Mohd Shah Tumin melakar cerita Malaysia dengan ramuan yang luar biasa.PETALING JAYA: Seorang pelukis menggunakan ramuan masakan seperti sos, cili, serbuk kari, kicap dan mayonis untuk menghasilkan lukisan sempena Hari Merdeka ke-63
Beliau memuat naik karyanya di laman sosial seperti YouTube untuk berkongsi dengan orang ramai. Beliau tidak menyangka hasil seninya mendapat sambutan yang baik
Shahtumin bersama potret pemain bolasepak Mohamad Salah yang dihasilkannya.“Saya mula melakar potret Najib Razak sebelum pilihan raya umum ke-14. Ketika itu isu Najib sedang panas dan saya gunakan sos cili untuk melukis gambar bekas perdana menteri itu,” katanya
Potret Youtuber masakan Sugu Pavithra yang dihasilkan Shahtumin.“Antara idea saya nak lukis gambar pendakwah terkenal, Ebit Lew, guna minyak, atau lukis di kereta yang berhabuk, sebab dia masuk kawasan ceruk bantu orang miskin,” katanya. - FMT|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |