Lauk Kegemaran Di Sudut Selera Sri Cempaka
Assalamualaikum WBT
TINGGAL lagi beberapa minggu sahaja lagi, cuti hujung minggu di Johor akan dikembalikan kepada hari Sabtu dan Ahad. Cuma tu la, minggu terakhir bulan Disember tu bersambung dengan bulan Januari tahun 2025 yang mana hari Jumaatnya dah 3 haribulan. Uhm.. takkanlah pulak minggu tu nak kena kerja 6 hari kan. Sk fikir, ia akan bermula pada minggu berikutnya atau lebih tepatnya 6 Januari 2025. Jadi minggu akhir tahun 2024 ni dapatlah cuti tiga hari kot, hihi. Tengoklah nanti ramalanku benar belaka atau tersasar. Waktu bekerja pun belum ada sebarang kata putus lagi.
Sabtu lepas, Sk tak masak tengahari, Pak Inche ajak jalan-jalan ke Midvalley Southkey. Sebelum tu makan tengahari dulu di Sudut Selera Sri Cempaka, tempat favourite PI. Sampai-sampai jer Sk nampak ada pelanggan sedang makan lauk kegemaran Sk, terus aim nak ambil lauk yang sama.
Kali ni dia guna ikan talapia pulak. Datang hari tu guna ikan apa tak tahu, tahu makan aje, hahaha. Memang rezeki, ngam tinggal seekor aje ikannya. Ia dimasak lemak putih, macam masak kencur tapi kalau masak kencur biasa orang letak ikan pari bakar. Patutnya Sk tanyalah dengan taukenya apa nama masakan tu, tapi segan. Padahal dah berpeluang sangat nak tanya sebab beliau datang duduk di meja kami. Sempat jugak la kami berborak. Beliau cerita beliau dah mula berniaga sejak umur 12 tahun, tapi bukanlah berniaga kedai makan tetapi meniaga buah-buahan. Bukan di Johor tapi di Petaling Jaya.
PI - nasi putih, sambal kerang selambak, ceker, ulam timun jepun
Sk - nasi putih, ulam jantung, timun Jepun dan tomato, ikan
Minuman - teh o panas dan ais kosong
Jumlah RM29
Macam biasalah kalau dengar cerita tauke mesti pasal harga barang mahal. Mana nak keluar modal bahan mentah, api, air, gas, upah tukang masak, upah pekerja, tukang cuci pinggan semua kena bayar. Cili aje nak beli berapa jenis. Tapi, Sk pasti, orang meniaga mesti ada untung maaa. Ada ke meniaga yang tak ada untung? Cuma bezanya, untung kecik ke untung besar la gitu.Kalau tak untung langsung lebih baik tak payah meniaga. Meniaga ni penat tau, yang dah pernah meniaga aje tahu, huhu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2024/11/lauk-kegemaran-di-sudut-selera-sri.html