Lima Beradik Yatim Piatu Jadi Anak Angkat Dun


 
Lima beradik yatim piatu jadi anak angkat DuNisa Ailani yang berada di atas riba kakak sulungnya, Intan Iewanina menutup muka kerana terlalu sedih melihat gamabr ibu ayahnya yang sudah tiada sambil diperhatikan abang kakak lain. FOTO RUWAIDA MD ZAIN
Pelabuhan Klang: " Nak umi...Nak umi...Nak duduk atas riba umi, tapi umi dah tiada."
Demikian luahan kerinduan anak bongsu daripada lima beradik, Nisa Ailani Mohd Suhaimi, 5, yang kehilangan ibu ayah tercinta, Mohd Suhaimi Zakaria, 55, dan Ramlah Muktar, 43, akibat Covid-19, baru-baru ini.
Nisa kelihatan mengesat air mata ketika menatap gambar kenangan mereka lima beradik bersama ibu ayah yang dirakam pada Aidilfitri lalu.
Menurut kakak sulung Nisa, Intan Iewanina Mohd Suhaimi, 21, ibu dan ayah mereka meninggal dunia selang seminggu selepas disahkan positif Covid-19 pertengahan Julai lalu.
"Mak mula demam pada 17 Julai, manakala ayah demam pada 19 Julai, saya minta mak ayah buat ujian saringan Covid-19.
"Bila mak dah hilang rasa, saya dan adik-adik juga mulai demam, kami buat ujian saringan Covid-19 pada 21 Julai dan kami disahkan positif kecuali adik kedua di Kedah ketika itu.
"Kami sekeluarga ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Daerah Klang di Dewan Sukan Taman Sri Andalas.
"Saya terkejut dapat tahu mak 'stage 4' dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut manakala ayah dibawa ambulans pada 24 Julai, juga ke HTAR," katanya yang ditemui di rumahnya di Flat Seri Perantau, di sini, hari ini.
Namun Intan tidak menyangka, perbualan telefon bersama ibunya pada 26 Julai itu perbualan kali terakhir sebelum menerima khabar pemergian ibu tersayang pada 31 Julai lalu.
"Pada 31 Julai, saya dan adik ke CAC Daerah Klang di Dewan Serbaguna Pelabuhan Klang untuk memotong gelang kuarantin, kira-kira jam 9 pagi ibu saudara memaklumkan berita sedih itu.
"Kami tak beritahu ayah yang mak sudah tiada tapi kami dapat rasa ayah dah tahu. Kali terakhir berhubung dengan ayah pula pada 5 Ogos sebelum ayah ditidurkan.
"Doktor hubungi kami jam 5 pagi hari itu, kami sembang dengan ayah hingga jam 10 pagi melalui panggilan video. Kami baca Yaasin, dengar ayah lafaz dua kalimah syahadah dan pada 7 Ogos, ayah pula pergi buat selamanya," katanya.
Intan akui, meskipun belum bersedia dengan berita mengejutkan itu, namun dia harus kuat demi empat adiknya iaitu Batrisyia Izzah, 19 tahun; Uzair Wazini, 16 tahun; Ahmadenijad, 12 tahun serta Nisa.
"Ia terjadi secara tiba-tiba, sangat sekejap (sekelip mata)..jadi saya pun tidak terfikir sebab selama ini mak ayah uruskan segalanya..tetapi sekarang saya pula yang perlu buat semua perkara.
"Saya sekarang belajar secara dalam talian. Saya boleh jaga adik saya kecil di rumah, adik yang besar tinggal di asrama. Lagipun permintaan mak ayah mahu kami belajar sehingga tamat.
"Terima kasih semua yang datang ziarah, bagi sumbangan, bagi semangat iaitu Dun Selat Klang, Ahli Parlimen dan semua pihak yang datang menghulur bantuan termasuk kewangan.
"Rumah ini mak ayah saya beli tetapi belum habis bayar, jadi saya tidak tahu apa (urusan) seterusnya," katanya.
Uzair pula berkata, ibu ayahnya mahu mereka menjadikan agama sebagai panduan hidup walaupun mereka sudah tiada.
"Mak ayah mahu kami belajar rajin-rajin, jadi anak soleh. Pentingkan agama terlebih dahulu, kejar akhirat dari dunia," katanya
Intan pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak; Batrisyia pula menuntut di Kolej Komuniti Sik, Kedah; Uzair adalah pelajar Maahad Tahfiz Azzikr, Batu Belah Klang; Ahmadenijad di Sekolah Islam Al-Farabi Kampung Delek dan Nisa pula di tadika Pasti Islah, Sungai Sireh, di sini.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang Datuk Abdul Rashid Asari yang mengunjungi lima beradik itu memutuskan menjadikan mereka sebagai anak angkat Dun Selat Klang bermula sehingga mereka tamat belajar.
"Segala perbelanjaan, urusan harian, persekolahan mereka akan ditanggung oleh Dun Selat Klang dan saya juga bercadang menubuhkan satu tabung untuk mereka, kita akan guna untuk keluarga ini dan mungkin juga keluarga lain sebab saya percaya kawasan ini juga ramai kehilangan insan tersayang kerana Covid-19.
"Bermula hari ini, tabung ini saya masukkan tunai sebanyak RM5,000 dan mengalu-alukan sekiranya ada bantuan dari mana-mana pihak yang bermurah hati agar mereka tidak ketinggalan atau terganggu pelajaran.
"Saya berharap Intan akan jaga adik-adik, mereka semua selamat, selesa dan meneruskan pelajaran demi masa depan. Saya juga akan maklum kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) tetapi saya faham, LZS juga perlu bantu banyak keluarga sebab itu saya ambil inisiatif ini," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pusatjagaanyatim.blogspot.com/2021/09/lima-beradik-yatim-piatu-jadi-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Yatim Piatu Kerana Covid19

Anak Yatim Piatu Kerana Covid19

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 356 hits
Anak anak yang kehilangan ibu bapa akibat kemalangan sering berlaku dari masa ke masa Namun kematian akibat Covid 19 pada waktu yang hampir sama dan berturut turut adalah sangat mendukacitakan Gambar hiasanTRAGEDI anak anak yang masih kecil...
Senyuman Bermakna Di Asrama Asnaf Dan Anak Yatim

Senyuman Bermakna Di Asrama Asnaf Dan Anak Yatim

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 336 hits
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Gazette Noraini Abd Razak bergambar dengan Warden Asrama Rumah Anak Yatim Darul Taqwa Nadhirah Mokhtar serta anak anak yatim yang lain pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat Malaysia Gazette di Asrama Ru...
Asrama Anak Yatim Dan Asnaf Ebit Lew Di Gaza

Asrama Anak Yatim Dan Asnaf Ebit Lew Di Gaza

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 622 hits
KUALA LUMPUR Pendakwah dan aktivis Ebit Lew menubuhkan rumah anak yatim buat anak anak di Gaza Palestin Beliau menyewa dua unit rumah untuk dijadikan Rumah Kasih Umat dilengkapi empat bilik yang setakat ini menempatkan 10 orang anak yatim S...
Akibat Virus Maut Covid 19 1 517 Pelajar Jadi Anak Yatim

Akibat Virus Maut Covid 19 1 517 Pelajar Jadi Anak Yatim

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 281 hits
PUTRAJAYA 25 Ogos Sejumlah 1 517 pelajar di seluruh negara disahkan menjadi anak yatim atau yatim piatu akibat kematian salah seorang ibu bapa atau kedua duanya sekali akibat virus COVID 19 Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia jumlah ter...
Tawaran Belajar Tahfiz Percuma Untuk Anak Yatim Dan Asnaf

Tawaran Belajar Tahfiz Percuma Untuk Anak Yatim Dan Asnaf

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 213 hits
TAWARAN KEMASUKAN PELAJAR BARU SESI TAHUN 2021 Maahad Tahfiz Ad Dawwamah Kuala Kangsar Perak 1 Pengajian Syahadah Tahfiz AlQuran dan Pengajian Islam Tempoh pengajian 4 tahun Syarat kemasukan 1 Lelaki sahaja umur 7 hingga 15 tahun2 Minat Yan...
Menteri Pppa Penanganan Yatim Piatu Covid 19 Dilakukan Lintas Sektor

Menteri Pppa Penanganan Yatim Piatu Covid 19 Dilakukan Lintas Sektor

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 154 hits
Kemen PPPA melakukan berbagai upaya untuk memastikan anak anak yang orang tuanya meninggal akibat Covid 19 tetap mendapat hak pengasuhan Langkah ini penting untuk dilakukan agar dapat melindungi hak seluruh anak Indonesia termasuk mereka ya...
Niat Lufya Nak Ambil Jadi Anak Angkat Sukar Rupa Rupanya

Niat Lufya Nak Ambil Jadi Anak Angkat Sukar Rupa Rupanya

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 254 hits
Ramai yang tertanya tanya perkembangan mengenai kanak kanak perempuan yang dipercayai dipukul oleh bapanya sendiri di tempat awam Terkini pelakon Lufya Omar memberitahu anak malang itu kini dijaga sepenuhnya oleh Jabatan Kebajikan Masyaraka...
Anak Makcik Nie 9 Orang Makcik Call Sorang Pun Tak Angkat Akhirnya Makcik Pergi Sendiri

Anak Makcik Nie 9 Orang Makcik Call Sorang Pun Tak Angkat Akhirnya Makcik Pergi Sendiri

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 187 hits
Emak Sakit Pergi Hospital Sendiri Call 9 Orang Anak Tapi Sorang Pun Tak Jawab Sejak kecil kita dijaga dengan penuh kasih dan sayang oleh ibu bapa malah mereka akan pastikan tidak ada secalit kesan calar pun pada badan kita Namun bila kita d...
Jual Tisu Dapat Rm20 Satu Malam Vide0 Pernah Digelar Peng3mis Anak Kongsi Kep4yahan Ibu Istimewa Besarkan Adik Beradik

Jual Tisu Dapat Rm20 Satu Malam Vide0 Pernah Digelar Peng3mis Anak Kongsi Kep4yahan Ibu Istimewa Besarkan Adik Beradik

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 577 hits
Setiap manusia pasti pernah alami pengalaman pahit manis kehidupan semasa kecil Kita takkan terlepas daripada menerima uji4n dari Yang Esa Ujian itu juga mengajar kita erti kehidupan yang sebenar dan tidak ada jalan mudah untuk berjaya Sama...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian