Maaf Kami Terpaksa Naikkan Harga Peniaga Bazar Ramadan


bharian.com.my
Oleh Azhar Shahrulnizam 
[email protected] Mac 12, 2024 @ 6:46pm
Kenaikan kos bahan mentah menyebabkan peniaga Bazar Ramadan terpaksa menaikkan harga jualan.. - Foto NSTP/Asyraf HamzahKUALA LUMPUR: Kenaikan kos bahan mentah menyebabkan kebanyakan peniaga Bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) terpaksa menaikkan harga juadah yang dijual.

Tinjauan BH di sini, hari ini mendapati peniaga terpaksa menaikkan harga juadah sekitar RM1 sehingga RM2.

Peniaga murtabak Suhaimi Ahmad, 54, berkata beliau terpaksa menaikkan harga murtabak yang dijual daripada RM5 kepada RM7.

"Harga bawang hari ini meningkat sehingga RM7 sekilogram (kg). Selalunya kita gunakan bawang India tetapi hari ini bawang tersebut sudah tiada lagi di pasaran.

"Murtabak menggunakan bawang yang banyak. Dulu kami menghadapi masalah kekurangan telur. Inilah antara masalah yang dihadapi peniaga hari ini," katanya ketika ditemui BH.

Suhaimi berkata, bagaimanapun beliau sudah memaklumkan kepada pembeli lebih awal lagi.

"Bergantung kepada pembeli untuk menerima kenaikan harga dengan hati yang terbuka. Kami peniaga tiada pilihan. Mohon maaf kepada semua pelanggan," katanya.

Peniaga Roti John, Asmah Jamilus, 43, pula berkata, beliau terpaksa menaikkan harga Roti John kerana kenaikan harga sos cili, sos lada hitam dan juga daging.

"Sebenarnya saya ingin menaikkan harga kepada RM10 tetapi suami saya menasihatkan cukuplah sekadar RM9. Tahun lalu saya menjual Roti John dengan harga RM8.

"Saya terpaksa menaikkan harga kerana daging cincang yang kami gunakan naik daripada RM18.50 kepada RM21.50. Sehari kami gunakan 15kg daging.

"Saiz roti kami tidak kecilkan cuma naikkan RM1 sahaja. Kami berniaga sudah lama di sini. Kami sudah maklumkan kepada pelanggan lebih awal," katanya.
Suasana orang ramai mengunjungi Bazar Ramadan TTDI untuk membeli juadah berbuka puasa.- Foto NSTP/Asyraf HamzahSementara itu, peniaga kuih tepung pelita, Mohd Redzuan Musa tidak menaikkan harga sebaliknya mengekalkan harga yang sama seperti tahun lalu.

Bagi pekerja swasta, Hadiya Hamzah, 34, beliau menganggap harga juadah di bazar ini masih lagi berpatutan.

"Semua barang naik harga sekarang, saya faham peniaga terpaksa menaikkan harga. Pada saya, sekiranya kita membeli juadah di luar kita tetap akan membayar jadi terpulang kepada individu bagaimana untuk terima kenaikan harga ini.

"Untuk belanja di bazar Ramadan saya memperuntukkan tidak lebih RM50 untuk dua orang," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/03/maaf-kami-terpaksa-naikkan-harga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
31 Notis Dikeluarkan Kepada Peniaga Bazar Ramadan

31 Notis Dikeluarkan Kepada Peniaga Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 16/3/2024 - jumlah : 102 hits
KOTA KINABALU Sebanyak 31 notis kompaun telah dikeluarkan kepada peniaga di bazar Ramadan sejak hari pertama Ramadan sehingga semalam Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Asits Sanna berkata daripada 240 gerai di bazar Ramadan yang dipe...
Boikot Peniaga Naikkan Harga

Boikot Peniaga Naikkan Harga

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 69 hits
HARGA APA YANG BANYAK SANGAT NAIK BERAS 30 MINYAK MASAK 30 GULA SUBSIDI KERAJAAN TEPUNG Maaf kami terpaksa boikot peniaga spesis Yahudi boleh pergi mampus la oportunis Bila harga barang naik secepat kilat naikkan harga jualan bila harga bar...
Harga Jualan Bazar Ramadan Naik 20 Peratus

Harga Jualan Bazar Ramadan Naik 20 Peratus

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 122 hits
cosmo com myOleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF13 Mac 2024Harga makanan dan minuman naik sehingga 20 peratus di Bazar Ramadan Batu Burok Kuala Terengganu semalam KUALA TERENGGANU Harga makanan dan minuman di kebanyakan bazar Ramadan di b...
Rezeki Melimpah Ketika Bulan Puasa Peniaga Air Balang Raih Keuntungan Rm10k Sehari Berniaga Di Bazar Ramadan

