Lendir Busuk Keluar Dari Mayat


Oleh ROSHIHAN ANNUAR YUB 26 Mac 2023, 8:38 pm
klik 👉 Follow Telegram @Hantu Dunia (large-bt)
SALAM sejahtera kepada semua pembaca Mingguan Malaysia. Hari ini saya ingin kongsikan sebuah kisah melalui pengalaman yang pernah saya lalui ketika dahulu. Walaupun kisah ini berlaku kira-kira 20 tahun lalu, namun ia tetap tersimpan kemas dalam lipatan memori. Kisah yang benar-benar memberi keinsafan dan menjadi pengajaran buat saya. Begini ceritanya…


Petang itu saya mengikut ayah ke kampung sebelah untuk menguruskan jenazah. Menurut cerita yang saya dengar arwah merupakan seorang bomoh yang cukup dikenali. Sebelum ini dikhabarkan arwah terlantar sakit hampir sebulan lamanya, tetapi dia tidak mahu dapatkan rawatan di hospital kerana menurutnya sebagai seorang bomoh dia lebih ‘tahu’ apa penyakit yang dihadapinya berbanding doktor.

Kedegilannya menyebabkan isteri dan anak-anaknya terpaksa akur dengan kemahuannya, jadi dia hanya terbaring di rumah sambil merawat penyakitnya dengan ilmu ‘bomohnya’.

Oh, lupa pula saya! Nama dan lokasi si mati tidak boleh saya dedahkan demi menjaga nama baik keluarga arwah. Apa yang berlaku biarlah Allah SWT sahaja mengetahui. Semoga kisah yang diceritakan ini menjadi pengajaran serta teladan buat kita semua. Begini kisahnya…

Sebaik saya dan ayah tiba di rumah arwah saya tercium bau pelik yang kurang menyenangkan. Bau busuk seperti longkang yang cukup meloyakan sehingga saya rasa mual dan hendak muntah. Rasanya bukan saya seorang yang alami, malah tetamu lain saya lihat menutup hidung dan mulut.

Setelah masuk ke dalam rumah barulah saya perasan bau tersebut datang dari jenazah yang terbaring di ruang tamu. Sebaik kain penutup dibuka, hati saya tersentuh melihat raut jenazah yang seakan menyimpan 1001 macam rahsia. Raut wajahnya seakan menggambarkan ketakutan, cemas, dan bermacam-macam lagi. Seperti tidak bersedia untuk menghadapi sakaratul maut.

Saya teruskan kerja mengukur jenazah bersama dua waris arwah supaya memudahkan tugas kami untuk memotong kain kafan nanti. Sebaik selesai, jenazah kemudiannya terus dimandikan.

Seperti biasa ketika proses mandi jenazah dijalankan, tubuh si mati perlu ditegakkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut-urut bagi mengeluarkan sisa najis dan kotoran, dan ketika itulah saya terkejut. Setiap kali perut arwah ditekan, setiap kali jugalah lendir hitam membuak-buak keluar dari duburnya. Baunya masya-Allah, hanya tuhan sahaja tahu. Yang menghairankan lendir itu seakan tidak berhenti. Setiap kali ditekan, setiap kali jugalah deruan lendir memenuhi lantai.

Dalam hati berkata, bilakah ujian ini akan berakhir kerana sejak saya membantu ayah menguruskan jenazah tidak pernah lagi saya bertemu kejadian seumpama ini. Saya berdoa dan istighfar berkali-kali. Saya lihat wajah anak arwah cukup sedih dan tertekan. Mungkin dia juga malu dengan apa yang berlaku. “Macam mana ini bang? Dari tadi tak berhenti-henti keluar lendir ni?” bisik anak arwah kepada saya. Saya hanya tersenyum. Sebenarnya saya sendiri tiada idea untuk menjawab pertanyaannya.

“Insya-Allah, kita doa dan minta kepada Allah SWT. Harap-harap sekejap lagi berhentilah,” kata saya menenangkannya.

Namun apa yang saya harapkan tidak jadi kenyataan. Saya gamit ayah lalu menceritakan apa yang berlaku. Dahinya berkerut bila mendengar cerita saya.

“Memang dari tadi lendir ni keluar tak henti-henti ke?” tanya ayah kepada saya. Saya mengangguk. Ayah lantas membantu. Dengan sedikit kepakaran yang ada dia lantas memicit-micit tubuh arwah sambil mulutnya kumat kamit membaca sesuatu.

Alhamdulillah, dengan kuasa Allah SWT lendir yang keluar dari tubuh arwah dilihat semakin berkurangan. Lantas ayah mengarahkan kami membawa jenazah ke ruang tamu untuk segera dikafankan.

“Kena uruskan jenazah cepat. Dah lewat sangat ini,” kata ayah sambil mengambil kain kafan yang siap dipotong di sisi jenazah.

Saya dan beberapa kariah di situ lantas membantu. Memang niat kami untuk uruskan jenazah secepat mungkin sebelum hari gelap. Namun tanpa disangka kejadian tadi berulang. Sebaik sahaja jenazah hampir lengkap dikafankan, tiba-tiba salah seorang anak arwah yang memberitahu saya.

“Bang, lendir tadi keluar semulalah,” katanya cemas. Lantas saya pusingkan sedikit tubuh arwah untuk memeriksa. Memang betul, lendir hitam sudah keluar sedikit demi sedikit. Terus saya bersihkan kotoran itu perlahan-lahan. Saya harap tiada siapa yang nampak walaupun bau mualnya sudah memenuhi segenap ruang tamu ketika itu. Saya dan beberapa rakan meletakkan banyak kapas supaya lendir yang mengalir tidak menembusi kafan yang membaluti jenazah. Pada masa sama, saya panjatkan doa dan memohon kepada Allah SWT agar jangan hinakan jenazah ini, cukuplah sekadar peringatan yang telah ditunjukkan kepada kami sebentar tadi.

Sebaik selesai, kami terus bersama-sama membawa jenazah ke tanah perkuburan. Dan peristiwa yang mengejutkan berulang lagi apabila sebaik sahaja jenazah dimasukkan ke dalam liang lahat, dengan tidak semena-mena pancutan air hitam yang busuk keluar dari celah-celah tanah. Kami yang berada di situ berasa pelik dan terfikir dari mana pula datangnya air itu sedangkan cuaca panas dan tanah pula kering kontang. Kami bingkas mengangkat semula jenazah naik ke atas.

“Saya mohon agar kita semua yang berada di sini berdoa kepada Allah SWT agar dipermudahkan urusan hari ini, terutamanya berkaitan jenazah yang perlu kita uruskan sekarang ini,” kata Imam Azhar yang ditugaskan untuk mengepalai bacaan talkin di situ.

Alhamdulillah, walaupun berdepan kesukaran namun jenazah arwah dapat juga disemadikan dengan sempurna pada lewat malam setelah kami bertungkus lumus menimba air yang memenuhi liang lahat ketika itu. Walaupun ramai di antara kami yang sudah kepenatan dan habis tenaga namun kami tetap teruskan tugas sehingga selesai.

Hampir seminggu berlalu, petang itu saya terserempak dengan anak arwah di pasar malam. Selain bertanya khabar dia juga mengucapkan terima kasih atas bantuan menguruskan jenazah ayahnya tempoh hari, Katanya, dia sedih dan malu dengan apa yang terjadi kepada arwah ayahnya. Fikirnya mungkin itu adalah balasan Allah atas segala kesilapan yang dilakukan ketika hayatnya.

Menurutnya ketika hayat, ayahnya mengubat pesakit dengan pelbagai upacara pelik. Walaupun ada menggunakan ayat-ayat suci al-Quran, namun arwah tetap menyelitkan mantera-mantera yang tidak difahaminya. Pernah juga dia tegur, namun dia pula dimarahi. Terlopong saya mendengarnya.

Pesan saya kepadanya agar sentiasa berdoa agar Allah SWT mengampunkan dosa arwah. Kata saya lagi, Allah SWT itu maha adil dan penyayang kepada umatnya mudah-mudahan roh arwah ditempatkan bersama golongan orang yang beriman. – Mingguan Malaysia

SOURCE: Utusan

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk mendapatkan kisah-kisah seram.
klik 👉 https://t.me/hantudunia87




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://hantudunia.blogspot.com/2023/03/lendir-busuk-keluar-dari-mayat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cium Bau Busuk Pemuda Di Gowa Temukan Mayat Bayi Dalam Rumah Kosong

Cium Bau Busuk Pemuda Di Gowa Temukan Mayat Bayi Dalam Rumah Kosong

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 114 hits
Warga Perumahan Natam Perdana Asri Dusun Baddo baddo Kecamatan Pattalasang Kabupaten Gowa digegerkan penemuan mayat bayi di sebuah rumah kosong Mayat bayi ditemukan berawal saat seorang pemuda mencium bau busuk
Senarai Filem Melayu 2023 Yang Keluar Panggung Wayang Dll

Senarai Filem Melayu 2023 Yang Keluar Panggung Wayang Dll

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 362 hits
Senarai Filem Melayu Tahun 2023 yang keluar di pawagam strim online MalaysiaKesemua filem melayu tempatan ini bakal disiarkan sama ada di pawagam atau tayangan secara online menerusi platform penstriman seperti Astro First Netflix Viu dan s...
Muda Tunjuk Pandai Tapi Hakikatnya Kosong Tanya Orang Berilmu Sebelum Keluar Kenyataan

Muda Tunjuk Pandai Tapi Hakikatnya Kosong Tanya Orang Berilmu Sebelum Keluar Kenyataan

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 120 hits
Bila orang MUDA yang ilmunya cetek tapi mahu membidas membalas apa yang telah ditetapkan Jabatan Agama Islam Selangor Keputusan dibuat JAIS telah melihat merujuk dengan pelbagai rujukan dan perbincangan mengikut pandangan dalam islam Nak sa...
Mahkamah Keluar Waran Tangkap Exco Terengganu

Mahkamah Keluar Waran Tangkap Exco Terengganu

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 182 hits
Hidir Reduan Abdul RashidMahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu mengeluarkan waran tangkap terhadap exco negeri Mohd Nor Hamzah yang tidak hadir hari ini untuk menyambung keterangan dalam pendengaran petisyen pilihan raya bagi membatalkan k...
Kesihatan Beransur Pulih Uai Dibenar Keluar Dari Hospital

Kesihatan Beransur Pulih Uai Dibenar Keluar Dari Hospital

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 151 hits
KUALA TERENGGANU Penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus dibenarkan pulang selepas dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk menerima rawatan sejak Selasa lalu Perkembangan itu dikongsikan oleh isterinya Rogayah Sulong menerusi hanta...
Meski Dah Keluar Yg Daesung Bigbang Setia Beri Sokongan Buat Lisa Blackpink

Meski Dah Keluar Yg Daesung Bigbang Setia Beri Sokongan Buat Lisa Blackpink

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 289 hits
Meskipun sudah tidak bernaung di bawah YG Entertainment lagi namun Dae sung BIGBANG masih setia memberi sokongan buat adik nya iaitu Lisa BLACKPINK ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 13 Mac Dae sung telah memuat naik video baru di YouTube perib...
Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mesyuarat Mpsm Kulai Bil 3 2024

7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun

Wanita Bersalin Semasa Buang Air Besar