Lorong Seni Budaya Segamat Segamat Lane Tarikan Terbaru Di Segamat
Selesai makan di Kedai Kopi Secangkir Kopi, kami singgah di Lorong Seni & Budaya (Street Art) atau dipanggil Segamat Lane @ Segar amat Lane berdekatan dengan Jakel Segamat. Sejak bila ada Lorong Seni & Budaya ni entahlah.
Saya pun baru tahu je sebab anak buah kongsi gambar. Alang-alang kita dah melepak waktu malam di Bandar Segamat, kita pergilah tengok-tengok apa yang menarik di sini. Nama je orang Segamat, tapi banyak perubahan Segamat yang saya tak tahu.
Bak kata anak buah, " Segamat dah tak bosan". Dah banyak tarikan menarik di Segamat. Kita pun playing tourist lah konon.
Pintu gerbang Lorong Seni & Budaya Segamat dihiasi dengan tanglung. Masa kami pergi tu masa cuti perayaan Tahun Baru Cina. Meriahlah dengan hiasan tanglung sana sini.
Menarik juga idea untuk adakan Lorong Seni & Budaya ni untuk tarikan pengunjung datang. Tak pasti pula kemeriahan ni setiap malam atau hanya hari tertentu sahaja
Kita pun ambil kesempatan merakam kenangan disni. Buat tambah meriah di sini.
Lorong Seni ni tak berapa nak panjang sangat. Tapi sepanjang lorong meriah dengan arca macam ni. Arca ke orang panggil. Entahlah apa nama dia. Arca besi yang berlampu.
Bermacam-macam rupa dan gaya ada disini
Pintu Gerbang Segamat Town pun ada. Disini selain perhiasan, ada juga kedai-kedai jualan sepanjang lorong ni. Bagus juga boleh tambah pendapatan peniaga. Ada jual makanan, baju, bunga, bergambar dengan baju tradisional dan bermacam-macam lagilah.
Bunga sakura yang tergantung ni menarik perhatian saya. Lalu saya potretkan dia.
Tak lama berjalan sebab tak panjang sangat lorong ni. Sebelum balik, bergambar dulu di signboard Segar amat Lane @Segamat Lane
Kalau datang Segamat, bolehlah singgah sini sebab banyak hotspot yang menarik untuk bergambar. Tahniah Segamat semakin maju. Saya yang Segamat ni pun tak sempat nak jelajah Segamat. Belum berkesempatan lagi nak bergambar di Jambatan keretapi yang baru siap pintu gerbang tu. Sempat lalu je.
Bila balik kampung banyak habiskan masa di rumah je. Ke bandar pun untuk beli barang-barang je lah., Nak berjalan tu kadang tak cukup masa. Padahal banyak tempat menarik di Segamat. Walters Farm tempat tengok haiwan pun tak sempat pergi lagi. Hmmm...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2024/02/lorong-seni-budaya-segamat-segamat-lane.html