Rezeki Melimpah Ketika Bulan Puasa Peniaga Air Balang Raih Keuntungan Rm10k Sehari Berniaga Di Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 107 hits
Bulan puasa adalah bulan di mana bazar Ramazan akan menerima ramai pengunjung yang mencari juadah untuk berbuka mereka Pelbagai makanan dan minuman yang menarik akan dijual di sana termasuklah air balang yang betvariasi Keuntungan RM10 000 ...
Panduan Kkm Buat Peniaga Pengendali Makanan Pengunjung Ke Bazar Ramadan

Panduan Kkm Buat Peniaga Pengendali Makanan Pengunjung Ke Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 188 hits
SALAM RAMADAN PESANAN BUAT PENIAGA BAZAR PEMBELI Kepentingan Suntikan Typhoid Buat Para PeniagaUntuk info setiap individu yang bekerja dalam industri makanan serta minuman di Malaysia seperti restoran kafe kantin sekolah dan bazar harus mel...
Sedap Murah Pulak Tu Wajib Promote Netizen Pakat Viralkan Peniaga Nasi Lemak Rm1 Di Bazar Ramadan

Sedap Murah Pulak Tu Wajib Promote Netizen Pakat Viralkan Peniaga Nasi Lemak Rm1 Di Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 62 hits
Sejak hari pertama Ramadan kita nampak di media sosial ramai yang merungut dan mengkritik peniaga bazar kerana meletakkan harga yang mahal terhadap makanan yang dijual Lebih teruk lagi terdapat juga kes di mana peniaga tidak jujur dan terga...
10 Lokasi Bazar Ramadan Tumpuan Ramai 2024 Paling Meriah Di Lembah Klang

10 Lokasi Bazar Ramadan Tumpuan Ramai 2024 Paling Meriah Di Lembah Klang

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 186 hits
SENARAI 10 BAZAR RAMADAN PALING TOP DI LEMBAH KLANG1 Bazar Kampung Baru Kuala LumpurAntara lokasi popular bazar Ramadan di ibu kota adalah Bazar Kampung Baru Walaupun agak sesak setiap hari namun pengunjung tidak pernah melepaskan peluang u...
Lokasi Harga Bufet Ramadan Bawah Rm100 Sekitar Kuala Lumpur 2024 Menarik Untuk Berbuka Puasa

Lokasi Harga Bufet Ramadan Bawah Rm100 Sekitar Kuala Lumpur 2024 Menarik Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 16/3/2024 - jumlah : 147 hits
Senarai Lokasi Berbuka Puasa Buffet Ramadhan Di Kuala Lumpur Tahun 2024 Memilih hidangan atau juadah yang hendak dinikmati ketika berbuka puasa adalah menyeronokkan dan adakalanya agak mencabar disebabkan oleh kebanjiran pilihan yang ada Da...
Lokasi Bazar Ramadan Bagi Seluruh Negeri Pahang Untuk Tahun 2024

Lokasi Bazar Ramadan Bagi Seluruh Negeri Pahang Untuk Tahun 2024

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 149 hits
Dah setahun tak singgah di Bazar Ramadan kan Dah rindu dengan murtabak air katira dan tepung pelita Jadi disini saya senaraikan lokasi Bazar Ramadan yang ada di seluruh negeri Pahang untuk tahun 2024 Antara kebiasaan yang berlaku ketika Ram...
Isu Isteri Cikgu Buang Hadiah Rm2 Pemberian Murid

Syafiq Kyle Transisi Dari Ustaz Adam Ke Meth Killer

Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Drama Mihrab Cinta Zulaikha Lakonan Elisya Sandha Azrel Ismail

Tahniah Izzat Upkk

Apa Itu Kwsp Akaun 3

15 Breathtaking Mediterranean Powder Room Ideas From Classic To Modern

Lirik Lagu Satu Selamanya Twins



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Rahsia Solat 5 Waktu Sehari Semalam Yang Ramai Tak Tahu

Skandal Kawan Sekerja

Student Black Shirt Campaign Not Protest Shows Uitm Identity Vc

Menyamar Polis Samun Warga Asing Penjawat Awam Antara 4 Ditahan

Iranian President Raisi Feared Dead As Helicopter Wreckage Found

Man City Lakar Sejarah Raih Gelaran Epl Keempat Berturut Turut