Local Seo For Wordpress Websites You Must Try It
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Local SEO For WordPress Websites, You Must Try It! | WordPress, mungkin tak sepopular blog, tapi penggunaan WordPress lebih meluas sebenarnya.
WordPress ni sama je macam blogspot tapi penggunaannya lebih meluas dan ada sub cabang dia. Kebanyakan orang bisnes guna tapak wordpress.
Kenapa WordPress?
Sebab WordPress lebih mudah dan boleh pakar bab SEO.
MF sendiri tak nafikan... sebab MF pernah cuba... Cuma pening sikit nak belajar bab WordPress ni, sebab ianya tak guna "HTML Coding", tapi guna PHP.
Dan MF sendiri tak berapa pakar bab PHP ni walaupun pernah belajar satu ketika dulu masa kat zaman universiti.
Dan sebenarnya tapak sesebuah blog dan website ni banyak, bukan blogspot dan wordpress je... tapi banyak, antaranya:
Drupal
Joomla
ExpressionEngine
Textpattern
Radiant CMS
Cushy CMS
SilverStripe
Alfresco
TYPOlight
Kalau korang rajin, explore lah satu-satu... Semuanya ada info dan seni tersendiri lah.. Kena study... itu yang penting.
Tapi senangnya WordPress dan Blogspot sebab free kan... Blogspot la mudah dan senang sebab free je.. nak setup pun senang... Tapak disediakan dah... Wordpress ni pun free, tapi yang free tak banyak fungsi dia berbanding yang bayar. WordPress ni kalau nak mantap memang orang beli dan bayar bulanan atau tahunan
MF pernah berkira-kira nak beli tau domain di wordpress, nak tukar dari blogspot ke wordpress... tapi merasakan nak maintain tu.. fuhh... macam penat je.. pastu dengar plak kalau hilang apa ntah... tak sempat back up.. jenuh hilang semua... jadi, kurang ilmu kan.. jadi takut... tapi tak salah sebenarnya nak cuba, tapi bukan blog yang ni la kalau MF nak try pun...
Apa pun, MF cuba kongsikan kelebihan wordpress...
8 Kelebihan WordPress yang patut anda tahu
1. SEO Friendly
WordPress terkenal dengan fungsi SEO yang bagus dan pantas. Dengan sokongan Plugin All In One Seo Pack, blog akan lebih power berbanding platform lain. Dengan tambahan sokongan Tag, enjin carian lebih mudah untuk mengindeks kandungan blog. Boleh buat halaman sitemap secara keseluruhan (termasuk arkib dan halaman statik) dan boleh membuat pilihan semasa menetapkan tetapan untuk egen pencarian mengindeks blog. Ditambah dengan bantuan plugin tertentu dapati blog anda mudah mesra SEO
Plugin All In One Seo Pack amat membantu blogger wordpress mendapat carian mudah engine carian.
Kalau blogspot, kena gigih la cari template dan setup itu ini untuk jadikan SEO Friendly
2. Perbagai Plugin Menarik Boleh Dipasang Di WordPress
NI memang kelebihan WordPress, Blogspot tiada boleh pasang plugin seperti wordpress. Terdapat pelbagai plugin menarik untuk wordpress.
Antara yang popular All in one seo pack, Nextgen Gallery, Google sitemaps, dan banyak lagi. Kini wordpress.org mempunyai 14,872 plugins yang boleh dapat secara percuma.
3. Pages dan widget lebih menarik di wordpress
Dengan mempunyai link yang agak mudah dan senang diingati contoh (http://mariafirdz.com/about). Berbeza pula di Blogspot, dengan menggunakan link yang agak sukar untuk diingati dan mempunyai permalink yang agak kurang user-friendly contoh (http://domain.blogspot.com/p/about.html).
Selain itu, WordPress dapat mencipta menu dengan mudah, dan boleh membuat drop-down navigation menu untuk setiap link atau kategori.
4. Wordpress mempunyai kategori atau label lengkap
Kategori wordpress akan di link dengan url post blog, Misalnya www.bloganda.com/kategori/tajukpost/
Tajuk post begini hanya terdapat pada blog wordpress. Ini permanent link yang mesra seo berbanding permanent link post blogspot yang kurang mesra search engine. Contoh link blogspot ialah http://teratakdbendang.blogspot.com/2011/06/panduan-kandungan-google-friendly.html, Tiada kategori di masuk dalam link blogspot, sebaliknya di ganti dengan angka tahun 2011/6. Ini tak mesra seo
5. Wordpress mempunyai themes yang menarik dan mesra seo
Walaupun blogspot mengeluarkan design baru dalam themesnya namun ia agak terbatas, berbanding beribu-ribu themes menarik wordpress. Banyak themes boleh dapat secara percuma themes. Ini menunjukan support untuk wordpress memang hebat
Yang ni, blogspot dan makin maju juga la... Tapi masih tak dapat lawan themes di WordPress yang cantik dan kemas dan paling penting mesra SEO. huhu...
6. Multi site dan sokongan CMS
WordPress dianggap salah satu platform blogging yang terbaik untuk membuat sebuah blog yang mempunyai multi-author dan CMS (Content Management System). Dengan hanya memasang beberapa plugin, boleh menukar blog kepada CMS. Seperti yang dikatakan diatas, dengan sokongan plugin yang meluas, boleh menjadikan WordPress bukan sahaja blog, malah laman web yang mengikut cara kita sendiri
7. Jadi Bos dengan kawalan 100% jika pasang wordpress pada domain sendiri
Pengguna WordPress akan nikmati 100% kebebasan jika pasang wordpress pada domain sendiri. Malah paling penting boleh jana pendapatan dari blog. Walaupun mahal, tapi berbaloi lah kata orang kan.
8. Boleh pasang kedai online serentak dengan blog jika guna wordpress
Ini mudahnya WordPress, berblog dan menjual serentak. Tak payah buat 3 4 blog kan. Caranya ialah aktiviti blogging boleh di buat dalam bahagian POST, manakala kedai online di buat pada PAGES. Wordpress mempunyai kelebihan istimewa ini berbanding blogspot kerana dapat memasang Plugin eshop for wordpress yang di reka khusus untuk blog wordpress
Bagi yang buat bisnes memang MF suggest guna WordPress. Sebab mudah! Senang kerja. Kalau bab SEO pun memang takde masalah.
Bahkan kalau rasa macam tak reti nak setup SEO ke kan... Boleh minta bantuan pakar... Antaranya kalau di website tempatan ni, Gogetspace Digital Marketing Malaysia. Sebab diorang ni pakar lah bab Local SEO tempatan. Faham rentak SEO website kat Malaysia ni macam mana kan.
Pakar SEO WordPress ni banyak, tapi better ambil yang local sebab senang... diorang faham trend website kat Malaysia macam mana kan.
Eh, kenapa perlukan Pakar SEO?
Sebab nakkan bisnes yang rancak dan masyuk dengan WordPress memang patut guna servis pakar. Supaya tak buang masa, duit yang banyak untuk bayar iklan dan sebagainya.
Pakar SEO dia tau macam mana nak upkan bisnes atau website korang ke tempat tertinggi di Search Engines.
Teringin nak guna wordpress
MF sendiri pernah nak rasa guna WordPress dan insha Allah, akan cuba juga guna satu hari nanti... Sebab nak rasa sendiri perbezaaanya...
Dan walaupun zaman sekarang zaman Youtube dan video tapi blog masih releven. Orang masih mencari di Google dan Search Engine... dan kerana itu sangat penting kita buat pilihan untuk majukan blog atau website yang mudah dan mesra SEO.
Sekian, semoga bermanfaat
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mariafirdz.com/2020/02/local-seo-for-wordpress-websites.html