Langkah Dubai Dan Caci Maki Mahathir Hanyalah Gangguan


 
Perjuangan Aliran untuk perubahan bergantung kepada sokongan anda semua

By

 Henry Loh

 -







Photograph: zaid.my

Sudah 14 bulan lamanya, kita di Malaysia telah menjalani kehidupan di bawah “kerajaan perpaduan” yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim.

Tinjauan yang dijalankan oleh Merdeka Center pada Oktober lalu menunjukkan bahawa tahap kepuasan rakyat terhadap prestasi PM hanyalah 50%. Kebimbangan utama di kalangan mereka yang ditinjau adalah soal ekonomi, dengan 48% mengatakan mereka tidak berpuas hati dengan prestasi pentadbiran Anwar.

Anwar berdepan kerja yang cukup sukar. Beliau merombak kabinet baru-baru ini, namun masih terlalu awal untuk melihat sama ada barisan menteri baharu akan menunjukkan prestasi yang lebih baik.

Gangguan kerjanya cukup banyak. Langkah Chow Kit atau Dubai serta khabar angin yang berterusan tentang kebarangkalian pengampunan diraja untuk Najib Razak telah mengalihkan perhatian kita daripada isu yang lebih kritikal.

Keadaan ekonomi serta sumber pencarian rakyat adalah amat penting. Kerajaan perpaduan mesti memberi tumpuan kepada perkara ini.

Dari segi politiknya, pasukan PM telah menarik lima ahli parlimen pembangkang untuk berada bersama di pihaknya. Ahli parlimen ini mendakwa mereka mengalih taat setia kerana mahu menerima peruntukan pembiayaan yang lebih tinggi untuk membangunkan kawasan mereka.

‘Mempersenjatakan’ dana kawasan dengan cara ini adalah salah dari segi moral. Ia termasuk dalam kategori yang sama dengan ahli parlimen yang berpaling tadah kerana mereka ditawarkan sejumlah besar wang, jawatan mudah serta faedah lainnya. Ada yang mendakwa bahawa inilah juga yang mendorong ahli parlimen tertentu untuk mempertimbangkan “langkah Dubai”.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: [email protected]

PM mesti menunaikan janjinya dan memastikan pengagihan dana pembangunan kawasan pilihan raya dengan sama rata. Ahli parlimen pembangkang tidak seharusnya didiskriminasi melalui pembiayaan yang lebih rendah.

Sebuah lagi gangguan timbul apabila bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan kesetiaan etnik minoriti ketika diwawancara oleh saluran TV India yang berpangkalan di Chennai.



READ MORE:  How to foster multicultural understanding in Malaysia

 
Mahathir menyatakan pandangannya bahawa kaum minoriti perlu diasimilasikan sepenuhnya dan “menjadi Melayu” untuk dianggap sebagai warganegara yang sah.

Penduduk Malaysia pada tahun 2023 adalah sekitar 33 juta – daripada jumlah ini, 70.1% adalah bumiputera, 22.6% etnik Cina dan 6.6% etnik India.

Apa hak Mahathir untuk mempersoalkan kesetiaan hampir 30% penduduk negara ini? Kenyataannya yang tidak sensitif telah menyinggung perasaan ramai orang di Malaysia daripada semua etnik.

Ini adalah beberapa contoh gangguan yang menghalang pembangunan untuk rakyat.

Anwar dan pasukannya sepatutnya menerajui kerajaan “Madani” yang progresif dan berfikiran reformasi. Oleh itu, orang ramai mengharapkan tumpuan diberi kepada kesejahteraan rakyat, terutamanya golongan miskin.

Dengan peningkatan inflasi, ramai di kalangan kelas pertengahan kini jatuh ke dalam kategori berpendapatan rendah. Rancangan untuk subsidi yang disasarkan – supaya hanya mereka yang memerlukan sahaja yang layak – adalah satu langkah ke arah yang betul. Namun, adakah ia akan dilaksanakan dengan berkesan dan cekap? Hanya masa dapat menentukan.

Pentadbiran Anwar mesti menerima kepelbagaian dalam negara kita. Mereka perlu mencabar retorik perpecahan kaum dan agama. Program untuk membina jambatan antara pelbagai komuniti adalah penting untuk memupuk perpaduan. Gunakan nilai Madani – kemampanan, kemakmuran, inovasi, rasa hormat, amanah, belas kasihan – sebagai pelan tindakan untuk Malaysia yang lebih terangkum.

Jika kita menerapkan amalan tadbir urus yang baik secara menyeluruh, Malaysia akan mencapai kemajuan yang besar.

Sebagai sebuah gerakan pembaharuan sosial, Aliran secara konsisten mempromosikan keadilan, kebebasan dan perpaduan sejak 1977. Kami telah berjuang untuk Malaysia yang inklusif, saksama dan adil di mana tiada siapa pun yang patut ketinggalan.

Kami menentang rasuah dan ‘kebocoran’ yang menguntungkan segelintir pihak dengan mengorbankan golongan miskin dan tertindas. Jika pun kami menjadi berat sebelah, berat sebelah kami ini adalah untuk memihak kepada golongan miskin, terpinggir dan tertindas. Bangsa dan agama bukan sebahagian daripada persamaan.



READ MORE:  Mahathir, Hadi, stop spewing out divisive rhetoric!

 
Negara masih kekurangan pengasingan kuasa yang bermakna untuk mengawal dan mengimbangi tiga cabang kerajaan. Terlalu banyak kuasa tertumpu di tangan cabang eksekutif kerajaan. Pembaharuan yang teguh diperlukan untuk membetulkan ketidakseimbangan ini.

Selama 47 tahun, Aliran telah bersungguh-sungguh melobi untuk reformasi tersebut. Laman web kami, surat berita, media sosial dan webinar hibrid kami dijadikan platform untuk idea alternatif sebegini.

Tetapi agar usaha untuk menyatakan kebenaran kepada mereka yang berkuasa ini dapat diteruskan, Aliran memerlukan dana dengan segera.

Kami berbangga kerana tidak menerima pembiayaan asing atau tajaan korporat untuk membiayai operasi kami. Sebaliknya, sumbangan daripada rakyat biasa Malaysialah yang telah menampung gerak kerja kami.

Kami berbesar hati dengan begitu ramai ahli, penyokong dan rakan yang berkongsi wawasan bahawa Malaysia boleh dan harus menjadi tempat yang lebih adil dan lebih terangkum untuk semua orang.

Malangnya, dana Aliran kini jatuh ke tahap kritikal. Kami kini hanya mempunyai dana yang mencukupi untuk bertahan selama hanya enam bulan lagi.

Kami dengan ini merayu agar semua pembaca budiman bermurah hati menyumbang untuk memastikan kami terus bertahan. Kami memerlukan kira-kira RM10,000 sebulan untuk menyelenggara laman web kami, untuk memastikan pejabat terus beroperasi dan untuk membayar sokongan teknikal serta kerja penterjemahan. Jadi sasaran biayasama kami ialah untuk mengumpul RM120,000 pada tahun 2024.

Sila derma dengah murah hati kepada:
Persatuan Aliran Kesedaran Negara
CIMB Bank account no: 8004240948
SWIFT code: CIBBMYKL

Henry Loh
Editor bersama, surat berita Aliran
20 Januari 2024

Terjemahan oleh: Zikri Rahman


 








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/01/langkah-dubai-dan-caci-maki-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Langkah Dubai Fitnah Dan Tak Wujud

Langkah Dubai Fitnah Dan Tak Wujud

papar berkaitan - pada 16/1/2024 - jumlah : 241 hits
Langkah Dubai fitnah dan tak wujud ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be jnAhhq0PzFc src in org https www youtube com embed jnAhhq0PzFc wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube com embed jnAh...
Langkah Dubai Gone With The Wind

Langkah Dubai Gone With The Wind

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 186 hits
Langkah Dubai gone with the wind ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be TzKKT74Czyg src in org https www youtube com embed TzKKT74Czyg wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube com embed TzKKT7...
Raja Petra Anwar Terlalu Kuat Langkah Dubai Gagal

Raja Petra Anwar Terlalu Kuat Langkah Dubai Gagal

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 243 hits
HarapandailyPenulis blog kontroversi Raja Petra Kamarudin tampil menegaskan bahawa pentadbiran Kerajaan Perpaduan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim terlalu kuat untuk dijatuhkan Dia juga berulang kali berkata Langkah Dubai yang digerakkan ...
Langkah Dubai Tingkap Sudah Tutup

Langkah Dubai Tingkap Sudah Tutup

papar berkaitan - pada 21/1/2024 - jumlah : 163 hits
Langkah Dubai tingkap sudah tutup ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be XdqPorEHohg src in org https www youtube com embed XdqPorEHohg wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube com embed XdqPo...
Hamzah Sahkan Tiada Langkah Dubai Dirancang

Hamzah Sahkan Tiada Langkah Dubai Dirancang

papar berkaitan - pada 13/1/2024 - jumlah : 206 hits
Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendakwa pembangkang sendiri tidak tahu menahu mengenai rancangan Langkah Dubai yang didakwa akan digunakan bagi mengguling kerajaan Beliau berkata perkara itu adalah fitnah yang direka dan dima...
Panas Motif Sebenar Kewujudan Langkah Dubai Kini Didedah

Panas Motif Sebenar Kewujudan Langkah Dubai Kini Didedah

papar berkaitan - pada 13/1/2024 - jumlah : 177 hits
TAJUK BICARA YB KHALID ABDUL SAMAD LANGKAH DUBAI FANTASI LEBAI DAPATKAN VIDEO PENUH PADA LINK DI BAWAH https youtube com live d700fCvjMps Layari kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia Berita Politik Politik Mal
Tidah Agong Dan Apa Kata Tuanku Mengenai Langkah Dubai

Tidah Agong Dan Apa Kata Tuanku Mengenai Langkah Dubai

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 279 hits
TITAH AGONG Siapa yang disekolahkan Apa kata Tuanku mengenai Langkah Dubai
Langkah Dubai Dicetuskan Menentang Perang Lawan Rasuah Pm

Langkah Dubai Dicetuskan Menentang Perang Lawan Rasuah Pm

papar berkaitan - pada 11/1/2024 - jumlah : 162 hits
Langkah Dubai untuk menumbangkan Kerajaan Madani yang diperkatakan sejak 10 hari lalu didakwa dicetuskan oleh beberapa kerat golongan oligarki yang selama ini menguasai ekonomi negara bagi menghentikan perang melawang rasuah Perdana Menteri...
Langkah Dubai Polis Kl Terima 13 Laporan Hari Ini

Langkah Dubai Polis Kl Terima 13 Laporan Hari Ini

papar berkaitan - pada 12/1/2024 - jumlah : 126 hits
BERNAMAKuala Lumpur Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini menerima 13 laporan berhubung gerakan Langkah Dubai yang dikatakan bertujuan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa