Lemang Pas Cameron Highlands Terjual Rm4 000


Wartawan Malaysiakini 

   
MUKTAMAR PAS | Selain mengedarkan tabung derma jihad PAS juga ada cara tersendiri untuk mengumpul dana yang jauh lebih menarik.

Petang ini, bermodalkan sebatang lemang 'gergasi', PAS berjaya membuat kutipan sebanyak RM4,000 untuk disalurkan kepada cawangan parti itu yang bercadang membina markas mereka di Pos Lanai, Cameron Highlands.

Lelongan itu diadakan selepas tamat sesi perbahasan ucapan dasar presiden dan sebelum pembentangan usul-usul di Stadium Tertutup Sukpa, Bandar Indera Mahkota, Kuantan.

Timbalan Pengerusi Tetap Kamal Ashaari yang mengendalikan acara itu membuka bidaan pada harga RM200.

Pada satu ketika Muslimat PAS hampir berjaya menjadi pembida tertinggi apabila mereka menyatakan kesanggupan membayar lemang tersebut pada harga RM3,000.

Bagaimanapun lemang sepanjang 6 kaki 3 inci itu menjadi milik PAS Kuala Nerus yang menawarkan harga RM1,000 lebih mahal berbanding Muslimat PAS.

Untuk rekod kawasan Kuala Nerus adalah salah satu kerusi yang masih dikuasa PAS di Dewan Rakyat melalui wakilnya Dr Khairuddin Aman Razali, yang sebelum ini dilantik sebagai bendahari Ulama PAS Pusat.

Ketika wakil Kuala Nerus, Sukrimun Shamsudin, naik ke pentas dia mendapat kejutan apabila menerima satu lagi lemang gergasi sebagai hadiah percuma bersama lemang bidaannya.
Upacara penyerahan lemang itu disempurnakan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

“Jalan tengok belakang,” seloroh Kamal apabila Yang Dipertua PAS Kuala Nerus itu berjalan turun dari pentas sambil memikul lemang panjang di bahunya kerana bimbang buluh itu akan terkena mana-mana kepala pemimpin PAS di situ.

Sementara itu Timbalan Yang Dipertua PAS Cameron Highlands, Wan Mahadir Wan Mahmud, berkata dana yang diperolehi daripada lelongan tersebut akan digunakan bagi menyiapkan markas, selain membiayai aktiviti mereka di Pos Lanai.
PAS Cawangan Pos Lanai baru saja ditubuhkan semalam dan dirasmikan oleh Abdul Hadi sendiri.

"Ia adalah lemang yang asli 100 peratus dan dibakar selama lebih 10 jam di sini dan baru saja siap pagi tadi," katanya.

Menurut Wan Mahadir lemang itu dimasak bersama 2.5kg beras pulut.

N Faizal Ghazali, M Fakhrull Halim, Lu Wei Hoong, Mastura Malak dan Alyaa Alhadjri menyumbang kepada laporan ini.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/lemang-pas-cameron-highlands-terjual.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Giant Pas Lemang Takes Centre Stage Auctioned For Rm4 000

Giant Pas Lemang Takes Centre Stage Auctioned For Rm4 000

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 221 hits
PAS MUKTAMAR Aside from the customary circulation of donation bags the 65th central PAS muktamar in Kuantan here today saw the party adopting a more novel approach to raise funds After concluding debates on party president Abdul Hadi Awang ...
Penggunaan Racun Serangga Di Cameron Highlands Masih Tinggi

Penggunaan Racun Serangga Di Cameron Highlands Masih Tinggi

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 311 hits
CAMERON HIGHLANDS 22 Jun Tahap penggunaan racun serangga dalam kalangan pekebun di kawasan tanah tinggi Cameron Highlands masih tinggi kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin Beliau berkata penggunaan racun makhl...
Guru Rotan Kaki Murid Enggan Solat Dipenjara Sehari Denda Rm4 000

Guru Rotan Kaki Murid Enggan Solat Dipenjara Sehari Denda Rm4 000

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 462 hits
Mahkamah Tinggi mengekalkan sabitan terhadap seorang guru agama selepas didapati bersalah mencederakan kaki muridnya menggunakan rotan kerana enggan menunaikan solat semalam Hakim Datuk Abdul Halim Aman menjatuhkan hukuman penjara sehari da...
Ke Cameron Highlands Melalui Sungai Koyan

Ke Cameron Highlands Melalui Sungai Koyan

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 1533 hits
Selama ini kalau ke Cameron Highlands saya dan suami akan melalui Jalan Tapah atau Jalan Simpang Pulai Rupa rupanya kita juga boleh ke CH melalui Sungai Koyan baru kali ini kami tahu Ketinggalan sungguh Sekitar seminggu sebelum Ramadhan kam...
80 Tiket Laris Terjual Lebih 5 000 Penonton Dijangka Hadir Ke Konsert Terakhir Boyzone Di Kuala Lumpur

80 Tiket Laris Terjual Lebih 5 000 Penonton Dijangka Hadir Ke Konsert Terakhir Boyzone Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 251 hits
Lebih 5 000 penonton dijangka membanjiri Stadium Malawati Shah Alam pada 14 Jun ini bagi menyaksikan kumpulan kesayangan mereka Boyzone beraksi di pentas buat kali terakhir Jualan tiket bagi konsert Thank You amp Goodnight Farewell Tour 201...
Tudung Bernilai Rm70 000 Sehelai Telah Terjual

Tudung Bernilai Rm70 000 Sehelai Telah Terjual

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 402 hits
Perkara tersebut dimaklumkan Pengasas BE Haliza Maysuri sempena Oscar s Glamorous Night With As Galleria malam tadi sekali gus memecah rekod harga tudung termahal sebelum ini iaitu RM50 000 Haliza berkata tudung bertahtakan swarovski yang d...
Ringgit Dibuka Rendah Rm4 17

Ringgit Dibuka Rendah Rm4 17

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 217 hits
Tekanan perang perdagangan AS China jejaskan industri utama KUALA LUMPUR Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan pelabur tidak memasuki pasaran disebabkan ketidaktentuan yang menyelubungi perdagangan global dan ketegang...
Sumber Kewangan Src Rm4 Bilion Dari Kwap Geran Rm20 Bilion Dari K Jaan

Sumber Kewangan Src Rm4 Bilion Dari Kwap Geran Rm20 Bilion Dari K Jaan

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 443 hits
Bekas ahli Lembaga Pengarah SRC International Sdn Bhd Tan Sri Ismee Ismail memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa sumber kewangan SRC adalah daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan dan geran permulaan daripada keraj...
Cubaan Seludup Digagalkan Maritim Malaysia Rampas 400 000 Batang Rokok Putih

Cubaan Seludup Digagalkan Maritim Malaysia Rampas 400 000 Batang Rokok Putih

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 419 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Hari Ke 29 Rezeki Datang

Persediaan Persekolahan

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes

See The Chances Of Winning In Every Gacor123 Online Slot Bet

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Kelalaian Dan Runtuhnya Martabat Guru

Tutorial Menggunakan Google Docs Untuk Tingkatan Dasar

Kerajaan Razak Baginda Diperintah Bayar Rm9 Juta Kepada Keluarga Altantuya

Guru Tikam Murid 8 Tahun Hingga Maut Di Korea Selatan

Certot Pelaris

Openai Batalkan Model Ai O3 Demi Peluncuran Generasi Baru Yang Bersatu