Le French Festival Kini Kembali Lagi
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ni saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Le French Festival .
Untuk makluman anda semua, Le French Festival ialah acara tahunan yang diadakan oleh pihak Kedutaan Perancis di Malaysia bagi memperkenalkan budaya Perancis kepada rakyat Malaysia. Jadi buat anda yang gemar akan filem, makanan, kebudayaan dan pelbagai lagilah yang berkaitan dengan Perancis, festival ini memang sesuai untuk anda.
H.E. Frédéric Laplanche (Ambassador of the Republic of France to Malaysia)
Untuk makluman semua, tahun ini merupakan tahun ke-18 penganjurannya. Jadi pada edisi kali ini lebih banyak program yang dirancang tidak hanya di Kuala Lumpur tetapi juga di beberapa bandar besar di Malaysia.
Festival tahunan ini akan berlangsung dari 4 April sehingga 12 Mei 2019. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dirancang. Antaranya adalah tayangan filem Perancis, pameran seni, persembahan muzik dan teater, gastronomi dan banyak lagi.
Yang paling menarik adalah persembahan teater yang paling terkenal di Perancis iaitu Cyrano de Bergerac (The Story of Cyrano de Bergerac). Ianya bakal dipersembahkan di KL Shakespeare Players (KLSP) . Dijemput para pelajar dan juga kanak-kanak untuk menyaksikan persembahan hebat ini.
LFF 2019 akan menampilkan trend dan hiburan terkini dari Perancis termasuk:
French Film Festival terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 16 filem Perancis yang memenangi anugerah (dengan sarikata Bahasa Inggeris)Pelbagai artis muzik dari Malaysia mempersembahkan muzik PerancisPertunjukan teater dan tarian secara langsungAcara Art de Vivre termasuk merasa makanan dan minuman Perancis, kelas memasak dan banyak lagi!
Beberapa acara menarik lain untuk ditinjau di LFF 2019 termasuk:
FUNAN – Nikmati filem animasi Perancis yang memenangi Anugerah Filem Terbaik di Annecy Animated Film Festival 2018 yang ditulis dan diarahkan oleh pembikin filem berbakat Perancis Denis DoParis, oleh Lorant Deutsh – Perjalanan di sepanjang sungai Seine dengan pelakon dan penulis Perancis terkenal Lorant Deutsch dalam pertunjukan teater yang meriahExit – Persembahan hip hop luar biasa yang lucu dan remeh oleh Art Move ConceptPameran Seni Pop Brand New World – Mengagumkan karya artis Perancis kontemporari Argadol yang dibuat secara eksklusif untuk Festival Perancis Le 2019 yang menggambarkan cabaran global semasa melalui Visual dan Street Art yang menakjubkan.Bengkel roti dengan Paul – Pelajari untuk membuat roti Perancis secara langsung dari Master Bakers PAUL iaitu seorang duta seni de vivre Perancis
Para tetamu VVIP bersama barisan penaja Le France Festival
Peminat pesta boleh menantikan Le French Festival 2019 di bandar-bandar dan tarikh di bawah:
Kuala Lumpur : 4 April – 28 April
Penang : 25 April – 5 Mei
Johor Bahru : 2 Mei – 5 Mei
Kota Kinabalu : 9 Mei – 12 Mei
Untuk info lanjut mengenai Le French Festival 2019 sila rujuk link di bawah :
Le French Festival 2019
Official website: www.lefrenchfestival.com.my
Facebook Page: facebook.com/lefrenchfestivalmy
Instagram Page: @lefrenchfestival_my
Official hashtag on social media #lefrenchfestivalmy
Volunteering, bookings (tasting events, etc), general queries:
[email protected]/ +60 3-2694 7880
The post Le French Festival Kini Kembali Lagi appeared first on AMIRNAWAWI.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://amirnawawi.com/le-french-festival-kini-kembali-lagi/