Lintasan Pejalan Kaki Fries Mcdonald S Yang Ikonik Di Ibu Kota Kuala Lumpur


 hai assalammualaikum
Lintasan Pejalan Kaki 'Fries' McDonald's Yang Ikonik Di Ibu Kota Kuala Lumpur - McDonald's merupakan pilihan ramai untuk makan sambil lepak santai bersama kawan-kawan atau keluarga. Sekarang, McDonald's bukan sahaja untuk duduk santai dan makan, malah boleh meraikan harijadi dan pelbagai majlis. Bila pergi McDonald's wajib pesan set yang ada sekali kentang goreng atau 'Fries". Kentang goreng ni boleh makan di mana-mana atau tuang dalam dulang, lepas tu makan ramai-ramai dengan keluarga atau kawan-kawan. 'Fries' ni la kegemaran anak-anak nad sekarang. 
Ada banyak cara makan kentang goreng ni kan, ada makan begitu sahaja, ada makan dengan sos, ada juga makan dengan aiskrim. Disebabkan kentang goreng ni, McDonald’s Malaysia melakar sejarah ibu kota Kuala Lumpur dengan menjadikan ilustrasi kentang gorengnya - “McDonald’s French Fries” - yang terkenal di seluruh dunia sebagai lintasan pejalan kaki di hadapan McDonald's Bukit Bintang


Bukit Bintang Kuala Lumpur menjadi tumpuan orang ramai, tidak kira pengunjung tempatan dan luar negara. Pengunjung lebih gemar berjalan kaki dan menggunakan lintasan pejalan kaki menuju Pavilion, Lot 10, McDonald's Bukit Bintang untuk memudahkan perjalanan. Kebanyakan pengunjung ni suka bergambar dan lintasan pejalan kaki 'Fries' McDonald's berhadapan McDonald's Bukit Bintang ini akan menjadi lokasi ikonik baru untuk pengguna-pengguna bergambar di situ. 


Lintasan Pejalan Kaki 'Fries' McDonald's Yang Ikonik Di Ibu Kota Kuala Lumpur
Lintasan pejalan kaki 'Fries' McDonald's ini bertujuan untuk mencetus keterujaan di kalangan rakyat Malaysia dan menjadi destinasi wajib dilawati buat pengunjung tempatan dan luar negara


Nad sendiri tak lepas peluang untuk ambil gambar dan video dekat lintasan pejalan kaki 'Fries' McDonald's ni cantik ya! Rugi kalau tak ambil. Menarik bila tengok, ada gambar kentang goreng dan depan tu McDonald's. Bukan satu dua gambar nad ambil, lebih dari 10 ya..hehehe. Biasalah , nak ambil angle yang cantik di tengah bandaraya Kuala Lumpur dengan ilustrasi kentang goreng ni


Kalau korang kreatif, ikut la nak posing macam mana, kedudukan kamera, asalkan ada nampak kentang goreng tu, hehee. Pemandangan mesti lawa. Lepas tu up dekat media sosial, mesti ramai nampak dan nak juga ke sini

Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s ini akan membawa terus ke dalam restoran pertama McDonald’s di Malaysia itu yang dibuka 40 tahun lalu pada tahun 1982. Ya, McDonald's Bukit Bintang merupakan McDonald's pertama dibuka di Malaysia



Lepas ambil gambar, dah penat boleh berjalan menuju ke McDonald's menikmati hidangannya

Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan serta YBhg. Dato’ Azmir Jaafar Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, di McDonald’s Bukit Bintang


“Kami berharap penukaran lintasan pejalan kaki Bukit Bintang kepada Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s ini akan membantu memperkukuhkan kedudukan Kuala Lumpur sebagai lokasi wajib dilawati oleh pelancong tempatan dan luar negara. Melalui inisiatif ini kami sangat berbesar hati dapat menyokong rancangan kerajaan untuk menjadikan Kuala Lumpur bandar raya yang makmur menjelang 2030,” kata YBhg. Dato’ Azmir Jaafar Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia

Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s seiring dengan inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan dalam menggalakkan pembangunan lestari bandar raya ini melibatkan aspek fizikal, sosial, ekonomi dan alam sekitar yang akan menjadikan Kuala Lumpur lebih makmur menjelang 2030


“Kami telah meningkat maju bersama-sama rakyat Malaysia sejak 40 tahun lalu dan menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi Kuala Lumpur dan Malaysia secara keseluruhan. Di samping menghidangkan detik-detik kegembiraan, kami juga menganjurkan program komuniti dengan kerjasama Ronald McDonald House Charities (RMHC) sebagai salah satu cara untuk membantu komuniti-komuniti di mana kami berada,” tambah Azmir

“Kami bersyukur dan amat berbesar hati dengan inisiatif McDonald’s Malaysia yang tampil ke hadapan dan bekerjasama dengan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), bagi menambah nilai lintasan pejalan kaki Bukit Bintang dengan kreativiti dan menjadikannya simbol ikonik bandar raya – Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s,” kata YB Dato’ Seri Shahidan Bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan


 “Selain dari itu, Kementerian dan Dewan Bandar Raya juga percaya ia akan memacu perkembangan ekonomi Kuala Lumpur. Inisiatif McDonald’s ini juga merupakan sebahagian daripada pelan pembangunan fizikal dalam wawasan kerajaan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya yang makmur menjelang 2030,” tambah Shahidan

McDonald’s terus komited dalam menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara seperti yang telah diumumkan dalam 5 tahun perancangan pengembangan perniagaan mereka awal bulan ini. Sebagai sebahagian daripada Wawasan 2026 mereka, McDonald’s Malaysia akan melabur sebanyak RM1.35 bilion sepanjang 5 tahun akan datang untuk membuka 205 restoran baharu termasuk memberi peluang kerjaya kepada lebih daripada 50,000 rakyat Malaysia menjelang tahun 2026

Pada April 1982, McDonald’s membuka restoran pertamanya di Malaysia di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan sejak itu telah berkembang ke serata Malaysia. Setelah 40 tahun berada di Malaysia, McDonald’s kini mempunyai 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih daripada 300 restorannya di serata negara. McDonald’s menggaji lebih daripada 15,000 rakyat Malaysia di restoran-restorannya di seluruh negara yang memberikan peluang kerjaya, latihan serta pembangunan

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang McDonald’s Malaysia, sila lawati laman web rasmi di https://www.mcdonalds.com.my/ 


Jangan lupa guys, bila datang ke Bukit Bintang, nampak lintasan pejalan kaki 'Fries' McDonalds ni, ambil beberapa gambar , video dan lalu di pejalan kaki 'Fries' ni


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2022/03/lintasan-pejalan-kaki-fries-mcdonalds.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gerai Nasi Kukus Sedap Dan Murah Di Dang Wangi Kuala Lumpur

Gerai Nasi Kukus Sedap Dan Murah Di Dang Wangi Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 333 hits
Seakan tiba tiba sahaja muncul di Kuala Lumpur gerai makanan nasi kukus ni semakin menjadi bualan ramai warga kota Kuala Lumpur Kami sendiri banyak kali melalui kawasan Jalan Dang Wangi namun tidak langsung perasan gerai kecil ini Namun kal...
Santapan Warisan Ramadhan Buffet Dinner 2022 Di Corus Hotel Kuala Lumpur

Santapan Warisan Ramadhan Buffet Dinner 2022 Di Corus Hotel Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 277 hits
Beberapa hari lagi kita akan Menyambut bulan Ramadan Seri Wangi sangat rindu kan waktu waktu bulan Ramadan pastinya anda terbayang kan Bazar Ramadan rindu kan masakan dan makanan ketika berbuka puasa lebih lebih lagi bila kita dapat berkump...
Kalau Nak Tiru S Pore Baiki Dulu Jalan Di Kuala Lumpur

Kalau Nak Tiru S Pore Baiki Dulu Jalan Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 182 hits
Kerajaan bercadang mengenakan caj kesesakan bagi kenderaan yang memasuki KL BN menang rakyat senang Nikmat apa lagi yang kau dustakan Wee mengatakan yang banyak bandar besar lain sudah mengenakan caj ini Itu aku tak nafi Tapi kerajaan ni ba...
Fenomena Tanpa Bayang Di Kuala Lumpur Dan Putrajaya

Fenomena Tanpa Bayang Di Kuala Lumpur Dan Putrajaya

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 174 hits
Fenomena tanpa bayang di Kuala Lumpur dan Putrajaya Fenomena tengah hari tanpa bayang dijangka berlaku di Malaysia melibatkan kawasan seperti Kota Tinggi Kuala Lumpur Putrajaya dan Kuala Terengganu pada tarikh yang berbeza bermula 25 Mac na...
Iftar Bersama Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur Selera Nostalgia Mal Indo

Iftar Bersama Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur Selera Nostalgia Mal Indo

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 525 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Manjakan deria korang dengan keseronokan gastronomi kerana masakan di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur mempersembahkan jamuan y...
Pemerintah Akan Percepat Proses Operasional Otorita Ibu Kota Nusantara

Pemerintah Akan Percepat Proses Operasional Otorita Ibu Kota Nusantara

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 119 hits
Bappenas akan terus mengawal berbagai pembahasan dan penyelesaian draft aturan turunan UU IKN Perpres tentang Otorita IKN Perpres tentang Rencana Induk IKN Peraturan Pemerintah tentang Pendanaan dan Keppres tentang pengalihan fungsi DKI Jak...
Tiga Pemimpin Eropa Nekat Kunjungi Ibu Kota Ukraina Di Tengah Gempuran Rusia

Tiga Pemimpin Eropa Nekat Kunjungi Ibu Kota Ukraina Di Tengah Gempuran Rusia

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 145 hits
Tiga pemimpin Eropa menunjukkan dukungannya untuk Ukraina pada Selasa dengan mengunjungi ibu kota Kiev yang terkepung ketika gempuran Rusia terus berlangsung di kota itu
Dua Orang Ukraina Tewas Dalam Serangan Udara Rusia Di Ibu Kota Kiev

Dua Orang Ukraina Tewas Dalam Serangan Udara Rusia Di Ibu Kota Kiev

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 152 hits
Invasi Rusia di Ukraina masih berlangsung Setelah menggempur kota pelabuhan Mariupol Rusia dilaporkan melakukan serangan udara di ibu kota Kiev
Ahy Alasan Tunda Pemilu Karena Mahal Tidak Masuk Akal Mengapa Bangun Ibu Kota Baru

Ahy Alasan Tunda Pemilu Karena Mahal Tidak Masuk Akal Mengapa Bangun Ibu Kota Baru

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 190 hits
Dia pun bertanya lantas apa bedanya dengan pembangunan yang tetiba muncul dan malah mendorong untuk mengubah konstitusi yang notabene merupakan amanah reformasi
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco