Langkah Perangi Geng Coronapalatau


Sejak akhir-akhir ini istilah ‘palatau’ menjadi popular dalam kalangan pengguna media sosial di Malaysia.
Istilah yang dikatakan berasal daripada gabungan perkataan ‘kepala tahu’ diguna untuk merujuk kepada seseorang yang suka bercakap tentang sesuatu perkara seakan-akan dia seorang pakar sedangkan dia tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam berkenaan perkara yang dikatakan.

Loading… Sejak berita penularan koronavirus (2019-nCOV) menggemparkan dunia beberapa hari sebelum sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini, muncul ramai ‘pakar jadian’ menunjukkan ‘kepandaian’ mereka melalui media sosial seperti Facebook dan Twitter serta laman sembang Whatsapp.
Golongan ‘palatau’ ini cenderung untuk mengeluarkan kenyataan yang tidak benar dan bercakap berdasarkan pendapat atau telahan peribadi semata-mata.
Mereka juga yang berpotensi besar menyebarkan berita palsu atau mengeluarkan kenyataan bersifat provokatif tidak berasaskan fakta sehingga menimbulkan rasa cemas serta resah anggota masyarakat.
Malangnya dek kerana kenyataan mereka di media sosial biasanya bersifat sensasi, ia mendapat banyak ‘like’ dan dikongsi ramai sehingga menimbulkan persepsi salah dan mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat.
Sebagai contoh, pada minggu lalu, berbekalkan gambar atau video yang entah dari mana datangnya, golongan palatau ini sebar dan dakwa penyakit koronavirus ini sudah menular di beberapa negeri di Malaysia.
Walhal pada waktu itu, Malaysia baru sahaja mengumumkan proses kuarantin tiga warga China yang masuk ke negara ini dari Singapura melalui Johor. Belum pun disahkan berpenyakit, sudah heboh di seluruh negara kononnya Malaysia sengaja membiarkan pesakit ini masuk.
Kerjasama jentera kerajaan
Penghargaan besar selayaknya diberikan kepada semua jentera kerajaan yang bertungkus lumus memerangi penularan berita palsu ini.
Sebagai contoh, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), melalui semua saluran media sosial mereka tidak berhenti-henti menyiarkan maklumat penafian ‘berita’ dan dakwaan tidak berasas yang disebarkan pihak tidak bertanggung jawab.
Tidak cukup dengan itu, KKM turut menyiarkan statistik terkini perkembangan koronavirus di Malaysia dan seluruh dunia, video pencegahan virus serta kenyataan akhbar daripada pihak kementerian agar masyarakat hanya mendapatkan maklumat sahih.
Surujanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula bertindak tegas untuk tidak memberi ruang kepada penyebar berita palsu daripada terus berleluasa, Tindakan yang dikenakan ke atas pihak yang terlibat hendaknya menjadi pelajaran supaya tidak ada lagi penyebar berita palsu.
Sehingga artikel ini ditulis, Kementerian Kesihatan telah menafikan 19 berita palsu berkenaan isu koronavirus manakala PDRM pula sudah menahan enam individu kerana menyebarkan berita palsu berkenaan penyakit itu. Kesemua pendakwaan dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Di samping itu laman sesawang Sebenarnya.my turut menjadi wadah menyebar maklumat tepat berkenaan perkembangan isu koronaviru dan menafikan berita palsu.
Media tempatan juga turut menyumbang ke arah usaha memerangi berita palsu ini. Agensi penerbitan berita kerajaan seperti Bernama, RTM dan Jabatan Penerangan Malaysia menggunakan semua platform mereka untuk memberi maklumat tepat kepada rakyat.
Tidak dilupakan juga peranan agensi penerbitan berita swasta yang turut memainkan peranan menyiarkan pelbagai bahan berkaitan koronavirus serta memastikan kesahihan berita yang disiarkan demi kebaikan bersama.
Coronapalatau 
Kesedaran diri untuk melawan penularan berita palsu memberi ilham kepada pereka grafik, Faris Akmal Faizal dan mahasiswa bidang farmasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Azahari Azizi untuk menghasilkan poster unik menyindir golongan ‘palatau’.
Poster ‘Virus Coronapalatau’ rekaan mereka menggabungkan perkataan ‘corona’ dan ‘palatau’ dengan definisi ‘sebuah virus yang tiba-tiba muncul dalam kepala otak sebilangan besar manusia menjadikan mereka pakar dalam setiap perkara’ mencuit hati banyak pengguna media sosial sehingga dikongsi lebih 3,000 pengguna Facebook dan Instagram.
Tambah mencuit hati apabila poster itu turut menyenaraikan gejala serta tip keselamatan menghadapi virus rekaan itu.
“Saya percaya bahawa poster lebih mudah untuk disebar luas dan membuat warga maya berfikir dahulu sebelum menyebarkan apa-apa berita yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.
“Saya juga berharap agar kita sama-sama dapat mendidik masyarakat menggunakan kepakaran yang kita ada untuk menjadi sebuah komuniti yang tidak mudah menerima dan menyebarkan berita yg tidak sahih apatah lagi ketika berlakunya isu yang melibatkan keselamatan dan kesihatan orang ramai,” kata beliau kepada Bernama.
Portal khusus
Bagi sekumpulan saintis Malaysia, sumbangan mereka dalam memerangi berita palsu adalah dengan membina sebuah laman sesawang menyalurkan maklumat tepat tentang perkembangan isu koronavirus di Malaysia dan seluruh dunia.
“Berdasarkan sumber maklumat yang disahkan kesahihannya, langkah persediaan boleh dilakukan untuk melindungi diri dan orang lain. Cetusan panik lantaran penyebaran maklumat palsu boleh dielakkan berikutan saranan pencegahan efektif dan maklumat sahih dari pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini merupakan misi utama penubuhan kumpulan sukarelawan Corona Tracker,” kata pengasas laman sesawang CoronaTracker Dr Lau Cher Han.
Laman CoronaTracker ( https://www.coronatracker.com/) dibangunkan oleh Dr Lau yang berpangkalan di Pulau Pinang bersama 400 sukarelawan dari Malaysia dan beberapa negara lain seperti Singapura, Indonesia, Filipina, Taiwan, Jepun, Amerika Syarikat dan Botswana.
Melalui laman ini, orang ramai boleh mengetahui jumlah bilangan kes yang dikenal pasti, bilangan kes kematian, kes disyaki dan kes yang disembuhkan di seluruh dunia. Ia turut menghimpunkan berita berkaitan koronavirus dari seluruh dunia untuk memudahkan rujukan pengguna.
Syukurlah, akhirnya rakyat Malaysia bersatu hati melawan berita palsu!
Disunting oleh Melati Mohd Ariff
– Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2020/02/langkah-perangi-geng-coronapalatau/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Paypal Langkah Demi Langkah Pendaftaran

Paypal Langkah Demi Langkah Pendaftaran

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 131 hits
Bismillah Sebelum saya mulakan panduan pendaftaran Paypal ni untuk makluman saya baru meletakkan Google Follower yang di letakkan di bahagian sidebar Saya tak asingkan perkongsian saya di sini dan perkongsian di blog Jadi semua makluman pad...
Inilah Langkah Langkah Ahli Jualan Untuk Pelaku Bisnis

Inilah Langkah Langkah Ahli Jualan Untuk Pelaku Bisnis

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 275 hits
Kali ini kami akan bahas seputar Reseller yakni pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Kalau Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin punya penghasilan tambahan ma...
China Hadapi Situasi Getir Perangi Penularan Koronavirus

China Hadapi Situasi Getir Perangi Penularan Koronavirus

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 369 hits
WUHAN 26 JAN Presiden China Xi Jinping semalam memberi amaran negara itu berdepan situasi getir serentak dengan usaha pihak berkuasa mengekang penularan virus yang sudah meragut 41 nyawa dan menjejaskan sambutan Tahun Baharu Lunar Negara pa...
Stock Vaksin Influenza Habis Ibu Bapa Jangan Panik Ikuti Langkah Pencegahan Berikut

Stock Vaksin Influenza Habis Ibu Bapa Jangan Panik Ikuti Langkah Pencegahan Berikut

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 597 hits
Kes yang menyerang ramai orang terutamanya kanak kanak disebabkan virus influenza kini semakin meningkat Ramai ibu bapa yang mula panik sehingga menyerbu kebanyakan klinik yang menyediakan vaksin influenza Namun kini stock vaksin influenza ...
Virus Wuhan Singapura Tingkatkan Langkah Berjaga Jaga

Virus Wuhan Singapura Tingkatkan Langkah Berjaga Jaga

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 399 hits
Singapura Singapura menyediakan langkah berjaga jaga tambahan untuk mengurangkan risiko penyebaran wabak radang paru paru disebabkan jangkitan novel coronavirus ke republik itu susulan pengesahan pihak berkuasa China ia boleh tersebar dari ...
Langkah Hasto Kristiyanto Penuhi Panggilan Kpk Berdampak Baik Untuk Pdip

Langkah Hasto Kristiyanto Penuhi Panggilan Kpk Berdampak Baik Untuk Pdip

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 145 hits
Pengamat politik Universitas Al Azhar Indonesia Ujang Komarudin mengapresiasi langkah Sekjen DPP PDI Perjuangan Hasto Kristiyanto memenuhi panggilan KPK sebagai saksi terkait kasus menjerat mantan anggota KPU Wahyu Setiawan Hal ini menunjuk...
Lirik Lagu Langkah Seiringan Exist

Lirik Lagu Langkah Seiringan Exist

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 221 hits
Lirik Lagu Langkah Seiringan Dikala ku keseorangan Kenangan pun datang Menjelma lagi Terbayang saat saat Yang manis Ketika bersama dahulu Tak tertahan menanggung rindu Disaat kau berjauhan dariku Bayangmu selalu datang menjelma Membuat tegu...
Mengenal Lima Langkah Sukses Ahli Jualan Mengapa Enggak

Mengenal Lima Langkah Sukses Ahli Jualan Mengapa Enggak

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 297 hits
Topik kita kali ini yakni Reseller merupakan pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Bila Anda ingin berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin punya pendapatan tambahan maka ...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut