Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali bersama hasil rampasan dua pucuk pistol, sejumlah peluru, kelongsong peluru serta tiga bilah parang.
Turut dirampas ialah dua pucuk pistol, sejumlah peluru, kelongsong peluru serta tiga bilah parang. Pada Ogos tahun lalu, sub-komander Abu Sayyaf, Idang Susukan yang memenggal kepala rakyat Malaysia, Bernard Then Ted Fen pada November 2015, ditahan polis Filipina pada 13 Ogos 2020.
Seorang yang ditembak mati adalah antara pemimpin (sub-leader) kumpulan Abu Sayyaf dan dinamakan dalam senarai dikehendaki kerajaan Filipina - Pesuruhjaya Polis Sabah Idang antara 21 warga Filipina disenaraikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) sebagai penjenayah dikehendaki di Malaysia berhubung kes-kes penculikan untuk wang tebusan (KFR) di pantai timur Sabah.
Polis menembak mati lima lelaki ahli kumpulan Abu Sayyaf di penempatan haram kawasan hutan belakang Taman Sri Arjuna di sini 17 Mei lalu. Penculikan Bernard Then dari sebuah restoran makanan laut di Sandakan pada Mei 2015 sehingga mangsa dipenggal kepala antara kejadian yang didalangi Idang. – Utusan |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |