Lima Hari Keluar Dari Jerebu Menghirup Kedamaian Di Jepun


Satu pose dari di laman istana Wakasa Onigajo
di puncak gunung Tsuruoyama, Tottori.MUSAFIR KE JEPUN

ALHAMDULILAH permusafiran saya ke negara Matahari Terbit selama lima hari enam malam sudah berakhir semalam.

Menjelang Subuh tadi saya selamat sampai ke tanah air setelah menempuhi penerbangan malam selama enam jam setengah. Penerbangan kami cepat 15 minit, syukur.


Tanah air yang sewaktu saya tinggal diselaputi jerebu tebal ada kawasan dilanda jerebu sehingga mencecah hingga 200 IPU banyak sekolah ditutup, membabitkan puluhan ribu pelajar terpaksa diberi cuti.

Kini jerebu sudah agak pulih. Sebaik saya keluar dari lapangan terbang, langit cerah dan siddik fajar seakan memberi tahu saya, negeri kamu sudah Ok.

Insya-Allah berkat doa kita semua yang sayangkan negara, negara kita akan bersih daripada dihurungi jerebu. Semuga bencana angkara manusia itu tidak akan berulang di tahun-tahun akan datang.

Pun begitu tampaknya jerebu walaupun ia menyesakkan
nafas tetapi ia tidak sekejam suasana politik negara yang masih tidak ada titik koma apa lagi nokhtah. Pihak pembangkang terus-terusan menyerang kerajaan PH. Pembangkang seakan tidak dapat berkompromi langsung, mereka lebih kejam daripada jerebu. Sedihnya elemen agama dan bangsa terus dimainkan demi meraih untung politik.

Ignore politik.
Sepanjang saya bermusafir saya igronekan segala maklumat dan perihal  politik, baik persengketaan antara opisi dengan kerajaan atau pun percanggahan dan adu domba sesama sendiri dalam parti kerajaan PH. Saya bermusafir antara lain untuk merihatkan akal fikiran di samping cuba mencari penawar untuk mengubat perangai orang kita yang suka dengki dan sakit hati dalam berpolitik.

Bagaimana pun telinga dan hati politik saya tidak dapat rihat. Sebegitu mendengar khabar kematian ahli Parlimen Tanjung Piai Dr Md Farid Mat Rafik, hati mula diusik resah.  Di kepala sudah tergambar perang kecil politik akan meletus lagi. Pirake itu akan jadi perang kecil politik (Pekepo). Begitulah apa yang terjadi di negara Malaysia ini yang rakyatnya tidak pernah lelap daripada politik. Kita berpolitik lebih kejam daripada jerebu yang datang hanya di hujung tahun, tetapi kita berpolitik sepanjang tahun.

Dari kejauhan sudah saya bayangkan apa yang berlaku nanti, tentu pilihan raya itu akan hebat dan sengit. Pihak oposisi akan menggunakan pilihan raya itu sebaik mungkin untuk mendapat sokongan rakyat.

Sebaik kembali dari lawatan ke China
Salahuddin terus ke pusara Allahyarham Md Farid.Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub, sempat berwhatsApp dengan saya memberi gambaran dia mempunyai tugas dan tanggungjawab besar, kerana Tanjung Piai itu adalah kampung halamannya. Katanya sebaik mendarat  pulang dari China beliau terus bergegas menziarahi pusara Allahyarham Dr Md Farid. Demikianlah Salahuddin prihatin kepada apa yang berlaku.

"Benar", saya membalas kepadanya, 'Din, Tanjung Piai menjadi simbol kekuatan dan penerimaan rakyat pada anta. Walaupun anta bukan mewakili kawasan itu secara langsung tetapi sebagai anak watan, anta kena bertanggungjawab."

"Iya Ti, ana akan pastikan kemenangan dan akan mengerahkan segala kekuatan yang ada," kata Salahuddin. Saya dapat bayangkan betapa menjelang Pirake itu dan sehingga keputusan diumumkan ia menjadikan Timbalan Presiden Amanah itu tidak tenang, sibuk sekali. Salahuddin boleh memandang begitu sahaja pilihan raya itu kerana ia tidak membabitkan partinya, tetapi ukhwah PH menyebabkan pilihan raya itu menjadi tanggungjawab juga.

Jadi sepanjang lima hari berkelana di Jepun khasnya di Osaka dan di Prefektur Tottori yang terletak nun jauh ke bahagian Barat kira-kira 200 km dari Osaka, saya cuba mendiamkan diri dengan politik untuk sejenak. Walaupun ada kekawan minta komen apa-apa isu politik terkini selama tempoh saya bermusafir, mengenai pembatalan mesyuarat Amanah, mengenai Anwar Ibrahim nak jadi PM, tentang Dr Mahathir akan tetap tunaikan janji kepada rakyat menyerahkan jawatan PM kepada Anwar, dan apa-apa,  saya diamkan sahaja. Saya memberi penuh konsentrasi kepada pemusafiran saya.

Insya-Allah banyak cerita dan pengalaman yang dikutip semasa di sana dan akan saya kongsikan dalam blog ini sebagai ole-ole untuk penjengok setia blog ini. Saya akan membuat catatan khasnya mengenai perjalanan itu. Tentu yang banyaknya ialah mengenai kehebatan nilai-nilai baik bangsa Jepun yang sudah kerap diperkatakan. Dan kerana saya bermusafir bersama Husam Musa, adalah cerita-cerita atau kisah lama beliau semasa bersama PAM dahulu tersebut, dan akan saya nukilkan.

Teringat kepada ucapan Mohamad Sabu dan kekesalannya kepada negara Islam. Katanya nilai-nilai Islam tidak ada kepada negara Islam tetapi dimiliki oleh beberapa negara kafir di Eropah dan termasuklah Jepun. Benar.. kata Presiden Amanah itu dan akan saya nukilkan kelak mengesahkan apa yang Mat Sabu katakan itu.  [wm.kl.3:44 pm 25/09/19]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2019/09/lima-hari-keluar-dari-jerebu-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dunia Akan Bergelap Selama 40 Hari Gejala Jerebu Ingatkan Tentang Peristiwa Dukhon

Dunia Akan Bergelap Selama 40 Hari Gejala Jerebu Ingatkan Tentang Peristiwa Dukhon

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 670 hits
Dunia Akan Bergelap Selama 40 Hari Gejala Jerebu Ingatkan Tentang Peristiwa Dukhon Susulan daripada kebakaran hutan lebih 1000 hektar di Kalimatan Indonesia Negara kita turut mendapat tempiasnya apabila tahap jerebu sudah semakin membimbang...
Terkini Jerebu 201 Sekolah Di Selangor Ditutup Hari Ini

Terkini Jerebu 201 Sekolah Di Selangor Ditutup Hari Ini

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 508 hits
SHAH ALAM 17 Sept Sebanyak 201 buah sekolah di daerah Sepang Hulu Langat Kuala Langat Klang dan Petaling Perdana ditutup setakat pukul 12 tengah hari tadi akibat keadaan jerebu yang semakin serius di Selangor Kementerian Pendidikan dalam ke...
Jerebu Teruk Balik Pulau Hari Ini

Jerebu Teruk Balik Pulau Hari Ini

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 703 hits
Jerebu Teruk Balik Pulau Hari Ini is masa dok tengah mandi tadi dalam dok mamai mamai tu ternampak la keadaan diluaq ikut lubang bata bilik air perrghh asap saja kat luaq umah Putih ja jerebu kali nie memang terang lagi bersuluh jerebu asap...
Miros Keluar Nasihat Keselamatan Jalan Raya Semasa Jerebu

Miros Keluar Nasihat Keselamatan Jalan Raya Semasa Jerebu

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 248 hits
Kuala Lumpur 19 Sept Institut Penyelidikan Jalan Raya Malaysia menasihati orang ramai supaya mengambil langkah pemanduan dan penunggangan yang lebih berhati hati bagi mengelakkan kemalangan jalan raya ketika musim jerebu Ketua Pengarahnya D...
Indeks Bacaan Jerebu Hari Ini

Indeks Bacaan Jerebu Hari Ini

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 723 hits
dah jadi macam acara tahunan plak jerebu ni kan So kalau u ols nak tahu bacaan indeks pencemaran udara boleh la terus keAnak anak duk sibuk tanya bila sekolah nak tutup Korang ni bulan 9 punya la banyak cuti ni nak suruh cuti lagi ke apa Ab...
Langit Di Muaro Jambi Jadi Merah Akibat Jerebu

Langit Di Muaro Jambi Jadi Merah Akibat Jerebu

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 584 hits
Kesan dari jerebu yang teruk di Indonesia akibat kebakaran hutan menyebabkan langit di Muaro Jambi bertukar menjadi kuning pada waktu pagi dan merah pada waktu tengah hari Video video rakaman orang awam mengenai fenomena itu juga viral di m...
Penyakit Berkaitan Jerebu Yang Anda Wajib Tahu

Penyakit Berkaitan Jerebu Yang Anda Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 1096 hits
Jerebu ialah fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung apung di udara yang mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manus...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut