَوْ أَخَذَ بِهَا النَّاسُ لَكَفَتْهُمْ- ثُمَّ تَلَا- وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجاً. وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ . فَمَا زَالَ يُكَرِّرُهَا وَيُعِيدُهَا
Maksudnya: Sesungguhnya aku akan mengajarkanmu satu ayat apabila diamalkan ayat tersebut maka ia sudah mencukupi bagi mereka, kemudian Nabi ﷺ membaca وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجاً. وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ Maka senantiasalah aku (Abu Dzar) mengulangi dan berteruran membaca dan mengamalkan ayat tersebut.
Kebanyakan Ulama Tafsir seperti mana yang disebut Imam At-thalabi mengatakan ayat ini diturunkan kepada seorang sahabat Nabi ﷺ yang bernama Auf bin Malik Ashjai’. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas beliau datang kepada Nabi ﷺ lalu menceritakan keadaan anaknya yang ditawan musuh. Beliau berkata Ya Rasulallah ﷺ sesungguhnya anakku ditawan musuh dan ibunya amat berdukacita dan sedih. Dalam satu riwayat lain yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah ayat ini diturunkan kepada Auf bin malik Ashjai’ yang mana pihak musuh musyrikin telah menawan anaknya yang bernama Salim. Lalu beliau telah datang menemui Rasulullah ﷺ untuk mengadu kesusahan dan penderitaan yang dihadapinya. Beliau berkata Ya Rasulallah ﷺ sesunguhnya anak ku telah ditawan oleh musuh dan ibunya amat sedih dan berdukacita. Apakah yang patut engkau suruh aku lakukan ya Rasulallah ﷺ .Maka Rasulullah ﷺ bersabda bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah dan aku memerintahkanmu dan isterimu untuk memperbanyakkan ucapan لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ)) . Lalu beliau pun pulang ke rumahnya dan berkata kepada isterinya sesungguhnya Rasulullah menyuruhku dan engkau untuk memperbanyakkan ucapan لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ)) .Maka isterinya berkata, itu adalah sebaik-baik perkara yang diperintahkan kepada kita untuk melakukannya. Mereka berdua pun mengamalkan apa yang diperinyahkan oleh Nabi ﷺ. Tidak lama daripada itu maka anaknya dapat meloloskan diri daripada musuh dan membawa bersamanya kambing-kambing musuh musyrikin lalu dibawa kepada ayahnya berjumlah 4000 ekor kambing. Maka turunlah ayat ini. Lalu Nabi ﷺ memberikan keizinan bahawa kesemua binatang tersebut menjadi hak kepunyaan mereka.
Dalam riwayat yang lain mengatakan telah dibawa kepada bapanya unta berserta harta. Mereka ini adalah dikalangan fakir miskin. Berkata Al-kalbi sebanyak 50 ekor unta.
Dalam riwayat yang lain menyatakan anaknya telah meloloskan diri daripada tahanan musuh lalu menunggang bersamanya binatang unta kaum tersebut lalu dalam perjalanan ia membawa kesemua binatang unta tersebut dan ia pun membawa balik kepada ayahnya.
Imam Al Muqatil berkata apabila ia telah mendapat kambing dan harta sesiinya lalu ia membawa kepada bapanya. Lalu bapnya bertanya kepada Rasulullah ﷺ adakah halal untuk dimakan apa yang telah dibawa oleh anaknya itu. Lalu Rasulullah ﷺ menjawab ya halal untuk dimakan. Lalu turunlah ayat وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجاً. وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
Kesimpulan
Setelah meneliti beberapa tafsiran para ulama berkaitan ayat ini, kami mendapati bahawa:
Setiap ayat al-Quran mempunyai kelebihan yang tertentu. Konsep taqwa dan tawakkal yang terdapat di dalam ayat ini membawa pengertian mendalam dan perlu diamal serta dihayati bersama.
Ayat ini bukanlah semata-mata membacanya akan mendapat ganjaran pahala seribu dinar bahkan maksud sebenarnya ayat ini adalah dari sudut amalan yang disertai dengan taqwa serta tawakal. Bahkan Allah SWT akan mengurniakan baginya ganjaran yang lebih daripada seribu dinar jika setiap amalan itu disertakan dengan taqwa, berdasarkan firman Allah SWT:
واللَّـهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya: Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.(Surah Al-Baqarah:261)
Semoga pencerahan ini memberikan kefahaman dan penghayatan bersama.
Sumber: 

https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2819-irsyad-al-fatwa-273-tafsir-ayat-seribu-dinar

Surat Ath-Thalaq dan Terjemahan(Talak)Surat ke : 65Jumlah ayat : 12
أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّـيْطٰنِ الرَّجِيْمِ
بسم الله الرحمن الرحيم
Hai Nabi, apabila kamu menceraikan isteri-isterimu maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat (menghadapi) iddahnya (yang wajar) dan hitunglah waktu iddah itu serta bertakwalah kepada Allah Tuhanmu. Janganlah kamu keluarkan mereka dari rumah mereka dan janganlah mereka (diizinkan) ke luar kecuali mereka mengerjakan perbuatan keji yang terang. Itulah hukum-hukum Allah dan barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah, maka sesungguhnya dia telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri. Kamu tidak mengetahui barangkali Allah mengadakan sesudah itu sesuatu hal yang baru.
 Apabila mereka telah mendekati akhir iddahnya, maka rujukilah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu karena Allah. Demikianlah diberi pengajaran dengan itu orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
 Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
 Dan perempuan-perempuan yang tidak haid lagi (monopause) di antara perempuan-perempuanmu jika kamu ragu-ragu (tentang masa iddahnya), maka masa iddah mereka adalah tiga bulan; dan begitu (pula) perempuan-perempuan yang tidak haid. Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya. Dan barang -siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya.
 Itulah perintah Allah yang diturunkan-Nya kepada kamu, dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan menghapus kesalahan-kesalahannya dan akan melipat gandakan pahala baginya. Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan (hati) mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalaq) itu sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin, kemudian jika mereka menyusukan (anak-anak)mu untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya, dan musyawarahkanlah di antara kamu (segala sesuatu) dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya.
 Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekedar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan.
 Dan berapalah banyaknya (penduduk) negeri yang mendurhakai perintah Tuhan mereka dan Rasul-rasul-Nya, maka Kami hisab penduduk negeri itu dengan hisab yang keras, dan Kami azab mereka dengan azab yang mengerikan.
Maka mereka merasakan akibat yang buruk dari perbuatannya, dan adalah akibat perbuatan mereka kerugian yang besar.
 Allah menyediakan bagi mereka azab yang keras, maka bertakwalah kepada Allah hai orang-orang yang mempunyai akal; (yaitu) orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan peringatan kepadamu,
 (Dan mengutus) seorang Rasul yang membacakan kepadamu ayat-ayat Allah yang menerangkan (bermacam-macam hukum) supaya Dia mengeluarkan orang-orang yang beriman dan beramal saleh dari kegelapan kepada cahaya. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan mengerjakan amal yang saleh niscaya Allah akan memasukkannya ke dalam surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah memberikan rezeki yang baik kepadanya.
 Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahwasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya Allah ilmu-Nya benar-benar meliputi segala sesuatu.


Sumber:
http://www.quran30.net/2012/08/surat-at-thalaaq-ayat-1-12.html

Surat Shaad dan Terjemahan( Shaad )
Surat ke : 38Jumlah Ayat : 88
Juz : 23أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّـيْطٰنِ الرَّجِيْمِبسم الله الرحمن الرحيم

Shaad, demi Al Quran yang mempunyai keagungan.
Sebenarnya orang-orang kafir itu (berada) dalam kesombongan dan permusuhan yang sengit.
 Betapa banyaknya umat sebelum mereka yang telah Kami binasakan, lalu mereka meminta tolong padahal (waktu itu) bukanlah saat untuk lari melepaskan diri.
 Dan mereka heran karena mereka kedatangan seorang pemberi peringatan (rasul) dari kalangan mereka; dan orang-orang kafir berkata: "Ini adalah seorang ahli sihir yang banyak berdusta".
 Mengapa ia menjadikan tuhan-tuhan itu Tuhan Yang Satu saja? Sesungguhnya ini benar-benar suatu hal yang sangat mengherankan.
 Dan pergilah pemimpin-pemimpin mereka (seraya berkata): "Pergilah kamu dan tetaplah (menyembah) tuhan-tuhanmu, sesungguhnya ini benar-benar suatu hal yang dikehendaki.
 Kami tidak pernah mendengar hal ini dalam agama yang terakhir; ini (mengesakan Allah), tidak lain hanyalah (dusta) yang diada-adakan,
 mengapa Al Quran itu diturunkan kepadanya di antara kita?" Sebenarnya mereka ragu-ragu terhadap Al Quran-Ku, dan sebenarnya mereka belum merasakan azab-Ku.
 Atau apakah mereka itu mempunyai perbendaharaan rahmat Tuhanmu Yang Maha Perkasa lagi Maha Pemberi?
http://www.quran30.net/2012/08/surat-shaad-ayat-1-88.html

"Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah". Surah Al-Qasas ayat 17. Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu." [Surah An-Nisa Ayat 61] 

Bismillahirrahmanirrahim. .. 

PEREMPUAN diuji di DUNIA,, .. Kena pakai TUDUNG ... .. Kena pakai STOKIN ... .. Kena TUTUP AURAT dengan SEMPURNA .. .. Kena banyak FITNAH ... .. Kena TAAT perintah SUAMI... .. Kena menjaga MARUAH DIRI... .. Tak boleh BERLEBIHAN dalam BERHIAS.. .. Di AKHIRAT,, SABAR + REDHA = IN SHAA ALLAH SYURGA menanti ... .. 

LELAKI diberi KEMUDAHAN di dunia,, .. Tidak payah pakai TUDUNG... .. Tidak payah pakai STOKIN... .. AURAT senang dijaga ... .. Tidak risau dengan FITNAH... .. MUDAH nak buat apa sahaja.. .. Tapi di AKHIRAT,, ..

Tanggung dosa DIRI SENDIRI.. ..

Dosa ISTERI... ..

Dosa ANAK-ANAK .. ..

Dosa TANGGUNGJAWAB yang tidak dibuat.. ..

Dosa tidak beri NAFKAH.. ..

Dosa tidak menjaga PANDANGAN... ..

Dosa ADIK-ADIK... ..

Dosa sesama MANUSIA... ..

Dosa tidak SOLAT... .. 

SABAR + REDHA belum cukup kerana LELAKI akan ditanya TANGGUNGJAWAB mereka diBUAT atau TIDAK di DUNIA... 

LELAKI dan PEREMPUAN... masing-masing ada KELEBIHAN dan ALLAH itu MAHA ADIL ... 

.. Janganlah kita MERUNGUT....REDHALAH atas apa yang sudah DITENTUKAN oleh ALLAH..... 

 Apa yang KITA ada INGATLAH, sesungguhnya itulah yang TERBAIK buat KITA yang ALLAH KURNIAKAN ...

Allahurobbi ... 

Sekarang anda mempunyai ② pilihan : ①. Biarkan Tulisan ini berada di sini, dan orang lain tidak membaca ... ②. Menyebarkan kepada pembaca lain agar orang lain ikut termotivasi dan In shaa Allah anda jua mendapat PAHALA ... 

Note: Tazkirah terakhir dr seorg ustaz dari pahang...beberapa jam sblm kemalangan yang meragut nyawanya. Innalillahiwainnailaihirojiun. Al Fatihah. Moga sampai pahala kpdnya.. 

Aamiin Ya Allah.


Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan - Silakan Klik untuk membacanya:Surat Al Fatihah (Pembukaan)Surat Al Baqarah (Sapi Betina)Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)Surat An Nisa' (Wanita)Surat Al Ma'idah (Hidangan)Surat Al An'am (Binatang Ternak)Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)Surat Al Anfal (Rampasan Perang)Surat At Taubah (Pengampunan)Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)Surat Hud (Nabi Huud A.S.)Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)Surat Ar Ra'd (Guruh)Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)Surat An Nahl (Lebah)Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)Surat Al Kahfi (Gua)Surat Maryam (Maryam)Surat Thaha (Thaahaa)Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)Surat Al Hajj (Ibadah Haji)Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)Surat An Nur (Cahaya)Surat Al Furqaan (Pembeda)Surat Asy Syu'ara' (Penyair)Surat An Naml (Semut)Surat Al Qashash (Cerita)Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)Surat Luqman (Luqman)Surat As Sajdah ((Sujud)Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)Surat Saba' (Kaum Saba')Surat Fathir (Pencipta)Surat YaasiinSurat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)Surat ShaadSurat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)Surat Asy Syuura (Musyawarah)Surat Az Zukhruf (Perhiasan)Surat Ad Dukhaan (Kabut)Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)Surat Al Fath (Kemenangan)Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)Surat QaafSurat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)Surat Ath Thuur (Bukit)Surat An Najm (Bintang)Surat Al Qamar (Bulan)Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)Surat Al Hadid (Besi)Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)Surat Al Hasyr (Pengusiran)Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)Surat Ash Shaff (Barisan)Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)Surat Ath Thalaaq (Talak)Surat At Tahrim (Mengharamkan)Surat Al Mulk (Kerajaan)Surat Al Qalam (Pena)Surat Al Haqqah (Kiamat)Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)Surat Al Jin (Jin)Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)Surat Al Insaan (Manusia)Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)Surat An Naba´ (Berita Besar)Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)Surat 'Abasa (Bermuka Masam)Surat At Takwir (Menggulung)Surat Al Infithar (Terbelah)Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)Surat Al Fajr (Fajar)Surat Al Balad (Negeri)Surat Asy Syams (Matahari)Surat Al Lail (Malam)Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)Surat At Tiin (Buah Tin)Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)Surat Al Qadr (Kemuliaan)Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)Surat Al Zalzalah (Goncangan)Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)Surat Al 'Ashr (Masa)Surat Al Humazah (Pengumpat)Surat Al Fiil (Gajah)Surat Quraisy (Suku Quraisy)Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)Surat An Nashr (Pertolongan)Surat Al Lahab (Gejolak Api)Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)Surat Al Falaq (Waktu Subuh)Surat An Naas (Manusia)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2020/02/macam-macam-ilmu-tentang-ayat-1000.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kumpulan Doa Melancarkan Rejeki Ditutup Dengan Ayat 1000 Dinar

Kumpulan Doa Melancarkan Rejeki Ditutup Dengan Ayat 1000 Dinar

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 415 hits
Kumpulan doa Rezeki Doa ini bagus dibaca mulai pertama hingga terakhir namun bagus juga dibaca satu persatu Diamalkan setiap hari baik setelah sholat fardhu atau di waktu senggang yang lainnya secara rutin Lebih baik jika dibaca setelah sho...
Amalan Doa Ayat 1000 Dinar Untuk Mendatangkan Rejeki Kilat

Amalan Doa Ayat 1000 Dinar Untuk Mendatangkan Rejeki Kilat

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 1033 hits
Kali ini saya akan berbagi amalan doa ayat 1000 dinar yang sudah sangat masyhur dan populer di kalangan para spiritualis Amalan dan ijazahnya di share oleh seorang kaskuser yang bernama Baginda Wizoon yang diperuntukkan bagi pembaca semua y...
Sekarang Baru Nak Cakap Tentang Rakyat Annuar Musa

Sekarang Baru Nak Cakap Tentang Rakyat Annuar Musa

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 332 hits
Astro Awani Tan Sri Annuar Musa menempelak Nga Kor Ming supaya jangan terlalu sombong dalam membuat sebarang kenyataan Astro AWANI Shahir OmarKUALA LUMPUR Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa menempelak Nga Kor Ming supaya jangan terla...
Cerita Tentang Rezeki Durian

Cerita Tentang Rezeki Durian

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 328 hits
Cerita tentang rezeki durian Sabtu lepas kami sedang menantikan kunjungan daripada senior sekolah yang membawa bersama rombongan sahabat sahabat beliau sersmai lebih kurang 30 40 orang untuk makan durian di warung DurianSyoknyaUmmi Nak dija...
Dikritik Tentang Gendongan Anaknya Chef Arnold Jangan Sok Tahu Dengan Asal Sok Bacot

Dikritik Tentang Gendongan Anaknya Chef Arnold Jangan Sok Tahu Dengan Asal Sok Bacot

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 208 hits
Sebagai orang tua baru yang sayang banget sama anaknya Chef Arnold tersinggung karena caranya menggendong anak dikritik
Seram Tapi Selamat Amp Berkesan Ketahui 8 Perkara Tentang Iucd

Seram Tapi Selamat Amp Berkesan Ketahui 8 Perkara Tentang Iucd

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 388 hits
Kalau nak ikutkan pembacaan aku kaedah perancang IUCD ni antara yang paling berkesan dan kurang kesan sampingannya Tapi alahai Rasa gerun pulak nak pasang benda ni Sakit tak nak pasang Betul ke orang kata benda ni berisiko pada rahim Eee ta...
Diperli Oleh Ustaz Kazim Elias Tentang Isu Hijab Tak Sangka Ini Respon Win Dari Datuk A Aida Buat Warganet Tergamam

Diperli Oleh Ustaz Kazim Elias Tentang Isu Hijab Tak Sangka Ini Respon Win Dari Datuk A Aida Buat Warganet Tergamam

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 592 hits
Nak jadi diri sendiri belum bersedia seruan hidayah belum sampai Itu antara alasan segelintir artis tanah air yang memilih untuk menanggalkan tudung Diperli oleh Ustaz Kazim Elias tentang isu hijab Tak sangka ini respon win dari Datuk A Aid...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Netflix Peroleh Hak Penyiaran Piala Dunia Fifa Wanita 2027 Dan 2031 Di As

Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It