Lima Persoalan Tentang Ppsmi


HASSAN KARIM


Saya Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang, dengan rendah hati ingin mengemukakan beberapa persoalan asas berkenaan pengumuman Dr Mahathir Mohamad mengenai program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Pengumuman mengenainya dibuat perdana menteri pada semalam, 31 Jan 2020.

Pertama: Wajarkah seorang pemangku menteri pendidikan mengumumkan suatu dasar sepenting PPSMI tanpa terlebih dahulu dibincang di dalam kabinet?

Kedua: Manifesto PH menggariskan satu dasar iaitu perdana menteri tidak boleh memegang jawatan lain selain jawatan perdana menteri itu sendiri.

Suka saya ingatkan Mahathir menarik diri daripada jawatannya sebagai menteri pendidikan pada awal-awal pembentukan kabinet lagi, iaitu selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei 2018.

Selaku perdana menteri ketujuh, Mahathir pada ketika itu faham bahawa memegang dua jawatan serentak bercanggah dengan janji Manifesto PH.

Ketiga: Rakyat tidak bising-bising sangat apabila Mahathir mengambil alih memangku jawatan yang ditinggalkan Dr Maszlee Malik selepas ahli parlimen Simpang Renggam itu meletak jawatan.

Saya sendiri bersangka baik bahawa Mahathir akan memangku jawatan sepenting itu sekadar sementara waktu sahaja.

Namun saya tidak sangka dalam keadaan bersifat sementara itu maka seorang pemangku menteri pendidikan boleh dengan mudah secara bersendirian mengumumkan dasar PPSMI dihidupkan semula selepas ia dimansuhkan pada 2010.

Bukan sahaja Mahathir selaku perdana menteri tidak berbincang mengenainya dalam kabinet, malah mengapa beliau juga tidak berbincang isu tersebut dalam Majlis Presiden PH?

Keempat: Sebagai seorang ahli parlimen PKR, suka saya mengingatkan sekali lagi bahawa pendirian parti selama ini ialah menentang dasar PPSMI.

Rakyat bangun dan turun ke jalan raya untuk menentang dasar PPSMI. Rakyat juga dan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Akhirnya menteri pendidikan kerajaan BN ketika itu - Muhyiddin Yassin - mengumumkan bahawa dasar PPSMI ditamatkan.

Kelima: Akhirnya saya ingin bertanya: Wajarkah seorang perdana menteri - yang bersetuju untuk turun dari jawatannya dalam tempoh terdekat ini sesuai dengan janji menjelang PRU ke-14 lalu dan kini hanya memangku jawatan menteri pendidikan - mengumumkan dasar yang telah ditolak oleh majoriti rakyat?

Tidakkah pengumuman Mahathir berkenaan PPSMI bukan sahaja akan menyusahkan PH menghadapi rakyat dalam PRU ke-15 nanti?

Lebih daripada itu, saya melihat tindakan Mahathir bersifat membelakangkan dasar tanggungjawab bersama para menteri dan juga kepemimpinan PH.

Ramai menteri penting dalam kerajaan PH ketika ini - termasuk yang menjaga keselamatan negara - adalah mereka yang berada bersama-sama rakyat di jalan raya sejak sebelum PRU pada 2008 bagi membantah perlaksanaan PPSMI.

Sepuluh tahun kemudian - iaitu pada 2020 - Mahathir ingin menghidupkan semula PPSMI?

HASSAN KARIM ialah ahli parlimen Pasir Gudang.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/lima-persoalan-tentang-ppsmi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppsmi Guan Eng Keliru Tentang Rancangan Dr Mahathir

Ppsmi Guan Eng Keliru Tentang Rancangan Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 347 hits
Diminta mengulas lanjut perkata tersebut setiausaha agung DAP itu berkata beliau tidak pasti mengenai apa yang sebenarnya dinyatakan Mahathir Rancangan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mengembalikan semula pelaksanaan pengajaran sa...
Persoalan Ppsmi Kepada Mahathir

Persoalan Ppsmi Kepada Mahathir

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 434 hits
Persoalan PPSMI Kepada Mahathir Saya Hassan Abdul Karim Ahli Parlimen Pasir Gudang dengan rendah hati ingin mengemukakan beberapa persoalan asas berkenaan pengumuman Dr Mahathir Mohamad mengenai program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan...
5 Soalan Tentang Ppsmi

5 Soalan Tentang Ppsmi

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 198 hits
Saya Hassan Abdul Karim Ahli Parlimen Pasir Gudang dengan rendah hati ingin mengemukakan beberapa persoalan asas berkenaan pengumuman Dr Mahathir Mohamad mengenai program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris...
Sedarlah Tun Ppsmi Sudah Gagal

Sedarlah Tun Ppsmi Sudah Gagal

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 282 hits
Lebih baik fokus isu UEC tulisan jawi yang masih tak selesaiNAH Kebimbangan Presiden gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia Haji Aminuddin Yahaya mengenai kemungkinan Tun Dr Mahathir Mohamad mengguna pakai idea idea lama selepas memangku tu...
Ppsmi Kemudahan Latihan Guru Luar Bandar Belum Sempurna

Ppsmi Kemudahan Latihan Guru Luar Bandar Belum Sempurna

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 296 hits
BANGI 11 Jamadilakhir 1441H Rabu Akses kemudahan pembelajaran dan pelatihan guru guru di sekolah luar bandar masih gagal disediakan dengan sempurna oleh kerajaan Demikian tegas Presiden Ikatan Guru Guru Muslim Malaysia Ustaz Mohd Azizee Has...
National Laureate Siti Zainon Thinks Ppsmi Proposal Is Dr M S Little Joke

National Laureate Siti Zainon Thinks Ppsmi Proposal Is Dr M S Little Joke

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 361 hits
Although the government has yet to decide on the proposed reintroduction of the teaching of Maths and Science in English National Laureate Siti Zainon Ismail has been quick to describe Prime Minister Dr Mahathir Mohamad s initial as a joke ...
Isu Ppsmi Siti Zainon Anggap Tun Mahathir Hanya Berjenaka

Isu Ppsmi Siti Zainon Anggap Tun Mahathir Hanya Berjenaka

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 394 hits
GOMBAK Penerima Anugerah Sastera Negara ke 14 Profesor Dr Siti Zainon Ismail menyifatkan pengumuman Perdana Menteri yang juga pemangku Menteri Pendidikan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pelaksanaan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains ...
Kpm Akan Kaji Pelaksanaan Ppsmi Bawa Ke Jemaah Menteri

Kpm Akan Kaji Pelaksanaan Ppsmi Bawa Ke Jemaah Menteri

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 233 hits
KUALA LUMPUR Saranan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris akan dikaji oleh Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat KPM dalam satu kenyataan menyebut bahawa sam...
Jho Low Kini Dikenali Sebagai Constantinos Achilles Veis Di China

Kenapa Lama Tak Update Blog

Ai And Ethics Can Help Stop Online Harassment

Rekod Pn Ketika Covid 19 Adalah Ulangan Mimpi Gagal

Dulu Janji Nak Tolong Sekarang Kena Explain

Avoid Turun Anwar Rally Civil Servants Told

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan

Hati Hati Inilah Dosa Besar Takhbib Merusak Hubungan Suami Istri Yang Wajib Anda Tahu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pemandu Bas Mogok Ribuan Pekerja Malaysia Terkandas Ke Singapura

How Smart Fabrics Are Redefining The Future Of Wearable Technology

Zara Zya Terpatri Cinta Chord

Auditor General Flags Shady Deals In Felcra Ukm And Army Armoured Vehicle Procurements

New Clashes Outside London Hotel Housing Migrants

Anwar To Make Extraordinary Tribute Announcement Tomorrow Or Wednesday