Lawatan Bersejarah Ke Muzium Diraja Dan Tugu Negara


Muzium Diraja merupakan istana negara malaysia lama yang suatu ketika dahulu pernah menjadi kediaman buat Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agong dan Permaisuri Agong sejak mula kita merdeka (1957) sehingga 2011 sebelum mereka berpindah ke Istana Negara yang baru terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Istana ini kemudiannya ditukarkan kepada Muzium sejak 1 Februari 2013 bagi membolehkan rakyat jelata dan pelancong untuk menikmati sendiri keindahan warisan istana yang suatu ketika dahulu pernah menjadi kawasan larangan buat kita semua.
Latar Belakang Muzium Diraja Istana Negara lama ini sebenarnya telah dibina sejak dari tahun 1928 lagi yang pada ketika itu kediaman ini dimiliki oleh jutawan cina yang bernama Chan Wing. Rumah agam ini dibina oleh salah sebuah firma seni bina daripada Singapura yang bernama Swan dan MacLaren dengan bermotifkan rekaan Paladin gaya mewah.
Rumah agam ini antara rumah agam yang terbesar di Tanah Melayu satu ketika dahulu. Lebih-lebih lagi ia ditempatkan di tanah seluas 11.34 hektar menjadikan ia satu kawasan ekslusif yang melambangkan kekayaan dan kemewahan si pemilih.
Semasa pendudukan Jepun di tanah melayu sekitar tahun 1942, rumah agam ini telah dijadikan kediaman rasmi pegawai tentera Jepun sebelum ianya dirampas dan diambil alih pemilikannya oleh British Military Administration (BMA) untuk kegunaan Tentera Udara Diraja selepas perang dua kedua (WW2) berakhir.
Kemudiannya pada tahun 1950, rumah agam ini dijadikan sebagai istana sementara Sultan Selangor sehingga  Februari 1957 sebelum ianya dibeli oleh Kerajaan Persekutuan dan dijadikan Istana Negara sebagai kediaman rasmi buat Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong.
Istana ini juga telah melalui beberapa fasa pengubahsuaian secara besar-besaran terutama sekitar tahun 1980-an apabila Balairung Seri Utama dibangunkan untuk upacara rasmi negara. Ianya diduduki oleh Yang dipertuan Agong Pertama sehinggalah yang ketiga belas.
Baca lebih lanjut tentang Muzium Diraja: Klik sini
Lawatan ke Muzium Diraja Saya sebenarnya sudah lama berniat untuk melawat ke Muzium Diraja ini. Cuma hajat itu tidak kesampaian dek kerana kesibukan dan dimasa yang sama ketakutan rakan-rakan yang lain dengan perkataan “muzium” menyebabkan hasrat itu sering tertangguh.
Alhamdulillah baru-baru ini berkesempatan juga saya ke sana untuk melihat sendiri kediaman DYMM Yang Dipertuan Agong yang selama ini berpenghuni dan dijaga rapi, kini sudah terbuka buat semua.
Bayaran masuk ke Muzium Kadar bayaran masuk ke Muzium Diraja
Bayaran masuk ke Muzium Diraja ini bagi saya cukup berpatutan. Bagi warganegara Malaysia anda akan dikenakan caj RM5 dan RM10 bagi bukan warganegara. Memandangkan saya pergi semasa hari bekerja (bercuti panjang), maka tidaklah ramai orang berkunjung kesini melain pelancong yang teruja untuk melihat sendiri kazanah negara ini.
Selesai membuat pembayaran, maka secara rasminya saya memasuki perkarangan Istana Negara yang pertama buat kali pertama dan pertama tama. Hahaha.
Bergambar di laluan masuk Muzium Diraja
Terdapat 2 tempat yang anda akan kunjungi sebaik sahaja masuk di perkarangan istana. Pertama ialah ruangan dalam istana dimana anda akan lawati ruangan seperti ruang menyambut tetamu, ruangan kerja dan beradu manakala satu lagi tempat adalah dewan pameran (yang juga balairong seri) dan bilik mesyuarat Raja-Raja Melayu.
Galeri Muzium Diraja Perkara pertama yang saya lakukan sebaik sahaja saya memasuki perkarangan istana adalah dengan mengunjungi ruangan utama muzium iaitu Istana itu sendiri. Ketika masuki muzium ini, setiap pengunjung diingatkan untuk tidak menangkap gambar (dilarang) dan perlu menanggalkan kasut sebelum masuk keruangan muzium. Antara ruangan yang saya kunjungi ialah:
Pejabat Panggung Wayang Bilik Menunggu Bilik Bacaan Ruangan makan Ruangan Istirehat Dewan Menghadap Kamar Mandi Ruangan beradu Klinik gigi Memandangkan saya tak ada gambar nak ditunjukkan, maka saya berceritalah serba sedikit tentang suasana didalam istana.
Kebanyakan daripada perabot dan bilik-bilik yang ada didalam istana terbabit kelihatan lama namun dalam keadaan terurus. Sesetengahnya pula kelihatan agak baru. Anda dapat lihat mana sebahagian ruangan dalam istana mempunyai rekaan yang klasik dan selebihnya kelihatan agak moden. Namun timbul pula masalah lain iaitu konsistensi.
Itulah antara soalan yang saya ajukan kepada petugas disitu mengenai konsistensi rekaan dan gubahan dalaman istana. Saya bertanya padanya, kenapa gubahan bilik tidak konsisten? Ada yang lama, ada yang baru. Ada yang kelihatan klasik, ada yang kelihatan lebih moden. Walaupun majoriti ruangan istana bertemakan inggeris, saya tetap rasa terganggu sebab saya berasa tidak konsisten itu menyakitkan mata.
Jadi beliau menjawab kebiasaannya setiap Yang Dipertuan Agong dan keluarga biasanya akan melakukan sedikit sahaja pengubahsuaian mengikut keselesaan mereka dan meninggalkan bahagian yang lain dalam keadaan asal.
Sebagai contohnya bagaimana salah sebuah bilik tidur didalam istana ditukarkan kepada bilik bacaan oleh Permaisuri Aishah, isteri kepada Yang Dipertuan Agong ke 11 iaitu Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Jadi semua ini mengikut citarasa setiap penghuni barunya pada setiap 5 tahun sekali. Barulah saya faham.
Perasaan saya ketika lawatan Sepanjang tempoh lawatan tersebut, saya bertembung dengan beberapa orang mat saleh ketika berada didalam istana. Saya rasa sedikit kecewa. Kenapa saya berasa begitu? Mudah sahaja.
Jika anda melancong keluar negara, saya yakin anda pasti ingin mempelajari dan menghayati budaya tempatan. Jika anda berasa begitu, begitu juga saya. Namun saya agak sedikit kecewa apabila melawat istana ini, tiada satu pun hal yang menunjukkan seni bina atau gubahan istana yang menunjukkan budaya atau motif melayu.
Kebanyakannya lebih kepada rekaan interior gaya inggeris. Ini termasuklah interior gaya inggeris lama sehingga ke gaya inggeris moden. Kalau beginilah gayanya, kat negara mat saleh ni pun banyak. Tak payah nak tengok di Malaysia.
Namun tidak mengapalah, saya ubati dengan pandangan citarasa yang berbeza. Mungkin tiada siapa sangka istana yang begitu indah ini bakal dijadikan muzium. Jadi tidak mengapalah. Kita teruskan dengan lawatan kita.
Lawatan ke Balairong Seri Risalah yang diterima daripada pihak pengurusan
Balairong Seri ini hanya bersebelahan sahaja dengan Galeri Istana Negara. Inilah tempat yang satu ketika dahulu menjadi tempat berlangsungnya upacara rasmi negara. Suasananya sangat eksklusif dan cantik. Nampak gahnya.
Lawatan ke Balairong Seri ini bagi saya cukup berbaloi. Sekurangnya saya boleh lihat warisan negara menerusi pameran didalam ini. Kebetulan pula ketika lawatan saya ke sini, “Pameran Raja Kita” sedang berlangsung dimana pameran koleksi peribadi Yang Dipertuan Agong dipamerkan sempena pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Jadi memang seronok.
Selfie berlatar belakang Singahsana
Pameran keris kerajaan
Koleksi Peribadi KDYMM SPB YDPA
Pakaian istiadat pertabalan
Cogan Daun Kopi
Koleksi Peribadi KDYMM SPB RPA
Terdapat beberapa seksyen yang dibahagikan buat tatapan pengunjung. Menerusi ruangan pameran ini,anda boleh melihat sendiri biografi fan koleksi peribadi Yang dipertuan Agong dan Permaisuri Agong, mengenal sejarah kesultanan negeri Pahang berserta salahsilah keluarga, pakaian istiadat pertabalan, alat kebesaran diraja dan pengenalan dan sejarah pemerintahan beraja di Malaysia. Ini termasuklah surat ucapan tahniah Raja-Raja Melayu kepada Queen Elizabeth II.
Selain daripada itu, anda juga dapat melihat sendiri dokumen surat sumpah jawatan Yang Dipertuan Agong disamping contoh kertas undi dalam memahami bagaimana pengundian Yang Dipertuan Agong dalam kalangan Raja-Raja Melayu dilakukan.
Jemputlah datang. Pameran ini akan berlangsung sehingga 5 November 2019 sempena pameran Raja Kita.
