Lahad Datu Pengorbanan Pahlawan Menentang Penceroboh Negara


Lahad Datu, merupakan sebuah daerah yang terletak di sebelah timur negeri Sabah, Malaysia. Daerah ini terkenal dengan keindahan alam semula jadinya. Namun begitu, terdapat juga detik hitam yang pernah berlaku di kawasan ini. 
Detik hitam yang berlaku ini telah menghentam benteng pertahanan negara kita dan turut mengorbankan beberapa nyawa. Perkara ini telah menjadi satu sejarah dan pengajaran buat negara kita.  
Untuk mengetahui lebih lagi berkenaan detik hitam yang berlaku di daerah keempat terbesar di Sabah ini, pastikan anda teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel ini.
Lahad Datu, Sabah Bandar Lahad Datu, merupakan sebuah daerah yang terletak di negeri Sabah. Bandar ini merupakan bandar keempat terbesar di negeri tersebut selepas daerah  Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.
Bandar ini terkenal dengan keindahan alam semulajadinya, sebagai contoh, bandar ini mempunyai kawasan hutan hujan tropika yang agak luas, berbanding di negeri-negeri lain. Selain itu, bandar ini juga memiliki potensi besar dalam sektor perikanan, pertanian, dan perhutanan.
Berikut merupakan gambaran kedudukan bandar ini dalam peta negeri Sabah:
Pencerobohan Lahad Datu Pada tahun 2013, keamanan negara tergugat apabila bandar Lahad Datu diserang oleh sekumpulan penceroboh dari Kesultanan Sulu. Ancaman ini dikenali sebagai “Krisis Lahad Datu”. Konflik yang berlangsung daripada 11 Februari hingga 24 Mac 2013 telah bermula di sebuah kampung di daerah tersebut, yang bernama Kampung Tanduo.
Konflik ini bermula apabila seramai 235 militan telah dihantar oleh Jamalul Kiram III, untuk menuntut kembali wilayah timur Sabah yang dianggap sebaga sebagai tanah pusaka kerajaan Kesultanan Sulu (Filipina). Untuk pengetahuan anda, pertelingkahan tuntutan kawasan nasional ini berlaku apabila pewaris Kesultanan Sulu tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Antarabangsa yang menyerahkan Sabah dan semua kawasan kepulauannya kepada Malaysia.
Ketidakpuasan ini menyebabkan Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya sebagai pewaris sah takhta Sulu, telah menetapkan bahawa tentera mereka harus menuntut hak-hak wilayah di Borneo Utara, dan serangan secara rasminya dilakukan pada 11 Februari 2013. Kehadiran kumpulan pengganas ini telah dikesan oleh sekumpulan nelayan tempatan dan laporan polis mengenai kewujudan kumpulan bersenjata api yang berkampung di Kampung Tandou, Lahad Datu, ini telah dilakukan oleh mereka.
Pencerobohan ini mencetuskan ketegangan antara Malaysia dan Filipina, serta menjadi tumpuan dunia antarabangsa. Hal ini demikian kerana, pencerobahan ini telah menyebabkan gugurnya 13 anggota pasukan keselamatan negara Malaysia dan kematian 56 pengganas dan enam orang awam.
Konflik itu telah diisytiharkan tamat pada 10 April 2013. Penangkapan 104 warga Filipina yang disyaki mempunyai kaitan dengan konflik ini telah dilakukan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan 2012. 111 pengganas Sulu juga berjaya ditangkap, manakala lapan orang lagi didakwa di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Walaupun insiden ini telah berakhir, negara kita masih mengambil langkah berjaga-jaga. Kerajaan pada waktu itu telah mewujudkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bagi memperkuatkan keselamatan maritim terutamanya di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZONE) yang melibatkan daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Adaptasi Filem Mengambil inspirasi daripada peristiwa bersejarah tersebut, industri perfileman Malaysia telah menghasilkan sebuah filem yang bertajuk “Takluk: Lahad Datu”. Filem ini dihasilkan bagi menunjukkan tanda penghormatan dan ingatan terhadap para pahlawan yang telah gugur dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Filem aksi perang kepolisian yang telah ditayangkan pada tahun 2024 ini merupakan kerjasama antara empat buah syarikat penerbitan iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro dan SixFun Media. Zulkarnain Azhar yang juga merupakan penulis skrip bersama dengan Peter Toyat, telah dilantik menjadi pengarah filem ini.
Filem yang ditayangkan secara rasminya pada 22 Ogos 2024 di seluruh Malaysia, telah berjaya memukau penonton dengan adegan aksi yang mendebarkan, serta penggambaran yang cukup realistik tentang situasi yang berlaku pada masa itu. Filem ini berjaya mengetengahkan semangat patriotisme dan keberanian para anggota pasukan keselamatan dalam menghadapi cabaran tersebut.
Sumber: Astro Awani
Sinopsis dan Plot Seperti yang dinyatakan di bahagian sebelum ini, filem “Takluk : Lahad Datu” ini merupakan sebuah filem yang diambil dari kisah benar, berkenaan serangan pengganas yang berlaku di Lahad Datu, Sabah. Di dalam filem ini, kisahnya dimulakan dengan pegerakan kumpulan pengganas iaitu Gerakan Militan Nusantara (GMN) yang diketuai oleh Raja Iskandar bersama orang kanannya Raja Imran yang telah menceroboh Batu Jugar dan Kampung Air.
Pasukan VAT 69 yang diketuai oleh SAC Azizi telah menggerakkan tim Alpha, Bravo, Charlie dan Delta (terdapat lima sektor iaitu Alpha, Bravo, Charlie, Delta dan Echo semasa krisis) ke Batu Jugar untuk mengiringi Dato’ Mizan Timbalan Pengarah KDNKA (Pasukan Gerakan Khas) Bukit Aman ke sana bagi sesi rundingan damai bersama SAC Kamal dari Cawangan Khas.Namun begitu, rundingan damai tidak dipersetujui oleh pihak pengganas. Perkara ini menyebabkan serangan dilakukan ke atas pasukan VAT 69 yang hadir.
Melalui filem ini, pengorbanan pasukan VAT 69 yang berjuang tanpa henti dalam mempertahankan dan melindungi rakyat Malaysia telah ditonjolkan. Pegawai yang terlibat dalam konflik ini, kesemuanya mempunyai keluarga, saudara dan rakan-rakan yang menunggu mereka di rumah. Namun demi mempertahankan negara semua itu telah mereka kebelakangkan.
Senarai Pelakon Berikut merupakan senarai beberapa pelakon yang memainkan watak penting dalam filem “Takluk: Lahad Datu” ini:
Pelakon dan Watak dalam Filem Takluk: Lahad Datu
Syafiq Kyle sebagai DSP Zamri, Ketua Tim Alpha Kamal Adli sebagai DSP Jailani “Jai”, Ketua Tim Bravo Fikry Ibrahim sebagai Inspektor Saiful Zaini, Pegawai Perisikan IPD Batu Jugar Anding Indrawani sebagai DSP Maznan Eman Manan sebagai Raja Iskandar Riezman Khuzaimi sebagai SAC Datuk Mizan, Timbalan Pengarah KDNKA Bukit Aman Yuna Rahim sebagai Sofia (Isteri DSP Zamri) Azizah Mahzan sebagai ibu kepada Inspektor Saiful


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/lahad-datu/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=lahad-datu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Lahad Datu Gambar Mayat Penceroboh Di Belasah Sampai Mati

Isu Lahad Datu Gambar Mayat Penceroboh Di Belasah Sampai Mati

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 161 hits
Puluhan penduduk membelasah hingga mati seorang lelaki bersenjata M16 yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis di Kampung Sri Jaya Siminul Semporna malam tadi Dalam insiden awal pagi ini seorang le...
Ayez Shaukat Fonseka Beri Bayangan Watak Samat Lebih Menyerlah Dalam Sekuel Takluk Lahad Datu

Ayez Shaukat Fonseka Beri Bayangan Watak Samat Lebih Menyerlah Dalam Sekuel Takluk Lahad Datu

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 189 hits
Pelakon dan juga penggusti profesional Ayez Shaukat Fonseka sekali lagi mencuri perhatian apabila wataknya sebagai Samat dalam filem Takluk Lahad Datu terus menjadi perbualan hangat di media sosial Filem ini yang mula ditayangkan pada 22 Og...
Pmx Pergi Luar Negara Untuk Cari Pelaburan Bawa Masuk Malaysia

Pmx Pergi Luar Negara Untuk Cari Pelaburan Bawa Masuk Malaysia

papar berkaitan - pada 23/11/2024 - jumlah : 190 hits
Aman Mohammad PMX pergi luar negara untuk cari pelaburan bawa masuk Malaysia Namun ia tidak semudah itu mesti kena ada timbal balas dari Malaysia juga Jika kita nak sesebuah negara tu melabur dalam negara kita maka Malaysia juga perlu melab...
Lokman Adam Jawab Hilman Berhubung Pembiayaan Swasta Semasa Lawatan Pm Ke Luar Negara

Lokman Adam Jawab Hilman Berhubung Pembiayaan Swasta Semasa Lawatan Pm Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 24/11/2024 - jumlah : 298 hits
1 Terlebih dahulu sebagai rakyat Malaysia kita harus berbangga dengan kejayaan yang dikecapi hasil Lawatan Kerja Rasmi Delegasi Kerajaan Malaysia ke luar negara baru baru ini 2 Delegasi yang diketuai oleh YAB Dato Seri Anwar Ibrahim selaku ...
Chegu Bard Diam Bisu Mad Jargon Fadli Shaari Tiba Di Negara Khomu Nih

Chegu Bard Diam Bisu Mad Jargon Fadli Shaari Tiba Di Negara Khomu Nih

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 176 hits
Mad Jargon Dan Pimpinan Perikatan Nasional Ahli Parlimen dan Adun Pembangkang Tiba di Negara Khomunih Wowww Mana Suara Penyokong Perikatan Nasional Yang Kuat Menentang idologi Negara khomunih Jom Tonton Hingga Tamat Jom Tonton Hingga Tamat ...
Kadar Kesuburan Negara Menurun Kkwpk Sedia Bantuan Galak Anak

Kadar Kesuburan Negara Menurun Kkwpk Sedia Bantuan Galak Anak

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 203 hits
Semakin ramai pasangan berkahwin kini cenderung memilih gaya hidup childfree iaitu tidak mahu mempunyai anak Trend ini dilihat membimbangkan Walaupun keputusan ini dilihat sebagai hak peribadi setiap pasangan trend ini berpotensi memberi ke...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Tekanan Darah Turun Naik Bekas Pm Ismail Sabri Masih Lagi Perlukan Pemantauan Rapi Di Hospital