Loke Digesa Jelaskan Pemilihan Syarikat Pemeriksa Kenderaan


malaysiakini.com
Diterbitkan: Feb 10, 2025 1:08 PM
Seorang aktivis PAS mempersoalkan bagaimana Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan kementeriannya memilih tiga syarikat yang dilantik untuk menjalankan pemeriksaan kenderaan

Nurul Islam Mohammed Yusoff berkata walaupun dia menyokong langkah kerajaan untuk memecahkan monopoli Puspakom terhadap pemeriksaan kenderaan, dia mempersoalkan latar belakang syarikat yang dilantik.

Ini kerana, katanya, tiada satu pun daripada tiga syarikat yang dipilih mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam sektor automotif.

“Bagaimana kementerian boleh melantik syarikat baru, syarikat tiada pengalaman berkaitan untuk menjalankan proses pemeriksaan kenderaan yang bakal melibatkan nyawa dan keselamatan pengguna jalan raya,” katanya dalam catatan Facebook semalam.

Berdasarkan rekod Suruhanjaya Syarikat - yang turut disemak oleh Malaysiakini - Nurul Islam menegaskan bahawa Pakatan Petroleum Sdn Bhd dan Beriman Gold Sdn Bhd kedua-duanya terlibat dalam perniagaan yang tidak berkaitan dengan automotif.

Perniagaan Pakatan Petroleum adalah perdagangan petroleum, gas, dan perniagaan yang berkaitan, manakala Beriman Gold terlibat dalam pembinaan, telekomunikasi dan multimedia, serta keselamatan dan sistem IT.

Sementara itu, syarikat ketiga - Wawasan Bintang Sdn Bhd - menyenaraikan pemeriksaan kenderaan bermotor sebagai perniagaannya.

Bagaimanapun, Nurul Islam berkata syarikat itu baru berusia lapan bulan dan tidak mempunyai rekod prestasi awam.

"Carian aku tak jumpa sebarang pengalaman syarikat ni dalam bidang automotif," katanya.

Selanjutnya, dia mempersoalkan bagaimana sebuah syarikat berusia lapan bulan yang masih belum memfailkan penyata kewangan dan laporan audit membuktikan bahawa ia mempunyai kewangan yang kukuh.
Kewangan yang kukuh adalah salah satu kriteria utama yang Loke sebutkan semasa memilih syarikat berkenaan.

Kriteria lain yang dinyatakan ialah mempunyai sekurang-kurangnya RM10 juta modal berbayar, dimiliki anak tempatan, dan mematuhi garis panduan permohonan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan bermotor.

Nurul Islam seterusnya mempersoalkan mengapa Wawasan Bintang dianugerahkan tiga lokasi manakala dua lagi syarikat hanya diberi dua lokasi setiap satu.

Loke mengumumkan pelantikan ketiga-tiga syarikat itu pada Jumaat lalu.

Dia dilaporkan sebagai berkata bahawa pemohon yang tidak berjaya gagal memenuhi kriteria yang ketat, termasuk mengelakkan konflik kepentingan dalam perkhidmatan pembaikan, perdagangan atau pengubahsuaian kenderaan.

‘Bukan perkara mengejutkan’

Mengulas isu itu, Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Nik Mohd Hasyudeen Yusoff dalam perkongsian di Facebooknya tampil menjelaskan mengenai isu syarikat baru yang mendapat kontrak besar.

Menurutnya situasi seperti dalam kes lantikan tiga syarikat oleh Kementerian Pengangkutan itu biasa berlaku dan bukan perkara yang mengejutkan.

"Pernah dengar ‘syarikat tujuan khas’ atau ‘special purpose vehicle’ (SPV)? Ia syarikat yang digunakan untuk tujuan tertentu sama ada oleh satu pihak atau pun usahasama. Kita ambil contoh mudah, penyenaraian syarikat pegangan pelaburan.

"Perkara ini biasa berlaku, jangan terkejut beruk pula. Katakan seorang usahawan ada tiga perniagaan yang berasingan yang jika digabungkan prestasi, kedudukan kewangan dan potensinya melayakkan syarikat-syarikat berkenaan untuk disenaraikan sahamnya.

"Jadi, usahawan berkenaan boleh memilih sebuah syarikat, sama ada yang baharu diperbadankan atau yang dah lama wujud sebagai satu syarikat kelonsong (dormant company) sebagai SPV.

"Ketiga-tiga syarikat yang nak disenaraikan itu akan disuntik ke dalam SPV berkenaan dan saham-saham baharu diterbitkan kepada pemilik asal. Jika SPV ni baru berusia sehari, adakah ia tak layak? Yang melayakkan penyenaraian saham ini ialah gabungan ketiga-tiga syarikat tadi melalui SPV sebagai syarikat pegangan pelaburan," katanya.

Tambahnya prestasi ketiga-tiga syarikat akan digabungkan secara “profoma” atau seolah-olah mereka sudah beroperasi sebagai satu kumpulan dari hari pertama lagi.

"Biasanya Bank Pelaburan selaku penasihat akan mempastikan proforma ini disediakan dengan kaedah yang mengikut undang-undang dan piawaian perakaunan.

"Jadi, janganlah pelik jika ada syarikat yang baharu ditubuhkan diberikan kontrak atau pun konsesi," katanya yang juga bekas Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/loke-digesa-jelaskan-pemilihan-syarikat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ops Sky Sprm Siasat Pembabitan Selebriti Dibayar Hingga Rm400 000 Jadi Duta Syarikat Perunding Kewangan

Ops Sky Sprm Siasat Pembabitan Selebriti Dibayar Hingga Rm400 000 Jadi Duta Syarikat Perunding Kewangan

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 164 hits
Katanya entah betul atau tidak Mungkin sendiket menggunakan wajah mereka tanpa diketahui mereka Dato Jalaludin dan Ziana semoga diberi pencerahan Ops Sky SPRM siasat pembabitan selebriti dibayar hingga RM400 000 jadi duta syarikat perunding...
Syarikat Rakam Gambar Pekerja Mengular Dalam Tandas

Syarikat Rakam Gambar Pekerja Mengular Dalam Tandas

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 320 hits
KOSMOSeorang pekerja ditangkap mengular di dalam tandas Oddity CentralBEIJING Sebuah syarikat di China mengundang kritikan ramai selepas menghukum pekerja yang didakwa menghabiskan masa terlalu banyak di tandas lapor portal berita Mint Menu...
Tak Terlibat Aktiviti Syarikat Ziana Zain Jalalludin Hassan Dan Dr Sheikh Muszaphar Hanya Dapat Bayaran Jadi Duta Sprm

Tak Terlibat Aktiviti Syarikat Ziana Zain Jalalludin Hassan Dan Dr Sheikh Muszaphar Hanya Dapat Bayaran Jadi Duta Sprm

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 140 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah mengesahkan bahawa tiga selebriti yang disiasat dalam Op Sky hanya menerima pembayaran untuk perkhidmatan yang diberikan termasuk tugas mereka sebagai duta syarikat dan tidak terlibat dalam sebar...
Hutang Rm95 Juta Hotel Anak Syarikat Khazanah Digulung

Hutang Rm95 Juta Hotel Anak Syarikat Khazanah Digulung

papar berkaitan - pada 8/2/2025 - jumlah : 201 hits
Perintah penggulungan secara terpaksa melibatkan hutang tidak berbayar sejak tiga tahun lalu hampir RM95 juta bagi perbekalan Hotel Puteri Harbour Johor PETALING JAYA Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan penggulungan anak syarikat Khazana...
Chegubard Mohon Maaf Di Mahkamah Kerana Memfitnah Anak Syarikat Mbi

Chegubard Mohon Maaf Di Mahkamah Kerana Memfitnah Anak Syarikat Mbi

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 464 hits
Fitnah anak syarikat MBI Chegubard mohon maaf di mahkamahFMT ReportersBadrul Hisham Shaharin mengaku buat tuduhan tidak berasas dan memfitnah Landasan Lumayan Sdn Bhd berkait projek Selangor Maritime Gateway Chegubard beri jaminan elak buat...
Jom Lihat Kenderaan Mewah Pelajar Pelajar Universiti Di Dubai

Jom Lihat Kenderaan Mewah Pelajar Pelajar Universiti Di Dubai

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 111 hits
Anda suka kereta Kami mempunyai banyak gambar gambar yang diambil oleh pelajar di tempat letak kereta Universiti Amerika Dubai Reddit pengguna Squirrelnelius nama sebenar Meeka Nasser meletakkan gambar gambar kereta yang menakjubkan yang di...
Tiga Cedera Selepas Kenderaan Melanggar Sekumpulan Lelaki

Tiga Cedera Selepas Kenderaan Melanggar Sekumpulan Lelaki

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 193 hits
PETALING JAYA Pihak berkuasa sedang menyiasat satu kejadian di mana dua kenderaan dilaporkan melanggar sekumpulan lelaki di Jalan Klang Lama mengakibatkan tiga orang cedera setelah rakaman video kejadian itu telah tular di media sosial Menu...
Villa Kaizen By Ark Architects A Refined Balance Between Architecture And Nature In La Zagaleta

The Lykov Family 42 Years In Siberian Isolation

Hard Rock Penang

Ex Armed Forces Chief To Oversee National Service Training

Saya Cuba Diet Viral Tiktok Tapi Guna Makanan Malaysia Je Hasilnya Menangis Dalam Toilet

Rendang Asam Tak Pedas Tapi Sedap Boleh Masak Guna Semua Jenis Ikan

Pasaran As Pergerakan Sederhana Tetapi Positif

Kelas Mengaji Dan Tawjid Online


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ringgit Strengthens Against Dollar On Positive Sentiment

Dbkl Has Plot Of Land That Can Fit 12k Affordable Homes

Mma No May 6 Symbolic Walk Of Healthcare Practitioners Just Peaceful Gathering Of Mostly Gps

Suplemen Pesakit Ckd Dan Ihd

Terima Hakikat Bukan Selalu Kita Dibalas Dengan Kebaikan

Kru Goat Chord