Langsung Tak Rasmi Awie Menang Bn Rampas Nenggiri


malaysiakini.com
Pasukan Malaysiakini
Diterbitkan: Aug 17, 2024 6:07 PM


PRK NENGGIRI | Calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani (dikenali sebagai Awie) dan calon PN Mohd Rizwadi Ismail yang menggunakan logo PAS bertarung satu lawan satu untuk dinobatkan sebagai wakil rakyat kerusi DUN di Kelantan ini.

Malaysiakini membawakan secara langsung perkembangan keputusan PRK ini dari semasa ke semasa.

Tak rasmi: Awie menang, BN rampas Nenggiri

7.35 malam - BN telah merampas kerusi Nenggiri daripada PN, menurut keputusan tidak rasmi.

Ini pilihan raya kecil pertama sejak pilihan raya umum 2022 dan pilihan raya negeri 2023 yang menyaksikan kerusi DUN itu telah bertukar tangan.

Malaysiakini menganggarkan BN telah melepasi ambang 50 peratus undi dengan 39 dari 47 daerah mengundi telah dikira.

BN masih mendahului dengan lebih 2,800 undi setakat ini dan PN dijangka tidak akan mampu mengejar lagi.

Di bilik gerakan BN, Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan terima kasih kepada pengundi Nenggiri kerana mengembalikan kerusi tersebut kepada gabungan itu.

Dia juga berterima kasih kepada bekas ahl parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ketua Umno Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub.

Tak rasmi: BN di ambang kemenangan

7.25 malam - BN dijangka akan memenangi kerusi DUN Nenggiri menurut keputusan tidak rasmi.

Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan keyakinannya BN akan menang, "Insya-Allah".

Setakat ini, BN mendahului dengan lebih 2,800 undi setelah 36 dari 47 saluran mengundi dikira.

Menurut keputusan tidak rasmi BN, gabungan itu telah berjaya merampas kembali daerah mengundi Perasu dan Limau Kasturi yang mana BN kalah pada pilihan raya negeri tahun lalu

BN mendahului PN
7 malam - Keputusan tidak rasmi kem BN menunjukkan gabungan tersebut kekal mendahului dengan 20 dari 47 saluran mengundi telah dikira.

Setakat ini, BN mendahului PN dengan hampir 2,000 undi.

2,000 penyokong PN tak keluar undi - Annuar
6.15 petang - Pemimpin PN Annuar Musa membayangkan persaingan sengit dengan kemungkinan undi untuk gabungan itu merosot.

Dalam satu hantaran di Facebook, Annuar mendakwa lebih 2,000 penyokong PN tidak keluar mengundi “gara-gara tempias berita pihak lain mendapat duit.”

Pun begitu Annuar tidak menjelaskan kaitan antara perkara ini.

Pemimpin PAS itu juga mendakwa peratusan keluar mengundi yang lebih tinggi pada hari ini mungkin memberi kelebihan kepada BN.

Jika dakwaan Annuar benar, PN mungkin akan kehilangan kerusi tersebut.

Pada pilihan raya negeri sebelum ini, PN menang DUN Nenggiri hanya dengan majoriti 810 undi daripada BN.

Tak rasmi: BN menang semua daerah mengundi Orang Asli
6 petang - BN telah memenangi kesemua enam daerah mengundi Orang Asli menurut keputusan tidak rasmi.

Jumlah undi tidak rasmi menunjukkan BN meraih 1,852 undi di enam daerah mengundi tersebut - Kuala Sungai, Tohoi, Sungai Puian, Sungai Jenera, Simpor dan Sungai Wias.

Sementara itu, PN hanya mendapat 282 undi di kawasan-kawasan ini.

Pusat pengundian ditutup
6 petang - Peratusan keluar mengundi merekodkan 71.87 peratus setakat 4 petang, maklum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melebihi sasaran hanya lebih 60 peratus.

14 pusat pengundian dibuka sehingga 6 petang manakala enam pusat pengundian ditutup lebih awal.

Empat pusat mengundi yang ditutup pada 2 petang iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Pusat Pendidikan Komuniti Pos Gob, SK Sri Permai dan SK Kuala Sungai, manakala dua lagi ditutup 3 petang iaitu Dewan Orang Ramai Pos Simpor dan SK Pulat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/08/langsung-tak-rasmi-awie-menang-bn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ak Rasmi Bn Menang Di Empat Pdm Kata Asyraf Wajdi

Ak Rasmi Bn Menang Di Empat Pdm Kata Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 137 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 17 2024 4 23 PMBN menang PN di empat pusat daerah mengundi berdasarkan kiraan tidak rasmi kata Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki Asyraf pada hantaran di media sosial berkata BN menang di PDM Sungai Pu...
Umno Bn Rampas Semula Nenggiri Kelupoq Pulak Puak Khawarij Pa Dan Parti Bunga

Umno Bn Rampas Semula Nenggiri Kelupoq Pulak Puak Khawarij Pa Dan Parti Bunga

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 163 hits
JENUH meroyan menggelupoq walatok walargon walaun untit KHAWARIJ bila UMNO BN menang besar di PRK Nenggiri Sebabnya mudah selama ini puak PA Parti BUNGA PNyakau Nasional sering MENGHINA UMNO KUNUNnya org Melayu sudah tolak UMNO TAPI UMNO BN...
Awie Bukan Sehari Dua Di Nenggiri Kata Ahmad Maslan

Awie Bukan Sehari Dua Di Nenggiri Kata Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 236 hits
Ahli MKT Umno Ahmad Maslan berkata calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mempunyai hubungan baik bersama penduduk GUA MUSANG Calon Barisan Nasional PRK Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sebenarnya bukan muka baharu di DUN itu dan hany...
Sanusi Yakin Pn Menang Nenggiri Majoriti 2 000 Undi

Sanusi Yakin Pn Menang Nenggiri Majoriti 2 000 Undi

papar berkaitan - pada 4/8/2024 - jumlah : 260 hits
freemalaysiatoday com 04 Aug 2024 12 43 PMKetua pengarah pilihan raya PN itu berkata soal calon bukan jadi isu memandangkan gelombang PN sudah masuk ke kawasan Orang Asli Sanusi Nor berkata PN akan menumpukan kempennya di kawasan Orang Asli...
Tak Rasmi Bn Merampas Kerusi Nenggiri Daripada Pn

Tak Rasmi Bn Merampas Kerusi Nenggiri Daripada Pn

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 196 hits
BN merampas kerusi Nenggiri daripada PN menurut keputusan tidak rasmi Ini pilihan raya kecil pertama sejak pilihan raya umum 2022 dan pilihan raya negeri 2023 yang menyaksikan kerusi bertukar tangan Malaysiakini menganggarkan BN telah melep...
Prk N 43 Nenggiri Bn Menang Tapi Di Tunggang Dap

Prk N 43 Nenggiri Bn Menang Tapi Di Tunggang Dap

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 303 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong menyaksikan detik bersejarah Projek Rapid Transit System Link secara simboliknya disambungkan antara Malaysia dan Singapura Gambar fail Bernama1 Isu air di Kelan...
Bn Menang Besar Di Nenggiri Raih Majoriti 3 372 Undi

Bn Menang Besar Di Nenggiri Raih Majoriti 3 372 Undi

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 139 hits
HarapandailyBarisan Nasional menang besar dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri hari ini Calon Barisan Nasional Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mewakili Kerajaan Perpaduan menewaskan calon Pas Mohd Rizwadi Ismail mewakili Pe...
Orang Melayu Nenggiri Pun Tolak Umdap Pn Tepis Ramalan Bn Menang

Orang Melayu Nenggiri Pun Tolak Umdap Pn Tepis Ramalan Bn Menang

papar berkaitan - pada 8/8/2024 - jumlah : 322 hits
freemalaysiatoday com07 Aug 2024 07 12 PMPengarah Operasi PN PRK Nenggiri Annuar Musa berkata rakyat DUN itu mempunyai tahap kefahaman politik yang tinggi seperti dibuktikan dalam PRU15 dan PRN lalu Annuar Musa mengakui pengaruh Tengku Raza...
Prk Dun Nenggiri Bn Menang Besar

Prk Dun Nenggiri Bn Menang Besar

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 235 hits
Daripada jumlah itu 17 PDM dimenangi Barisan Nasional menerusi calonnya Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani manakala tiga PDM dimenangi PAS Semua 20 pusat daerah mengundi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri jam 8 12 malam tadi Darip...
Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Monitor All Projects To Ensure Timely Completion Pm

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

Masuk Usia 40 An Ini 6 Perkara Penting Yang Kebanyakan Orang Cari

Buasir Otak Tv Roblox Lawan Alien Dalam Perang Dunia Live

Muhyiddin Shahidan Sah Hadir Majlis Pembukaan Kapsul Masa 2020 Di Menara Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lintah Berkepala Manusia By Rakib Jamari Riau

Kek Lapis Penganan Pilah

Misi Mencari Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Tercapai

Hudsons Eumenthol Jujubes Membantu Melegakan Tekak Dan Batuk

Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

Asean All Star Vs Mu Jadual Pemain Pembelian Tiket Online