Lelaki Cedera Kena Serang Dengan Senjata Tajam Pistol Oleh Kerabat Pahang Di Kandang Kuda




KUANTAN: Seorang kerabat diraja Pahang bersama sekumpulan orang didakwa menyerang seorang lelaki menggunakan senjata tajam dan pistol sehingga mendatangkan kecederaan.
Alias Awang, 44, mendakwa dia menjadi mangsa serangan berkumpulan itu di sebuah kandang kuda di sini, Jun lalu.
Pekerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan itu memberitahu Malaysiakini, dia dihubungi oleh seorang individu dipercayai orang suruhan anak kerabat berkenaan untuk bertemu dengannya.
"Saya diserang oleh kira-kira 20 orang termasuk anak 'Tengku' berkenaan. Dalam kejadian itu seorang rakannya telah menyerang saya dengan menikam peha kanan saya dengan pisau.
"Anak Tengku berkenaan pula melepaskan tembakan ke arah kaki saya, namun tidak mengenai sasaran,” dakwanya yang membuat laporan polis pada 8 Jun, dua hari selepas kejadian.
Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan respons kerabat terbabit serta istana Pahang.
Alias (kiri) ketika membuat laporan polisAlias, Bapa kepada lapan orang anak itu berkata, dia difahamkan serangan terhadapnya dibuat susulan pertikaian berkaitan isu tanah di Rompin, yang dia terlibat dalam pembinaan jalan di situ.
Berdasarkan laporan polis yang dilihat Malaysiakini, Alias membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan selepas mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).


Alias mengalami kecederaan di bahagian paha dan menerima beberapa jahitan serta luka di bahagian kaki. 
Dia bagaimanapun menolak untuk ditahan di hospital, sebaliknya mahu melakukan penjagaan sendiri di rumah.
Berdasarkan laporan polis berkenaan, Alias mendakwa diserang sebaik tiba di lokasi kejadian dengan ditarik masuk ke dalam kabin kandang kuda.


Alias berkata, setakat ini dia telah dua kali dipanggil memberikan keterangan, termasuk terbaru beberapa hari lalu.
"Terbaru, beberapa hari lalu pihak polis memanggil saya ke balai untuk mendapat pengesahan saya nama pelaku yang telah menikam paha saya," katanya lagi.


Polis tahan tiga suspek utama
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu ketika dihubungi Malaysiakini berkata polis membuka siasatan bawah Seksyen 324 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata dan kerana merusuh. 


Katanya, seramai tiga orang lelaki yang disyaki sebagai suspek utama dalam kes berkenaan telah ditangkap dan direman tujuh hari bagi membantu siasatan, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis. 
Dua lagi individu juga ditahan dan dibebaskan selepas keterangan mereka direkodkan, tambah Wan Mohd Zahari. 
Pegawai polis itu bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen atau mengesahkan mengenai penglibatan seorang kerabat diraja dalam kejadian tersebut. 
"Kita sudah membuat tangkapan terhadap suspek utama dalam kes ini," kata Wan Mohd Zahari.
Ditanya mengenai dakwaan mangsa berkenaan penggunaan sepucuk pistol dalam kejadian itu, dia berkata polis masih memeriksa dakwaan tersebut.
"Kita lihat sekiranya ada keperluan untuk siasat, kita akan siasat lebih lanjut (mengenai dakwaan tembakan),” katanya.
“Setiap sudut kita siasat," tambahnya. #malaysiakini
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/09/lelaki-cedera-kena-serang-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mangsa Serangan Kerabat Pahang Di Kandang Kuda Alias Bersyukur Nyawanya Masih Panjang

Mangsa Serangan Kerabat Pahang Di Kandang Kuda Alias Bersyukur Nyawanya Masih Panjang

papar berkaitan - pada 7/9/2024 - jumlah : 222 hits
KUALA LUMPUR nbsp Alias Awang yang dibelasah teruk dan ditembak oleh sekumpulan lelaki termasuk seorang kerabat diraja Pahang bersyukur nyawanya masih dipanjangkan oleh Allah MalaysiaGazette difahamkan mangsa telah dibelasah hampir tiga jam...
Kerabat Pahang Didakwa Serang Penambak Jalan Dengan Pisau Pistol

Kerabat Pahang Didakwa Serang Penambak Jalan Dengan Pisau Pistol

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 144 hits
MalaysiakiniSeorang kerabat diraja Pahang bersama sekumpulan orang didakwa menyerang seorang lelaki menggunakan senjata tajam dan pistol sehingga mendatangkan kecederaan Alias Awang 44 mendakwa dia menjadi mangsa serangan berkumpulan itu di...
Polis Pahang Tahan Lima Individu Yang Di Syaki Menyerang Seorang Lelaki Di Kandang Kuda

Polis Pahang Tahan Lima Individu Yang Di Syaki Menyerang Seorang Lelaki Di Kandang Kuda

papar berkaitan - pada 6/9/2024 - jumlah : 187 hits
KUANTAN Lima individu yang ditahan kerana disyaki menyerang seorang lelaki di sebuah kandang kuda di sini telah dibebaskan dengan jaminan polis Penahanan tersebut susulan laporan polis oleh seorang lelaki yang mendakwa diserang seorang kera...
Fahmi Fadzil Dakwaan Jenayah Libatkan Kerabat Pahang Kerajaan Serah Pada Pihak Berkuasa

Fahmi Fadzil Dakwaan Jenayah Libatkan Kerabat Pahang Kerajaan Serah Pada Pihak Berkuasa

papar berkaitan - pada 7/9/2024 - jumlah : 204 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan seorang pekerja pembinaan jalan yang menjadi mangsa serangan berkumpulan kerabat diraja Pahang di Kuantan Jun lalu Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil be...
Hiburan Kerabat Pahang Didakwa Mengasari Orang Awam Ini Respon Tengku Hassanal Saya Tak Akan Melindungi Mana Mana Pihak

Hiburan Kerabat Pahang Didakwa Mengasari Orang Awam Ini Respon Tengku Hassanal Saya Tak Akan Melindungi Mana Mana Pihak

papar berkaitan - pada 6/9/2024 - jumlah : 188 hits
Tengku Mahkota Pahang tampil memberi respon apabila seorang individu mendakwa dirinya diserang kerabat diraja Pahang Titah Tengku Hassanal beliau memandang serius mengenai dakwaan itu dan telah meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindaka...
Kerabat Pahang Di Dakwa Belasah Bekas Polis Tengku Hassanal Arah Siasatan Di Lakukan Segera

Kerabat Pahang Di Dakwa Belasah Bekas Polis Tengku Hassanal Arah Siasatan Di Lakukan Segera

papar berkaitan - pada 6/9/2024 - jumlah : 169 hits
KUANTAN Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan polis segera menyiasat dengan telus dan adil berhubung dakwaan seorang kerabat Pahang bersama sekumpulan individu menyerang seorang ...
No One Is Above The Law Including Royalty Pahang Crown Prince

No One Is Above The Law Including Royalty Pahang Crown Prince

papar berkaitan - pada 6/9/2024 - jumlah : 158 hits
Pahang Crown Prince Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah has urged the police to investigate claims that a member of the state s royal family was allegedly involved in an attack against a road construction worker In an Instagram story post Ten...
Serangan Memerang Di Kota Kinabalu Menyebabkan Seorang Pelari Cedera Parah

Serangan Memerang Di Kota Kinabalu Menyebabkan Seorang Pelari Cedera Parah

papar berkaitan - pada 12/9/2024 - jumlah : 211 hits
Seorang pelari berusia 30 an mengalami kecederaan serius apabila dia diserang oleh sekumpulan memerang termasuk dua anaknya di Taman Perdana di Kota Kinabalu Kejadian itu adalah kes pertama yang dilaporkan di negeri ini dan Mariasella Harun...
Muktamar Pas Pahang Hargai Kunjungan Ketua Polis Daerah Temerloh Ke Kompleks Al Makmur

Muktamar Pas Pahang Hargai Kunjungan Ketua Polis Daerah Temerloh Ke Kompleks Al Makmur

papar berkaitan - pada 7/9/2024 - jumlah : 188 hits
TEMERLOH PAS Pahang mengucapkan terima kasih kepada pihak IPD Temerloh yang diketuai Ketua Polis Daerah ACP Mazlan Hassan di atas kunjungan ke Kompleks Al Makmur Kerdau dekat sini pada Rabu Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Hassanuddin Salim ...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti