Luckin Kopi Untuk Penggemar Kopitiam Yang Sangat Instagrammable
Pernah tak korang masuk kedai makan, dan setiap sudut sangat instagrammable ...ko rasa semua sudut nak bergambar..k.fiezz ko la ni hah..hehe..masa jalan-jalan cari makan sabtu baru ni, terjumpa kedai kopitiam iaitu Luckin Kopi di Kuala Lumpur..Dekat area Petaling Street...
Nampak je kedai kopitiam yang cantik dari luar ni buatkan tertarik nak masuk dalam kedai ...Laju je kaki melangkah masuk dalam kedai kopitiam ni..Masuk je dalam Luckin Kopi, lagi la jatuh cinta berkali-kali..cantik weiii dekorasi dia..susun atur meja kerusi yang kemas..menggunakan perabot dari kayu, buatkan kedai luckin kopi ni nampak klasik...dengan hiasan yang simple dan tak terlalu crowded..Menampakkan keunikan dan keklasikan kedai ni..
k.fiezz suka konsep yang digunakan oleh owner Luckin Kopi...nice and simple...tambah pula dekorasi beberapa sudut yang dijadikan instagrammable..kaki-kaki bergambar yang suka kongsi gambar cantik di instagram, wajib terjah sini...
Salah satu sudut instagrammable..cantik ke idak?model tu memang dah cantik..hehe
Lokasi Luckin Kopi yang terletak di tengah-tengah kawasan sibuk dan berdekatan pengangkutan awam (MRT), memang pilihan yang tepat..sebab jadi tumpuan..Masa k.fiezz ke sini Sabtu lepas, memang ramai pelanggan tengah makan tengahari kat Luckin Kopi..Kena menunggu sementara dapat meja kosong..tapi jangan risau, tak jemu nak tunggu sebab sambil-sambil tu kita boleh berposing kat sudut instagrammable yang ada kat dalam kedai kopitiam ni..MENU DI LUCKIN KOPI UNIK TAK?Kedai dah cantik..menu dia macamana pula?Menu memang banyak pilihan..Sedap ke tak..sedap tu subjektif..antara menu yang k.fiezz dah cuba, memenuhi tekak k.fiezz..tekak korang, k.fiezz tak pasti?nak tahu, meh la datang sini & cuba sendiri...hehe..kat Luckin Kopi ni ada menyediakan menu yang biasa kita dengar & ada menu yang rare..rare? apa yang rare sangat tu, k.fiezz oooii?
Okey, pernah cuba tak pasta dengan petai..bun petai?haha..tak penah kan...kat sini ada yea menu ni..setiap menu yang disajikan memang memenuhi citarasa & selera orang kita, Malaysia...ada yang original menu dan ada yang di fusion kan..
hidangan di Luckin Kopi dari sarapan pagi hingga ke makan malam..dari light breakfast sampai ke heavy..
Kalau ke sini, paling penting cuba la signature coffee dorang...sedap..pekat..likat..ni untuk penggemar kopi...kalau yang tak minat, ada minuman lain..no worry...Sekitar Luckin KopiJom check it out sekitar Luckin Kopi..Dari luar sampai dalam kedai...
Di bahagian hadapan kedai...
Bahagian dalam kedai..cantik kan?
Ni di bahagian belakang kedai...Kedai dia luas..2 tingkat...setiap sudut di dekorasicantik macam ni...
sudut ke-2 untuk instagramable...
Ni antara sudut yang k.fiezz dapat posing sementara tunggu giliran haritu... Kalau nak tengok yang lain, korang terjah la ke sini..hehe..
Jom tengok menu-menu di Luckin Kopi...
MENU DI LUCKIN KOPI
Kopi Luckin...Panas & Sejuk
Hainanese Chicken Chop
Petai Pasta
Salted Egg Chicken Rice
Rojak
Herbal Sup Ayam
ABC
Cheesy Chickem & Fries
Cheesy Indo Mee & Egg
Indo Mee
Dim Sum
Nasi Lemak + Rendang Ayam + Sambal Petai
Salah satu dessert yang ada di Luckin Kopi..Lupa nama dia apa..sorry..hehe
Antara menu yang di cuba
Ni kat tingkat dua..salah satu port yang menarik untuk bergambar..
Lokasi Luckin Kopi -
14, Jalan Panggong, KL.
Kalau nak kenderaan sendiri, parking berbayar di depan kedai Luckin Kopi..Rate seperti dalam gambar...
Kalau naik pengangkutan awam (MRT)..Turun di Stesen Pasar Seni..Jalan kaki 5 minit lebih kurang dari stesen MRT ke Luckin Kopi..
So terpulang pada korang nak naik yang mana?
Yang penting,kalau korang penggemar kopitiam dan instagramable person, wajib singgah di Luckin Kopi ni...korang pasti suka kat sini....
FB - Luckin KopiIG - luckinkopi/
No. Telefon : 016-397 6898
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2019/10/luckin-kopi-untuk-penggemar-kopitiam-yang-sangat-instagrammable.html