Laporan Hrw Satu Bukti Tidak Diberi Tetapi Syarah Satu Dunia Saifuddin




 
 

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan laporan terbaharu Human Rights Watch (HRW) yang mendakwa kerajaan mendera kumpulan pelarian dan warga asing dengan menempatkan mereka di pusat tahanan imigresen yang sesak serta kononnya melebihi kapasiti.





Menteri Dalam Negeri Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ketika ini terdapat 20 depoh imigresen di negara ini dengan kapasiti 20,650 namun sehingga 7 Mac jumlah mereka yang ditempatkan di depoh tahanan ialah seramai 13,635 iaitu di bawah kapasiti maksimum.





"Laporan HRW tertolak dengan sendirinya. Biar angka berbicara, adakah sesak, jawapannya tidak," jelas beliau ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.





Saifuddin menjelaskan, kerajaan membelanjakan sebanyak RM123 juta pada tahun lepas dengan kos makanan sebanyak lima kali sehari mencecah RM83 juta.





"Bila kita usir kita bayar duit feri dan kapal terbang, begitu sekali kita jaga, tapi HRW kata kita dera sampai kematian," katanya.





Beliau berkata warga Myanmar paling ramai direkodkan berada di depoh imigresen iaitu seramai 4,541 diikuti Indonesia (3,797), Filipina (2,914), Bangladesh (1,000), Thailand (329) dan negara-negara lain 1,054.





Jelas beliau, tahanan tersebut membabitkan mereka yang telah menjalani proses hukuman di penjara sementara menunggu proses dokumentasi dari kedutaan negara asal untuk dihantar pulang.





"Lagi cepat dokumen perjalanan dikeluarkan lagi cepat dikeluarkan, lagi cepat kita hantar pulang," katanya.





Selain itu, jelasnya terdapat juga tahanan yang disyaki terlibat di bawah kesalahan Akta Imigresen dan dalam proses diserahkan kepada pendakwa raya selain pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) yang melakukan kesalahan jenayah.





Saifuddin berkata, ekoran laporan pemerhati hak asasi yang berpusat di New York itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dipanggil oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan HRW turut diberi keterangan serta diminta mengemukakan pembuktian kes penderaan dan kematian yang disebut dalam laporan itu.





"Satu cebis bukti pun tidak diberi tetapi (laporan) disyarah satu dunia," katanya.





"Ini sangat tidak bertanggungjawab, perlu tampil kepada saya bukti. Saya akan segera ambil tindakan dan beri penjelasan versi yang lebih berkredibiliti yang dapat diuar-uarkan bagi menjernihkan tuduhan ini," katanya.





Kepada soalan tambahan Guan Eng mengenai isu pelarian, Saifuddin berkata kementerian sentiasa berhubung dengan UNHCR bagi melakukan silang semak jumlah pelarian yang berada di negara ini untuk menangani isu tersebut.





Katanya, pemegang kad UNHCR tidak akan ditahan sekiranya ditemui dalam sebarang operasi Imigresen melainkan mereka melakukan kesalahan jenayah.





"Melainkan jika melakukan kesalahan jenayah seperti kes bunuh dan rogol," ujarnya sambil memaklumkan pemegang kad pelarian turut bebas melakukan kegiatan untuk meneruskan kehidupan seperti berniaga ketika menjawab soalan tambahan Datuk Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh).

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/03/laporan-hrw-satu-bukti-tidak-diberi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengemis Ini Jadi Salah Satu Bukti Rezeki Tidak Akan Tertukar

Pengemis Ini Jadi Salah Satu Bukti Rezeki Tidak Akan Tertukar

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 254 hits
Beberapa kali gagal seorang warganet memberikan kesempatan kepada pengemis Dan terjadilah
Saifuddin Sedia Bertemu Hrw Isu Dera Kematian Di Depot Tahanan

Saifuddin Sedia Bertemu Hrw Isu Dera Kematian Di Depot Tahanan

papar berkaitan - pada 9/3/2024 - jumlah : 279 hits
PUTRAJAYA Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan kesediannya untuk bertemu wakil Human Rights Watch susulan dakwaan pertubuhan bukan kerajaan itu bahawa berlakunya penderaaan dan kematian di depoh tahanan Jabat...
Bukti Bayar Zakat Bakal Jadi Salah Satu Pertimbangan Syarat Naik Jabatan Asn Kemenag

Bukti Bayar Zakat Bakal Jadi Salah Satu Pertimbangan Syarat Naik Jabatan Asn Kemenag

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 205 hits
Menurutnya pengelolaan dana zakat yang optimal dan pengelolaan wakaf yang baik dapat mendukung pencapaian Sustainable Development Goals
Sekeluarga Naik Motor Terperosok Ke Jurang Satu Meninggal Dunia

Sekeluarga Naik Motor Terperosok Ke Jurang Satu Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 10/3/2024 - jumlah : 283 hits
Satu dari tiga korban meninggal dunia sementara dua lainnya mengalami luka luka
Faizal Tahir Feat Mirwana Biar Satu Dunia Tahu Chord

Faizal Tahir Feat Mirwana Biar Satu Dunia Tahu Chord

papar berkaitan - pada 9/3/2024 - jumlah : 185 hits
F m F m A E F m Peluru berpandu Segala senjata Bm Yakinkah kau akan menang F m sedikit tak gentar Berani kau cabar A E C Sampai akhir kau takkan senang F m A Anak kecil dan wanita B C Kau bunuh tanpa rasa bersalah F m Bm Tapi ingat satu mas...
Lirik Lagu Biar Satu Dunia Tahu Faizal Tahir Mirwana

Lirik Lagu Biar Satu Dunia Tahu Faizal Tahir Mirwana

papar berkaitan - pada 11/3/2024 - jumlah : 320 hits
VERSE 1 Peluru berpandu Segala senjata Yakinkah kau akan menang sedikit tak gentar Berani kau cabar Sampai akhir kau takkan senang Anak kecil dan wanita Kau bunuh tanpa rasa bersalah Tapi ingat satu masa Islam kukuh kemenangannya PRE CHORUS...
Video Terungkap Kata Kata Terakhir Habib Hasan Sebelum Meninggal Dunia Sedang Lakukan Ini

Video Terungkap Kata Kata Terakhir Habib Hasan Sebelum Meninggal Dunia Sedang Lakukan Ini

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 159 hits
Meninggalnya Habib Hasan bin Jafar Assegaf memberikan kesedihan kepada masyarakat muslim dan keluarganya
Exploring The Underwater Caves Of The Yucat N Peninsula

Sekuriti Berjaya Menggagalkan Cubaan Seludup Siswi Ke Asrama Lelaki Apabila Mengesyaki Ada Sesuatu Dalam Beg

Buat Program Infaq Bagi Bantuan Sana Sini Tapi Akaun Tiktok Boikotpakmat Dakwa Pak Mat Western Liat Bayar Gaji Staf

Kek Lapis Penganan Pilah

Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

Hudsons Eumenthol Jujubes Membantu Melegakan Tekak Dan Batuk

Resort Ni Cantik Tepi Pantai Design Pun Estetik

Flood Situation In Sabah Worsens


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maher Zain Feat Harris J Qalbi Fil Madinah Chord

Marketing Semakin Mudah Chatbot Sudah Disediakan Untuk Bisnes Anda

Bawani S Ayer Kuning Bid Crucial For Putting Socialism On The National Agenda

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Siti Kasim Rallies Behind Psm Give Smaller Parties A Chance To Deliver Shocker In Ayer Kuning By Election

Dinda Dania Katana Chord