Lelaki Hina Ydp Agong Akhirnya Ditemui Mereka Datang Betul Betul Depan Kedai Dan Ini Terjadi


Dulu selalu kita ditegur kerana mulut badan binasa tetapi zaman sekarang ayat itu harus diubah sedikit kepada ‘ Kerana Jari Badan Binasa ‘ atau ‘ Terlajak Tekan Send Kalau Lambat Memang Kena ‘.
Isu hina Agong dan Sultan ini sejak dua menjak macam semakin menjadi jadi. Perkara ini bukan kali pertama terjadi tetapi ini kali pertama (yang direkodkan) apabila rakyat datang bersemuka terus dengan orang yang tidak menghormati Agong.
Lelaki bernama Micheal Cheah menetap di Kuantan, Pahang dan mempunyai perniagaan telah meninggalkan komen yang agak tidak patut kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Gambar profile facebook lelaki ini menjadi tular dan akhirnya lelaki ini disemuka.

Ketika disemuka, lelaki tersebut mengatakan komen itu bukan untuk Agong sebenarnya dan terdapat masalah kepada telefon bimbit dia.
Netizen yang datang memang tidak percaya apa yang lelaki ini beri alasan dan mengajak dia pergi ke Balai Polis. Lelaki itu beritahu dia sedang berniaga dan akan tutup kedai selepas pukul 7 malam.
Mereka sanggup tunggu sampai kedai lelaki ini tutup.
Video Penuh Di Bawah ..

Kita masih menunggu laporan rasmi dari pihak PDRM. Samada mereka pergi ke balai polis tidak dapat kami pastikan.
Satu Lagi Kes Berasingan Tetapi Menghina YDP Agong Juga .. Laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook hina Agong – KUANTAN: Kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), jabatan kerajaan dan parti politik di Pahang membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pengguna laman sosial Facebook yang menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Laporan polis berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, hari ini.
Dalam status Facebook berkenaan, pengguna yang menggunakan nama Facebook ‘Desmond Yongkor’ bertindak memuat naik kata-kata yang menghina Yang di-Pertuan Agong ketika Istiadat mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan, semalam.

Antara yang membuat laporan polis itu adalah Badan Kebajikan Kerabat-Kerabat Negeri Pahang, Pertubuhan Ikatan Amal Islami Negeri Pahang, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia Negeri Pahang, Pejabat Agama Daerah Kuantan, UMNO Bahagian Kuantan, ABIM Pahang, WADAH Pahang, Malaysia Relief Agency Negeri Pahang dan Pertubuhan Akademi Pendidikan Indera Mahkota
Wakil kumpulan itu, Mohd Sharil Abdullah berkata, perbuatan itu tidak sepatutnya dilakukan terhadap Yang di-Pertuan Agong oleh pengguna laman sosial.
“Perkataan sebegini tidak sepatutnya dikeluarkan kepada pembesar dan pemimpin negara terutama Ketua Negara Raja Berperlembagaan yang semestinya dihormati oleh seluruh rakyat jelata.
“Sehubungan itu, kami menuntut pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas kepada pemilik akaun dan sesiapa sahaja yang membuat penghinaan kepada Tuanku selaku Ketua Agama Islam Negeri Pahang dan Malaysia umumnya,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis itu.
Mohd Sharil berkata, pengguna laman sosial berkenaan sepatutnya tidak layak menjadi rakyat Malaysia malah dia seharusnya dilucutkan status kewarganegaraan.
“Saya mengecam sekeras-kerasnya perbuatan pengguna laman sosial yang menghina dan mengutuk Al-Sultan Abdullah yang dilihat merendahkan martabat Raja Melayu.
“Saya meminta pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat perkara ini seterusnya mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang menghina Yang di-Pertuan Agong,” katanya.
Sementara itu, Kadi Daerah Kuantan, Abdul Zaki Md Zain, berkata beliau meminta semua pentadbiran masjid di daerah ini supaya membuat laporan polis terhadap pengguna laman sosial berkenaan.
“Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana Yang di-Pertuan Agong seharusnya dihormati oleh semua pihak.
“Janganlah sewenang-wenangnya membuat kenyataan yang menghina Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Bukit Aman dan beberapa jabatan kerajaan yang lain untuk mengesan suspek yang terbabit.
“Siasatan segera akan dilakukan bagi mengesan suspek yang terbabit. Saya ingin ingatkan kepada orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan seperti ini sebab polis akan ambil tindakan tegas terhadap pihak yang terbabit,” katanya.
Sumber : BHARIAN ONLINE via KLViral


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://depalmasp.com/lelaki-hina-ydp-agong-akhirnya-ditemui-mereka-datang-betul-betul-depan-kedai-dan-ini-terjadi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kebal Betul Mamat Ni Sebelum Ni Dia Hina Solat 5 Waktu Terkini Samakan Agong Baru Dengan Syaitan

Kebal Betul Mamat Ni Sebelum Ni Dia Hina Solat 5 Waktu Terkini Samakan Agong Baru Dengan Syaitan

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 926 hits
Bukankah saya sudah katakan bahawa Malaysia baru sgt lemah gemalai dgn penghina Islam dan individu yng tidak menghormati rukun negara Syabas Malaysia baru Link penghinaan bangsat ni ni terhadap solat 5 waktu
Polis Siasat Tiga Lelaki Berhubung Kes Hina Agong

Polis Siasat Tiga Lelaki Berhubung Kes Hina Agong

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 293 hits
SHAHRULANOOR ISHAK 02 Februari 2019 2 36 PM KUANTAN Polis di sini semalam menahan dua lelaki berusia 32 dan 36 tahun kerana melakukan ugutan jenayah terhadap seoran
Polis Tahan Peniaga Didakwa Hina Agong Disiasat Bawah Akta Hasutan

Polis Tahan Peniaga Didakwa Hina Agong Disiasat Bawah Akta Hasutan

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 344 hits
February 2 2019 6 46 PMKUANTAN Polis Pahang menahan seorang peniaga kerana disyaki menghina Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Facebook Ketua Polis Datuk Zakaria Ahmad berkata suspek berusia 45 tahun itu ditahan hari ini dan dibawa ...
Hina Agong Kerajaan Pahang Desak Tindakan Tegas Segera

Hina Agong Kerajaan Pahang Desak Tindakan Tegas Segera

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 286 hits
Kerajaan negeri Pahang mendesak supaya tindakan tegas dan hukuman segera dikenakan terhadap pihak yang menghina Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di laman sosial Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy ...
Hina Agong 20 Ngo Buat Laporan Polis

Hina Agong 20 Ngo Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 280 hits
Hina Agong 20 NGO buat laporan polis Dikemas kini 15 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 1 Feb 2019 8 48PM middot
Selepas Hina Bomba Lelaki Ini Datang Ke Balai Bertemu Dan Mencium Tangan Pegawai Bomba

Selepas Hina Bomba Lelaki Ini Datang Ke Balai Bertemu Dan Mencium Tangan Pegawai Bomba

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 696 hits
Seorang lelaki Cina telah mengeluarkan kata kesat di Facebook pada ruangan video live ketika usaha pihak Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia mengeluarkan kereta dan mangsa kemalangan di Jambatan Pulau Pinang dari dasar laut Kenyataan yang ter...
Lelaki Terjun Sungai Akhirnya Ditemui Dan Disahkan Telah

Lelaki Terjun Sungai Akhirnya Ditemui Dan Disahkan Telah

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 556 hits
Kota Bharu Seorang lelaki berasal Pasir Mas yang telah bertindak terjun ke Jambatan Sultan Yahya pada jam 11 05 pagi tadi telah ditemui oleh Pasukan Penyelamat Pihak Bomba dan Penyelamat dengan kerjasama beberapa pasukan menyelamat yang lai...
Oneplus Ingin Para Pengguna Merekabentuk Ciri Akan Datang Pada Peranti Mereka

Oneplus Ingin Para Pengguna Merekabentuk Ciri Akan Datang Pada Peranti Mereka

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 266 hits
OnePlus sering meminta maklumbalas daripada komuniti mereka sama ada mereka mengimplementasikannya ataupun sebaliknya Ini sekaligus menjadikan mereka salah satu pengeluar yang sedikit berbeza berbanding pelbagai pengeluar lain yang kurang m...
Biodata Sultan Pahang Ydp Agong Yang Baharu Dilantik

Biodata Sultan Pahang Ydp Agong Yang Baharu Dilantik

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 643 hits
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal Pekan Baginda adalah anak keempat daripada tujuh beradik hasil perkahwinan Sultan Ahmad Shah dengan Almarhum Tengku Ampuan Afzan Pada 1 Julai 1975 bag...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik