Lebai Sokong Tak Kan Walaun Tak Sokong Nohhh Haiiihhh




Yati Al Walauntit


 PANTAU LANGKAH PENYASARAN SUBSIDI DIESEL SECARA DEKAT, ELAK KESAN NEGATIF KE ATAS RAKYAT, EKONOMI


PAS mengambil maklum keputusan kerajaan memulakan langkah penyasaran subsidi diesel bermula tengah malam ini menerusi pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebentar tadi.


Harga diesel dijangka meningkat kepada RM3.35 seliter berbanding RM2.15 sebelum ini, iaitu bertambah sebanyak RM1.20 seliter. Harga diesel juga dijangka akan dikemas kini mengikut minggu sama seperti harga petrol RON97.


Menurut Amir Hamzah, kerajaan menanggung kos subsidi diesel sebanyak RM1 bilion sebulan dengan anggaran kebocoran mencecah RM4.5 juta sehari.


Katanya, langkah penyasaran subsidi diesel merupakan antara inisiatif penambahbaikan utama dalam kerangka Ekonomi Madani bagi memastikan pengurusan kewangan yang mampan dan menangani masalah kebocoran serius yang berlaku tanpa mengabaikan kebajikan rakyat.


PAS mengalu-alukan matlamat baik yang digariskan kerajaan berhubung langkah ini, namun pada masa sama berasa perlu menyuarakan kebimbangan berkait pelaksanaannya, terutama sekali kemungkinan kesan negatifnya ke atas kehidupan rakyat.


Selain itu, wujud kebimbangan berhubung kemampuan kerajaan sendiri untuk memastikan matlamat utama yang digariskan dicapai dalam tempoh yang munasabah.


Dalam konteks ini, PAS berharap golongan sasaran seperti pengeluar, perkhidmatan pengangkutan, petani, kumpulan berpendapatan rendah dan lain- lain akan diliputi sepenuhnya bawah langkah pengecualian yang disediakan melalui proses pendaftaran yang mudah diakses.


Ini termasuk peranan proaktif agensi terbabit memastikan mereka dikesan dan dibantu sewajarnya. Kerenah atau ketidakcekapan birokrasi misalnya tidak harus menjadi penghalang dalam hal ini.


Kebimbangan kedua ialah kemampuan kerajaan menangani isu kebocoran serius yang berlaku, terutama daripada aktiviti penyeludupan diesel ke negara jiran yang dianggarkan berjumlah kira-kira tiga juta liter sehari.


Agensi keselamatan di sempadan, termasuk Jabatan Kastam Diraja, mempunyai peranan besar yang perlu digembleng sepenuhnya bagi memperkukuh mekanisme penyasaran subsidi sebaiknya.


Dalam pada itu, PAS juga berharap kerajaan akan meningkatkan peranan pemantauan dan penguatkuasaan domestik bagi menghalang pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga atau memanipulasi pasaran yang sudah tentu akan memberi kesan negatif ke atas ekonomi dan kehidupan rakyat.


PAS percaya, langkah penyasaran subsidi diesel ini perlu dipantau keberkesanannya secara dekat oleh kerajaan dan semua langkah perlu hendaklah diambil segera sekiranya terdapat tanda-tanda perjalanannya terseleweng atau tidak menepati sasaran.


Terima kasih.


TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS 
Bertarikh: 09 JUN 2024






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/06/lebai-sokong-tak-kan-walaun-tak-sokong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Walaun Tak Kan Hangpa Lebih Bijak Dari Dr Sam

Walaun Tak Kan Hangpa Lebih Bijak Dari Dr Sam

papar berkaitan - pada 13/6/2024 - jumlah : 107 hits
Jamzuri ArdaniIni kenyataan dari orang yang disebut sebut sebagai bakal PM jika PN menang PRU16 Maknanya kalau rakyat tolak PH kerana marah atas isu perlaksanaan subsidi diesel pun tidak mengubah polisi kerajaan
Kalau Kena Puak Dia Khasnya Lebai Dan Walaun Diam Membisu

Kalau Kena Puak Dia Khasnya Lebai Dan Walaun Diam Membisu

papar berkaitan - pada 31/5/2024 - jumlah : 118 hits
Raja Mohd Shahrim Tapi bila kes melibatkan MB Terengganu yang jual tanah pada persatuan yang dipengerusikan isteri MB DIA DIAM kes MB Perlis yang sedang disiasat termasuk anak dan SUPOL dIA DIAM Ha hahaha
Kena Ke Pas Diam Habih Walaun Dan Lebai

Kena Ke Pas Diam Habih Walaun Dan Lebai

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 203 hits
RMS Panas pulak aku berasa nak cabut janggut lebai ni sumbat dalam lubang idung dia Masa kes penduduk Kg Jalan ata paloh dihalau dan rumah dirobohkan kjaan PAS kerana penduduk didakwa duduk ditanah milik PKINK kenapa diamkan diri
Akibat Tak Mampu Minum Di Tempat Ekslusif Walaun Kutip Pos Orang Lain Burukkan Kerajaan Teruk Betul Perangai Ko Walaun

Akibat Tak Mampu Minum Di Tempat Ekslusif Walaun Kutip Pos Orang Lain Burukkan Kerajaan Teruk Betul Perangai Ko Walaun

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 127 hits
Lor yang post minum teh o ais mahal di tu rupanya kutip gambar dari posting orang lain Ye la Walaun kan nak pergi tempat begitu Yang menariknya posting asal tu lebih rasional Takde pun apa Sebaliknya dia salahkan diri sendiri sebab Tiba dek...
Biaq Betoi Walaun Hebat Kat Mana Dua Orang Ni Minta Sedwkah Ja Pada Kerajaan Pusat

Biaq Betoi Walaun Hebat Kat Mana Dua Orang Ni Minta Sedwkah Ja Pada Kerajaan Pusat

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 184 hits
Aku tak pasti kalau yang tulis posting ni walaun atau tidak Dan tak pasti dia serius atau bercanda Kalau dia serius memang ni Macamana agaknya cara walaun menilai pemimpin Apa ciri yang dicari Takkanlah langsung tak tengok pemimpin tu Macam...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Tekanan Darah Turun Naik Bekas Pm Ismail Sabri Masih Lagi Perlukan Pemantauan Rapi Di Hospital