Lebih Rm590 Ribu Disumbangkan Dalam Program Komuniti Mcdonald S Bantu Rakyat Pantai Timur


Assalamualaikum

Lebih RM590 Ribu Disumbangkan Dalam Program Komuniti McDonald’s Bantu Rakyat Pantai Timur | Seiring dengan nilai teras McDonald’s Malaysia dalam memberi semula kepada masyarakat, sejumlah RM594,800 disumbangkan oleh syarikat khidmat segera terkemuka ini demi meringankan beban golongan masyarakat kurang berkemampuan di Terengganu. Program Komuniti merupakan usaha tahunan McDonald’s Malaysia mendekati masyarakat, dan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat.

Antara inisiatif-inisiatif kemasyarakatan yang diumumkan di bawah Program Komuniti Peringkat Negeri Terengganu termasuklah, pembayaran zakat perniagaan McDonald’s, pelantikan belia-belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada kanak-k anak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah.

“Kami amat menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat. Sebagai syarikat terkemuka dengan reputasi yang kukuh di Malaysia, kami ingin memainkan peranan kami kearah mewujudkan impak positif kepada masyarakat, lebih-lebih lagi di sekitar lokasi operasi kami,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.

YB Dato' Haji Yahya bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu merupakan tetamu kehormat yang hadir di majlis ini, mewakili YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.

“Sokongan pelbagai pihak dalam membantu kerajaan negeri memikul tanggungjawab sosial dan usaha kearah meningkatkan kualiti hidup masyarakat adalah sesuatu yang amat penting. Hal ini membolehkan setiap anggota masyarakat lebih-lebih lagi mereka yang kurang bernasib baik menerima bantuan sewajarnya kearah kehidupan yang lebih baik. Kerjasama awam-swasta sebagaimana yang dilakukan oleh McDonald’s Malaysia menerusi Program Komuniti yang dianjurkan merupakan sesuatu yang wajar dipuji,” kata YB Dato' Haji Yahya bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu merupakan tetamu kehormat yang hadir di majlis ini, mewakili YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.


Sejumlah RM594,800 disumbangkan oleh McDonald’s Malaysia melalui Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Terengganu untuk meringankan beban golongan memerlukan di negeri ini. Inisiatif-inisiatif yang diumumkan termasuklah penyerahan zakat perniagaan bagi tahun 2019, penyerahan sijil pelantikan kepada pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah”.



Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu ketika menyampaikan ucapan bagi pihak Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu di Majlis Penyampaian Sumbangan Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Terengganu.



Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia menyatakan komitmen McDonald’s Malaysia kearah mewujudkan impak positif kepada masyarakat, lebih-lebih lagi di sekitar lokasi operasinya.





(kiri) Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia ketika menyerahkan bayaran zakat perniagaan McDonald’s Malaysia bagi negeri Terengganu untuk tahun 2019 kepada (dua dari kiri) Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, sambil disaksikan oleh (tiga dari kiri) Encik Saidi bin Salleh, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).



(tengah) Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia dan Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu bersama para pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s ketika Majlis Penyampaian Sumbangan Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Terengganu.



(empat dari kiri) Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia dan (lima dari kiri) Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu bersama kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga kurang berkemampuan di Terengganu yang menerima pek “Kembali ke Sekolah”. Lebih 1,900 kanak-kanak sekolah rendah melibatkan 65 sekolah di serata Terengganu menerima pek ini.

Inisiatif pekerjaan untuk belia melalui SLDN McDonald’s

Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s merupakan program latihan yang berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah. Program ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD), Kementerian Sumber Manusia – salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda negara.

"Kami teruja untuk mengalu-alukan para belia dari negeri Terengganu untuk menyertai program latihan kami ini. Diharap melalui program ini, belia yang terpilih akan mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk memajukan diri dan memulakan karier yang menjamin masa depan seterusnya meningkatkan status ekonomi keluarga masing-masing," kata Azmir.

Program ini adalah sebahagian daripada Program Komuniti yang dianjurkan untuk belia daripada golongan kurang berkemampuan. Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program ini, mereka layak bekerja di restoran McDonald's. Setakat ini, terdapat 650 pelatih sedang menjalani SLDN McDonald’s.

Setiap pelatih menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma.

Program “Kembali ke Sekolah”






Lebih 1,900 kanak-kanak dari 65 sekolah di seluruh negeri Terengganu menerima pek “Kembali ke Sekolah” tahun ini. Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program “Kembali ke Sekolah” 2019 yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober lalu, merupakan yang terbesar setakat ini – dengan jumlah sumbangan mencecah RM3 juta bagi membolehkan seramai 30,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar di seluruh negara menerima pek "Kembali ke Sekolah" menjelang tahun persekolahan 2020. Ia bakal disampaikan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh Malaysia sehingga penghujung tahun ini.

Pek "Kembali ke Sekolah" yang diagihkan mengandungi satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, sepasang stoking dan beg sekolah bernilai RM100.

Pada tahun 2018, McDonald's Malaysia dan RMHC Malaysia telah menyampaikan pek "Kembali ke Sekolah" bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah. Tahun sebelum itu pula menyaksikan McDonald's dan RMHC membantu 6,000 pelajar menerusi jumlah sumbangan sebanyak RM1.2 juta.

RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang bermatlamat membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 atau layari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/ jika anda berminat menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.eyqahasnan.com/2019/11/lebih-rm590-ribu-disumbangkan-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rajin Basuh Lipat Baju Bantu Suami Hidup Lebih Lama

Rajin Basuh Lipat Baju Bantu Suami Hidup Lebih Lama

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 719 hits
Beruntunglah si isteri kalau suami ringan tulang bantu buat kerja rumah Rasa bahagia dan sangat menghargai suami kan Rupa rupanya suami yang suka melakukan kerja rumah mempunyai EQ yang tinggi Dia juga lebih bahagia berbanding suami yang ha...
Ip Man Sumbang Lebih Rm500 Ribu Bagi Melawan Covid 19

Ip Man Sumbang Lebih Rm500 Ribu Bagi Melawan Covid 19

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 237 hits
Bintang filem Ip Man Donnie Yen 56 telah menderma sebanyak 1 juta HKD kepada pekerja perubatan yang sedang memerangi novel koronavirus di Wuhan Pengumuman tersebut dibuat menerusi satu klip video selama 28 saat yang dimuat naik di Weibo dim...
Taruh Irisan Lemon Ke Dalam Freezer Hingga Beku Khasiatnya 10 Ribu Lebih Baik Dari Kemoterapi

Taruh Irisan Lemon Ke Dalam Freezer Hingga Beku Khasiatnya 10 Ribu Lebih Baik Dari Kemoterapi

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 230 hits
Taruh Irisan Lemon ke Dalam Freezer Hingga Beku Khasiatnya 10 Ribu Lebih Baik Dari KemoterapiLemon merupakan salah satu buah dengan manfaat yang luar biasa Buah ini biasanya dikonsumsi dengan cara di buat minuman Namun tahukah Anda jika ter...
12 Ribu Lebih Jawatan Kosong Di Kerjakosong Co Jom Cari Kerja

12 Ribu Lebih Jawatan Kosong Di Kerjakosong Co Jom Cari Kerja

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 727 hits
12 Ribu Lebih Jawatan Kosong Di KerjaKosong Co Jom Cari Kerja Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Tengah bekerja ke tu atau korang sedang mencari kerja Pertama sekali mummy nak ucapkan tahniah pada beberapa orang kawan mummy yang da...
Mcdonald S Dekati Masyarakat Di Utara Tanahair Dengan Sumbangan Lebih Rm500 000

Mcdonald S Dekati Masyarakat Di Utara Tanahair Dengan Sumbangan Lebih Rm500 000

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 273 hits
Khidmat Masyarakat Bersama McDonald s Malaysia Siapa yang tak kenal dengan jenama terkenal McDonald s kan fuh Mamayanie teringat dekat menu prosperity hanya dikeluarkan sewaktu Tahun Baru Cina hihi Ermm sedapnya Ehh Mamayanie bukan nak ceri...
Kubur Dalam Taman Pertama Di Pantai Timur

Kubur Dalam Taman Pertama Di Pantai Timur

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 153 hits
KUALA TERENGGANU 26 Februari Tanah Perkuburan Islam Paya Bunga di sini akan diinovasikan sebagai tanah perkuburan dalam taman Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu M Rozi Bidin berkata projek yang membabitkan...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip