Luarbiasa Atacama Gurun Paling Kering Dihujani Salji


Ia dikenali sebagai tempat paling kering di dunia apabila stesen kaji cuaca tidak merekodkan wujud taburan hujan di situ. Bagaimanapun beberapa hari lalu pengunjung Gurun Atacama di Chile pasti terkejut apabila mendapati ada salji di situ.


Penduduk San Pedro de Atacama yang terletak kira-kira 750 batu dari ibu negara Chile berkata, salji itu adalah yang paling banyak dilihat sejak tiga dekad lalu.

Kini terdapat kebimbangan bahawa pencairan ais dan hujan akan menyebabkan beberapa sungai melimpah sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini.

Pejabat pelancongan kebangsaan berkata, jalan menuju ke bandar raya ditutup sementara kerana keadaan cuaca yang tidak menentu itu.

Pihak berkuasa menjangkakan lebih banyak hujan dalam beberapa akan datang, tetapi tiada arahan pemindahan dibuat.

Gurun Atacama yang merentangi dari Chile hingga ke Peru keseluruhannya terbentuk daripada tasik garam, pasir dan lahar falsik serta menerima taburan hujan purata hanya 15 milimeter setahun.

Beberapa kawasan mendapat kurang daripada satu milimeter dan beberapa stesen kaji cuaca melaporkan ada lokasi yang tidak mendapat hujan langsung.

Pada malam hari suhunya boleh merudum hingga serendah -25 darjah Celsius di zon Ollague, manakala pada siang hari suhunya antara 25 hingga 30 darjah Celcius.

Gurun itu menjadi lokasi teleskop terbesar dunia, Atacama Large Millimeter/submillimeter Array. -Agensi

Gurun paling kering di Dunia

Gurun Atacama adalah dataran tinggi di Amerika Selatan, yang meliputi sebidang tanah seluas 600 batu persegi (1,000 km) di pantai Pasifik Amerika Selatan, bersebelahan denganpegunungan Andes.

Gurun Atacama, menurut NASA, National Geographic dan penerbitan lain, adalah gurun terkering di dunia.

Gurun Atacama dikenali sebagai tempat terkering di dunia, terutama disekitar kota Yungay yang telah ditinggalkan (di Antofagasta Region, Chile). Curahan hujan secara purata di wilayah Chili Antofagasta hanya 1 milimeter (0.04 inci) setahun.

Malah, beberapa stesen cuaca di Atacama tidak pernah menerima hujan. Bukti menunjukkan bahawa Atacama mungkin tidak pernah mendapat hujan 'sebenar' pada tahun 1570-1971.

Begitu keringnya keadaan digurun ini sehinggakan pergunungan yang mencapai ketinggian 6,885 meter tersebut benar-benar bebas dari glasier.

Kajian oleh pengkaji Inggeris telah menemui beberapa jalur sungai dikawasan tersebut telah kering sejak 120,000 tahun yang lalu.

Namun, beberapa lokasi di Atacama menerima kabus laut yang dikenali sebagai Camanchaca, menyediakan udara yang cukup lembab untuk hypolithic algae, lumut dan beberapa kaktus.

Secara geografi, kekeringan tersebut boleh dijelaskan dengan alasan berikut:
Gurun Atacama terletak di sisi leeward Chili Coast Range, sehinggakan terlalu sedikit wap air dari lautan Pasifik sampai ke gurun.Andes terlalu tinggi lalu menghalang awan konvektif, yang mungkin membawa curahan hujan yang terbentuk di atas Sungai Amazon memasuki gurun dari Timur.Perbandingan dengan Planet Mars

Di wilayah sekitar 100 kilometer (60 batu) selatan Antofagasta yang rata-ratanya mencapai ketinggian 3,000 meter, permukaan tanahnya mirip dengan permukaan planet Marikh.

Kerana keunikan ini, Atacama telah digunakan sebagai lokasi untuk penggambaran filem yang berkaitan dengan adegan di planet Marikh, terutama dalam siri tv, Space Odyssey: Voyage To The Planets.

Pada tahun 2003, sebuah pasukan penyelidik telah menerbitkan sebuah laporan di jurnal Science berjudul “Tanah di Marikh ada di Gurun Atacama, Chile dan kehidupan mikro di tanah gersang” di mana mereka telah mengadakan ujian seperti yang dilakukan semasa pendaratan Viking 1 dan Viking 2 di Marikh untuk mencari kehidupan disana.

Keunikan gurun ini telah digunakan oleh NASA untuk menguji peralatan dan kelengkapan sebagai persiapan bagi misi-misi ke Marikh pada masa yang akan datang.

Di Atacama, berhampiran pantai terpencil, anda akan melihat sebuah tanah yang tidak berpenghuni, di mana tidak ada burung, tidak ada binatang atau pokok malah tiada hidupan langsung. (La Araucana oleh Alonso de Ercilla, 1569)

Atacama jarang dihuni, sebahagian besar kota-kota terletak di sepanjang pesisir pantai Pasifik.

Di bahagian dalam, beberapa oasis dan lembah telah dihuni selama berabad-abad, menjadi bandar paling maju masyarakat pra-Columbus yang ditemui di Chile.

Oasis ini memiliki sedikit pertumbuhan penduduk dan pembangunan dan sejak abad ke-20, menghadapi konflik sumber air yang diperlukan untuk bandar-bandar pesisir dan industri perkapalan.

Patung Tangan Raksasa

La mano del desierto (the hand of the desert) adalah salah satu objek menarik yang boleh ditemui di Gurun Atacama.

Patung ini menyerupai sepotong tangan raksasa yang terkubur di dalam tanah.

“Tangan Raksasa” ini adalah karya pengukir patung Chile, Mario Irarrázabal, tinggi patung ini 36 kaki (10 meter) dari permukaan tanah dan dibuat daripada besi dan simen.

Setelah mempelajari filosofi dan seni di University of Notre Dame, dan teologi di Università Gregoriana Pontificia di Roma, seniman Mario Irarrázabal berlatih membuat patung di bawah bimbingan pengukir Jerman, Otto Waldemar.

Dia mempamerkan karyanya buat pertama kali di Chile pada tahun 1970, menggunakan manusia untuk mengungkapkan tema-tema seperti ketidakadilan, kesepian, kesedihan dan penyeksaan.

Ukiran patung “Tangan dari gurun” Mario dianggap menggambarkan kelemahan manusia dan ketidakupayaan.

Sebelum itu, Irarrázabal juga pernah membuat patung yang serupa, seperti “Monumento al Ahogado”, tahun 1982, yang terdiri dari lima jari yang terbenam dipantai Punta del Este, kota peranginan yang terkenal di Uruguay.

Patung-patung yang serupa juga dibuat oleh Irarrázabal di Madrid pada tahun 1987 dan Venice pada tahun 1995.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2013/08/luarbiasa-atacama-gurun-paling-kering.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Pengalaman Kena Tipu Paling Besar Dalam Hidup Korang

Apa Pengalaman Kena Tipu Paling Besar Dalam Hidup Korang

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 191 hits
Assalamualaikum Hi korang Amboiii semalam 1 jer entry macam jarang berlaku kan tapi takpe sebenarnya SA sibuk sangat hari ni pun sama Inipun sibuk lagi ada la kerja P C yang SA x leh nak citer ni kang SA nak pi hantar Dania balik UCAM Hari ...
Ada Pertandingan Perut Paling Buncit Di Afrika Pemenangnya Akan Disanjung Seumur Hidup

Ada Pertandingan Perut Paling Buncit Di Afrika Pemenangnya Akan Disanjung Seumur Hidup

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 465 hits
Suku Bodi di kawasan terpencil di Lembah Omo selatan Ethiopia saban tahun mengadakan perayaan tahunan di mana lelaki dengan perut terbesar akan diraikan Sebagai persiapan untuk acara terbesar itu golongan lelaki yang turut serta perlu mengg...
Golongan B40 Paling Tinggi Guna Kad Kredit Untuk Tampung Kewangan

Golongan B40 Paling Tinggi Guna Kad Kredit Untuk Tampung Kewangan

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 216 hits
Laporan Kredit Pengguna CTOS Malaysia bagi 2022 menunjukkan pertambahan positif dalam purata skor CTOS sejak tiga tahun lepas daripada 663 menjadi 678 demikian menurut kenyataan agensi pelaporan kredit CTOS Data Systems Sdn Bhd pada Khamis ...
Dukcapil Ungkap Nama Paling Unik Di Ri Bakal Dikasih Hadiah

Dukcapil Ungkap Nama Paling Unik Di Ri Bakal Dikasih Hadiah

papar berkaitan - pada 14/3/2023 - jumlah : 133 hits
Mulai dari Selamat Pagi sampai Susah Senang nama nama unik ini hanya ada satu di Indonesia
412 Pesawat Siap Terbang Saat Mudik Lebaran 2023 Lion Air Paling Banyak

412 Pesawat Siap Terbang Saat Mudik Lebaran 2023 Lion Air Paling Banyak

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 215 hits
Kementerian Perhubungan mengumumkan sebanyak 13 maskapai dengan total 412 pesawat siap untuk melayani angkutan mudik Lebaran 2023 Lion Air Group masih jadi perusahaan maskapai yang paling banyak menyiapkan angkutan udaranya
2 Perkara Paling Asas Yang Perlu Ada Pada Setiap Makhluk Yang Hidup

2 Perkara Paling Asas Yang Perlu Ada Pada Setiap Makhluk Yang Hidup

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 127 hits
Ada satu video yang saya tonton lama dulu memaparkan perbahasan antara 2 wanita dari Masing masing dari perkumpulan yang bertentangan Salah seorangnya ialah ustazah dari perkumpulan pertubuhan yang menggalakkan poligami Saya tak ingat nama ...
Dato Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail Calon Paling Terbaik Untuk Di Angkat Sebagai Naib Presiden Pada Pemilihan Umno Ini

Dato Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail Calon Paling Terbaik Untuk Di Angkat Sebagai Naib Presiden Pada Pemilihan Umno Ini

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 215 hits
Keputusan Menteri Besar Pahang Dato Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail menawarkan diri untuk bertanding kerusi Naib Presiden pada pemilihan UMNO kali ini dilihat satu tindakan yang tepat dan matang Biar pun pengumuman tentang hasratnya untuk berta...
5 Resep Kue Kering Praktis Untuk Suguhan Tamu

5 Resep Kue Kering Praktis Untuk Suguhan Tamu

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 213 hits
Kue kering memang paling pas untuk camilan sendiri atau menyuguh tamu yang mampir
Resepi Bbq Kambing

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Buasir Otak Tv Kenapa Ayam Masa Hidup Satu Nama Bila Mati Banyak Nama Be Like

Halal Certification Is A Non Muslim Issue

Sebatan Syariah Daripada Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia

Pelbagai Kaum Makan Budu Dalam Pinggan Sama


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Crescent Petroleum Targets Nioc Assets And Frozen Funds In Escalating Legal Dispute

A Short Interior Painters Guide To Color Psychology And Perceived Size

Ptptn Encourages Savings Plans To Reduce Reliance On Education Loans

Wet Cny For Sabah Sarawak With Continuous Rains Expected Says Metmalaysia

Eleven Masked Men Break Into Puchong Home Two Seriously Injured

Cukup Mudah Masak Ayam Kari Jepun Cepat Dan Sedap Di Makan