Lawak Bodoh Hamzah Zainuddin


ULASAN LEWAT 
 
TIBA TIBA sahaja timbalan presiden Bersatu Hamzah Zainuddin buat lawak bodoh dalam podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan yang Bersatu boleh bekerja dengan Umno demi untuk negara dan bangsa Melayu. 
 
Katanya Bersatu dan Umno punyai matlamat dan tujuan perjuangan sama, kenapa tidak boleh bersatu.
 
Bagi setengah orang mendengar lawak itu perkara biasa. Tetapi jauh di lubuk hati orang menyuarakannya, ia ada maksud tersendiri. Ada sebab musabab kenapa dia sampai mengeluarkan lawak bodoh demikian.
 
Sebenarnya lawak itu bukan sembarangan, ada motif yang lebih bermakna dari itu. Jika tidak ada sesuatu yang mendesak lawak seperti itu tidak diadakan, masakan ia keluar, kerana didengari ramai dan boleh memberi tafsiran Bersatu kini dalam kepenatan. 
 
Secara psikologis sesuatu yang sedang bermain di minda seseorang ia akan tersebut di mulut tanpa disedari. Hati berdetap mulut tersebut. Itulah yang berlaku kepada Hamzah.
 
Yang menjadi persoalan dengan lawak itu, kalau Bersatu benar-benar kuat, betul sebuah parti diminati ramai seperti didakwa, kononnya orang sentiasa memintanya ambil alih kerajaan, untuk apa perlu bergantung harap dan mahu menumpang kasih dengan Umno. Dia boleh bersendirian tanpa mengharap tali hayat. Bukankah antara matlamat dan nawaitu penubuhan Bersatu dulu kerana hendak bunuh Umno?
 
Tetapi apabila Hamzah tidak dapat sembunyikan apa yang berlaku, maka terkeluarlah lawak berkenaan yang memberi faham kepada umum yang kedudukan Bersatu khasnya, dan amnya Perikatan Nasional (PN) dewasa ini dalam kepenatan dan kepanasan. 
 
Bagi saya, saya tidak melihatnya sebagai lawak, tetapi itu sesuatu yang diperlukan oleh Bersatu. Bahawa Bersatu waktu ini sedang mencari tali hayat atau partner baru selepas ia melihat apa yang berjalan sekarang (PN) hubungan dengan Pas tidak seutuh mula-mula dahulu. Semacam ikatan Bersatu bersama Pas dalam PN sedikit terburai.
 
Apa digeruni Hamzah (Bersatu) Pas akan meninggalkan mereka bila-bila masa sahaja. Perkembangan Pas terutamanya ditunjukkan pimpinan mereka di negeri-negeri dikuasai Pas sangat merisaukan Bersatu. Hubungan baik MB Kelantan Nassaruddin Daud, Sanusi Mohd Nor Kedah dan Samsuri Mokhtar Terengganu dengan PM Anwar Ibrahim tidak disenangi dan dibimbangi Bersatu. Kemesraan mereka bertiga itu dengan Anwar lain macam sahaja. Terbaru Anwar mengumumkan peruntukan untuk bayar bonus raya kepada 14,000 kaki tangan kerajaan Terengganu. 
 
Walaupun ketiga MB itu terpaksa merai Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk mendapat peruntukan, tetapi kelakuan mereka agak menjolok mata buat mereka. Kurangnya kenyataan dan sindiran sinis daripada MB-MB itu amat ,mencurigaikan Hamzah dan Bersatu.
 
Selain itu beberapa kejadian dalam kedua-dua parti itu sekarang ini juga dikira menjadi faktor hubungan tidak seerat dahulu. Setelah menyedari itu menyebabkan Bersatu perlu bertindak mencari rakan baharu untuk survive dalam pilihan raya akan datang hatta walaupun kena menjilat ludah untuk bersama Umno.
 
Bersatu, atau Hamzah seperti sudah dapat menghidu nasib diri tidak berapa lama Pas akan meninggalkan Bersatu begitu sahaja. Banyak pertunjuk dan perkembangan muasiri ini yang kebimbangan itu akan menjadi realiti. Pertelingkahan dalam melantik Setiausaha Agung PN, selepas ditinggalkan Hamzah adalah puncanya. Katanya Pas tidak senang dengan pelantikan Azmin Ali sebnagai Setiausaha Agung. Presidenn Pas Abdul Hadi Awang kecewa dengan kejadian itu yng merasakan Pas dijadikan tikus putih mainan kucing hitam oleh Bersatu.
Mahiaddin dituduh memungkir janji dengan Pas kerana tidak memberi jawatan itu kepada Pas. Pas telah mencadangkan nama Samsuri Mokhtar untuk dilantik sebagai Setiausaha Agung apabila Hamzah meninggalkan jawatan itu.
Sebalik apa yang berlaku Mahiaddin umumkan nama Azmin semasa mesyuarat penuh PN. Sebelum mesyuarat khabarnya Hadi dan beberapa pemimpin lain berjumpa dengan Mahiaddin dan bersetuju untuk melantik Samsuri sebagai Setiausaha Agung. Tetapi keadaan berubah apabila dalam mesyuarat Mahiaddin mengumumkan senarai lantikan pimpinan PN yang sudah tersedia di atas mejanya, dan nama Samsuri diganti dengan nama Azmin.
Kejadian itu sangat mengecewakan Hadi dan Pas sampai Samsuri yang memegang jawatan Bendahari PN telah diarah melepaskan jawatan berkenaan untuk memberi signal buat Mahiaddin.
Itulah antara punca ketegangan hubungan Pas dengan Bersatu menyebabkan rasa hormat dan kepercayaan kepada Mahiaddin dan Bersatu makin terhakis. Sebelum ini Pas sudah terkena dengan Mahiaddin yang mendakwa PN sudah cukup JEMELOH untuk tubuh kerajaan. Hakikatnya PN tidak mencukupi jumlah. Hadi terjerat tekak dalam kejadian itu

Hadi dibaham malu besar dengan "pembohongan" itu kerana beliau sudah pun memberi tahu para wartawan yang mengerumuninya dengan bangga mengatakan "cukup jumlah, cukup jumlah, bahkan melebihi". Alih-alih yang membentuk kerajaan bukan PN tetapi PH bersama BN. Kejadian itu adalah ketergangguan fikiran Hadi pertama yang meninggal trauma besar kepada Bersatu dan Mahiaddin

Jadi perkembangan dan suasana yang berlaku itulah menyebabkan Hamzah kini sudah mula mengatur pelan baru untuk menyelamatkan diri dan parti dengan membuat lawak bodoh untuk bersama Umno. Hahahhaha....[wm.kl. 11:57 pm 24/03/2025] 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2025/03/lawak-bodoh-hamzah-zainuddin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
At Briefing On Urban Renewal Act Hamzah Joined By Dr M Rama

At Briefing On Urban Renewal Act Hamzah Joined By Dr M Rama

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 169 hits
Former Pejuang leader Khairuddin Abu Hassan opposition leader Hamzah Zainudin lawyer Shamsher Singh Thind and Urimai chairman P Ramasamy posing for a photo at the briefing PETALING JAYA A briefing on the proposed Urban Renewal Act was held ...
Lirik Lagu Hamzah Rauf D Albert D

Lirik Lagu Hamzah Rauf D Albert D

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 144 hits
HAMZAHVERSETinggalkan semua tersisaDan tangislah penuh deritaKerna tuhan telah memanggilnyaRatapan melihat jiwa sudah tiadaIni tubuh yang hilang Ini bakinya perang Badan dirobek robekDitarik tarikDitanya siapa tubuh sang pemilikCHORUSDialah...
Bila Hantu Raja Juga Jadi Bodoh

Bila Hantu Raja Juga Jadi Bodoh

papar berkaitan - pada 24/3/2025 - jumlah : 139 hits
Kalau buat kelakar memang kita mendengarnya Mamat ni cerita apa DS Anwar tak berani nak hadap soalan KJ dan Syahril Budak budak tu level PMX Si bodoh ni lupa PMX pernah kutuk Israel di hadapan Pernah juga kritik dasar Amerika depan depan Da...
Lelaki Mengamuk Tersungkur Ditembak Pengawal Keselamatan

Not Forgiving Bumiputera Activists Demand Editors Firing Over Flag Mistake In Malay Newspaper

Hadits Arbain Nawawi 13 Ukhuwah Islamiyah

Pos Malaysia Ceo Comment Sparks Backlash

Memahami Mekanisme Perdagangan Forex Dan Gold

Controversy Erupts Pos Malaysia Ceo S Response To Uniform Criticism Under Fire

Legoland Malaysia Resort Bersinar Meriah Dengan Warna Warni Raya

Polis Cari Pembeli Kia Sonata Bgk2338


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Read This To Vary How You Run24

A Beautifully Refreshing Perspective On Proded888

Awdella Sia Sia Chord

Berat Turun Masa Bulan Puasa

28 Studio Kl Kopi Seni Komuniti Dalam Satu Ruang

Andansura Kekalahan Tiga Adun Pada Pemilihan Pkr Beri Kelebihan Pn Bentuk Kerajaan Selepas Pru 16