Lima Lokasi Aktiviti Bersama Alam Semulajadi Wajib Dilakukan Bila Berkunjung Ke Kampar Perak


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Malaysia ni kaya dengan tempat percutian dalam negara yang indah dan banyak kita belum terokai. Seperti mana Bandar Kampar yang teletak Selatan Negeri Perak dalam petanya masih banyak tempat lagi yang boleh dikunjungi. Terutamanya tempat yang berkaitan dengan keindahan alam semulajadi. Selain daripada gua dan juga air sungai yang masih indah terpelihara ada juga tempat yang dicipta berunsur alam semulajadi untuk dijadikan tarikan menarik di sini



Kenapa Maha bercerita tentang Kampar Perak ni, walaupun ia bukan kampung asal Maha tapi ia adalah lokasi yang pertama kali Maha jejaki kaki dan tahu banyak tempat best kat sini rupanya. Manusia dan alam semulajadi tidak boleh dipisahkan. Kat sinilah boleh buat pelbagai aktiviti lasak dan menguji ketahanan fizikal dan mental bersama alam semulajadi. Contoh seperti menerokai gua batu kapur paling besar di semenanjung Malaysia dan juga berakit dijeram sungai yang mencabar. Nak tahu apa yang Maha buat sepanjang berada di Kampar jom baca posting ni sampai habis




Perjalanan dari Kuala Lumpur untuk sampai ke Bandar Kampar mengambil masa lebih kurang 1jam 30minit melalui PLUS. Sampai sahaja kat Kampar Maha bermalam di hotel yang juga menjadi mercu tanda di bandar ini iaitu Hotel Grand Kampar. Sikit perkongsian tentang hotel ini, Grand Kampar Hotel adalah hotel bertaraf 3 bintang dengan konsep seni bina Sepanyol. Dari jauh boleh nampak kubah yang besar dan bentuk yang gah di tengah-tengah Bandar Baru Kampar. 




Hotel ni ada lebih kurang 155 bilik pelbagai saiz dan juga keperluang untuk pengunjung yang bermalam di sini. Juga kat sini korang boleh nikmati makanan sedap dan enak mereka di GK Cafe yang terletak di ruang lobby hotel. Makanan bukan sahaja sedap tapi banyak isinya memang kenyang. Disediakan sekali dengan sarapan pagi untuk penginapan di sini. Oklah sikit jer pasal hotel sebab Maha nak cerita pulak tempat menarik yang boleh buat pelbagai aktiviti lasak dengan alam semulajadi di Kampar. Jom kita mulakan

Menerokai Gua Tempurung Gopeng
Ramai orang salah tanggap bahawa Gopeng berada di bawah daerah Ipoh kerana ia berdekatan dengan ibu negeri Perak ini. Tapi sebenarnya Gopeng adalah satu mukim di daerah Kampar. Seperti juga yang ada di sana iaitu tempat paling popular dikenali ramai iaitu Gua Tempurung. Ini pertama kali Maha jejak kaki kat gua ini dan satu cabaran untuk orang bersaiz comel macam Maha nak masuk terokai gua yang pajang 1.9km dan tinggi 578meter yang berusia lebih 400juta tahun dahulu. 




Maha cabar diri juga untuk meneruskan perjalanan masuk ke dalam gua ini. Mengikut pada pemandu gua kami hari tu, ia diberi nama Gua Tempurung kerana pada puncak gua nampak seperti bentuk tempurung kelapa. Ia juga mempunyai satu pintu utama dan satu salur udara sahaja masuk kedalam dua. Perjalanan untuk habiskan seluruh gua mengambil masa lebih kurang 4 ke 5 jam





Bestnya kat sini laluan perjalan kaki telah disediakan dan juga ada sebanyak 1500 anak tangga yang perlu kami lalui dalam tu sebelum sampai kebahagia dalam gua. Kat sini ada empat pakej perjalanan iaitu ada yang kering sahaja dan juga ada yang kering dan basah. Kami lalui perjalanan kering dan basah yang dibawa sampai kedalam gua yang gelap tanpa ada sebarang cahaya masuk. Memang kalau ikutkan penat dan banyak platform yang Maha terpaksa rehat. Tapi sebab teruja sangat ia menjadi semangat yang membuak-buak untuk habiskan perjalanan ini





Sambil jalan kami akan berhenti di beberapa check point untuk diberi penerangan oleh pemandu gua. Sebelum tahun 1935 gua ini antara tempat perlombongan biji timah secara kecil-kecilan. Juga ia pernah dijadikan tempat perlindungan orang kampung dan komunis daripada tentera musuh. Sebab boleh lihat ada beberapa tinggalan barangan yang digunakan orang dulu dalam gua serta juga lukisan yang asal pada dinding gua ini. 




Lepas lalu perjalanan kering kami masuk pula bahagian basah yang ada anak sungai sepanjang 1.6km dalam gua. Ini sangat mencabar kerana kami perlu melalui kawasan yang rendah dan menerap untuk melaluinya dengan penuh air. Habis basah baju dan seluruh pakaian tapi puas hati. Masa tu dah tak ada cahaya hanya berharap pada cahaya lampu suluh didahi dan juga penduan dari rakan-rakan. Jadi kena masuk beramai-ramai baru best dan boleh kerjasama untuk saling bantu membantu. 




Walaupun penat dan lencun basah kami tetap happy gelak ketawa lagi. Tapi faktor keselamatan perlu sentiasa dijaga walaupun dalam suka. Akhinrya Alhamdulillah Maha berjaya juga menamatkan perjalanan dan keluar gua ini dalam tempoh perjalanan lebih kurang 4 jam. Korang digalakkan untuk masuh pagi lebih semangat dan juga masuk waktu hari tidak hujan. Kalau hujang banyak kawasan tidak boleh dilalui dipenuhi air. Ini satu pengalaman yang  sangat menyeronokkan dan kalau ada peluang nak datang lagi. Korang yang tak pernah masuk gua boleh cuba dengan Gua Tempurung ini ia nampak mudah tapi sangat mencabar. 
Bergambar Di Gua Kandu 
Selain daripada Gua Tempurung kat area sini juga ada satu lagi gua yang korang boleh datang untuk melihat keindahan alam semulajadi. Ia adalah Gua Kandu yang terletak bersebelahan dengan Gua Tempurung. Tapi ia berbeza kerana gua ini tidak dijadikan kawasan untuk terokai atau masuk ke dalam walaupun boleh. Ia lebih kepada gua untuk bergambar dan juga melihat keindahan dari dalam pintu gua sahaja




Gua Kandu adalah gua ketujuh terpanjang di semenanjung Malaysia iaitu sepanjang 1100 meter. Gua sini merangkumi perbukitan batu kapur dengan morfologi kars yang menarik. Batu kapur di gua ini telah termetamorf dan berubah menjadi mamar akibat rejahan batuan garanit. 




Gua ini diangarkan berusia 417 sehingga 280 juta tahun dahulu dan dikatakan menjadi tempat penginapan dan persembunyian para komunis masa dahulu. Gua Kandu dan Gua Tempurung disenarai dalam salah satu Geotapak Geopark Lembah Kinta. Kami datang Gua Kandu untuk bergambar sahaja dan tidak masuk ke dalam. 
White Water Rafting Di Jeram Sungai Kampar
Ini adalah salah satu aktiviti lasak yang kami lakukan di Kampar Perak iaitu White Water Rafting. Ramai orang suka dan juga tidak sangka kat Kampar ada aktiviti menarik macam ni. Aktiviti water rafting ini dilakukan dengan team dan instructor profesional dari Reverbug. Mereka mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun untuk melakukan aktiviti water rafting pelbagai level






Sampai kat kem Reverbug tu terus daftar untuk buat aktiviti air ini dan juga mengambil segala persiapan keperluan sebelum diberikan taklimat oleh instructor mereka. Semua ahli dibawa menaiki lori untuk sampai ke kawasan puncak permulaan aktiviti water rafting yang mengambil masa lebih kurang 20 minit perjalanan. 




Selepas tu diberikan taklimat oleh instructor yang ada dengan teliti terutama taklimat keselamatan dan juga bagaimana arahan yang akan diberikan ketika berada atas boat dan juga sepanjang perjalanan. Water rafting kali ini melalui lebih kurang 5km Sungai Kampar dengan 14 buah jeram yang dilabelkan dengan tahap I hingga III. Sangat mencabara lah juga walaupun nampak air sungai tenang sahaja tapi banyak batuan kat sini






Aktiviti water rafting ini lebih kepada mendidik untuk kita mendengar arahan dan juga berkerjasama sepasukan untuk memastikan bahawa rakit tidak sangkut dan perjalanan yang selamat. Penat tu memang tidak boleh dinafikan tapi keseronokkan mengatasi segalanya bagi kami yang sesetengah pertama kali buat aktiviti ini. Best dan juga korang kalau datang boleh contact Reverbug untuk mendapat khidmat mereka yang profesional. 
Ladang Teh Gaharu Yang Menghijau
Ini satu lagi aktiviti yang berkait rapat dengan flora dan fauna. Walaupun ia bukanlah hutan semulajadi tapi ladang yang telah mula dibangunkan pada tahun 1992 dengan hanya sebanyak 200 batang pokok Gaharu sahaja. Kini terlah mula membesar kepada tanah seluas 300 ekar dengan ada lebih kurang 200 ribu batang pokok Gaharu. Ini lah yang dipanggil Gaharu Tea Valley atau Ladang Teh Gaharu Gopeng



Kalau kita tahu Pokok Gaharu ini orang selalu gunakan untuk menghasil minyak wangi daripada batangnya. Tapi kat ladang ini ia telah banyak membuat kajian dan menghasilkan produk hiliran keluarang dari pokok Gaharu seperti produk minuman teh, produk kesihatan dan kecantikan atau kosmetik. Juga produk makanan daripada rasa Gaharu yang agak kelat dan juga banyak khasiat dan vitamin didalamnya






Lokasi ladang ini hanya 3km daripada pekan Gopeng dan hanya RM10 tiket masuk untuk dewasa dan RM5 untuk tiket masuk bagi kanak-kanak. Dalam ni kita akan dibawa menaiki van yang disediakan untuk pergi ke beberapa checkpoint yang telah ada seperti checkpoint pertama View Stage di mana kat sini korang dapat melihat keseluruhan ladang pada kawasan tinggi dipinggir bukit. Sambil tu boleh nikmati minuman teh atau kopi dari pokok Gaharu. Cantik pemandangan kat sini kalau datang tenang nampak hijau sahaja. 





Lepas tu dibawa pula ke lokasi kedua iaitu checkpoint Hugging Park dimana kat sini ada beberapa pokok yang dilukis dengan lukisan menarik dan kita boleh bergambar OOTD dengan pokok dan sambil memeluk pokok Gaharu yang ada. Sangat sesuai buat yang suka bergambar kat area ini penuh Instagram korang kalau bergambar kat Ladang Gaharu ini. 





Last sekali akan dibawa kepada checkpoint ketiga iaitu Love's Park di mana kat sini dikatakan ada sebatang pokok yang kelihatan seperti pasangan kekasih sedang menari dan berpelukan antara satu sama lain. Sesuai juga untuk bergambar dan menghabiskan masa menghirup udara segara. Cuma siapa tak tahan akan nyamuk kat sini ada banyak, jadi pakailah insect repellent. Satu jam juga korang akan berada dalam ladang Gaharu ini  memang best jarang masuk ladang besar macam ni

West Lake @ Kampar 
Ia adalah kawasan tasik buatan hasil daripada tinggalan pelombongan biji timah yang satu masa dulu merupakan sumber utama di kawasan ini. Ia lebih kepada tasik kawasan riadah yang direka bentuk modern dan cantik. Kawasan sekitar tasik selalu orang jadikan tempat untuk berjoging dan juga riadah bersama keluarga





Water Lake @ Kampar ni luas juga dan ada juga sesuai untuk orang bergambar dan para kaki pancing sini boleh pancing Maha tengok ramai datang bawa pancing sendiri. Ia kawasan tasik yang terbuka sesiapa boleh datang masuk kerana percuma jer. Tasik ini dibangunkan oleh pemaju perumahan berhampiran untuk ada kawasan riadah dan aktiviti pemilik perumah di situ. 



Buat jurugambar amatur dan juga selalu juga orang jadikan kawasan untuk photo wedding. Maha datang tengok tasik ni rasa tenang jer. Alam dan manusia tidak boleh dipisahkan dan saling memerlukan antara satu sama lain. Jadi tanggungjawab kita untuk memulihara dan juga terus mengekalkan untuk generasi akan datang. 


Jadi inilah lima lokasi alam semulajadi yang wajib korang datang kunjungi dan buat aktiviti yang disediakan bila berada di Kampar. So tak akan bosan lah bila korang datang ke Kampar kalau ada tugasan kerja atau memang sahaja nak jalan-jalan kat sini. Next posting Maha nak kongsikan puak tempat bersejarah yang ada di sekitar Kampar. Ini sangat menarik dan korang kena baca sampai habis sebab ada yang tak pernah diketahui ramai lagi ok. 
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Kampar boleh jer pergi ke laman Instagram https://www.instagram.com/beyoutiful_kampar atau ker laman sesawang Majlis Daerah Kampar https://www.mdkampar.gov.my

#beYoutifulKampar #TravelPerakLah #TravelKamparLah #CutiCutiMalaysia #MalaysiaTrulyAsia






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2022/10/lima-lokasi-aktiviti-bersama-alam-semulajadi-wajib-dilakukan-bila-berkunjung-ke-kampar-perak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lima Lokasi Bersejarah Yang Terdapat Di Kampar Perak Kena Ambil Tahu

Lima Lokasi Bersejarah Yang Terdapat Di Kampar Perak Kena Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 335 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Sebelum ini Maha ada kongsi lokasi yang korang boleh buat aktiviti lasak bersama alam semulajadi di daerah Kampar Perak Kalau ...
Perak Wajib Lulus Akta Anti Lompat Sebelum Bubar Dun Kata Wakil Rakyat

Perak Wajib Lulus Akta Anti Lompat Sebelum Bubar Dun Kata Wakil Rakyat

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 178 hits
Chong Zhemin yakin penggubalan akta anti lompat parti dalam perlembagaan negeri boleh mendapat sokongan lebih dua pertiga ADUN Perak PETALING JAYA Seorang wakil rakyat DAP menggesa pentadbiran negeri Perak meluluskan akta anti lompat parti ...
Apa2 Pun Yang Hendak Dilakukan Lakukanlah Dengan Akhlak Pesan Pu Riz

Apa2 Pun Yang Hendak Dilakukan Lakukanlah Dengan Akhlak Pesan Pu Riz

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 107 hits
Perkongsian selebriti Neelofa berkenaan wajah anaknya buat kali pertama di media sosial telah menarik perhatian ramai sehingga nama Muhammad Bilal tranding Walaupun diuji dengan tindakan kurang sopan sesetengah netizen yang sesuka hati memu...
Tak Perlu Ke Belantara Nun Di Banjaran Titiwangsa Tengah Kl Pun Ada Hutan Wajib Datang

Tak Perlu Ke Belantara Nun Di Banjaran Titiwangsa Tengah Kl Pun Ada Hutan Wajib Datang

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 166 hits
Bagi yang baru berjinak dengan dunia mendaki anda tidak perlu lagi terus ke belantara nun di pedalaman Banjaran Titiwangsa sebaliknya jiwai dulu semangat kehijauan hutan di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur Dulunya ia dikenali sebagai Hutan Simp...
Gen Z Wajib Coba Cara Bikin Sehat Fisik Finansial Sosial Hingga Spiritual

Gen Z Wajib Coba Cara Bikin Sehat Fisik Finansial Sosial Hingga Spiritual

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 174 hits
Kesehatan bukan melulu soal fisik yuk cari makna hidup sehat yang sebenar benarnya Mumpung masih muda nih
Zuhud Tidak Dapat Dilakukan Kecuali Dengan Zuhud Yang Lain

Zuhud Tidak Dapat Dilakukan Kecuali Dengan Zuhud Yang Lain

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 119 hits
Ishaq bin Hani Al Naisaburi berkata Abu Abdullah R A telah berkata kepadaku Datanglah di pagi hari kepadaku agar engkau menyampaikan sesuatu hal kepadaku tentang zuhud 1 Kemudian aku datang di pagi hari kepadanya lalu berkata kepada ibu dar...
Siasatan Polis Telah Dilakukan Foto Peribadi Jennie Bp Terus Disebar Yg Umum Akan Ambil Tindakan

Siasatan Polis Telah Dilakukan Foto Peribadi Jennie Bp Terus Disebar Yg Umum Akan Ambil Tindakan

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 105 hits
Setelah beberapa lama berdiam diri YG Entertainment akhirnya tampil mengeluarkan kenyataan tentang tindakan undang undang yang diambil terhadap penyebar gambar peribadi Jennie ARTIKEL BERKAITAN Bagi yang belum tahu seorang pengguna yang tid...
Tarikan Terbaharu Ilham Seni Kampar Memaparkan Lukisan Mural Seluruh Kampar

Tarikan Terbaharu Ilham Seni Kampar Memaparkan Lukisan Mural Seluruh Kampar

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 721 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Dalam beberapa hari lepas Maha ada kongsikan tempat menarik untuk dikunjungi yang boleh buat aktiviti lasak dengan alam semula...
Pemuda Pas Jangan Hipokrit Pemulihan Tabung Haji Dilakukan Ph

Pemuda Pas Jangan Hipokrit Pemulihan Tabung Haji Dilakukan Ph

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 177 hits
Kenyataan Dewan Pemuda Pas berhubung prestasi memberansangkan Tabung Haji yang kononnya akibat pemulihan dilakukan oleh kepimpinan parti itu dalam kerajaan BN PN dibidas KEADILAN Cabang Kemaman Terengganu Menurut kenyataan KEADILAN Cabang K...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut