Lt Browser Menguji Reka Bentuk Responsif Laman Web Anda Secara Offline


Pada hari ini saya ingin perkenalkan kepada anda satu alatan yang sering saya gunakan untuk menguji reka bentuk responsif (responsive web design) sesebuah laman web. Sejujurnya ia sangat membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Alatan tersebut adalah LT Browser.
Apa itu LT Browser?
LT Browser ini adalah sebuah produk yang dihasilkan oleh LamdaTest, sebuah syarikat berteraskan awan yang penyedia perkhidmatan pengujian untuk aplikasi web ke hampir lebih 2000 jenis browser, sistem operasi dan peranti.
Menariknya mengenai LT Browser ini, ia membantu saya untuk menangani mimpi ngeri setiap front-end developer di luar sana iaitu menguji keupayaan reka bentuk aplikasi web saya ke arah rekaan yang lebih mesra telefon bimbit (mobile friendly). 
Menyokong hampir 50 jenis paparan (viewport) yang terdiri daripada pelbagai peranti popular, kerja saya menjadi sangat mudah dengan hanya mengujinya menggunakan LT Browser. Kepala pun tak sakit, saya pun punyai kesempatan untuk melihat adalah rekaan saya responsif dengan telefon bimbit (mobile responsive) yang pelbagai.
Apa yang menarik lagi pada browser ini? https://azmirshah.com/wp-content/uploads/2022/02/LTBrowser.mp4 Sudah mestinya sebab utama mengapa saya menyukai LT Browser ini ialah disebabkan oleh kemampuannya untuk menguji rekaan (design) saya dalam pelbagai resolusi dan saiz skrin. Selain daripada itu ada juga beberapa sebab lain. Antaranya:
1. Ujian boleh dilakukan secara localhost Saya dalam banyak-banyak hal, ini antara perkara yang saya sangat mahukan iaitu menguji rekaan saya secara localhost atau offline. Terdapat beberapa produk lain yang berada di luar sana menawarkan fungsi yang serupa, namun kebanyakannya berbayar. Bila saya tahu ia menawarkan fungsi yang serupa secara percuma, laju sahaja saya muat turun.
2. Debug: Devtools Sama seperti Chrome DevTools, fungsi Devtool yang terdapat pada LT Browser ini juga membenarkan saya membuat debugging secara live tanpa sebarang masalah. Jadi saya boleh mengenalpasti penyelesaian kepada masalah rekaan saya dengan lebih pantas.
Sudah jumpa penyelesaian? LT Browser ini juga menyokong fungsi hot reloading dimana ketika anda berada dalam debug mode, anda boleh melihat apa attribute yang diubah kelihatan kepada paparan skrin. Jadi mudahlah untuk pembangun untuk bereksperimen.
3. Rakam video dan tangkap layar (screenshot) Fungsi ini saya jarang guna, tetapi ianya sangat membantu apabila melibatkan perbincangan dengan ahli pasukan yang berkaitan dengan permasalahan produk. Mana tau ada tak kena dengan paparan rekaan atau nak buat fungsi tambahan, sekurangnya boleh la berkongsi dengan UI/UX designer atau project manager.
4. Pendikit rangkaian (Network Throttling) Ini salah satu fungsi devtools yang ada pada browser ini. Kalau anda tak faham tentang maksud pendikit rangkaian, ianya berkenaan permasalahan untuk mengakses laman web anda mengikut kelajuan capaian internet.
Maklumlah, bukan semua orang memiliki akses internet yang laju. Jadi browser ini membenarkan anda untuk menguji akses kepada laman web anda dengan internet kelajuan serendah 3G ke 5G. Kalau interaksi dan kelajuan akses terlalu lama, dah boleh la berusaha untuk buat apa yang patut. 
5. Laporan Prestasi Rumah Api Google Laporan prestasi yang turut dikenali sebagai Google Lighthouse Performance Reports ini memberi laporan yang terperinci tentang prestasi laman web anda untuk paparan di desktop dan juga telefon bimbit.
Antara aspek yang disentuh adalah berkenaan dengan prestasi, kebolehakses, amalan terbaik, SEO dan PWA. Sambungan terus kepada Page Speed Insights juga boleh dilakukan jika anda mahukan analisis yang lebih terperinci.
Soalan Lazim Berapakah kos LT Browser? LT Browser boleh digunakan secara percuma tanpa sebarang limitasi. Ianya adalah sebahagian daripada produk penguji Lambdatest.
Bolehkah ujian dilakukan secara localhost/offline? Boleh. Anda boleh menguji tahap responsif rekaan laman web anda secara localhost/offline tanpa sebarang masalah. Cuma terdapat limitasi daripada laporan prestasi rumah api Google yang tidak dapat diakses menerusi ujian offline.
LT Browser ini boleh dimuat turun di laman web rasmi Lambdatest dan ianya menyokong pelbagai jenis OS seperti Windows, Mac OSX dan Ubuntu.
Laman web rasmi Lambdatest: Muat turun
Kesimpulan Bagi saya, LT Browser ini sebuah aplikasi yang sangat memenuhi keperluan saya sebagai front-end developer. Walaupun ia mempunyai beberapa kekurangan seperti laporan prestasi tidak boleh dimuat turun dan hanya dua peranti boleh diuji dalam satu masa, asalkan ia percuma bagi saya dah cukup baik.
Baca juga: Bagaimana cara debug ghost CSS secara manual 
Jika aplikasi kegemaran saya adalah LT Browser, apa pula aplikasi atau kaedah yang anda gunakan untuk menguji tahap responsif rekaan laman web anda? Jangan lupa kongsikan di ruangan komen. Mungkin saya sendiri boleh mencubanya.

The post LT Browser: Menguji reka bentuk responsif laman web anda secara offline appeared first on Azmir Shah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://azmirshah.com/lt-browser-menguji-reka-bentuk-responsif-laman-web-anda-secara-offline/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Haechan Nct Akan Nyanyi Ost Pertama Sejak Debut Bagi Drama Web Ply Friends

Haechan Nct Akan Nyanyi Ost Pertama Sejak Debut Bagi Drama Web Ply Friends

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 265 hits
Hae chan NCT akan mengeluarkan OST solo pertamanya sejak debut Hae chan akan menyanyikan runut bunyi bagi drama web baharu PLY FRIENDS Seo Yeon University Class of 22 Seo Yeon University Class of 22 adalah drama yang berpusat di sekitar kis...
Web Site Ranking How To Be Number 1

Web Site Ranking How To Be Number 1

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 138 hits
Photo by Myriam Jessier on UnsplashThe success of a website is largely determined by its ranking in the search engines But how are these rankings achieved How are they determined by the search engine What should be done when ranking falls U...
Panduan Untuk Menulis Web Content

Panduan Untuk Menulis Web Content

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 141 hits
Translation results Menulis untuk Web Content Menulis untuk Web Laman web memerlukan gaya penulisan yang unik Novelis melukis gambar dengan perkataan Wartawan melaporkan berita dengan bakat dramatik Ahli akademik menerangkan idea yang kompl...
Laman Lanun Cetak Rompak Ettv Ditutup Akibat Kekurangan Dana

Laman Lanun Cetak Rompak Ettv Ditutup Akibat Kekurangan Dana

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 131 hits
The website is shut down indefinitely I couldn t afford to run it anymore I will not renew the domains Demikian komen diberikan oleh seorang admin dengan nama sidekickbob Dia merupakan antara individu yang mengambil alih laman tersebut sele...
Penangan Perkahwinan Hyunbin Son Yejin Crash Landing On You Trending Semula Di Laman Penstriman

Penangan Perkahwinan Hyunbin Son Yejin Crash Landing On You Trending Semula Di Laman Penstriman

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 222 hits
Rasanya ramai yang gembira dengan berita perkahwinan pasangan Binjin kan ARTIKEL BERKAITAN Tidak dinafikan bahawa pasangan ini mendapat sokongan ramai dek keserasian mereka di dalam drama Crash Landing On You Bukan sahaja popular di Korea d...
Roti Mynews Sweetheart Choco Bun Bentuk Hati Comel Betul

Roti Mynews Sweetheart Choco Bun Bentuk Hati Comel Betul

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 228 hits
hai assalammualaikumRoti MyNEWS Sweetheart Choco Bun Bentuk Hati Comel Betul Kalau masuk myNEWS mesti pergi ke roti dia Suka sangat dengan roti myNEWS sebab lembut gila Baru baru ni ada pulak roti bentuk hati comel betul bukan tu je roti mo...
Pejuang Tolak Pelawaan Ph Bentuk Gabungan Besar Berdepan Bn Dan Pn Di Prn Johor

Pejuang Tolak Pelawaan Ph Bentuk Gabungan Besar Berdepan Bn Dan Pn Di Prn Johor

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 148 hits
KUALA LUMPUR Parti Pejuang Tanah Air menolak pelawaan Pakatan Harapan membentuk gabungan besar berdepan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Johor Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata partinya kekal d...
Note Is Back Pilih Galaxy S22 Ultra 5g Dengan S Pen Responsif Dan Fitur Komplit

Note Is Back Pilih Galaxy S22 Ultra 5g Dengan S Pen Responsif Dan Fitur Komplit

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 154 hits
Kehadiran S Pen di Galaxy S22 Ultra 5G seolah menandakan bahwa Note is back dengan cara yang berbeda melalui Galaxy S22 Ultra 5G Meski secara desain dan penempatan S Pen mirip dengan Galaxy Note 20 Ultra namun smartphone paling premium ini ...
Marvel Buat Reka Ulang Meme Spider Man Pakai Aktor Asli Penggemar Histeris

Marvel Buat Reka Ulang Meme Spider Man Pakai Aktor Asli Penggemar Histeris

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 82 hits
Meme legendaris ini dibuat ulang oleh Marvel dengan tampilan lebih keren dan pakai sosok artis aslinya
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Kempen Ramadan Dan Raya 2024 Kuskop Mari Beli Lokal Kembali Lagi

Sustainable And Ethical Practices

Aktiviti Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yayasan Bekas Anggota Perisikan Tentera Malaysia 04 05 2024

Aktiviti Majlis Perasmian Richiamo Mart Dan Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan Richiamo 2024 Ppim 05 05 2024

Suspek Simbah Asid Faisal Halim Ditahan Direman Hari Ini

Kita Berada Di Dalam Kubur Lebih Lama Daripada Hidup Di Atas Dunia