Legallery Suites Hotel Hotel Murah Dan Selesa Brunei


Ramai yang cakap, Brunei is nothing.. tak ada tempat yang menarik. Tapi semuanya ternyata dusta dan tipu belaka. Bagi i, anda patut ke Brunei kerana selain ianya Negara Islam, ia juga sebuah negara yang tenang dan mendamaikan. Sekali anda pergi, pasti tahun-tahun akan datang anda nak pergi lagi menjejakkan kaki ke Negara jiran itu,



LEGALLERY SUITES HOTEL | HOTEL BAJET DAN TERMURAH DI BRUNEI

Strategik! itulah yang boleh i katakan bila pertama kali menjejakkan kaki ke hotel tersebut. Mana tidaknya, hotel itu terletak berhampiran dengan tempat-tempat yang popular dengan hanya beberapa minit dari hotel tersebut seperti

1. Sultan Omar Ali Saifuddien Mosque

Berjalan-jalan di sekitar Bandar Seri Begawan, tiba-tiba anda terpandang sesuatu yang bersilau-silau, apakah agaknya yang menyilau pandangan anda? Kemungkinan besar itu adalah gemerlapan emas yang datang daripada kubah Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin. Ya, kubah utama masjid ini diselaputi oleh emas tulen


Dengan ketinggian sekitar 171 kaki, masjid ini dapat dilihat dimana sahaja anda berada di sekitar Bandar Seri Begawan. Yang menariknya lagi tentang masjid ini adalah kerana ia juga dibina di tepian Sungai Brunei dan dikelilingi oleh taman bunga yang indah. Rekaan dalaman masjid ini tak kurang hebatnya kerana hampir kesemua material yang digunakan dalam pembinaan masjid ini didatangkan daripada luar negara seperti chandelier kristalnya yang datang dari England, lantai marmarnya yang diimport dari Itali dan karpetnya pula dari Arab Saudi. Teringin melihat semua ini di depan mata sendiri? Tunggu apa lagi? Melanconglah ke Brunei. 
2. Yayasan Sultan Haji Hassanai Bolkiah Shopping Complex


Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Kompleks Yayasan), merupakan salah satu projek pembangunan infrastruktur Yayasan yang tersergam indah di ibu negara dan merupakan di antara dua mercu tanda utama Bandar Seri Begawan, iaitu Sungai Brunei dan Masjid Omar 'Ali Saifuddien. Sejak ianya dibina, kompleks berkenaan menjadi tarikan kepada orang ramai dan juga para pelancong.

3. Brunei Water Village

Kampong Ayer merupakan kawasan penempatan awal di Brunei yang bermula sejak sekitar 1300 tahun yang lalu. Kampung ini juga dahulunya merupakan kawasan yang penting dalam aktiviti perdagangan di Kepulauan Borneo. Kini, Kampong Ayer masih lagi sebuah kawasan yang kelihatan agak klasik berbanding dengan kawasan lain di Brunei. Setibanya anda di sini nanti, anda dapat melihat rumah-rumah yang dibina di atas air, satu pemandangan yang agak unik untuk disaksikan.


Kalau anda mengikuti lawatan berpandu sewaktu ke sini, anda mungkin akan dibawa masuk ke dalam sebuah rumah untuk menikmati secawan air teh beserta makanan. Di samping itu, anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan bot untuk membawa anda makan angin menyelusuri sungai, melihat kawasan paya dan bermacam lagi fauna di alam hijau ini.

4. Royal Regalia Museum


Royal Regalia Building ataupun Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja yang terletak di tengah-tengah Bandar Seri Begawan ini menempatkan pelbagai replika diraja yang termasuklah mahkota-mahkota, pakaian dan banyak lagi. Di samping itu, terdapat juga pameran pemberian berharga yang telah diberikan kepada kerajaan Brunei, diperbuat daripada pelbagai material seperti kristal, perak dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, anda tidak dibenarkan mengambil gambar di sini ya.

5. Istana Nurul Iman

Sudah sampai ke Brunei, pastinya tempat pertama yang tak sabar untuk anda lihat adalah istana gah ini yang dinamakan Istana Nurul Iman. Bukanlah istana yang biasa, Istana Nurul Iman ini tersenarai di dalam Guinness Book of Records sebagai istana kediaman raja yang terbesar di dunia. Terletak berdekatan dengan Sungai Brunei, istana yang berkubah emas ini dapat dilihat dengan jelas dari Taman Persiaran Damuan. Anda juga dapat melihat kemegahan istana ini dengan menaiki bot menyelusuri Sungai Brunei.


Rekaan dalaman istana ini pula telah dihasilkan oleh Khuan Chew yang juga terlibat dalam pembinaan Burj Al Arab di Dubai. Teringin untuk melihat bagaimana keadaan istana ini dari dekat? Boleh, tapi istana ini hanya dibuka 3 hari pada Hari Raya Aidilfitri. Kalau anda datang pada hari-hari ini anda tersangatlah beruntung, kerana anda bukan sahaja dapat memasuki ruang istana, anda juga dapat menikmati bermacam juadah yang dihidangkan. Bukan itu sahaja, dapat bersalam-salaman dengan keluarga diraja lagi!

6. Masjid Hassanil Bolkiah


Masjid Hassanil Bolkiah  merupakan salah satu daripada 2 buah masjid negara di Brunei. Masjid yang dibina pada tahun 1992 ini memiliki 29 buah kubah yang menyilau keemasan terutama apabila tiba waktu malam. Boleh memuatkan 5000 jemaah pada satu-satu masa, masjid ini merupakan yang terbesar di negara ini. Bukan sahaja memiliki rekabentuk luaran yang mengujakan, dalaman masjid ini juga agak mewah, lengkap dengan eskalator khas untuk kegunaan sultan.

7. Jerudong Park


Shopping dah, makan pun sudah, nak buat apa lagi? Apa lagi kalau bukan berseronok sepuasnya di Jerudong Park! Barulah hebat percutian ni. Antara tarikan menarik yang terdapat di Jerudong Park adalah ferris wheel yang mana anda dapat melihat kawasan sekitar taman seluas pemandangan, roller coaster yang sesuai untuk pelbagai peringkat umur, bot pedal yang membawa anda mengelilingi sekitar tasik di Jerudong Park, carousel, bumper car, waterpark dan banyak lagi! Ceriakanlah percutian anak-anak anda ke Brunei dengan membawa mereka ke sini.

8. Pantai Tungku


Merupakan salah satu pantai peranginan yang terkenal di Brunei selain Pantai Seri Kenangan, Tutong & Pantai Muara. Di pantai ini juga menyediakan kemudahan sukan ATV.

Lapar? Nak makan?

Ini juga merupakan kelebihan utama le gallery hotel ini kerana mempunyai pelbagai pilihan gerai makanan sama ada makanan Western, asia dan juga fast food dan sudah semestinya ianya Halal. opss... jangan lupa merasai makanan tradisi Masyarakat Brunei yang sememangnya sedap dan lazat.


Selain itu, walaupun hotel ini murah, namun ia tidak akan sesekali pernah menghampakan anda. Nak tahu kenapa? Saiz biliknya yang agak luas dan selesa mampu membuatkan bibir anda sampai ke telinga. nescaya anda sendiri pun tidak percaya dengan apa yang lihat. Mereka juga menyediakan kelengkapan yang serba serbi lengkap seperti hotel-hotel yang bertaraf 5 bintang.



Jadi tunggu apa lagi jom la datang Brunei!!! Hotel pun murah, makanan yang sedap serta tempat yang mendamaikan sesuai untuk anda yang stress bekerja.

Address: 
LeGallery Suites HotelCrown Princess Complex, Jalan Laksamana Abdul Razak, Bandar Seri Begawan BA1712,Brunei
Phone: +673 222 1228

p/s : sumber history tempat menarik di www.maisinggah.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.kisahrissaziela.com/2018/10/legallery-suites-hotel-hotel-murah-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
D Wharf Hotel Mewah Harga Murah

D Wharf Hotel Mewah Harga Murah

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 705 hits
Patrick bersama kakitangan D Wharf Hotel and Services Residence JIKA anda datang ke Port Dickson dan inginkan penginapan moden mewah dengan harga berbaloi anda boleh cuba menginap di D Wharf Hotel and Services Residence yang terletak di per...
Misi Mencari Handsock Muslimah Cantik Selesa Dengan Harga Murah Telah Terlaksana

Misi Mencari Handsock Muslimah Cantik Selesa Dengan Harga Murah Telah Terlaksana

papar berkaitan - pada 7/10/2018 - jumlah : 824 hits
Assalamualaikum awak awak semua salam manis manis sayang sayang dari aku untuk hari ni Eh tetiba manis sayang ni dah kenapa Buang tabiat Haha sebenarnya daku terlajak happy tersangat sangat happy tahap cipan kerana dah berjaya memiliki hand...
Tamu Hotel Suites Kuala Lumpur Usah Lepas Pandang Mesti Kena

Tamu Hotel Suites Kuala Lumpur Usah Lepas Pandang Mesti Kena

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 589 hits
Semua gambar diambil menggunakan iPhoneX Gambar di upload tak payah edit Puas hati Hotel lagi Usah lepas pandang mesti kena Kenapa kena tempah nanti baca baru tau Kata genius traveler hihi Ya pernah dengar Tamu Hotel Kuala Lumpur yang terle...
Handsock Selesa Dan Murah Dari Satu Makna 4u Collection

Handsock Selesa Dan Murah Dari Satu Makna 4u Collection

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 715 hits
Assalamualaikum Handsock Selesa dan Murah Dari Satu Makna 4U Collection Handsock ni dikira keperluan jugak untuk seorang muslimah Tapi nak cari handsock yang colourful trendy serta murah memang susah nak jumpa Gee sangat perlukan handsock b...
Bff Trip Bercuti Di Cameron Highlands Naik Bas Dan Duduk Hotel Murah Jer

Bff Trip Bercuti Di Cameron Highlands Naik Bas Dan Duduk Hotel Murah Jer

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 615 hits
Salam dears Beberapa minggu lepas Mama dan kawan baik Mama buat kerja gila sikit Tiba tiba je dapat idea ehh jom pergi bercuti berdua kita backpacking ja pergi naik bas ke Cameron Highlands dan duduk hotel murah murah ja kat sana Bincang bi...
Harga Oppo A39 Smartphone Murah Dengan Kamera Depan Jernih

Harga Oppo A39 Smartphone Murah Dengan Kamera Depan Jernih

papar berkaitan - pada 14/10/2018 - jumlah : 234 hits
Harga Oppo A39 smartphone murah dengan kamera depan jernih Sepertinya tidak sah rasanya jika ingin membeli smartphone namun tidak mempertimbangkan produk Oppo Vendor smartphone asal negeri Tiongkok ini tak berhenti menawarkan berbagai produ...
Usahakan Beri Wang Belanja Pada Isteri Walaupun Sikit Jika Isteri Anak Gembira Lagi Murah Rezekinya

Usahakan Beri Wang Belanja Pada Isteri Walaupun Sikit Jika Isteri Anak Gembira Lagi Murah Rezekinya

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 351 hits
Bila dah berumah tangga ramai yang bertanya macam mana nak murah rezeki Sebelum ini ada yang kata tak perlu nak berkira dengan anak dan isteri Ada juga yang kongsikan selagi kita beri rezeki pada ibu bapa lagi banyak rezeki Allah kembalikan...
Cari Servis Artikel Advertorial Yang Paling Murah Atau Yang Boleh Menepati Kriteria

Cari Servis Artikel Advertorial Yang Paling Murah Atau Yang Boleh Menepati Kriteria

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 284 hits
Saya rasa saya dah agak lama tak menerima sebarang job untuk menulis artikel review mahupun tugas menulis artikel advertorial Permintaan itu masih ada cuma saya rasa saya nak berehat dulu Sebagai seorang penulis blog sudah tentu saya ada pe...
Time Lancar Pelan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Pada Harga Murah

Time Lancar Pelan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Pada Harga Murah

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 360 hits
Berita baik buat anda yang sering streaming video secara online atau kaki download movie TIME Internet kini menawarkan pelan istimewa untuk anda Pada 7 Oktober yang lalu TIME Internet telah melancarkan perkhidmatan jalur lebar rumah yang te...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game