Lagu Loghat Pahang Moh Cakak Pahang Dari Chik Asan 1
Lagu loghat Pahang | Moh Cakak Pahang dari Chik Asan #1 | Assalamualaikum dan Hai. Tahun ni Cik Renex nak keluarkan segmen baru untuk blog Cik Renex iaitu berkongsi lagu-lagu rakyat Loghat Pahang. Ada tak yang tak tahu maksud "Loghat" tu apa? Loghat (loghat daerah atau dialek) ialah kelainan dalam sesuatu bahasa yang menjadi ciri satu golongan tertentu dalam kalangan penutur bahasa itu. Istilah ini paling biasa digunakan untuk menghuraikan corak pertuturan setempat, tetapi juga ditentukan oleh faktor-faktor lain seperti darjat sosial (Wikipedia)
Pahang adalah sebuah negeri yang luas dan loghatnya bergantung pada daerah bukan pada negerinya jadi memang pelbagai loghat yang ada di negeri Pahang. Sesuatu perkataan mungkin berbeza sebutannya mengikut daerah masing walaupun mempunyai maksud yang sama. Sebagai contoh perkataan SAYA , di Temerloh & Bera menyebut KOI , Lipis Jerantut menyebut KAS manakala Pekan pula menggunakan perkataan KAWAN.
Antara keunikan lain loghat Pahang adalah istilah atau kelajuan pertuturan loghat Pahang itu dikatakan mengikut aliran sungai iaitu dari hulu ke hilir, pertuturan daerah terletak di hulu dikatakan lebih laju berbanding daerah di hilir.
Jadi untuk segmen pertama ni CR nak perkenalkan lagu dari Chik Asan yang bertajuk Moh Cakak Pahang. Ciptaan sepenuhnya oleh beliau sendiri dan banyak lagi lagu lain dari beliau, nanti CR akan kongsikan pada anda semua. Lagu ini banyak menyebut perkataan loghat Pahang yang dah lama orang tidak sebut atau kita dikalangan orang Pahang. Lagu ini juga menggunakan loghat Pahang versi Chenor. Jom kita dengar
Chik AsanFacebook : Chik AsanInstagram : @chikasan71 Youtube : Chik Asan Moh Cakak Pahang - Chik AsanLirik & Lagu : Chik AsanEntoh ingat entoh tidok cakap Pahang Jaman dulu Ande masenye terkenang mboh suke ngelekek lalu
Ralit sangat la bebudok main boyok tengoh maklok Ngelicei takut kena tangkak tak sedo ngelorot seluo
Duduk atas kerusi rotan kerusi lame dah nak burok Kena duduk entak entak berengut sikit mboh tekelesok
Duduk ngelayo bawoh rumoh nengok gelego baik terantuk Bincut dahi mate bepino mujo berjalan tidok encut
Kalo meresak dalang semok berjalan kena berambi Bimbang terserampok ke akor tetumus karang patoh gigi
Payoh ngat dah nok menengo ape lagi nok menyebut Loghat Pahang bukan senang nampok leweh bukan sedei
Moh kite cakak loghat Pahang hat cece kite kutit balik Orang Pahang usoh pakei palo loghat Pahang moh kita angkit
Bile netei atas tebing jage jage tergelence Kalo tak dan nok berpapoh terus ngelolo ke bawoh
Bahu rase doh nok rebeh Ngangkut air pakei kando Cebet juge dalang beledi salin pulok dalang legei
Deras berengei ujung jongkel boleh melejo ke betih Letok pinggan jangan copei ensot la ke tenggoh sikit
Saloh makan pinang malai ketoyong kepale pusing mate Takut teperlos dalang lubang terjungkang kaki birei tangge
Pesan orang dulu dulu usoh buat terleleng leleng Sebet nok bio seromei jangan tak ketawan laku
Payoh ngat dah nok menengo ape lagi nok menyebut Loghat Pahang bukan senang nampok leweh bukan sedei
Moh kite cakak loghat Pahang hat cece kite kutit balik Orang Pahang usoh pakei palo loghat Pahang moh kita angkit
Berbelit dok menyebutnya tu?Sejujurnya walaupun CR anak jati Pahang ada juga beberapa istilah loghat Pahang yang CR tidak faham. Kena cari kamus loghat pahang ni. hee. Ok lah, jumpa lagi untuk segmen seterusnya dan CR akan kongsikan lagu lain pulak.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://renex89.blogspot.com/2020/02/lagu-loghat-pahang-moh-cakak-pahang.html