Bilik Mesyuarat Raja-Raja Kertas undian pemilihan dan pelantikan YDPA
Saya sempat juga melawat bilik mesyuarat yang selama ini ditutup untuk umum kini dibuka untuk semua untuk tatapan orang ramai. Bilik ini kebiasaannya menjadi tempat berkumpulnya raja-raja melayu bagi memilih dan melantik Yang Dipertuan Agong yang baru bagi setiap lima tahun sekali. Didalam ini terdapat peti undi dan juga tempayan yang diperbuat daripada tembaga.
Saya difahamkan yang setiap raja-raja melayu akan bermesyuarat dan mengeluarkan undi bagi memilih Yang Dipertuan Agong dan Timbalannya pada tahun tersebut. Undi tersebut dibuang didalam kotak undi yang disediakan. Kemudiaannya undian tersebut akan dikira dihadapan semua ahli mesyuarat sebelum dibakar didalam tempayan khas yang disediakan. Jadi selepas keluar daripada pemilih ini, rahsia akan tetap kekal rahsia.
Selesai lawatan di Muzium Diraja Pintu masuk Muzium Diraja
Selesai sudah lawatan kami di Muzium Diraja. Sekurangnya dapat juga kami menunaikan hajat yang tertangguh (asyik nak datang Muzium Diraja tapi tidak kesampaian) disamping menghabiskan masa terluang melakukan edutourism dinegara sendiri. Percutian singkat kami tidak terhenti disini sahaja. Destinasi seterusnya ialah Tugu Negara.
Tugu Negara Selaluinya saya mendengar cerita mengenai Tugu Negara daripada buku-buku sejarah ketika menuntut di bangku sekolah. Bagaimana Tunku Abdul Rahman mengambil aspirasi daripada monumen Tugu Peringatan Perang United States Marine Corps(USMC) di Virginia, Amerika Syarikat dan membawa idea itu di negara kita pada tahun 1963 (tahun didirikan).  Ini sebagai memperingatan kepada perjuangan para perajurit kita yang berjuang untuk keamanan dan kemerdekaan negara.
Difahamkan proses pembuatan ini dilakukan di luar negara oleh Felix De Weldon, seorang pengukir Austria yang menghasilkan ukiran ini daripada gangsa. Ukiran ini memaparkan sekumpulan askar seramai 7 orang yang kelihatan sedang berjuang mempertahankan negara. Monumen ini berketinggian setinggi 15 meter dengan kos pembuatannya sebanyak RM2.5juta (kos ketika 1963).
Suasana di Tugu Negara Suasana Tugu Negara sangat sunyi dan tenang. Pengunjung datang dan pergi. Kebanyakan daripada mereka menghabiskan masa sekitar 5-10 minit sahaja untuk mengambil gambar. Jadi jika anda seorang yang suka bergambar, kehadiran mereka bukanlah merupakan satu masalah yang besar. Anda boleh bergambar sepuasnya sambil menghayati keindahan ukiran tugu peringatan.
Berikut merupakan sedutan gambar ringkas ketika saya berada disana.
Menghayati signifikan ukiran 7 prajurit bersama bendera Malaysia
Pemandangan dilewat petang
Gaya, mutu, keunggulan
Tugu peringatan buat mereka yang gugur di medan perang
Kesimpulan Diketika keterujaan masyarakat untuk membuat lawatan ke luar negara bagi meninjau budaya negara orang, pelancong yang datang ke Malaysia juga mempunyai keinginan yang sama untuk mempelajari budaya Malaysia. Sistem beraja yang diamalkan di Malaysia ini merupakan sistem turun menurun yang menjadikan Malaysia unik di mata dunia disamping kemegahan Malaysia menuntut kemerdekaan menerusi meja rundingan menjadi ia sesuatu yang seharusnya dibanggakan.
Jika berkelapangan, anda boleh membawa diri anda bersama keluarga atau kawan-kawan untuk melihat sendiri warisan sejarah kita. Lawatan yang memakan modal yang cukup minimum ini mampu membantu kita memahami sendiri sejarah secara bersama.
Baca juga: Trip bajet ke Hatyai 3H2M dengan hanya berbekalkan RM300
Terima kasih kerana sudi membaca artikel tentang lawatan saya ke Muzium Diraja dan Tugu Negara ini. Jika ada kesempatan, saya akan ulas kawasan pelancongan tempatan yang lain pula. Kita sama-sama pergiatkan edutourism di kalangan masyarat Malaysia.
The post Lawatan bersejarah ke Muzium Diraja dan Tugu Negara appeared first on Azmir Shah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://azmirshah.com/melawat-muzium-diraja-dan-tugu-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Yang Ada Di Muzium Polis Diraja Malaysia

Apa Yang Ada Di Muzium Polis Diraja Malaysia

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 1319 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraMalaysia sememangnya kaya dengan nilai sejarah yang disimpan di muzium untuk ditonton oleh khalayak ramai Adakah anda tahu bahawa negara kita mempunyai muzium khas untuk pihak Polis Diraja Malaysia Kalau b...
5 Negara Asia Timur Ini Unjuk Gigi Di Tengah Perlambatan Global

5 Negara Asia Timur Ini Unjuk Gigi Di Tengah Perlambatan Global

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 229 hits
Laporan Ease of Doing Business 2020 Bank Dunia menyebut ada 5 negara Asia Timur dan Pasifik yang berada di antara 25 negara dengan pencapaian tertinggi secara global Mereka adalah Singapura Hong Kong China Malaysia Taiwan dan Thailand
Ri Jadi Negara Dengan Reformasi Bisnis Terbanyak Di Asia Timur Kalahkan China

Ri Jadi Negara Dengan Reformasi Bisnis Terbanyak Di Asia Timur Kalahkan China

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 189 hits
Studi Doing Business 2020 dari Grup Bank Dunia menyebut Indonesia merupakan negara terbanyak dalam melakukan reformasi bisnis di Kawasan Asia Timur setelah China
Erick Thohir Jangan Sampai Transaksi Pertamina Saudi Aramco Rugikan Negara

Erick Thohir Jangan Sampai Transaksi Pertamina Saudi Aramco Rugikan Negara

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 173 hits
Erick mengatakan dalam sebuah negosiasi bisnis proses tawar menawar merupakan hal lumrah dia hanya mewanti wanti jangan sampai negosiasi Saudi Amraco dan Pertamina ini dianggap transaksi yang merugikan negara
Negara Apa Paling Banyak Buat Pembedahan Plastic Malaysia Ada Tak

Negara Apa Paling Banyak Buat Pembedahan Plastic Malaysia Ada Tak

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 923 hits
Persatuan Antarabangsa bagi Pembedahan Plastik Estetik mengikut beberapa misi organisasi setiap tahun mengeluarkan ISAPS Dwitahunan Tinjauan Global pakar bedah plastik di atas dua puluh lima buah negara dan wilayah Senarai ini mewakili 75 d...
Banyuwangi Bmx International 2019 Diikuti 253 Atlet Dari 19 Negara

Banyuwangi Bmx International 2019 Diikuti 253 Atlet Dari 19 Negara

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 267 hits
Kepala Dinas Pemuda dan Olahraga mengatakan selain melombakan kelas C1 race seperti tahun tahun sebelumnya tahun ini juga mengkompetisikan kelas Hors Class satu level lebih tinggi dari kelas C1 race
Lebih 1 000 Mangsa Banjir Dipindahkan Di Seluruh Negara

Lebih 1 000 Mangsa Banjir Dipindahkan Di Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 306 hits
Lebih 1 000 mangsa banjir dipindahkan di seluruh negara Dikemas kini 21 minit yang lalu Diterbitkan pada 27 Oct 2019 1 40PM
Borang Permohonan Ke Luar Negara Online

Borang Permohonan Ke Luar Negara Online

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 442 hits
Penjawat awam yang ingin bercuti di luar negara atas urusan persendirian perlu mendapat kebenaran untuk ke luar negara sebagaimana terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil 6 2015 Permohonan perlu dibuat 2 bulan sebelum tarikh anda ke lu...
Apabila Idoelogi Politik Lebih Hebat Dari Keselamatan Negara

Apabila Idoelogi Politik Lebih Hebat Dari Keselamatan Negara

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 330 hits
Kit Siang gesa KDN tarik balik pengharaman komik Inisiatif Jalur JalanPETALING JAYA Veteran DAP Lim Kit Siang menggesa Kementerian Dalam Negeri mengkaji semula keputusan mengharamkan komik Inisiatif Jalur Jalan Meraih Manfaat Bersama termas...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik