Lepas England Dan Arab Indian Pulak
Assalamualaikum...
NAK beli kasut.. Nak beli kasut..
Kalau masa muda-mudi dulu, Sk seorang penggila kasut, syukur sekarang dah insaf. Kalau pakai kasut mesti sampai haus tapak atau selagi tak kopak, selagi tu pakai. Tu takpa, duluuu.. kasut kerja lain, kasut jalan lain, sekarang, tulah dia kasut kerja, tulah dia kasut jalan. Nasib nak pergi kedai sarung selipar jer, hihi. Walaupun tiap kali Jumaat dan Sabtu, pergi meronggeng, masih tak jugak jumpa kasut yang berkenan di hati. Dua benda yang Sk agak sukar nak buat pilihan, handbag dan kasut.
Jadi, hari ini Sk ajak Pak Inche dan Iman ke Paradigm sebab kat situ jer ada kedai kasut yang Sk berkenan. Pak Inche pulak nak kena jumpa client jap. Mula plan nak keluar sarapan di luar dan jumpa client Pak Inche tapi bila dia kata, tak kisah pukul berapa nak jumpa, Sk rasa lebih baiklah sarapan di rumah dulu. Dah settle mendobi semua, baru keluar. Jadi, plannya makan tengahari di luar aje, senang...
Lepas beli kasut, nak beli barang lain tapi kedainya pulak di mall lain. Ada tiga mall, sila pilih satu, Iman kata, nak Aeon Tebrau. Lepas tu nak makan kat Johnny's, penuh dan beratur panjang. Pak Inche kata, makan kat Ashoka Adda Heights jer, lagi puas makan. Malas la nak gaduh pasal makan, kita layankan ajelah tekak anak mami mamak ni 😂😂😂
Ni pasal baca komen-komen post nasi arab tu, gigih tau Sk masukkan entri Indian Food ni, hahaha. Disebabkan waktu lunch pun sebenarnya dah lewat, jadi tak banyak lauk yang tinggal terutama lauk kambing kegemaran. Sk pilih Chicken Varuval serta Terung dan Kentang Goreng Kari. Dah namanya Ashoka Spice, mesti semua karrrriii narlerkerkk jugakkk.
Penuh nasi dalam dulang tapi mulut ni biashe, susah sangat nak minta kurangkan. Makan sampai licin pulak tuuuu.. Sk kan, mana pernah makan tak licin, hahaha.. Takut nasi menangis kalau makan tak habis katanya, hahahahah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2021/03/lepas-england-dan-arab-indian-pulak.html