Lelaki Dakwa Boleh Kurung Covid19 Dalam Botol


Seorang lelaki yang mendakwa pengamal perubatan Islam menjadi tumpuan selepas mengaku mampu menangkap virus penyebab Covid-19 dan mengurungnya dalam botol.

Menerusi Facebook, individu berkenaan menunjukkan tiga rakaman video sedang menjalankan rawatan terhadap seorang pesakit.

"Saya telah menangkap dan mengurung (bukan selamanya) Convid-19 ke dalam botol. Botol ini saya isi air. Saya simpan dalam freezer (peti sejuk) bersama dengan botol air lain yang kosong dari Covid-19.

"Selama tempoh 5 hari botol berisi Covid-19 tidak membeku sedangkan botol air biasa beku dalam tempoh 6 jam," katanya di Facebook.


Ruqyah merupakan kaedah perubatan Islam dengan cara membaca ayat tertentu terhadap pesakit, kebiasaannya akibat perbuatan sihir atau gangguan jin.

Dalam video berkenaan, lelaki bergelar ustaz itu dilihat membacakan ayat-ayat ruqyah terhadap seorang pesakit yang duduk di kerusi, sambil disaksikan beberapa individu lain.

Pesakit berkenaan menghulurkan kedua-dua belah tangannya, ketika perawat itu membacakan beberapa potong ayat.


Asal dari binatang atau bukan

"Jika ada virus Covid-19 yang dipindahkan dari Hospital Sungai Buloh sama ada tangan kanan atau tangan kiri, turun, turun, turun," katanya sambil pesakit itu dilihat sukar menurunkan kedua-dua belah tangannya.

"Jika kamu (virus) berasal dari China gerak (tangan) sebelah kiri. Kalau bukan dari China bergerak ke kanan," katanya lagi sebelum pesakit itu menggerakkan tangannya yang kelihatan 'berat' ke sebelah kiri.

Kaedah sama digunakan untuk menyoal sama ada 'virus' itu berasal dari binatang atau sebaliknya, dan 'perawat' itu kemudian mendakwa ia bukan berpunca dari binatang.

Individu yang mendakwa pengasas sebuah akademi rawatan Islam itu kemudian dilihat membawa sebekas botol kosong.

Sambil berulang kali menyebut Allahuakbar, perawat itu kemudian 'menarik virus' pada kedua-dua belah tangan pesakit itu sebelum 'memasukkannya' ke botol berkenaan.

"Jika masih ada Covid-19 di tangan turun, turun," katanya disusuli pesakit berkenaan berjaya menurunkan tangannya perlahan-lahan.


Jual agama paling senang untung

Setakat malam tadi, salah satu rakaman video berkenaan dikongsikan lebih 1,000 orang dan mendapat komen daripada beratus yang lain.

"Jual agama paling senang untung," kata seorang pengguna Facebook.

"Elok hantar pakar ni ke hospital Sungai Buloh untuk membantu. Sebab yang dijangkiti makin meningkat," sindir seorang lagi pengguna media sosial.

Dalam satu hantaran lain, perawat itu memuat naik gambar sebuah buku bertajuk "Jin, Sihir dan Ruqyah Syariyyah" yang dikarang seorang pengamal perubatan Islam dari Indonesia bernama Musdar Bustamam Tambusai.

"Mengapa peruqyah tidak turun membantu menangani kes Covid-19. Ini jawapan kami yang diwakili tulisan Ustaz Musdar Bustamam Tambusai," tulisnya.

Antara lain, hantaran itu memetik kata-kata Musdar yang mengatakan bahawa kaedah ruqyah belum diakui oleh masyarakat dan pemerintah sebagai pencegahan kepada penyakit, mahupun sebagai kaedah penyembuhan.

"Jika ruqyah belum diakui oleh pemerintah, tentu para peruqyah diposisikan sebagai masyarakat awam yang tidak mengerti tentang penyakit dan obatnya," katanya memetik kenyataan Musdar.

Dukun menyamar jadi peruqyah

Bagaimanapun, Musdar sendiri menyangkal pendapat bahawa Covid-19 boleh disembuhkan menerusi kaedah ruqyah.

Beliau menjelaskan perkara itu melalui satu hantaran di Facebook bagi menjawab dakwaan individu berkenaan.

"Model ruqyah dengan cara menangkap jin, memenjarakan jin atau mengaku mampu menguasai jin dan sebagainya, bukan ciri ruqyah yang syar'i yang mengedepankan nilai dakwah.

"Jika prinsipnya seperti itu terhadap jin, maka terhadap gangguan yang lain juga sama. Misalnya, ketika melakukan ruqyah kepada pasien (pesakit) HIV, seorang peruqyah mengaku mampu menangkap virusnya, lalu membuangnya ke suatu tempat.

"Ini jelas bukan ruqyah tapi tepatnya dukun yang menyamar jadi peruqyah," kata Musdar.

Jika demikian kata Musdar, individu terbabit telah mendakwa dirinya mengetahui perkara ghaib, meskipun ghaib sifatnya tidak mutlak.

"Virus itu nyata tapi ghaib nisbi karena tidak dapat dilihat dengan mata telanjang. Orang yang mengklaim (mendakwa) dirinya mengetahui perkara ghoib, disebut dukun.

"Prinsip ruqyah harus sesuai syariah, logis dan terukur. Bukan bersifat klenik, irrasional atau supernatural yang cenderung aneh-aneh," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/03/lelaki-dakwa-boleh-kurung-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengamal Perubatan Dakwa Tangkap Kurung Covid 19 Dalam Botol

Pengamal Perubatan Dakwa Tangkap Kurung Covid 19 Dalam Botol

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 269 hits
Seorang pengamal perubatan Islam mendakwa telah berjaya mengurung virus Covid 19 yang sedang melanda negara Pengasas Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan Abdul Majid Hasan berkata pihaknya telah berjaya mengurung virus tersebut di dalam sebuah b...
Bekas Menteri Sukan Covid19 Pelajar Sabah Sarawak Terkandas Tak Boleh Pulang

Bekas Menteri Sukan Covid19 Pelajar Sabah Sarawak Terkandas Tak Boleh Pulang

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 325 hits
Bagi mahasiswa yang mengutarakan masalah kerana dipaksa balik dan tiada tempat tinggal jangan risau Saya sudah hubungi UMUTMUIAUPMSemua tidak mewajibkan pelajar balik ada alternatif yang disediakan Bagi Mahasiswa UITM yang terkesan Hubungi ...
Petugas Covid19 Boleh Claim Nasi Bungkus Percuma Di Restoran Pelita

Petugas Covid19 Boleh Claim Nasi Bungkus Percuma Di Restoran Pelita

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 372 hits
Banyak pihak yang mula menunjukkan penghargaan dan juga peka dengan pengorbanan yang dilakukan oleh anggota keselamatan dan kesihatan yang bertugas ketika perintah kawalan pergerakan ini Antaranya restoran Pelita Nasi Kandar turut menyediak...
Covid19 Kementerian Kaji Kemungkinan Boleh Hidup Dalam Sistem Pembentungan

Covid19 Kementerian Kaji Kemungkinan Boleh Hidup Dalam Sistem Pembentungan

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 248 hits
KEMENTERIAN Alam Sekitar akan menjalankan kajian menyeluruh mengenai risiko Covid 19 bagi mengenal pasti sama ada virus itu boleh merebak melalui sistem pembentungan Menterinya Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan hari ini berkata kementer...
Covid19 Boleh Keluar Caruman Kwsp Rm500 Sebulan Dari Akaun 2

Covid19 Boleh Keluar Caruman Kwsp Rm500 Sebulan Dari Akaun 2

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 409 hits
KUALA LUMPUR Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kemudahan pengeluaran caruman akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berkuat kuasa 1 April ini bagi membantu meringankan beban ditanggung rakyat Perdana Menteri berkata inisiatif pengeluar...
Dukun Dakwa Temui Penawar Covid19

Dukun Dakwa Temui Penawar Covid19

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 751 hits
Malaysia ada Raja Bomoh Indonesia ada Ningsih TinampiDukun dakwa temui penawar Covid 19 selepas masukkan virus dalam badanDukun kontroversi Indonesia Ningsih Tinampi mendakwa memasukkan virus Covid 19 dalam tubuhnya untuk merasai sendiri pe...
Covid19 Perkongsian Bekas Pesakit Yang Dikuarantin Selama 11 Hari Kini Sembuh Sepenuhnya

Covid19 Perkongsian Bekas Pesakit Yang Dikuarantin Selama 11 Hari Kini Sembuh Sepenuhnya

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 398 hits
Assalamualaikum wbt Saya ingin berkongsi pengalaman tentang Convalescent Plasma donation yang baru saya lakukan siang tadi Semoga ia dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca Untuk pengetahuan anda saya bekas pesakit COVID 19 kes 46 S...
Bagaimana Screening Dan Saringan Sample Ujian Covid19 Dibuat

Bagaimana Screening Dan Saringan Sample Ujian Covid19 Dibuat

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 350 hits
Sekarang ramai masih belum sedar tentang kepentingan mematuhi arahan Peraturan Kawalan Pergerakan atau dalam bahasa Inggeris disebut MRO ekoran masalah wabak pendemik Novel Coronavirus atau nCovic Covid19 Rakyat dipinta tampil untuk melakuk...
Sabar Tabah Hadapi Covid19 Mufti Pulau Pinang

Sabar Tabah Hadapi Covid19 Mufti Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 317 hits
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan adalah masa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran yang berkaitan dengan kerjaya supaya prestasi bertambah baik Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata ketika ini juga ibu bapa bole...
Antara Aktiviti Mingguan Kebun Bandar

Cara Dapatkan Bank Statement Cimb Bank Melalui Cimbclicks

Najib Razak Pemerkasaan Industri Rel

Ufp 2 Fun 28 2024 5 Top 88 By Morgan

P2vvip P2vvips Com 9 2024 P2vvip 1 P2vvip Top 73 By Jermaine

13 Habit Lelaki Yang Boleh Bawa Dia Jauh Ke Depan Dalam Diam Diam

Di Balik Layar Dakwah Yufid

8 Senarai Pempers Terbaik Di Malaysia Pada Tahun 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saifuddin Advises Rafizi To Stick To Party Elections Rather Than Speculations

10 Malaysians Fined For Illegal Street Racing In Hatyai

Teen Runs Red Light Crashes Into Motorcyclist While Fleeing Police In Sungai Petani

Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Sepak Takraw Piala Asia Penantian 34 Tahun Regu Berpasukan Berlarutan Thailand Tewaskan Malaysia 2 0

Hidung Mancung Jenis Hidung Cara Mancungkan Hidung