Lima Beradik Kini Yatim Piatu Ibu Koma Dua Bulan Meninggal Dunia



BUTTERWORTH: “Jika Mama dan Papa tiada nanti, kakak yang bertanggungjawab jaga adik-adik, pastikan semua kena pergi sekolah dan jangan ponteng,” demikian pesanan yang sering dititipkan Zuriana Hasan, kepada anak sulungnya, Nur Afni Nirwani Khairizul, 16

Zuriana, 35, menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 1 pagi tadi selepas dua bulan dia bertarung nyawa selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bersama suaminya, Khairizul Mohamad Noor,38

Dalam kejadian 9 Februari lalu, suami Zuriana meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikal yang ditunggang mereka dilanggar pemandu dipercayai mabuk pada jam 5 pagi di Kilometer 140.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala utara dekat susur ke Perai

Kini Nur Afni Nirwani, 16, serta adik-adiknya, Nur Istana Nadira,14; Nur Erna Nabila, 12; Nur Qurratul Ain, 7; dan Muhammad Khairi Zafran berusia hampir dua tahun bergelar yatim piatu selepas kematian kedua ibu bapa mereka

Nur Afni Nirwani berkata, beberapa hari lalu dia merasakan keadaan ibunya bertambah baik apabila mampu menggerakkan jari dan membuka mata

“Ketika itu saya panggil mama dan mama buka matanya sambil menggerakkan jarinya yang saya fikir mama akan kembali pulih tetapi semalam saya pergi melawatnya mama sudah tidak sedarkan diri


“Tidak lama kemudian, kami mendapat panggilan memaklumkan mama sudah pergi buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui selepas pengebumian jenazah ibunya di Tanah Perkuburan Islam Bagan Jermal, di sini, hari ini

Katanya, sebelum kemalangan yang berlaku hingga mengorbankan nyawa ibu bapanya dia sering mendapat pesanan supaya menjaga adik beradik dan tidak sesekali berpisah walau apa cara sekalipun

“Mama pesan jika dia dan papa tiada, saya kena tengokkan adik-adik dan jangan berpisah. Banyak kali mama pesan dan beri nasihat yang saya akan laksanakannya

“Pada masa sama, saya berharap orang yang melanggar mama dan papa hingga menyebabkan kematian mereka mendapat hukuman setimpal mengikut undang-undang,” katanya

Nur Afni Nirwani berkata, dia bersama adik-adiknya kini tinggal bersama datuknya, Hassan Ismail, 67, dan nenek, Asmalaili Mohd, 59

Sementara itu, Hassan berkata, sejak kemalangan yang menimpa anak perempuan dan menantunya, dia sering menasihati cucu-cucunya supaya reda terhadap apa yang terpaksa dilalui pada masa akan datang

“Setiap hari terutamanya cucu saya Qurratul Ain selalu tanya bila mama mereka akan balik tetapi saya kata mama nak balik ikut papa, jadi semua kena kuat

“Ini kerana, doktor sudah memaklumkan kepada saya bahawa anak saya sudah tidak ada harapan untuk sembuh dan meminta kami sekeluarga bersiap sedia dengan segala kemungkinan

“Jadi selain berdoa saya meminta cucu-cucu saya reda dengan ujian yang diberikan yang mana saya akan jaga mereka selagi kudrat masih ada,” katanya

Sumber: BH Online

from Sehinggit Media https://ift.tt/2JEhDTj
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/04/lima-beradik-kini-yatim-piatu-ibu-koma.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tenanglah Di Sana Glenn Fredly Meninggal Dunia Tinggalkan Isteri Anak Usia Dua Bulan

Tenanglah Di Sana Glenn Fredly Meninggal Dunia Tinggalkan Isteri Anak Usia Dua Bulan

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 277 hits
Industri seni hiburan Indonesia semalam sekali lagi dikejutkan dengan perkhabaran duka apabila pelantun lagu Januari Glenn Fredly dimaklumkan telah menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital di Jakarta selatan petang semalam Berita ...
Ibu Baru Meninggal Dunia Ayah Rindukannya Sebak Anak Kongsi Video Ayah Tenung Gambar Isterinya Dalam Telefon

Ibu Baru Meninggal Dunia Ayah Rindukannya Sebak Anak Kongsi Video Ayah Tenung Gambar Isterinya Dalam Telefon

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 377 hits
Perpisahan yang paling menyakitkan adalah perpisahan antara dua dunia kita tak lagi dapat bertemu mereka yang tersayang walau rindu macam mana sekalipun ayah rindu ibu Inilah yang dihadapi seorang lelaki warga emas selepas kehilangan isteri...
Ibu Meninggal Dunia Adik Ni Jerit Kearah Langit Nak Cakap Dengan Mama

Ibu Meninggal Dunia Adik Ni Jerit Kearah Langit Nak Cakap Dengan Mama

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 526 hits
Menghibakan Seakan tidak memahami hakikat sebenar seorang anak kecil memanggil ibunya yang telah meninggal dunia di langit Ibu Meninggal Dunia Adik Ni Jerit Kearah Langit Nak Cakap Dengan Mama
Baru 2 Bulan Kehilangan Ayah Kini Ibu Pula Pergi Buat Selama Lamanya Takziah

Baru 2 Bulan Kehilangan Ayah Kini Ibu Pula Pergi Buat Selama Lamanya Takziah

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 206 hits
Pada Februari lepas sepasang suami isteri kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur Perai Pulau Pinang selepas motosikalnya dirempuh sebuah kereta mabuk Kejadian itu menyebabkan pekerja kilang tersebut maut manakala isterinya ...
Van Bawa Petugas Kesihatan Kemalangan Doktor Dan Bayi 9 Bulan Meninggal Dunia

Van Bawa Petugas Kesihatan Kemalangan Doktor Dan Bayi 9 Bulan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 329 hits
GUA MUSANG 29 Mac Seorang doktor perubatan dan bayi lelakinya yang berusia sembilan bulan maut manakala tujuh lagi cedera apabila van kesihatan yang mereka naiki terbabas di Kilometer 11 Jalan Gua Musang Kuala Krai dekat Kampung Renok Baru ...
Ibu Pep Guardiola Meninggal Dunia Kerana Coronavirus

Ibu Pep Guardiola Meninggal Dunia Kerana Coronavirus

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 209 hits
Ibu kepada pengurus Manchester City Pep Guardiola telah meninggal dunia selepas dijangkiti wabak coronavirus Perkara itu diumumkan oleh City dalam akaun Twitter mereka Seluruh warga Manchester City dengan rasa sedih ingin memaklumkan mengen
Amerika Catat 4 476 Kematian Kerana Covid 19 Bayi 6 Bulan Mangsa Termuda Meninggal Dunia

Amerika Catat 4 476 Kematian Kerana Covid 19 Bayi 6 Bulan Mangsa Termuda Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 327 hits
NEW YORK Gabenor Connecticut Ned Lamont semalam mengesahkan seorang bayi berusia enam bulan meninggal dunia disebabkan komplikasi COVID 19 iaitu mangsa termuda yang menjadi korban wabak itu di Amerika Syarikat Berita itu ditulis di laman Tw...
Data 28 Maret 1 155 Kasus Positif Covid 19 59 Orang Sembuh 102 Meninggal Dunia

Data 28 Maret 1 155 Kasus Positif Covid 19 59 Orang Sembuh 102 Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 247 hits
Selain itu ada penambahan pasien sembuh sebanyak 13 orang sehingga total menjadi 59 kasus yang sembuh dan diizinkan pulang
How Does Private Equity Actually Work

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

Pondok Abuya

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Hiburan Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara Gara Terlanggar Ahli Keluarga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine