Luahan Hati Seorang Ahli Pas Yang Kecewa




Abdul Karim B Abdul Razak nama ku. Usia ku sudah 57 tahun. Aku menjadi ahli PAS hampir 35 tahun lamanya. 


Aku berjuang di dalam PAS dari anak teruna & hingga sekarang yang sudah mempunyai sepasang cucu. Ada juga rakan2 seperjuangan ku yang telah pun meninggal dunia. 


Aku antara orang yang bertangung jawap membuka markas PAS di kampung ku, masa itu aku belum berkahwin lagi. 


Bukan kerja yang mudah untuk membuka cawangan di kampung yang dipenuhi oleh ahli2 UMNO. 


Apa lagi bapa saudara ku seorang ketua cawangan UMNO di dalam kampung yang kami tinggal bersama. 


Bab cerita dipulau, disingkirkan dari segala bagai bantuan dari kerajaan itu memang pekara biasa. 


Aku berjuang didalam PAS bersama dengan sekelompok kecil rakan2 di dalam kampung. 


Kami tubuhkan cawangan PAS dengan wang sendiri, usaha sendiri tanpa mendapat sebarang bantuan dari pihak Parti. 


Bagi aku, itu bukan masalah besar di dalam perjuangan Islam. Berpuluh tahun aku di dalam PAS, kami sentiasa diberi semangat perjuangan jihad menentang kemungkaran yang dibawa oleh UMNO. 


Sepuluh tahun berlalu, semakin ramai anak2 kampung mulai menyertai PAS di kampung ku. Aku bersyukur kerana ada ahli UMNO di kampung ku menyertai PAS yg aku bina dengan kawan2 yang seangkatan dgn ku. 


Walau pun kami tidak mempunyai ahli yang ramai, tapi semuanya ikhlas di dalam perjuangan untuk Islam. 


Aku memang aktif di dalam PAS... Setiap ceramah yang jauh & dekat akan aku hadiri. Selama berpuluh tahun aku mendengar ceramah dari pemimpin2 PAS, belum pernah aku dengar UMNO baik untuk Islam. 


Kami ahli2 PAS diberi semangat & jangan sesekali untuk berputus asa melawan UMNO yg zalim, penipu, pencuri, rasuah & tolak Islam. 


Jika UMNO jatuh, itu adalah kemenangan umat Islam di Malaysia. Zaman berubah begitu cepat... Aku pada mulanya memang tidak dapat menerima & seperti tidak percaya, kerana pucuk pimpinan PAS bersama Tok Guru mahu kami membantu UMNO. 


Alasannya untuk Islam, sedangkan sebelum ini, kami dididik UMNO tolak Islam. Mahu tidak mahu, kami tetap wala dengan Tok Guru. 


Sebelum PRU-14... Tamparan hebat kami mendapat khabar... Tok Guru terima RM 90 juta dari Najib. Kini aku merasa lega... 


Rupa2nya Tok Guru difitnah oleh musuh2 politiknya. Aku sangat yakin Tok Guru difitnah, kerana Tok Guru berani bertindak dengan menyaman Editor SARAWAK REPORT, itu satu bukti satu kebenaran dari tindakan Tok Guru. 


Kami dirayu untuk menderma kepada Tok Guru yang mahu saman SR. 


Atas semangat Islam, atas semangat derma itu Jihad... Aku menderma RM 1,000. Aku bukan nak menunjuk2, walau pun RM 1,000 cukup besar untuk keperluan keluarga ku. Akhirnya Tok Guru dapat juga saman SR. 


Di hujung tahun 2018... Tok Guru merayu lagi untuk menderma kali kedua untuk lunaskan yuran guaman yang sangat tinggi di London. Kebetulan, aku baru menjual dua ekor lembu peliharaan ku yang sblm ini ada lima ekor. 


Hasil dari wang jual lembu RM 6,000, aku dermakan sebanyak RM 2,000, bagi aku... Pemfitnah mesti diajar & dihukum. 


Keluarga aku mereka juga ikhlas dalam perjuangan jihad. Semalam aku sangat kecewa apabila mendapat tahu, Tok Guru menarik balik saman terhadap SR. 


Persoalannya, kenapa perlu tarik balik saman tersebut... Soal wang bukan masalah, kerana ratusan ribu RM berjaya dikutip dlm masa dua minggu. Kini aku rasa tertipu dgn Hj Hadi Awang & aku yakin, RM 90 juta yang dikaitkan dgn Hadi adalah benar. 


Aku tidak kisah jika RM 90 juta yang diberikan Najib itu digunakan untuk PAS, tapi sebaliknya, ramai pemimpin PAS di peringkat pusat, berkereta mewah, mampu memiliki rumah besar dgn sekelip mata. 


RM 90 juta kamu berbahagi dengan orang2 kanan kamu & kami penyokong PAS dirayu pula untuk menderma untuk biayai saman SR...


Jadi aku sudah tidak yakin... Kerjasama dgn UMNO untuk Islam & Melayu seperti mana dikatakan oleh Hadi Awang, hakikatnya kerjasama itu untuk kepentingan dan mencapai cita2 peribadi. Untuk Melayu & Islam hanya alasan untuk mengaburi mata hati kami... 


Dengan lafas BISMILAHIROHMALNIROHIM dengan ini... Aku keluar dari Parti PAS. 


Berpuluh tahun aku ditipu & buang masa sambil diperbodohkan oleh pemimpin2 PAS yg mempergunakan Islam untuk cita2 peribadi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/02/luahan-hati-seorang-ahli-pas-yang-kecewa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Pas Yang Kecewa Dengan Hadi Boleh Masuk Pan Mat Sabu

Ahli Pas Yang Kecewa Dengan Hadi Boleh Masuk Pan Mat Sabu

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 683 hits
PETALING JAYA Mohamad Sabu mengajak ahli ahli PAS yang kecewa dengan Datuk Seri Hadi Awang menyertai partinya mengatakan sekarang masanya untuk ahli ahli parti parti Islam bersatu dalam PAN Presiden PAN itu berkata demikian susulan penyeles...
Inilah Selfie Terakhir Kita Perkongsian Menyentuh Hati Dari Seorang Suami Khas Buat Isteri Tercinta

Inilah Selfie Terakhir Kita Perkongsian Menyentuh Hati Dari Seorang Suami Khas Buat Isteri Tercinta

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 406 hits
Walaupun hidup serumah dan tidur sekatil bukan semua suami dapat memahami apa yang dirasai oleh isteri Segala keletihan yang dihadapi isteri ada ketikanya dipendamkan sahaja bagi menjaga hati suami ataupun mungkin kerana tidak mahu membeban...
Iskandar Dulu Ahli Keliru Kerjasama Pas Umno Kini Terima

Iskandar Dulu Ahli Keliru Kerjasama Pas Umno Kini Terima

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 345 hits
Oleh Abdul Rahim SabriAhli PAS sudah mulai faham dan tidak keliru dengan keputusan tertinggi parti untuk bekerjasama dengan Umno kata Datuk Iskandar Abdul Samad Foto oleh Ham Abu BakarSHAH ALAM 9 Feb Ahli PAS akar umbi kini sudah mulai faha...
Bung Umno Pas Perlu Berhati Hati Soal Kerjasama

Bung Umno Pas Perlu Berhati Hati Soal Kerjasama

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 340 hits
Pengerusi Umno Sabah itu juga berkata mereka berhak memutuskan sendiri rakan politik tanpa perlu mengikut Semenanjung
Clare Puas Hati Rencana Sr Dipertikai Pas Tidak Terusik

Clare Puas Hati Rencana Sr Dipertikai Pas Tidak Terusik

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 460 hits
Penyelesaian di luar mahkamah tidak menyebabkan rencana Sarawak Report mengenai dana RM90j kepada PAS perlu ditarik balik
Lagi Ahli Pas Tampil Jadi Saksi Dengar Nik Abduh Mengaku Terima Duit Umno

Lagi Ahli Pas Tampil Jadi Saksi Dengar Nik Abduh Mengaku Terima Duit Umno

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 508 hits
SEORANG ahli Jemaah PAS bernama Dr Muhammad Atiullah telah tampil mendedahkan bahawa dia bersama 40 saksi ada mendengar pengakuan Pemimpin PAS Ustaz Nik Abduh yang mengaku menerima dana dari Umno BACA Lebih 40 saksi dengar Nik Abduh mengaku...
Pas Buat Ahli Dan Penyokong Terkedu

Pas Buat Ahli Dan Penyokong Terkedu

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 314 hits
PAS Buat Ahli Dan Penyokong Terkedu Presiden PAS Abdul Hadi Awang memutuskan untuk menyelesaikan kes saman terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown di luar mahkamah di London United Kingdom Hal ini dimaklumkan Setiausaha Politik...
Tarik Saman Ahli Pas Paling Mudah Dibohongi Di Malaysia

Tarik Saman Ahli Pas Paling Mudah Dibohongi Di Malaysia

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 357 hits
Posted By ULASAN Dalam kes PENYELESAIAN saman Haji Hadi terhadap Sarawak Report tersebut bukan Haji Hadi yang menang kes tersebut Haji Hadi sebagai plantif telah MENARIK BALIK KES TERSEBUT terhadap defenden iaitu Sarawak Report Selama kes i...
Saman Sr Ahli Pas Jangan Masuk Perangkap Musuh

Saman Sr Ahli Pas Jangan Masuk Perangkap Musuh

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 274 hits
Kenyataan Media PAS PusatKES SARAWAK REPORT PENYELESAIAN LUAR MAHKAMAH1 Saya merujuk kepada perkembangan terkini kes saman Sarawak Report yang telah difailkan oleh YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang terhadap Editornya Clare Rewcas...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator