Lirik Lagu Safiyyah Darwish Feat Fareast Ustaz Pahrol Tulis Lirik


Lirik Lagu Safiyyah - Darwish feat Fareast | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Siapa yang dah tengok MV lagu Safiyyah oleh Darwish feat Fareast di Youtube?! Kita gengg hehe. First day lagu Safiyyah ni di-release, saya dah tengok dah. And my 'first impression' was like "okay, not bad". Maybe time tu saya tak hayati pun lagu tu. Tengok pun sekerat jalan hahahaha. Excited nak tengok pun haritu sebab ada Ardell Aryana yang manis, cantik berhijab (one of my idol! hehe).

Then, petang tadi saya buka balik Youtube. Tengok semula MV sambil menghayati lirik lagu Safiyyah yang ditulis oleh Ustaz Pahrol Md. Juoi (one of my favorite penceramah).. perghh.. aura tu lain macam bak hang!
lagu safiyyah darwish feat fareastLebih lebih lagi lepas baca kisah pendek Safiyyah di ruangan komen MV Safiyyah ni:


Safiyyah merupakan seorang wanita yang tabah dan cekal dalam menghadapi setiap dugaan, termasuklah kehilangan saudara kandungnya; Hamzah bin Abdul Mutalib dalam Perang Uhud.
Ketika Rasulullah s.a.w melihat Safiyyah mendekati jasad Hamzah, Baginda pun menyuruh az-Zubair untuk memintas ibunya dari tempat itu.
Namun, Safiyyah menjawab dengan sabar;“Mengapa aku tidak boleh melihatnya. Aku telah mendengar saudaraku dibunuh secara sadis dan itu di jalan Allah…”
Lalu, Rasulullah s.a.w pun mengizinkan Safiyyah untuk melihat keadaan jasad Hamzah bin Abdul Mutalib.

---------------------

Selepas tahu siapa itu Safiyyah, saya ulang balik dengar lagu tersebut. Tengok MV sambil menghayati lirik.. subhanallah!

Dengan suara Darwish dan Fareast yang bergema dengan penuh penghayatan.. rasa sebak tu sampai ke dalam hati. Hingga menitis air mata den huhuuu.lagu safiyyah darwish feat fareastSebelum ni industri nasyid Malaysia sudah tertulis lirik dan lagu yang menceritakan tentang wanita-wanita srikandi, mujahadah yang terkenal dengan peribadi mereka yang hebat.

Lagu Sumayyah - Hijjaz, Zinnirah, Rabiatul Adawiyah, Balqis, Ainul Mardhiah, Aisya Humaira - UNIC, Halimatus Saadiah, Siti Khadijah, Ratu Syahadah (Asiah) - INTEAM, Zahra (Fatimah Az-Zahra) - Far East, Sesuci Hati Masyitah - Saff One, Sesuci Maryam - Nice, Demi Cinta Zainab - Mestica, Pesona Zulaikha - Suhaimi.

Kini.. lagu terbaru memperkenalkan seorang lagi wanita hebat. Safiyyah...lagu safiyyah darwish feat fareast

(Official Music Video) Lagu Safiyyah - Darwish feat Fareast


Lirik Lagu Safiyyah - Darwish feat Fareastlirik lagu safiyyah darwish feat fareastDi Uhud itu kau laksana singa yang garangMenerjah berani ke medan perangKau bukti mujahidah nan wajaBerjuang demi Allah dan RasulNya
Kelibat pedang mu sungguh menggerunkanMenyambar bagaikan kilat yang memancar Kemenangan musuh kau calarkanKau wanita pertama membunuh kesyirikan
Walau di hati mu ada gundahTapi kau sembunyikan dengan tabah Melihat jasad Hamzah yang dirobekkan Kau relakan segunung kesedihan Demi tersebarnya lautan keimanan 
Oh SafiyyahKeayuan mu pada ketabahanKeindahan mu pada keberanian Kaulah lambang mujahidahberkalung pedang!
lagu safiyyah darwish feat fareastOh SafiyyahKaulah citra mujahidah sejatiGerak hati mu umpama angin Buat teman kau menjadi bayu yang membelai Buat musuh kau menjadi badai yang menghancurkan

SAFIYYAH BY DARWISH FEAT FAREASTComposer: FrizdanLyricist: Ustaz Pahrol Md Juoi@2019 FMC Music Sdn Bhd



Siapakah Safiyyah dalam hidup Rasulullah S.A.W?
Saya ada baca di Google siapakah gerangan Safiyah dan peribadi beliau. Saya letak di bawah ni ye. Kalau ada yang salah, betulkan ye.
Siapakah Safiyyah? Apakah kisah Safiyyah?SAFIYAH binti Abdul Mutalib adalah ibu saudara Nabi Muhammad. Ayahnya, Abdul Mutalib bin Hasyim adalah pemimpin kaum Quraisy yang disegani. Dia adalah adik kandung kepada Hamzah bin Abdul Mutalib yang digelar ‘Singa Allah’ dan digeruni oleh pihak musuh Islam.
Safiyah melibatkan diri dalam perang mengikut batasan-batasan yang dibenarkan oleh Islam. Dalam Perang Uhud, Safiyah dan wanita Muslimah membantu tentera Islam yang berperang dengan memberikan air minuman dan merawat mereka yang luka.
Pada awalnya, tentera Islam meriah kemenangan. Namun kemudian mereka ingkar perintah Nabi lalu turun dari Bukit Uhud bagi mendapatkan harta rampasan perang. Apabila pihak musuh melihat hanya tinggal seorang dua tentera Islam yang mengawal Bukit Uhud, mereka berpatah balik menyerang tentera Islam semula.
Akibatnya, tentera Islam mengalami kekalahan mengejut sehingga ramai tentera Islam lari menyelamatkan diri daripada dibunuh pihak musuh.
“Mengapa kamu semua lari dari medan perang dan meninggalkan Rasulullah seorang diri,” jerit Safiyah dengan mengangkat tombak di tangan. Beliau mengarah kepada tentera Islam yang melarikan diri.
Namun, tiada seorang tentera Islam yang mempedulikan jeritan Safiyah dan terus lari meninggalkan medan peperangan. Hanya beberapa pahlawan Islam bergadai nyawa menyelamatkan Nabi daripada kepungan tentera pihak musuh. Hamzah terbunuh dalam perang ini dan berita kematiannya sampai ke telinga Safiyah.
“Suruh ibu kamu pulang ke rumah supaya dia tidak sedih dan terkejut melihat keadaan mayat ayah saudara kamu yang diperlakukan dengan kejam,” kata Nabi kepada Zubir apabila mengetahui Safiyah sedang menuju ke tempat jasad tentera-tentera Islam yang dikumpulkan untuk dikebumikan.
“Nabi meminta ibu pulang ke rumah.” Zubir menyampaikan pesanan nabi apabila bertemu dengan ibunya.
“Ibu sudah mengetahui tentang keadaan mayat ayah saudara kamu. Insya-Allah, ibu dapat bersabar dan tabah melihat mayatnya sebelum dia dikebumikan,” balas Safiyah dengan nada tenang.
lagu safiyyah darwish feat fareastSifat kepahlawanan Safiyah terserlah dalam perang Khandak. Apabila Nabi dan angkatan tentera Islam keluar dari kota Madinah bagi menentang pihak musuh, kaum wanita dan kanak-kanak ditempatkan di dalam satu rumah sebagai benteng pertahanan. Hasan bin Thabit, penyair pada zaman itu ditugaskan bagi melindungi rumah itu daripada bahaya.
“Saya mahu pergi mengintip rumah yang menjadi benteng pertahanan pihak Islam. Seandainya tidak ada kaum lelaki di dalam rumah itu, kita dapat serang dan menangkap semua kaum wanita dan kanak-kanak bagi dijadikan tebusan. Sudah tentu tentera Islam yang berjuang di luar itu mengaku kalah,” kata ketua kaum Yahudi keturunan Quraizah kepada pengikutnya.
“Kami akan menunggu di bawah benteng ini dan menunggu arahan tuan,” balas pengikutnya yang bersetuju dengan cadangan ketua mereka.
“Saya melihat ada seorang Yahudi yang sedang mundar-mandir rumah kita. Saya bimbang sekiranya dia perisik kepada orang Yahudi berketurunan Quraizah,” komen Safiyah kepada Hasan yang masih duduk mendiamkan diri.
“Saya minta kamu keluar dari rumah ini dan bunuh Yahudi itu sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada kita semua,” pinta Safiyah kepada Hasan yang belum menunjukkan apa-apa reaksi.

