Linda Nanuwil Masuk Gv7 Demi Peminat







Bagi peminat setia program realiti Akademi Fantasia (AF), tentunya nama salah seorang bekas peserta iaitu Linda Nanuwil tidak asing lagi.

Pernah menghangatkan bidang nyanyian tanah air dengan lagu Jika Kau Kekasih, pemenang tempat kedua AF musim kedua itu kini mengubat kerinduan peminatnya, menerusi kemunculan di program Gegar Vaganza 7 (GV7) pula.

Lapan tahun menyepi, Linda atau nama sebenarnya Norlinda Nanuwil kini bersiap sedia secara mental dan fizikal untuk mengorak langkah sebagai peserta dalam program yang mencetuskan fenomena itu.

"Sebenarnya, saya dah buat kemunculan semula pada 2018 selepas lapan tahun menyepi. Tapi, ramai yang tak tahu saya masih lagi aktif menyanyi di Sabah.

"Selepas muncul semula, saya sendiri bersyukur kerana masih ada lagi peminat yang setia menantikan kemunculan ini. Merekalah yang menyarankan saya untuk mencuba nasib menyertai GV," katanya.

Pernah berada dalam program realiti TV, Linda tidak menolak tekanan besar yang bakal dihadapinya.

"Saya pernah sertai AF dan tahu bagaimana tekanan berada dalam sesuatu pertandingan berskala besar. Jadi, banyak kali juga saya fikir sama ada patut sertai GV7 atau tidak.

"Tanpa dijangka, peluang itu datang depan mata dan saya kuatkan hati untuk menerimanya dan menjadi salah seorang peserta dalam GV7," katanya.

Selaku bekas peserta AF pertama diberi peluang untuk menyertai GV, diakui juga satu kebanggaan buat Linda. Tambahnya, dia berharap ini menjadi pembuka tirai buat rakan-rakannya yang lain.

"Sebelum ini, tak ada lagi bekas peserta AF yang diberi peluang untuk menyertai GV. Mungkin, selepas ini Astro akan membuka pintu atau jalan buat bekas peserta AF lain.

"Jadi, diharapkan supaya pembabitan saya dalam GV7 ini menjadi titik permulaan untuk rezeki buat mereka (rakan lain) bina kerjaya seni semula," katanya.

Bercerita mengenai industri seni, anak kelahiran Ranau, Sabah itu juga tidak menolak mengenai media sosial dan sikap warganet masa kini yang nyata berbeza dengan zaman ketika awal kemunculannya dahulu.

"Kalau dulu, warganet tidak seperti apa yang kita lihat hari ini. Saya sendiri pun baharu saja membuka akaun Instagram pada 2018. Kadang-kadang saya aktif dan ada masa tak aktif.

"Tapi, sekarang disebabkan sudah menyertai GV7, saya sedar media sosial menjadi platform yang penting untuk berinteraksi dengan peminat dan saya harus akur dengan hakikat itu," katanya.

Sudah sedia hadap warganet

Ditanya mengenai persiapannya untuk berdepan dengan warganet, Linda berkata, dia akan memberi tumpuan kepada komen positif dan membina sahaja.

"Saya akan beri tumpuan kepada komen positif yang membina kerana kritikan negatif akan memakan diri. Kalau ada pun, saya takkan endah.

"Sebab itulah saya beritahu, harus kuatkan mental dan fizikal diri kerana cabarannya berbeza berbanding sebelum ini," katanya.

Linda juga berharap supaya GV7 menjadi platform untuknya menimba pelbagai ilmu baharu daripada mereka yang lebih berpengalaman. "Dalam senarai peserta, rasanya saya adalah antara artis yang paling baharu dari segi pengalaman berbanding barisan peserta lain.

"Jadi, saya akan gunakan peluang dan platform yang ada ini untuk bertanding dan pada masa sama belajar ilmu baharu daripada mereka yang lebih 'otai' dan berpengalaman," katanya.

GV7 akan disiarkan secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Astro Ria dan Astro Ria HD mulai 11 Oktober ini, jam 9 malam.

Terbaharu, Linda kini tampil dengan lagu baharu berjudul Ikhlaskan Hatimu hasil ciptaan komposer Ajai manakala liriknya ditulis oleh Lukman S.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2020/09/linda-nanuwil-masuk-gv7-demi-peminat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perasaannya Macam Mula Mula Nak Jadi Artis Dulu Rasa Teruja Linda Nanuwil Sertai Gv7

Perasaannya Macam Mula Mula Nak Jadi Artis Dulu Rasa Teruja Linda Nanuwil Sertai Gv7

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 926 hits
Naib juara program realiti Akademi Fantasia musim ke 2 iaitu Linda Nanuwil muncul kembali mewarnai industri seni setelah lebih 10 tahun menghilangkan diri source
Demi Melihat Anak Berjaya Ibu Redah Perjalanan 50km Tunggang Motor Untuk Daftar Anak Masuk Ke Universiti

Demi Melihat Anak Berjaya Ibu Redah Perjalanan 50km Tunggang Motor Untuk Daftar Anak Masuk Ke Universiti

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 381 hits
145 total views 145 views today Kasih ibu membawa ke syurga Kerana mahukan yang terbaik untuk anaknya seorang ibu berusia 53 tahun sanggup meredah perjalanan sejauh kira kira 50 kilometer menaiki motosikal untuk mendaftarkan anaknya ke univ...
Hiburan Sepuluh Tahun Menghilang Penyanyi Linda Nanuwil Teruja Nak Kembali Ke Dunia Seni

Hiburan Sepuluh Tahun Menghilang Penyanyi Linda Nanuwil Teruja Nak Kembali Ke Dunia Seni

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 688 hits
Setelah hampir sepuluh tahun menghilangkan diri naib juara program realiti TV Akademi Fantasia musim ke 2 Linda Nanuwil muncul kembali mewarnai dunia seni tempatan Masih cantik seperti dulu Linda atau nama sebenarnya Norlinda Nanuwil 36 ber...
Linda Nanuwil Nafi Pernah Kahwin Vip Saya Masih Jomblo

Linda Nanuwil Nafi Pernah Kahwin Vip Saya Masih Jomblo

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 641 hits
Masih jomblo dan saya okay saja dengan kehidupan sekarang demikian jawab penyanyi yang juga bekas bintang Akademi Fantasia musim kedua Linda Nanuwil secara ringkas yang menafikan dakwaan pernah berkahwin dengan seorang VIP sebelum ini sourc...
Hiburan Saya Masih Jomblo Linda Nanuwil Nafi Pernah Berkahwin Dengan Vip

Hiburan Saya Masih Jomblo Linda Nanuwil Nafi Pernah Berkahwin Dengan Vip

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 574 hits
Menafikan dakwaan pernah berkahwin dengan seorang VIP sebelum ini penyanyi yang juga bekas bintang Akademi Fantasia musim kedua Linda Nanuwil tampil mendedahkan perkara itu kepada umum Menurutnya dakwaan tersebut timbul selepas dirinya tiba...
Sadis Demi Uang Asuransi Suami Di China Dorong Istri Yang Tengah Hamil Ke Jurang

Sadis Demi Uang Asuransi Suami Di China Dorong Istri Yang Tengah Hamil Ke Jurang

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 305 hits
Hidup dan mati seseorang adalah misteri Ilahi Semua orang pasti mati namun kapan waktunya hanya Gusti Allah yang tahu Begitulah yang kisah Ahn Du nama suami jahat yang sengaja membunuh istrinya demi memperoleh uang asuransi Pada suatu hari ...
Anjing Menangis Lepas Dipaksa Makan Cili Demi Content Video Tuannya

Anjing Menangis Lepas Dipaksa Makan Cili Demi Content Video Tuannya

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 406 hits
Pada zaman sekarang orang sanggup buat apa sahaja demi meraih populariti dan jumlah tontonan video yang banyak Jadi tidak mengejutkan apabila ramai orang bodoh yang menjadi popular dalam sekelip mata Baru baru ini tular video seekor anjing ...
Tak Lagi Bekerja Demi Rawat Istri Tercinta Koestomo Si Tukang Sepatu Saya Akan Terus Merawatnya

Tak Lagi Bekerja Demi Rawat Istri Tercinta Koestomo Si Tukang Sepatu Saya Akan Terus Merawatnya

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 211 hits
Koestomo warga Dusun Bandung Krajan Desa Bandung Kecamatan Diwek Kabupaten Jombang Jawa Timur tak tahu harus berbuat apalagi untuk kesembuhan anak dan istrinya Sebab berbagai upaya pengobatan selama ini sudah ia lakukan Namun istri dan anak...
Pbnu Minta Pilkada Serentak 2020 Ditunda Demi Kesehatan Rakyat

Pbnu Minta Pilkada Serentak 2020 Ditunda Demi Kesehatan Rakyat

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 300 hits
Pelaksanaan pilkada meskipun dengan protokol kesehatan yang diperketat dinilai sulit terhindar dari konsentrasi orang dalam jumlah banyak di seluruh tahapannya
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Didie Alias Datang Lawat Amyza Aznan Beri Semangat Rai Hari Jadi Ke 19 Andre Di Wad

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya