Lazada Malaysia Uitm Anjur Lazada4youth



Lazada Malaysia, UiTM anjur Lazada4Youth
Lazada Malaysia dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di majlis pelancaran Lazada4Youth, satu inisiatif yang dirangka khas untuk merangsang keusahawan digital dan daya inovasi di kalangan belia di Malaysia.
Lazada4Youth menampilkan beberapa siri bengkel untuk usahawan digital muda, dengan peluang untuk menyertai Lazada sebagai penjual baharu atau ahli sekutu gabungan pemasaran digital.
Bengkel yang pertama berlangsung pada hari sama dengan majlis pelancaran, dan dikendalikan oleh Jurulatih Bertauliah Lazada bersama beberapa pakar Lazada dari bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pertumbuhan Pengguna.
Seramai 400 pelajar UiTM menyertai bengkel berkenaan secara bersemuka, manakala lebih dari 3,500 pelajar turut menyertai bengkel pertama itu secara dalam talian menerusi saluran YouTube rasmi Fakulti Pengurusan dan Perniagaan.
Sesi memfokuskan kepada perkongsian industri e-dagang, penjenamaan digital, kehadiran digital, pemasaran sekutu gabungan dan aruhan peniaga.
Seramai 15 usahawan tempatan turut memaparkan perniagaan mereka sebagai sebahagian daripada pameran di acara itu.
Berucap di majlis itu, Ketua Pegawai Kewangan, Lazada Malaysia, Cheang Kiat Cheong berkata, pembabitan aktif dan keterangkuman belia dalam sektor ekonomi digital negara memainkan peranan amat penting untuk merangsang pertumbuhan mampan bagi mewujudkan generasi e-dagang akan datang.
“Lazada4Youth dibentuk demi memperkasakan dan menggalakkan usahawan muda agar mereka mampu mencari jalan dan peluang baharu untuk berdikari membina perniagaan mereka dalam skop yang lebih inklusif, dengan daya saing yang teguh, di samping mencorakkan pertumbuhan ekonomi digital negara,” katanya.
Apabila selesai bengkel Lazada4Youth, pelajar yang bersedia dan mampu menjual produk mereka secara dalam talian boleh menyertai Lazada sebagai penjual di bawah ‘Hari-Harimau New Seller Kickstarter Package 2022’, satu pakej rangsangan untuk peniaga tempatan dengan manfaat seperti bayaran komisen sifar, dan insentif lain termasuk pengecualian yuran pembayaran dua peratus, serta kredit iklan percuma bernilai RM150.
Pakar yang berdedikasi juga membantu membimbing usahawan digital yang baharu menyertai Lazada, demi memastikan proses induksi yang mantap, terutamanya dalam tempoh tiga bulan pertama.
Sebagai alternatif, pelajar yang menyertai program Lazada4Youth juga boleh memilih untuk berkecimpung dalam Program Pemasaran Gabungan yang membolehkan mereka memperolehi pendapatan sampingan dengan mengoptimumkan media sosial mereka.
Pada masa hadapan, Lazada4Youth akan terus dibangunkan dan sesi bengkel akan digerakkan di seluruh negara dengan mendekati pelajar di kampus UiTM yang lain di Wilayah Selatan dan Utara, serta Sabah dan Sarawak, diikuti dengan kolaborasi bersama universiti tempatan lain. HM
Lazada Malaysia, UiTM anjur Lazada4Youth
Baca Artikel Menarik:
Kongsi potret beruk bertengkolok, Fahmi Reza dipanggil Bukit Aman Cara Mohon Laptop Percuma 2022 Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai… Setiap inci Tok Ram saya tak suka – Alyah Resepi Udang Khamped Thai Padu Ustazah Asma Selar Model Berhijab Pakai Baju Raya Ketat Ebit belanja minyak percuma untuk ‘rider’ di Jakarta Siti Bainun dera Bella setiap malam hampir 4 bulan – saksi Mansuh langkah wajib pakai pelitup muka – Karim Hamzah Zaki Yamani Tampil Jelaskan..’Baba Sendiri Tak Nak Jumpa, Tiada Siapa Halang’ [VIDEO] DJ Wong cerai isteri talak 3 ketika siaran langsung FB Kes langgar mati: Penangguhan hukuman ditolak, MP pembangkang melompat Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/04/16/lazada-malaysia-uitm-anjur-lazada4youth/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khairy Kementerian Kesihatan Malaysia Sedia Bantu Kaji Kebaikan Ganja Dalam Perubatan

Khairy Kementerian Kesihatan Malaysia Sedia Bantu Kaji Kebaikan Ganja Dalam Perubatan

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 171 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Kesihatan menggalakkan kerjasama industri atau ahli akademik dalam penyelidikan klinikal penggunaan kanabis atau ganja dalam perubatan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata setakat ini KKM tidak menerima lapor...
Prosedur Rakyat Malaysia Memasuki Thailand

Prosedur Rakyat Malaysia Memasuki Thailand

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 273 hits
PROSEDUR RAKYAT MALAYSIA MEMASUKI THAILAND Mulai April 2022 Malaysia dah di istihar endemik untuk Covid 19 Mysejahtera sahaja yang di perlukan oleh rakyat bukan warganegara Malaysia untuk memasuki Malaysia Berbeza dengan rakyat Malaysia nak...
Samsung Memperkenalkan Airdresser Di Pasaran Malaysia

Samsung Memperkenalkan Airdresser Di Pasaran Malaysia

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 181 hits
SAMSUNG MEMPERKENALKAN AIRDRESSER DI PASARAN MALAYSIA Assalammualaikum semua Penjagaan pakaian generasi kini Samsung memperkenalkan AirDresser di Malaysia Teruja Ruby ingin berkongsi produk Samsung kali ini AirDresser menawarkan penyelesaia...
Samsung Malaysia Lancar Kempen Impian Raya Bersama Lebih Rm 1 200 000 Hadiah Untuk Dimenangi

Samsung Malaysia Lancar Kempen Impian Raya Bersama Lebih Rm 1 200 000 Hadiah Untuk Dimenangi

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 213 hits
SAMSUNG MALAYSIA LANCAR KEMPEN IMPIAN RAYA BERSAMA LEBIH RM 1 200 000 HADIAH UNTUK DIMENANGI Assalammualaikum semua Tahun 2022 adalah saat manis untuk anda semua Kita dapat berpuasa dan berhari raya bersama seisi keluarga seteleh sempadan n...
Indonesia Malaysia Mou To Be Benchmark For Domestic Worker S Protection

Indonesia Malaysia Mou To Be Benchmark For Domestic Worker S Protection

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 278 hits
The memorandum of understanding for the recruitment and protection of Indonesian domestic helpers in Malaysia will be the benchmark for MOUs with other destination countries said Indonesia s Minister of Manpower Ida Fauziyah She said the MO...
Tarif Baru Untuk Perbaharu Insurans Kenderaan Di Malaysia

Tarif Baru Untuk Perbaharu Insurans Kenderaan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 129 hits
Pemansuhan Tarif Insurans KenderaanBermula pada 1 Julai 2017 sistem insurans di Malaysia akan berubah kepada sistem tarif yang baru dimana tarif insurans kenderaan yang sedia ada akan dimansuhkan Pada fasa pertama perlaksaan tarif baru ini ...
Bayar Atau Tak Boleh Keluar Dari Malaysia

Bayar Atau Tak Boleh Keluar Dari Malaysia

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 232 hits
Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia Warga Singapura di Malaysia yang mempunyai saman trafik tertunggak serta waran tangkap tidak akan dibenarkan keluar dari negara ini kecuali mereka membayar saman itu Pengarah Jabatan Siasatan dan Pe...
Malaysia Mahu Menuntut Reog Ponorogo Kepada Unesco

Malaysia Mahu Menuntut Reog Ponorogo Kepada Unesco

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 219 hits
JAKARTA Menteri Penyelaras Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Muhadjir Effendy mengakui bukan Indonesia sahaja yang mencadangkan Reog Ponorog sebagai budaya di UNESCO Malaysia juga membuat tuntutan itu Bagi Reog Negara Malaysia sedang berca...
Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri Oleh Jati X Malaysia Grand Bazaar

Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri Oleh Jati X Malaysia Grand Bazaar

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 244 hits
Bazaar Ramadhan Insta worthy Untuk Semua Keperluan Ramadhan Raya AndaJati Jenama beras terkemuka Malaysia dengan kerjasama Malaysia Grand Bazaar bersama ecoBrown s AirAsia SANTAN KHIND CHJ Motors dan Gracshaw dengan bangganya memperkenalkan...
Jam Galaksi Buruj X Didi Friends Jam Tangan Digital Menarik Untuk Kanak Kanak

Khasiat Air Kelapa Untuk Puasa Yang Bertenaga

Waktu Operasi Utc Pasir Gudang

Which Nano Reef Tank Is Best For A Bedroom Practical Fishkeeping

Teknik Simple Tulis Iklan Tingkatkan Jualan Di Facebook

Aeon Mall Seloka Raya Bersama Tom And Jerry 2025

Nasi Ulam Utara Menu Tradisi Mesti Buat Setiap Bulan Ramadan

Telemovie Saat Hilang Tong Gas Mu Lakonan Janna Nick Izzue Islam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Penemuan Patung Kuno Unik Dan Luar Biasa

Hukum Penukaran Uang Baru Menjelang Lebaran Apakah Ada Unsur Riba

Small Space Decor Ideas How To Make A Tiny Home Look Bigger With Simple Tricks

Even If Politician Saravanan Beats A Retreat Preacher Zamri Vinoth Must Still Face The Music

Legal Practitioner Took Bribes To Register Births Says Macc Source

Student Collapses And Dies During Recess