“Kamu sahajalah keluar dan bunuh Yahudi itu,” balas Hasan dengan muka bersahaja.
“Kamu lupa saya ini adalah seorang wanita.” Safiyah mengingatkan statusnya kepada Hasan apabila mendengar kata-kata Hasan itu.
“Safiyah, saya hanya penyair dan bukannya pahlawan. Seandainya saya pahlawan, sudah tentu saya mengikuti Nabi ke medan peperangan,” Hasan mendedahkan perkara sebenar tentang dirinya.

“Sekiranya begitu, biar saya mencari jalan lain bagi menghapuskan Yahudi itu.” Safiyah kecewa dengan jawapan Hasan itu.
Dia mencari sebatang kayu yang paling keras dan keluar dari rumah itu dengan penuh berhati-hati. Safiyah berjalan perlahan-lahan mencari orang Yahudi yang mengelilingi rumah itu.
Apabila dia berjaya menemuinya, dia memukul kepala Yahudi itu dengan kuat sehingga Yahudi itu rebah menyembah bumi.
“Saya sudah bejaya membunuh Yahudi itu. Sekarang, kamu pergi ambil barang-barang yang ada pada mayat Yahudi itu,” kata Safiyah kepada Hasan.
“Mengapa kamu tidak mengambil barang-barangnya selepas kamu membunuhnya tadi?” tanya Hasan dengan pantas.
“Tidak manis sekiranya saya mengambil barang-barang daripada badan seorang lelaki,” balas Safiyah dengan nada sindiran.
“Saya tidak memerlukan barang-barang Yahudi itu. Kamu sahajalah ambil barang-barangnya,” Hasan menolak permintaan Safiyah itu.
Safiyah yang kecewa dengan kata-kata Hssan, keluar sekali lagi dari rumah itu. Dia menghampiri mayat Yahudi itu. Dia mencampakkan Yahudi itu ke bawah benteng itu.
“Lebih baik kita beredar dari sini. Saya rasa Rasulullah sudah menempatkan beberapa pahlawan Islam bagi melindungi kaum wanita dan kanak-kanak di rumah itu,” lapor salah seorang Yahudi Bani Quraizah.
“Lihat buktinya sekarang!” kata salah seorang pengikut mereka apabila melihat mayat ketua mereka di bawah benteng.
“Mungkin benar kata kamu. Lebih baik kita melarikan diri sebelum kita menjadi mangsa pahlawan Islam,” ajak seorang lagi pengikut kaum Yahudi yang mula melarikan diri.
Safiyah adalah wanita Islam pertama yang berjaya membunuh musuh Islam. Dia tidak gentar walaupun tiada seorang lelaki pun yang membantunya semasa menghadapi Yahudi itu.lagu safiyyah darwish feat fareast
Best kan lagu Safiyyah ni? Hebat kan kisah Serikandi Safiyyah? Allahuakbar..


"Aku ingin menjadi seorang wanita yang berani seperti.. Safiyyah"
Till next time! Daa~ wassalam! :)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sayidahnapisah.com/2019/05/lirik-lagu-safiyyah-darwish-feat-fareast.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lirik Lagu 5 00 Minit Nyayian Ramlah Ram Ft Caprice Dem Lepak Boyz

Lirik Lagu 5 00 Minit Nyayian Ramlah Ram Ft Caprice Dem Lepak Boyz

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 416 hits
Fuff Dalam kakak tengah putar putar lagu sambil buat kerja Youtube dengan tah mana hala terpasang lagu 5 00 Minit dari Ramlah Ram Kalau sebelum ni memang kakak layan sungguh lah lagu Sesaat Kau Datang tu sebab muzik dan lirik dia memang BES...
Fitur Lirik Lagu Bakal Dirilis Instagram Saingi Tiktok

Fitur Lirik Lagu Bakal Dirilis Instagram Saingi Tiktok

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 294 hits
Fitur ini pertama kali ditemukan oleh pengguna instagram Jane Manchun Wong Wong kemudian memperlihatkan temuannya itu di Twitternya
Lirik Lagu Rise And Fall Sarah Suhairi An Inspiring Song

Lirik Lagu Rise And Fall Sarah Suhairi An Inspiring Song

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 750 hits
Lirik Lagu Rise And Fall Sarah Suhairi Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Sarah Suhairi is one of my fav singer Peribadi baik menutup aurat tak terlalu banyak gosip suara merdu Lagu single beliau yang paling paling saya suka adalah...
Lirik Lagu Cukuplah Boneka Rafia Ft Cat Farish

Lirik Lagu Cukuplah Boneka Rafia Ft Cat Farish

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 552 hits
Lirik Lagu Cukuplah Boneka Rafia ft Cat Farish merupakan lirik lagu terbaru yang disenaraikan di dalam website ini untuk Boneka Rafia ft Cat Farish Berikut merupakan rangkap awal untuk lirik lagu ini Kau kata kau cintakan ku Kau kata yang k...
Ost Drama Curi Curi Cinta Lirik Lagu Terlalu Memuja Wany Hasrita

Ost Drama Curi Curi Cinta Lirik Lagu Terlalu Memuja Wany Hasrita

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 1066 hits
OST DRAMA CURI CURI CINTA Lirik Lagu Terlalu Memuja Wany Hasritaberulang suara hatiberbicara tentang diasenyuman pun canda bahagiakini sepi dalam memori semalamhanya aku yang tahuhanya aku yang menanggungsegala erti pengorbananku tempuhi da...
Lirik Lagu Akankah Kau Setia Dcotz Band

Lirik Lagu Akankah Kau Setia Dcotz Band

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 465 hits
Lirik Lagu Akankah Kau Setia Dcotz Band Bila nanti aku pergi Akankah kau setia Menantiku menunggu ku Ikhlaskan aku pergi Demi cita cita ku Aku harap kau mengerti Takkan ada yang gantikan Dirimu dihatiku Kerna engkau yang terindah Jangan men...
Lirik Lagu Tersiksa Putera Band

Lirik Lagu Tersiksa Putera Band

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 523 hits
Lirik Lagu Tersiksa Putera Band Angin membawa rasaku Rasa yang tak sanggup ku menanggung Tersiksa ku menahan Terluka kerana kamu Menangis terluka ku kerna mu Mudahnya kau membuang perasaan Dan meninggal cinta yang kita bina Walau ku setia A...
Lirik Lagu Sesungguhnya2019 Alif Satar Raihan Versi Baru Sesungguhnya

Lirik Lagu Sesungguhnya2019 Alif Satar Raihan Versi Baru Sesungguhnya

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 2140 hits
Lirik Lagu Sesungguhnya2019 Alif Satar Raihan Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Yezzahh Raihan buat comeback bersama Alif Satar First thing first yang saya fikir bila tengok tajuk lagu Seseungguhnya2019 Alif Satar Raihan was eh ni...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization