Lima Beradik Meninggal Dunia Sebab Makan Telur Ikan


MELAKA – Salah satu kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Lintang, di sini, mempunyai kisah sejarah di sebaliknya sehingga tular dalam laman sosial, baru-baru ini.
Ia berikutan papan tanda yang tertera ayat ‘Kubur lima beradik mangsa telur ikan kurau’ sehingga menjadi tanda tanya kisah sebenar sebalik salah satu kubur yang mempunyai 10 batu nisan.
Namun, kejadian 43 tahun lalu itu masih segar di ingatan buat Makmor Kassim, 43, apabila adik-beradiknya meninggal dunia selepas memakan masakan telur ikan kurau.
Makmor yang kini bertugas di Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) merupakan adik bongsu kepada lima beradik berkenaan.
Menyingkap kembali kejadian menyayat hati pada 1 Disember 1974 itu, Makmor berkata, ketika itu dia baru berusia enam bulan dalam kejadian yang berlaku di Kampung Kandang, di sini.
Dalam kejadian itu, katanya, adik-beradiknya, Noraini Kassim, 11, Mohd Syukur, 8, Rohana, 6, Hijrah, 4, dan Norasyikin, 3, tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia selepas menikmati lauk asam pedas telur ikan kurau sebagai hidangan tengah hari.
Ekoran kejadian itu juga, katanya, bapa mereka, Kassim Alauddin dikejarkan ke hospital termasuk ibu mereka, Fatimah Hussein serta tiga adik-beradik Makmor dan beberapa orang lagi terdiri daripada ibu saudara dan sepupu mereka.
“Saya tidak berapa ingat sangat kejadian itu kerana baru berusia enam bulan. Tetapi dari apa yang diceritakan ayah dan emak, ia benar-benar mengemparkan masyarakat pada masa itu.
“Kejadian itu sukar untuk kami adik-beradik lain lupakan apatah lagi emak. Dia selalu sebak bila kisah keluarga kami ini disebut kembali. Mana ada ibu bapa yang tidak sedih apabila hilang lima anak sekali dalam satu masa,” katanya.
Keratan akhbar mengenai berita kematian lima beradik tersebut. Menurutnya, daripada apa yang diceritakan, bapa mereka membeli telur ikan kurau untuk dijadikan lauk.
“Ia berpunca daripada telur ikan yang dikatakan beracun. Ada 11 ahli keluarga kesemuanya terlibat, termasuk beberapa mak saudara berhampiran yang makan asam pedas telur ikan itu. Malangnya, lima adik-beradik saya meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri. Yang lain menerima rawatan di hospital,” katanya.
Makmor berkata, meskipun kejadian itu sudah lama berlalu, tetapi ia tidak pernah terpadam di dalam ingatannya.
“Peristiwa itu lama, tapi bila saya meningkat dewasa, orang kampung masih ramai yang memanggil nama saya dengan nama Syukur. Sama dengan nama arwah abang, mungkin rupa saya ada iras-iras arwah.
“Selalulah juga saya jelaskan pada mereka, nama saya Makmor. Syukur itu nama abang saya.
“Sebagai tanda ingatan buat arwah abang dan kakak, saya beri nama anak saya yang berusia tiga tahun dengan nama Syukur. Anak perempuan yang berusia setahun sembilan bulan saya namakan Hijrah. Sebab saya tidak mahu nama mereka luput dalam ingatan,” katanya.
Makmor bagaimanapun berkata, ayah dan emak tetap menerima reda dengan ketentuan Allah.
“Selepas ayah kehilangan lima orang anak, Allah gantikan mereka dengan lima adik-beradik lagi yang lahir selepas itu, sebagai pengubat kesedihan kedua ibu bapa kami,” katanya.
Menurutnya, selain lima adik-beradik yang meninggal dunia itu, tiga lagi masih hidup kerana tidak ada masa kejadian iaitu Zakaria, kini berusia 55 tahun yang merupakan abang sulung; Rahmat, 54, dan Hamidah, 51.
Katanya, selepas kejadian itu, Norijah, 42, Norazmah, 40, Mohd Safri, 33, Norhafizah, 32, dan Murni, 31, pula lahir.
“Enam orang adik-beradik kami masih menetap di Melaka termasuk saya. Seorang di Negeri Sembilan dan seorang di Singapura.
“Bagaimanapun ayah sudah meninggal dunia kira-kira 15 tahun lalu. Emak pula sudah uzur dan kini sudah berusia 76 tahun,” katanya. – CEMPEDAKCHEESE
The post Lima beradik meninggal dunia sebab makan telur ikan appeared first on Media Serius.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mediaserius.my/lima-beradik-meninggal-dunia-sebab-makan-telur-ikan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Padam Delete Akaun Instagram Bagi Pengguna Yang Sudah Meninggal Dunia

Cara Padam Delete Akaun Instagram Bagi Pengguna Yang Sudah Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 446 hits
Assalamualaikum dan Hai Sebelum ni Cik Renex pernah berkongsi tentang cara untuk padam akaun instagram kita Tapi sebenarnya bukan padam terus tapi pihak Instagram disable akaun kita sahaja Bila kita log in semula dia akan jadi aktif semula ...
Remaja Pakistan Meninggal Dunia Diduga Dianiaya Guru Karena Tak Bisa Hafalan

Remaja Pakistan Meninggal Dunia Diduga Dianiaya Guru Karena Tak Bisa Hafalan

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 318 hits
Insiden yang mencoreng dunia pendidikan itu terjadi Kamis lalu Sesaat setelah kematian Bilal tagar JusticeForHunian menggema di jagad Twitter Bahkan gerakan dukungan untuk kasus Bilal tersebut sempat menduduki peringkat teratas Twitter
Bayi 4 Bulan Meninggal Dunia Angkara Jerebu

Bayi 4 Bulan Meninggal Dunia Angkara Jerebu

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 264 hits
SEORANG bayi berusia empat bulan di Palembang Indonesia meninggal dunia akibat jerebu teruk yang berpunca daripada kebakaran hutan Mangsa Elsa Pitaloka mengalami masalah pernafasan pada Sabtu lalu di mana kampung yang didiami keluarganya di...
10 Hari Hilang Di Hutan Bondowoso Nenek 88 Tahun Ditemukan Meninggal Dunia

10 Hari Hilang Di Hutan Bondowoso Nenek 88 Tahun Ditemukan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 292 hits
Secara logika rasanya tidak mungkin nenek berusia 88 tahun bisa berjalan sampai sejauh itu Jika dilihat dari medan yang penuh pepohonan banyak yang sulit dijelaskan papar Rudi
Bayi 4 Bulan Meninggal Dunia Kerana Jerebu

Bayi 4 Bulan Meninggal Dunia Kerana Jerebu

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 319 hits
Seorang bayi berusia empat bulan di Palembang Indonesia meninggal dunia akibat jerebu teruk yang berpunca daripada kebakaran hutan Bayi 4 bulan meninggal dunia kerana jerebu
Ahli Parlimen Tanjung Piai Meninggal Dunia

Ahli Parlimen Tanjung Piai Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 611 hits
Ahli Parlimen Tanjung Piai Mohamed Farid Md Rafik 43 meninggal dunia awal pagi ini Allahyarham yang juga merupakan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri meninggal dunia sekitar 6 00 pagi tadi di Hospital Pontian Johor Wakil rakyat Ber...
Timbalan Menteri Jpm Meninggal Dunia Suara Tv

Timbalan Menteri Jpm Meninggal Dunia Suara Tv

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 517 hits
JOHOR BAHRU Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik yang juga Ahli Parlimen Tanjung Piai meninggal dunia di Hospital Pontian kira kira jam 6 pagi tadi dipercayai akibat serangan jantung Menteri Besar Datu...
Pelajar Ini Tidak Meninggal Dia Hanya Pengsan Dipercayai Akibat Tak Makan Sarapan

Pelajar Ini Tidak Meninggal Dia Hanya Pengsan Dipercayai Akibat Tak Makan Sarapan

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 433 hits
Tular sejak beberapa hari lalu satu klip video dipercayai dari Indonesia dengan kapsyen yang mendakwa seorang pelajar dilihat secara tiba tiba mengalami kekejangan Dalam video yang sama si penyebar turut mendakwa bahawa pelajar tersebut men...
Bekas Ketua Pesuruhjaya Sprm Meninggal Dunia

Bekas Ketua Pesuruhjaya Sprm Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 244 hits
Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Ahmad Said Hamdan 67 meninggal dunia di rumah anaknya di Rawang jam 11 10 malam tadi Mengesahkan perkara itu Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Shamshun Baharin Mo...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo