Lapan Langkah Strategik Tambah Baik Pengurusan Bencana Negara


Oleh Herman Hamid Ismail Sabri Yaakob mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) yang dijalankan secara hibird di Putrajaya hari ini. JAWATANKUASA Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) yang bermesyuarat hari mencapai persetujuan untuk menggariskan lapan langkah strategik menambah baik pengurusan bencana negara yang telah dibentangkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perbincangan menekankan langkah dan perancangan jangka masa pendek, sederhana dan panjang yang perlu dilakukan Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri supaya bencana banjir tidak memberikan impak besar kepada negara dan rakyat.
“Peruntukan untuk penyelesaian secara komprehensif ini memerlukan peruntukan yang besar melibatkan ratusan bilion ringgit yang memakan masa panjang.
“Oleh itu, mesyuarat bersetuju supaya kerajaan memfokuskan terhadap kawasan berisiko tinggi dan diberikan keutamaan untuk melaksanakan pelan penyelesaian masalah banjir,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Mesyuarat di Putrajaya itu turut dihadiri Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri,
Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Ketua Setiausaha Negara (KSN), Panglima Angkatan Tentera (PAT), Ketua Polis Negara (KPN), Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Ketua-Ketua Setiausaha
Kementerian dan Ketua Pengarah Agensi-agensi yang berkaitan.
Menurut Perdana Menteri, lapan langkah yang digariskan NADMA itu ialah:
i. Pemerkasaan Dasar, Perundangan dan Mekanisme Berkaitan Pengurusan Bencana & Pengurangan Risiko Bencana (DRR)
ii. Penekanan Terhadap Inisiatif DRR
iii. Penyediaan Dana untuk Pengurusan Bencana dan DRR
iv. Pengukuhan Mekanisme Koordinasi dan Kompetensi Stakeholders Pengurusan Bencana
v. Penambahbaikan Sistem dan Penyampaian Maklumat di dalam Pengurusan Bencana dan DRR
vi. Pemerkasaan Dasar dan Mekanisma Koordinasi Bantuan NGO dan Sukarelawan
vii. Peningkatan Kemahiran di dalam Komunikasi Krisis dan Komunikasi Strategik
viii.Peningkatan Kapasiti Komuniti Setempat dan Tumpuan Terhadap “Localization” di dalam Pengurusan dan DRR.
Ismail Sabri Yaakob mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat yang turut dihadiri ketua-ketua kerajaan negeri menerusi telesidang. Kata Ismail Sabri, perluasan dasar DRR di peringkat negeri dan daerah dapat memastikan pengurusan bencana banjir dapat dipertingkatkan berikutan satu platform yang diwujudkan bagi menyimpan semua repositori daftar risiko secara sistematik.
“Kementerian dan Agensi juga turut disaran untuk membuat penetapan sebanyak lima peratus daripada perbelanjaan mengurus dan pembangunan bagi tujuan pengurusan bencana pada masa akan datang.
“Ini penting bagi persiapan perbelanjaan persediaan bencana, pemulihan dan pasca bencana serta pencegahan dan mitigasi risiko bencana,” jelasnya.
Sementara itu, maklum Perdana Menteri, kerajaan sedar akan perubahan iklim yang turut menjadi salah satu faktor kepada bencana banjir di negara ini.
Dalam hubungan ini, katanya, pewujudan subjek utama dalam menangani bencana di pelbagai peringkat pendidikan, sekolah, kolej dan universiti akan dilaksanakan agar seluruh Keluarga Malaysia dapat mengadaptasi perkara ini sebagai norma baharu.
“Mesyuarat juga bersetuju dengan penekanan terhadap konsep ‘whole of society approach’ yang perlu diterjemahkan dalam dasar, pengoperasian dan latih amal bencana dengan penglibatan bersama agensi kerajaan dan Organisasi Masyarakat Sivil (CSO).
“Pada masa yang sama, pemerkasaan kapasiti komuniti setempat akan dipertingkatkan melalui ketua komuniti yang akan bertindak sebagai initial responder. Mereka akan dibekalkan dengan kelengkapan asas dan bantuan untuk melaksanakan tindakan awal,” ujarnya.
Selain itu, kata Perdana Menteri, mesyuarat secara dasarnya turut bersetuju dengan cadangan jangka pendek dan jangka panjang yang dikemukakan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) untuk menyelesaikan masalah banjir.
Antara langkah itu kata Ismail Sabri, mengenal pasti Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tetap dan melengkapkannya dengan kemudahan seperti tandas, bilik mandi dan stor untuk penyimpanan barangan keperluan asas bagi mangsa banjir seperti tilam, dan khemah.
Ujarnya, bagi sekolah berasrama yang dijadikan sebagai PPS, kawasan asrama akan dijadikan kawasan penempatan mangsa banjir.
Langkah-langkah lain yang diumumkan beliau ialah pihak kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan diberikan tanggungjawab untuk memastikan saluran perparitan dalam keadaan baik.
Turut dipersetujui ialah menaik taraf, mendalamkan dan melebarkan sungai-sungai utama, meninggikan benteng dan ban sungai serta parit serta membina lebih banyak tebatan banjir dan membina empangan dan stesen pintu kawalan air (baraj) bagi mengawal kenaikan paras air.
Cadangan lain yang dipersetujui ialah membina terowong SMART terutama di bandar yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi seperti di Shah Alam, membangunkan kawasan penempatan berdaya tahan seperti ‘sponge city’ di China serta mewujudkan takungan air atau ‘kota takungan pinggir sungai’ seperti di Belanda.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/02/lapan-langkah-strategik-tambah-baik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berapa Kali Pendatang Masuk Keluar Negara Dengan Mudah Apa Point Dia

Berapa Kali Pendatang Masuk Keluar Negara Dengan Mudah Apa Point Dia

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 207 hits
Asalnya aku agak bengang bila Teresa Kok tak setuju hukuman sebat dikenakan ke atas pendatang haram yang telah ditangkap berulang kali Tapi bila aku baca aku rasa Teresa ada point Memang pendatang haram berkait isu keselamatan negara Tapi c...
Lim Kit Siang Bimbang Najib Akan Tingkatkan Ekonomi Negara

Lim Kit Siang Bimbang Najib Akan Tingkatkan Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 184 hits
Oleh Nurul Aishah RAKYAT Malaysia tahu bagaimana kerajaan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional GAGAL menjaga ekonomi negara Ironinya Lim Kit Siang tanpa rasa malu kononnya beliau benar benar takut untuk masa depan negara dengan potensi ke...
Penyerahan Memorandum Di Istana Negara Lebih 100 Ribu Orang Desak Kelau

Penyerahan Memorandum Di Istana Negara Lebih 100 Ribu Orang Desak Kelau

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 199 hits
Penyerahan Memorandum Dan Petisyen Tuntutan Pengeluaran KWSP sebanyak RM10 000 Kepada Yang Dipertuan Agong oleh NGO Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia di Istana Negara JOHOR
Negara Mundur Di Bawah Politik Tua

Negara Mundur Di Bawah Politik Tua

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 209 hits
Kita carilah wajah baru dengan harapan minda rakyat tidak dibelengu dengan permainan politik mereka yang sudah lapuk dan basi Kalau boleh Cari juga parti baru yang belum ternoda MUDA PEJUANG PBM AMANAH PUTERA perlu diberi peluang berganding...
Wan Azizah Melawat Kebun Nenas Dalam Negara Sahaja

Wan Azizah Melawat Kebun Nenas Dalam Negara Sahaja

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 456 hits
Singgah ke ladang nenas dengan cucu di Kebun Agropelancongan Nenas di Sungai Merab Kajang Alhamdulillah permandangan yang sungguh cantik dengan suasana nyaman Semoga Allah merahmati
Keputusan Pelaksanaan Had Laju 30 Km J Dan 50km J Di Ibu Negara Diumum Nanti

Keputusan Pelaksanaan Had Laju 30 Km J Dan 50km J Di Ibu Negara Diumum Nanti

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 175 hits
Keputusan pelaksanaan had laju 30 km j dan 50km j di ibu negara diumum nanti Keputusan untuk melaksanakan had laju 30 dan 50 km j di kawasan terpilih di ibu negara akan diumumkan dalam masa terdekat dengan mengambil kira pandangan semua pih...
How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand

Jahil Menteri Besar Kelantan Dikecam Dakwa Tiada Tanah Adat Di Semenanjung

Kaya Sebab Duit Banyak

The Current Generation Of The Opel Corsa Has Reached 1 Million Units Produced


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aku Bukan Ustazah 2

Pirake Ayer Kuning Tiada Siapa Dapat Mendabik Dada

Yosvany Terry Exploring Afro Cuban Music Traditions

Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Doa Sebelum Bekerja Agar Dimudahkan Dan Diberkahi

Raya Rumah Mak Tam Belah Abah