Lepak Makan Di Container Kebab Seremban Centrepoint
Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Lepak Makan Di Container Kebab Seremban, Centrepoint sementara menunggu spek Aryssa siap. Psssttt... semalam Mrs. A cuti ehh! sajalah nak bagitahu ngeh! ngeh! ngeh!. Actually Mrs. A tak plan pun nak makan di Container Kebab ni tapi tulah ada masa 1/2 jam ke satu jam sementara nak menunggu spek Aryssa tu siap lagipun hujan time tu... so perut pun lapar derr... Bila Mrs. A tanya Adik dengan Aryssa jom kita makan kebab nak? Laju je depa jawab naakkkkk.....
Mrs. A pun belum pernah cuba Container Kebab by Baba Rafi ni lagi Adik dengan Aryssa dah pernah tapau tapi lepak makan belum, tu yang excited nau-nau nak lepak kat cafe ala hipster ha gittewww...
Lepak Makan Di Container Kebab Seremban, Centrepoint Ada pelbagai pilihan menu kebab dan ada jugak bukan kebab contoh macam ada menu mee, ada jugak nasi tapi tak banyak pilihanlah kalau tak silap Mrs. A [kalau silap mohon jangan saman ya] haish! lupa pulak nak snap gambar menu. Anyway menu pilihan Adik dan Aryssa ialah Original Kebab dedua pilih chicken kebab tapi tiga pilihan sos masing-masing bersama air pilihan masing-masing. Mrs. A pulak pilih Signature Kebab (Beef) dan smart kombo ada hot white coffee, fries + chili sauce.
Lepak Makan Di Container Kebab Seremban, Centrepoint.
Pilihan Adik Original Kebab chicken, tiga sauces black pepper, cheese and BBQ, Aryssa pun sama cuma sauces berbeza
Huwaaaa... kebab Mrs. A hitam nyesal lak pilih Signature Kebab ni sebab hitam dahlah nampak macam kertas tapi isi dalam dia sedappp penuh isi dan juicy.Overall pendapat Mrs. A tentang Container Kebab by Baba Rafi ini adalah sedap dan puashati next time boleh datang lagi. Cuma tulah Mrs. A tak nak dah pilih si kebab hitam ni pilih yang original tu jer... pasti takde tapi-tapi dah muahahahaaaa....
Okaylah cerita tentang Aryssa ni pulak dah banyak kali dia cakap nak buat spek kat Mrs. A tapi tulah Mrs. A buat donno jerk! ialah kalau ikut Mrs. A yang rabun ni lagilah tak suka nak pakai spek kalau setakat power tak berapa nak banyak tu tak perlu kot. Tapi kebetulanlah pulak kat Centrepoint ni ada kedai spek tengah promosi frame + lense mur..mur... je so Mrs. A pun layankanlah
Dah pilih-pilih frame, check mata guna mesin yang kat luar ni dulu. Selepas dah check yang kat luar tu barulah check yang kat dalam bilik yang lebih details tu. Bila keluar tu optometrist tu cakap mata kiri dia 100 dan kanan pulak ada silau sikit. Tapi sebab ini 1st time dia pakai spek so dia suggest power dikurangkan kepada 75 kiri dan kanan pulak 50 + 25 silau. Mrs. A memang dah boleh agak memang biasanya optometrist akan suggest begitu ini berdasarkan pengalaman Mrs. A yang memang rabun dan dah empat lima kali membuat spek.
Tadaaaa...
Beza nau-nau pilihan frame dia dengan Mrs. A tak kisahlah Aryssa janji happy yaLepas dah dapat panggilan dari kedai spek tu melaju jer... Aryssa pi collect spek dia. Pastu tak sabar-sabar nak pakai. Iyolah Aryssa benda baru memang cenggitu. Jangan dua tiga bulan nanti spek ntah ke mana tak ingat mana letak ha time tu jangan nak mengadu dengan ibu lagi ya. Tak ibu, Sha janji akan jaga elok-elok katanya. Amvoiii! kemahen!
Okay! itu sahaja nak share kisah Lepak Makan Di Container Kebab Seremban, Centrepoint sementara menunggnu spek Aryssa siap.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mrsablogstori.blogspot.com/2019/10/lepak-makan-di-container-kebab-seremban.html